Search This Blog

Friday, December 30, 2016

Kek buah guna bread maker

Resepi mudah..

Letak gula setengah cawan, mentega setengah cawan, telur 2 biji gred A, tepung kek secawan dan baking powder satu sudu kecil.

Biarkan dia mix sampai berenti utk bakar. Keluarkan sedikit bancuhan utk campur dgn tepung coklat + kopi emulco+ buah kering.  Mix sekata dan masukkan semula dlm pan dia secara suka hati.

Agak dah masak, tak perlu tunggu sampai 0. Cucuk guna lidi. Tak lekat tu, boleh off.

Siap utk dihidang. Ianya kurang comey, kena potong potong.

Sesuai utk dihidang pada tetamu dihari raya.


Breadmaker: meroti for the first time

Test buat... Guna resepi yg sedia dlm user guide dgn ubah guna tepung roti dan sedikit tepung coklat.

Buah kering pun letak, tetapi buahnya hilang... Hahaha...





Wednesday, December 28, 2016

KEK COKLAT KARAMEL




Telah diubah dengan sesuka hati saya untuk menjimatkan dan gerenti jadi.  Adunan separuh dari yang asal.

KEK COKLAT KARAMEL
Edit by Izawani

Bahan-bahan :
2 sudu besar gula dicairkn dlm loyang atas api yg perlahan...ratakn dipermukaan loyang...sejukkan..

Karamel
1/2 cawan susu pekat 
1/2 cawan susu cair
2 biji telur gred A
1 Keping roti (gardenia)
Sedikit esen vanila...
*blend sampai sebati, tapis dan tuang dlm loyang td...kukus dlm 20-25 minit....sejukkan

*lapisan kek coklat
1/2 cwn susu pekat (kurang kan sedikit supaya kurang manis)
1/2 tin susu cair
1/2 cwn minyak masak
1/2 cawan gula (kurang kan sedikit )
1/2 cawan serbuk koko..
*masukkn dlm periuk....kacau hingga sebati di atas api yg perlahan...3-4 minit..

2 biji telur di putar sampai berbuih

3/4 cwn tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
*bahan2 ni kena ayak

Masukkan bahan yg diayak kedalam adunan coklat...selang seli dgn telur...kacau hingga sebati...
Kemudian tuang atas karamel perlahan...kukus 45minit-60 minit...


RESEPI ASAL
===========
KEK COKLAT KARAMEL
Credit resepi to Yuyi Nur Iman

Bahan-bahan :
2 sudu besar gula dicairkn dlm loyang atas api yg perlahan...ratakn dipermukaan loyang...sejukkan..
Karamel
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji kuning telur
Sedikit esen vanila...
*putar sampai sebati...lps tu tuang dlm loyang td...kukus dlm 20-25 minit....sejukkan

*lapisan kek coklat
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko..
*masukkn dlm periuk....kacau hingga sebati di atas api yg perlahan...3-4 minit..

4 biji telur di bland...
1 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*bahan2 ni kena ayak

Masukkan bahan yg diayak kedalam adunan coklat...selang seli dgn telur...kacau hingga sebati...tuang atas karamel (guna senduk)....kukus 45minit-60 minit...

Nk tau da msk cucuk ngb lidi...klu x melekat da msk...


Bread Maker via Lazada

Saya dah survey kat Tesco.  Harga masih mahal.  Yang model lama tu memang harga RM199, tapi model baru harga RM300 lebih.    Itu pun model lama tu dah habis.  Hehehe...

Beli tru Lazada ni boleh dapat harga RM199.00 untuk model baru, kira ok la.

Sebelum order, survey juga mana mana bread maker murah, tapi, yang TESCO boleh dikatakan termurah.


Ok la... dah lepas la impian lama yang tersimpan nih.  Hadiah tahun baru.  Ekekeke... sebenarnya pembelian ni untuk meraikan duit Kut yang disimpan tiap bulan... ada juga hadiah untuk diri sendiri... kan ?

Sabor jer la...




