Kek coklat moist versi bread maker
Bahan :
4 biji telur gred A
1 tin susu cair (boleh ganti dengan air secawan atau lebih jika nak lebih moist. Untuk kek di bawah, saya letak satu tin susu air)
1 cawan susu pekat (kalau tak mahu manis, boleh kurangkan)
1 cawan minyak
1 sudu besar ovalet (optional)
1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko/coklat
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda (optional, next time saya cuba utk tidak masukkan, ianya perlu dimasukkan jika kita kukus)
Caranya :
Untuk testing kali ini, semua bahan saya masukkan begitu sahaja tanpa ayak atau pukul dahulu. Masukkan dalam BM secara turutan seperti di atas. Tekan Mode = CAKE dan Color=LIGHT. Setelah selesai, saya cucuk tengah, jika belum masak, saya tambah masa BAKE dalam10 ke 15 minit. Selesai tanpa perlu kertas lapik atau bekas banyak banyak.
1. cheese + susu.
2. Coklatnya saya gunakan coklat bar + planta (cairkan dengan api paling perlahan)
Ini la rupanya. Rasanya boleh tahan la untuk orang malas nak basuh peralatan masak... hahahaha...
Kena basuh jugak la bekas cheese dan coklat tu... huhuhu...
Dua lapis saya buat kek ini (lorek kat atas tu malas plak saya nak buat... so... biar jer la !)
Satu lapisan lagi saya buat untuk diri saya... kek coklat dengan topping coklat semata (tiada cheese, sebab saya kurang suka dengan chees)
Dapat la 2 in 1 kek dengan sekali masak jer.
Atasnya pecah sedikit. Tapi tak apa... ianya tebal. Saya potong 3 lapis
Oleh kerana saya keluarkan terlalu awal (masih panas) agaknya, bahagian bawahnya lekat pada pan. Next time kita buat hati hati skit... biarkan sejuk dulu.
Saya tidak pasti kenapa rasanya sedikit liat dan nampak berminyak di atas. Dah macam brownies... hehehe...
Selesai dia mix, rupa bancuhan adalah seperti ini. Ready untuk dibakar.
Salam sis. Mcm mana buat layer cheese dlm bm spt gmbr 1 tu sis?
ReplyDeleteBelah jer kek tu... cucuk lidi keliling utk tanda aras. Lepas tu ambil benang lilit keliling dan tarik sampai putus. Rasanya ada video macam mana nak belah kek... :)
Deletesalamualaikum..amboi sedapnya kek ..tringin nak makan..nampk coklat2 tu..aumm btw, follow sini ye.. jom ke blog sy,, byk barang2 untuk buat kek dan barang lain yg dijual. jom cuci mata.
ReplyDeleteTerima kasih... :)
DeleteSedap
ReplyDeleteSy sedang try... Harap2menjadi la...
ReplyDeleteKnp klu tekan button cake dia just stir ja,lma btul n x bakar2 pon,first time guna
ReplyDelete