Search This Blog

Loading...

Monday, April 29, 2013

Anak anak...

Anak anak aku memang suka bising.  Bila mood aku nak diam... aku memang marah sangat... rasa nak ketuk kepala mereka sorang sorang.

Bila mood aku ok, aku perati jer karenah mereka.

Macam semalam... waktu aku nak semayang, si Amalia dah amik wuduk.  Najmi pun nak solat sama.  Jadi, bila nak amik wuduk, kena la bukak lampu bilik air.   Antara semua, hanya Najmi jer yang rendah lagi dan tak sampai untuk tutup/bukak switch lampu/kipas.

Aku suruh Amalia bukak lampu untuk adik dia.  Mereka berdua cadangkan Najmi buka sendiri.  Tetapi Najmi tidak sampai.  Berbagai cara si Amalia buat untuk bukak/tutup lampu.

Mula mula dia pegang pinggang Najmi dan angkat sedikit.  Tak sampai.

Lepas tu dia bongkok dan suruh Najmi naik atas tengkuk dia.  Tak berjaya juga... sebab dia tak boleh bangun langsung... hahaha... aku gelak gelak tengok mereka berdua.

Lepas tu dia cari jalan lain.  Dia pegi kat kerusi dan suruh Najmi naik dukung dia.  Dia dukung semula Najmi ke switch lampu tu... tapi tak sempat sampai lagi, dah melurut Najmi jatuh... hahahaha...

Berkali kali dia cuba tektik nih... tak berjaya sampai ke dinding switch.  Kalau sampai pun, Najmi dah hampir sampai ke lantai balik.

Terkukik kukik mereka dua beradik.

Last sekali, Najmi dapat idea.  Kakak dia angkat dia kat pinggang, lepas tu dia panjat sedikit kat dinding... dan tekan switch... berjaya !!!!

Lepas tu kami solat la sekali...

Hehehe...

Memacam perangai diorang tu yang buat bising.  Tapi yang paling aku tak tahan bila bising menjerit sebab bergaduh atau menangis.

Atau bising masa aku tengok citer Korea !

Hahahaha....


2 comments:

  1. SAYA ADA DUA JE KEKAKAK RIBENA KAT RUMAH TU KAK
    SBLUM TIDO RUMAH MCM TONGKANG PECAH...BILA DAH NAK TIDO SAYA KERAH DUA-DUA KEMAS..SELALUNYA ABAM JD MANGSA LA..SBB ADIK BUAT MODAL AIRMATA..HAHA
    SAYA RINDU NAK TGK MEREKA BER3..X SABAR TUNGGU ABIS UPSR..KAKAK DAH BALIK SINI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tongkang pecah tu, memang tiap hari tiap masa. Tensen memang tak leh nak cakap... tapi tahan jer. Kalau bercakap, rasa nak cubit mereka sorang sorang... nanti abah mereka plak yang marah. Abah mereka pun sama join menjadikan rumah tu tongkang pecah... huhuhu... tensen ! Last last, mama dia ni masuk tidor... senang pejam mata !

      Delete