Wednesday, December 21, 2016

Apam Pisang dan Kek Pisang

Apa beza apam dan kek ?
Saya tak la tau.  Macam sama jer... hehehe...

Apa pun, saya ada buat kek pisang versi kukus dan bakar.

Untuk kukus saya cuba resepi dari Azlina.
Untuk resepi ini, texture pisang dalam tu kurang jelas.  Mungkin sebab diblender.





Jadi untuk resepi bakar, saya cuba gabung dari dua resepi.

http://www.azlitamasammanis.com/20…/…/kek-pisang-lembut.html
dan
https://iamaproudmama.blogspot.my/2016/07/resepi-kek-pisang-menggunakan-sukatan.html

Hasilnya sangat cantik dan gebus.  Anak saya yang tak berapa suka kek pisang, boleh suka pula. Agaknya sedap la kut.  Seperti biasa... saya kurang suka kek lain selain kek coklat !



Untuk resepi ini, saya cuba memudahkan cara saya...

KEK PISANG (BAKAR) 
(edit daripada http://www.azlitamasammanis.com/2015/01/kek-pisang-lembut.html)

4 biji telur gred A
1 cawan gula kastor atau gula halus (kurangkan jika menggunakan pisang yang manis, spt pisang emas)

1 sudu kecil teh esen pisang atau esen vanilla
1 sudu besar Ovalet

8 biji pisang emas ~ 7 biji dilecek dan sebiji di hiris nipis untuk hiasan
(Untuk mudah jika pisang ada kecil besar, agak agak setelah dilenyek, dapat lebih kurang cawan pisang...)
sedikit garam
1 sudu kecil soda bikarbonat

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

3/4 cawan buttercairkan atau minyak jagung atau apa apa minyak masak.



CARANYA:

Mula-mula kita kena panaskan oven dahulu pada suhu 170C
Oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum memasukkan kek ke dalamnya

Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan kemudian di ayak, ketepikan

Pisang di lecek lumat. Tinggal baki 1 biji untuk hiasan
Campurkan garam dan juga soda dalam pisang lecek dan gaul rata, ketepikan

Dalam bekas pemutar, putarkan telur bersama gula dan esen pisang serta ovalet hingga kembang
Kemudian tuangkan butter cair dan gaul rata

Tuangkan adunan pisang separuh ke dalam adunan telur dan putar sebati.
Kemudian masukkan tepung dan putar lagi sampai sebati. Masukkan adunan pisang semua, kaup balik sehingga sebati (ini supaya texture pisangnya jelas).

Sediakan loyang ukuran 9 inc, alas loyang dengan kertas pembakar dan sapukan loyang dengan sedikit butter
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan hiaskan atas adunan dengan kepingan pisang yang di hiris nipis.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering maknya kek telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.


Monday, December 19, 2016

Tetiba jer...

Bunyi telefon dari HP dan pejabat sesekali masuk, saya melayan seperti biasa.  Almaklumlah saya cuti seminggu, jadi banyak kerja yang tertangguh.

Tetiba HP saya berbunyi dan kelihatan nombor yang tidak bernama.

Saya angkat.

"Hello, ini puan Izan ?"

"Yer saya... ini siapa ?"

"Saya Azila", erk... jantung saya hampir gugur...


"Saya staf Dr Azli minta saya gantikan tempa Azlita.  Anak dia sakit... bla bla bla..." , dia menyambung, dan jantung saya yang hampir gugur tadi saya letak kan balik tempat asalnya baik baik.

Terkejut saya.  Hahahaha...

Hampes jer rasa hati.  Dalam banyak banyak nama, kenapa nama tu plak yang naik pada hari hari ceria saya.

HAMPES !!!


Catatan : Sesiapa yang follow blog saya yang lama tentu tahu siapa Azila dalam hidup saya. 


Thursday, December 8, 2016

Tetamu datang bawa rezeki...



Hari pertama adik saya dan keluarganya sampai, anak saya berkurung dalam bilik. Hmmm... sangat geram saya, 'perak' sangat !
Hari kedua, mereka masih cuba menyesuaikan diri. Saya bawa berjalan dan makan makan untuk memecahkan iceberg.... hahaha...

