Search This Blog

Sunday, September 6, 2015

Cara guna oven dan tips masak kek...

Dua hari lepas, cuti, aku try memasak saja... tak ada yang lain, melainkan kek !!!

Memula masak kek margerin ni (marble kek)


Seperti biasa, memang tak abis, sebab tak kena dengan lidah aku dan anak anak.  Last aku bungkus bagi kat kawan.  Hehehehe...
Memang kek elok jer... bakar guna api kek atas bawah.


Lepas tu, buat Cheese Cake plak...

Wah... menjadi kali ini.  Sila kagum yer...





Dua kali buat... pagi dan petang... Hahahaha... dua dua abis.  Anak buat permintaan.

Esoknya buat kek coklat dengan resepi bancuh satu satu (bukan beli tepung segera).  Oleh kerana cream cheese minggu lepas masih berbaki, aku masukkan dalam ni.  Anak hias entah apa apa... suka hati dia la.



Kejadian rupa dan texture nya lebih menarik dari kukus dalam pengukus atau dalam Noxxa.  Next time boleh guna cara ini lagi.  (Ketepikan rupa corak tu, sebab corak bantai jer nak perabis keju yang minggu lepas tu)


Caranya, aku buat water bath atau namanya BAIN MARIE (gambar atas ni).  Panaskan dulu air dalam bekas tu.  Apa yang aku buat adalah kalau kena masak kek 45 minit, aku setkan 55 minit dan tunggu 10 minit baru masukkan kek.

"A water bath is simply a pan of hot water placed in the oven, and using this method has two benefits when baking. First, a water bath adds moisture to the oven and this is important for baking foods like cheesecakes, which tend to crack from the heat of the oven, or custards which can become rubbery without moist heat."

Note dan tips : 

Petua utk dapatkan texture kek coklat moist yang gebu gebas, jangan pukul telur dengan sudu, pukul dengan mixture sampai lembut dan kembang... lepas tu baru satukan dengan coklat dll.  

Bila satukan dengan coklat dll tu, jangan pula pukul dengan mixture, just pukul slow slow motion jer utk bagi sebati (kaedah kaup balik kot).  Tujuannya kasi kek tak banyak lubang sebab kalau pukul kuat ada banyak udara terperangkap. Wah, memang cantikkkk sangat rupa kejadian dia bila buat cara ini.


Lagi satu, kalau kukus plak, pakai api perlahan ... nanti dia tak merekah (kecuali nak masak apam bagi merekah, buat la api kuat)

Untuk cheese cake, tak boleh buat kukus.  Tak berjaya... jadi bantat pula.


Ini contoh kalau kita pukul telur dan bancuhan coklat dengan mixture / pukul sampai gebu.  Dia akan jadi berlubang dan tak berapa cantik.  

Itu merekah sebab kukus dengan  api kuat sangat !



Ini pula kejadian kalau kita bakar kek coklat moist.  Bakar tanpa teknik water bath tu.  Nampak kering kat luarnya... dan garing.  

Kedua dua kejadian atas ni tetap sedap jugak.  Cuma rupanya kurang menarik kat luar.


Apa pun, segala kekurangan rupa di atas boleh ditutup dengan TOPING seperti atas ni... baru la tak nampak jerawat dan parut macam pembunuh tu... hahahaha...

Agaknya adal memang itu tujuan toping kot ? 

Wahahaha...

 Sok sok kita buat bagi cantik lagi yer. 


Aku masih cuba untuk belajar guna icing.  Icing yang ada tu masih dalam plastik tak pakai lagi.  Masih tak reti.



CHEESE CAKE : https://plus.google.com/u/0/102194545226220032468/posts/Fuyg2fwoTGG?pid=6185254703290082338&oid=102194545226220032468






4 comments:

  1. wah, bestnya baking..

    Sha baru belajar-belajar baking. Buat water bath ni. Tapi tak tunggu air panas pun sebab leceh. Masukkan semu adalam oven dan terus bakar dan tambah masanya untuk bagi masak. Kalau ikut arahan nak kena 30 minit, Sha akan tambah lagi 10 minit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini tahun 2015 punya. Now dah terer la skit. Masa ni gigih try macam macam. Masak kek tu baru ni tak guna water bath dah pun sebab kek masih moist... dan ok jer keliling dia... (tak kering). Agaknya oven jenis tak berapa panas... :)

      Delete
    2. Tambah masa bagi lama skit jer... :)

      Delete
  2. Bagaimana nak tahu bakar kek ikut bahan dengan temperature dan minit

    ReplyDelete