Search This Blog

Tuesday, April 23, 2013

Aku tak mau jadi isteri untuk jadi orang gaji !

Salam semua yang membaca biarpun seciput... ekekeke...

Aku dah tak perang dingin dengan hubby.  Dia nampaknya berlembut dengan aku.  Tidak lagi menunjukkan ego dia.

Malam tadi aku slow talk dengan hubby.  Aku cakap pada dia, kisah mak dan ayah aku.  Aku ceritakan pada dia, sepanjang aku membesar dengan mak ayah aku, aku tidak pernah lihat mereka berpisah tempat tidor (kecuali la memang tak ada kat umah).

Aku citerkan pada hubby, pada saat akhir hayat arwah ayah aku, ayah aku di hospital, mak aku tetap tidor bersama dengan ayah aku.  Di katil bujang hospital, mereka tetap tidor sebelah menyebelah.

Aku nak jadi macam tu.

Aku tak mahu berpisah tempat tidor, dan bersama bila nak 'bersama' sahaja.  Tidak... aku tidak mahu macam tu.

Korang tak pernah kan lihat suami isteri macam tu ?

Yer... aku aku pun tak pernah jumpa sebelum ni, tapi aku dah pernah jumpa dah sekarang.   Aku tak mahu macam tu biar apa pun alasannya.

Sekarang ada masa juga bersama sebab memasing masih muda.  Cuba nanti bila memasing dah tua tak larat... kalau tidor asing, apa jadi ?  Tau tau mati sendiri, esok pagi baru sedar !

Itu belum lagi perasaan nih... kalau tidor asing, rasa macam orang gaji jer... kerja untuk memasak untuk suami.  Kan ?

Memang la ada alasan untuk tidor asing.  Anak yang tak mau tidor sendiri.  Bilik yang sorang rasa sejuk sangat dan sorang rasa panas sangat.  Sorang nak membaca, sorang nak tidor dalam gelap... bla bla bla banyak la alasan... tapi... buang alasan tu.  Kalau tak mau tidor dengan suami atau isteri... baik jadi bujang balik !!!

Kan ?

Oh ya... bila tidor di bilik yang sama.... jangan pulak suka peluk bantal golek dari pasangan kita !  Kalau nak peluk bantal golek... jadi bujang !!!

Aku rasa, tentu ada ramai lelaki yang kat luar sana memang selesa tidor sendiri... tak bersentuhan dengan orang...

Tapi aku tak tahu, ramai atau tidak perempuan/isteri yang macam aku... yang tak suka suami macam tu ?

Yang susah nak tidor kalau tidak dipeluk !

Hehehe.... mengada ngada !!!






6 comments:

  1. setuju sgt2..
    dulu2 masa anak kecik ada yg berkorban kena tido bawah sbb katil x muat..alasan takut trtindih anak.sekarang anak dah besar,boleh buat hal sdiri..so xde alasan ;)

    suka tgk nenek dan atok saya,,tido sama2 smpi akhir hayat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ler... akak suka gitu... Masa anak kecik, anak dok tengah. Sampai satu ketika, katil kami tak pakai dah sebab anak berderet kat tengah dan tepi, bimbang mereka/kami jatuh katil... hehehe...

      Tapi... now anak dah besar... kan ?

      Delete
  2. anak kecik pun saya tidur sekali jugak.. beli katil besau haha..gadoh pun tidur sama jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ler... kami siap ada katil king... tapi bila anak dah besar panjang, katil king pun dah rasa sempit... So, tak mau la mereka dok sebilik lagi... ehem... ekekeke...

      Delete