Hari ketiga, rumah saya dah macam tempat permainan kat atas CMart.... ada yang berkaraoke, ada yang berperang... riuh rendah. Si Adik Mie berlari lari pusing dan menyorok di belakang saya minta bantuan... kerana peperangan tu... hahaha... mana yang berperang menjerit jerit sakit... tapi tetap teruskan peperangan. Mana yang bernyanyi, bergilir gilir bersuara sumbang... hahaha...
Hari keempat, mereka dah nak balik pulak... saya ajak juga mereka mandi kolam bersama anak anak saya.

Hmmm...
Petangnya , mereka bertolak ke rumah kakak saya pula. Tinggal la rumah saya seperti biasa semula... sunyi sedikit la...

Sedang saya tengok internet TV, anak anak datang meluahkan perasaan... Seperti biasa, saya 'pause', dan mendengar mereka bercerita.
"Seronok sangat sangat sangat mandi dengan mereka tadi", abang menekankan perkataan sangat sangat tu... menunjukkan betapa dia sangat gembira.
"Yer ker ? Apa yang seronok ? Abang belajar berenang ker ?"
"Yer, tapi itu sikit jer. Diorang baling Abang masuk kolam"
, semangat dan ceria anak saya bercerita.
"Kak Ya ajar mereka buat terjun pusing... "
Bla bla bla... mereka bercerita dan saya mendengar. Macam macam mereka bercerita.

"Sekarang ni sunyi balik rumah kita", Kak Ya mengadu.

Dia yang paling gembira bila keluarga Pak Tam datang rumah kerana dia ada kawan sebaya dan kawan perempuan untuk dia bermain. Ada geng. Boleh naik basikal bersama sama. Boleh tidor dengan geng perempuan bersama sama...
Saya gembira adik saya datang rumah. Dari Pahang jauh drive untuk bercuti cuti bersama kami di Kedah.

Maaf atas layanan yang tak sempurna, maaf juga kerana tidak dapat bercuti melayan kehadiran. Kehadiran tanpa notis tiga hari ni susah skit... sebab nak cuti pun kena beri notis tiga hari... hehehe...
Apa apa pun, jangan pernah jemu datang lagi...

Makan makan bersama Pak Tam, adik saya.

Kata Pak Tam, sesekali dia rasa kecik hati bila ada yang menayangkan agenda makan makan besar mereka di FB atau aktiviti keluarga mereka berjalan.  Pak Tam anak ramai... tak la banyak sangat duit, jadi, memang itu jadi kekangan pada dia.

Sesekali bawa makan makan macam ni dengan anak anak yang besar, memang sangat berbaloi... Kalau mereka masih tidak kenyang, boleh saja kami tunggu mereka makan sampai dua jam...

Hahahaha...






Pertemuan dengan kawan semasa Form 5...

Berjumpa lagi sejak berpisah tahun 1987 memang sangat mengharukan... huhuhu... haru la sangat. Kami sangat gembira...

Ini kawan satu batch SPM 1987, asrama sama, sekolah berbeza.  
Dari kiri, saya, Ida, Nik, Ita dan Azie.

Ini dengan dua orang adik junior kami. 
Dari kiri, saya, Min, Kam, Ida, Nik, Ita dan Azie.


Dapat pinggan, madu dan juga teh. 

Tayang barang iklan dari penaja... ekekeke...

Ini antara makanan jamuan yang disediakan oleh tuan rumah, Kam.

Sedapnya hingga menjilat jari... hehehehe...

 

Kem Cilik Al-Quran..

Kem ni depan rumah kami jer.  Ustaz ni dari sekolah agama swasta, baru sewa depan rumah kami, buka kelas mengaji untuk kanak kanak dan juga orang dewasa.

Hari cuti sekolah ujung tahun, ini kali pertama  diadakan kem seperti ini.  Anak anak gembira ikut kem ini dari pagi sampai tengah hari.

Hari ini last mereka belajar begini. Lepas ni nak balik kampung pula agaknya.  Untuk bayaran sebanyak RM140 selama 2 minggu (Pakej A) ata pakej B bayaran 200+, sangat berbaloi dah.

Ala... lagi pun depan rumah saja.  Pepagi hantar mereka pegi kem, masuk keter, undur jer, sampai dah depan pagar ustaz... hahahaha... Gelak ustaz tengok mereka turun dari kereta.





Apa apa pun, memoga mereka semua dapat ilmu yang berkat.

Amin...



Order piuk tekanan lagi...

Buat pembelian online lagi dengan Lazada.  Beli periuk tekanan lagi.


Untuk ingatan diri sendiri, kena guna browser IE untuk order.  Lazada ada masalah kalau guna browser lain (mungkin kena update version dll).

Beli lagi periuk sebab periuk lama tu nak bawa balik kampung untuk letak kat rumah di kampung.  Kalau mereka nak guna, boleh la guna jer terus.  Hehehe... senang nak masak rendang ayam kampung di kampung lepas anak anak kejar. 

Lambat lagi raya pun... tapi kita ready la apa yang patut.

Kat rumah tu semua dah saya angkut satu satu... letak sana.  Ingat nak angkut lagi barang barang yang kurang perlu, nak letak kat kg.  Hmmm... nak buat pembersihan nampaknya.

Pergi rumah kawan baru ni, tengok rumah dia sangat bersih dan kemas jer.  Alahai, jeles saya. 

Tapi tak apa... dia kata... dia pegang rotan untuk suruh anak dia kemas rumah. 

Amik ko...

Anak saya ? Dari kecil dok dengan maid, semua maid buat.  Sekarang ni jer saya sedang ajar.  Pelan pelan la yer... nak pakai rotan, dah tak sesuai... :)


Ok...

Harap dapat cepat barang tu...



Sunday, November 27, 2016

Tahniah Kak Ya...

Dah dua tiga hari selepas exam, Kak Ya cakap dia dapat markah tertinggi untuk Pendidikan Islam.  Saya tidak percaya.


"Mama... kak ya dapat hadiah, ustazah bagi", sambil menunjukkan alat tulis yg baru.
"Sebab apa ?"
"Kak Ya dapat markah PI tertinggi sekali dalam kelas"
"Tahniah... pandai anak mama", saya memerhati kertas exam hujung tahun kak ya. Cantik tulisan jawinya.
Pernah satu exam, semua subjek dia gagal dapat E, subjek PI saja dapat B. Tapi... next exam ada peningkatan la sedikit demi sedikit.
Terima kasih ustazah yg baik hati yg sudi menggembirakan anak kecil saya. Terima kasih juga pada cikgu yg lain yg bersungguh mengajar kelas dia.
"Kak ya belajar la pandai pandai lagi, kalau kak ya dapat hadiah lagi, mama sukaaaa sangat." Wajah Kak ya ceria seperti mendapat satu semangat daripada satu penghargaan yg gurunya beri.
Errrrr... tahun depan dia belum upsr, tapi ada exam kafa. Rasanya dia perlu ke tuisen utk membantu dia lebih faham.
Semoga dipermudahkan jalan hidup anak saya di hadapan sana.

X-Files dan HULK...


http://watch5s.to/tv-series/the-x-files-season-1/watch/

http://watch5s.to/tv-series/the-incredible-hulk-season-1/watch/


Ada masa kita update yer...

Sunday, November 20, 2016

Sekitar UPSR terkini...

Keputusan dah keluar, memacam reaksi ibu bapa.  Ada yang syukur saja macam saya, ada yang tak puas hati dengan result anak, ada yang tak puas hati sebab anak sedih dan ada yang tak puas hati nak semak semula.

Hmmm...

Sekolah anak saya ada 2 orang 6A ... kiranya ok la. Mereka mewakili sekolah dan juga kelas Abang.

Anak anak kawan suami dan juga merupakan kawan-kawan Abang, ada yang tiada satupun A.  Hmmm... kiranya, dalam malas malas abang, berjaya juga dia dapat A.

"Mama... kenapa kawan abang tak dapat A?"

"Dia bukan sekelas dengan abang kan ?"

"Yer..."

"Itu sebab mama hantar abang pi tuisen tu..."

"Kawan abang pun pegi tuisen juga.  Belajar lagi rajin dari abang"
"Kenapa abang tak rajin sangat pun dapat A"

Amboiii... nampak macam riak, atau memang nak bertanya sebab tak faham, saya pun tak tahu.

"Tak baik abang cakap macam tu.  Itu riak namanya.  Kalau abang belajar lebih lagi, tentu abang boleh dapat semua A", kata saya sambil menasihati sikap abang.

Abang mengangguk tanda faham.

Saya harap dia dapat berubah lebih baik lagi selepas ini.

Abah dia nak hantar ke sekolah agama pulak.  Dok survey survey nih.




Thursday, November 17, 2016

Keputusan UPSR abang.

Tadi keputusan UPSR dah keluar.

Saya tidak tahu perasaan anak saya.  Tapi, dari apa yang saya lihat, dia cool sahaja.  Abahnya yang call saya tanya itu ini.  Datang lewat selepas cikgu mula menyerahkan slip keputusan.

Hanya 2 orang sahaja yang dapat 6A di sekolah tu.  Ok la... anak yang hebat.  Semoga dia berjaya dengan usaha yang tidaklah sampai menjejaskan masa riang kanak kanak dia.

Abang ?

Boleh la...

Bila turun dari pentas, saya melihat result abang.  Satu satu subjek saya lihat.  Saya bandingkan dengan pencapaian keseluruhan anak anak sekolah.  Rasanya abang telah buat yang terbaik, dalam hati saya, dan bagi diri saya, saya bangga dengan abang.

Kelihatan abahnya melilau mencari abang.  Saya memanggil dan abang menunjukkan keputusannya. Suami memerhati satu demi satu.

"Kenapa subjek ni dapat B, haritu abang kata senang ?", suami mula bersuara.

"Ok la tu, subjek ni susah sebab dia KBAT", menjawab bagi pihak abang.  Menerangkan semula apa yang cikgu beritahu awal tadi.

"Kenapa penulisan dapat C ?"

"Ok la tu... pemahaman dapat A.  Tak ramai yang dapat A pun", saya backing abang yang hanya diam dan tersenyum seperti biasa.

"Tengok, subjek ni dapat A.  Abang macam mama.", hahahaha... saya memuji anak sendiri sebab dia ada ciri ciri otak seperti saya.

Saya menjeling juga keputusan kawan rapat abang.  Hmmm... tak apa anak.  Ini baru awal.  Panjang lagi masa.  Bagi saya, saya gembira abang mempunyai kawan rapat.  Nama anak ni, Syahmim.  Saya suka dengan persahabatan mereka.  Biarpun abang berpindah kelas lain, tapi mereka tetap bersahabat baik.  Tinggal setaman, mungkin itu menyebabkan mereka rapat.  Kekadang mereka buat group study bersama.  Saya tak tau sangat jika ada lagi yang bersama mereka.  Mungkin ada sorang lain kawan mereka.  Nama Afnan.

Mereka antara kawan rapat abang.  Saya suka abang ada sahabat yang baik.  Sahabat waktu senang dan susah.  Sahabat untuk bercerita dan bermain.  Mereka jenis 'lelaki' yang macho, yang slow, yang romantik, yang bercakap secara sopan, yang kurang bersuara hanya senyuman sentiasa bermain di wajah mereka.

Saya kata kawan rapat abang kerana pernah suatu ketika, Syahmim bermain bersama abang, tercedera berdarah muka dan mulutnya.  Abang bercerita sambil menahan sebak... dan akhirnya menitis air mata.  Abang sedih sebab kawan baiknya cedera.

Itulah semangat setia kawan abang.  Semoga abang sentiasa bahagia dan persahabatan abang berkekalan.

Dan disebabkan persabahatan itu juga, saya tidak sampai hati nak memisahkan abang dari Syahmim yang telah daftar di sekolah menengah yang berada berdekatan sebelah sekolah rendah sekarang. Biarlah dia sekolah di mana saja asalkan dia bahagia.  Bukan sekolah yang menentukan pencapaian individu kita.  Bukan juga pencapaian sekolah yang menentukan masa depan kita secara total.

Banyak lagi benda yang perlu kita hadapi... dan hadapilah semuanya dengan gembira.

Apa pun, semoga semua anak mama berjaya "JADI ORANG".

Semoga anak-anak mama berjaya dunia dan akhirat.  Semoga anak anak mama bahagia dalam dunia yang semakin mencabar ni.


Sunday, November 13, 2016

Konvo...

Abang dah nak tukar kepada remaja... bukan kanak kanak dah...






"Kak Izan nak pegi tengok anak konvo"

"Kak Izan ada anak nak konvo ?"

"Ada... tapi bukan kat Dewan Mas... kat sekolah jer... hahaha..."

Ekekeke... serentak plak konvo UUM dengan konvo darjah 6 sekolah ni.

Ini akan jadi kenangan untuk Abang.

Jauh lagi perjalanan pembelajaran abang... Insya-Allah.

Semoga Abang berjaya jadi abang yang dapat membimbing adik dan anak yang baik untuk mama dan abah.  Semoga abang berjaya dimasa hadapan.

Keputusan UPSR pun belum keluar lagi.



"Kenapa mereka bergambar, tapi abang tak bergambar pun", abang bertanya sambil melihat graduan univ mengambil gambar.

"Mereka bergambar dengan bunga"

"Kenapa abang tak dapat bunga"

"Mana ada kawan abang yang dapat bunga, sorang jer pun dapat"

"Siapa ?"

"Yang dok sebelah abang tu. Abang tahu kenapa dia dapat bunga?"

"Tak"

"Sebab dia sorang jer tak adik adik beradik... semua yang dia nak dia dapat.. mak ayah dia tok dia semua bagii apa yang dia nak"

"Hmmm..."

Kak Ya dari belakang menyampuk, "Kak Ya nak dapat semua yang Kak Ya nak !"
Hehehe... anak bertuah ni belum cukup besar macam abang...

"Mana abang nak pilih, ada adik beradik atau dapat semua yang abang nak?

"Mesti la nak adik beradik. Kalau dapat semua yang kita nak, macam nerf tu, nak main dengan siapa pulak?

"Betul... ", saya menjawab dalam senyum.

Sebenarnya, kalau saya beri pada Abang tahun ni, apa kata kakak, dan adik adiknya juga tentu nak nanti... dan kalau bukan tarikh konvo, nak cari mana pula bunga... huhuhu... sabor jer la...

"Sebenarnya kebahagian adalah bila kita ada sesuatu kita berkongsi.  Mana best kalau rumah kita besar, tetapi semua rumah orang keliling kita kecik.  Mana best kalau rumah kita besar, tetapi tiada orang pun datang rumah", saya teruskan berceramah kepada anak anak..

Thursday, November 10, 2016

Kek Kopi


Saya nak buat, senang nak rujuk, saya save sini.
Siapa nak lihat full versi, sila ke :  https://www.facebook.com/84azlinaina/posts/1155539874499138

Aritu saya buat kek, tak berapa nak jadi plak.  Kita try lagi sekali yer..




Blog makin sejuk...

Saya tidak pasti, sampai bila blog akan ada... saya bimbang juga segala catatan saya didelete bila blog tidak lagi menawarkan service free mereka... terkubur seperti banyak web jurnal yang lain seperti Geocites... errr... betul ker ? Dah lupa dah.  Ada beberapa web jurnal @ dairy yang saya buat... dan memang searching pun dah tak jumpa... berkubur gitu saya segala gambar saya dan anak anak kecil saya...

Saya menulis untuk meluahkan apa yang saya rasa.  Tak kesah jika ada yang baca atau tidak.  Kepada yang datang singgah dan membaca catatan saya, terima kasih.  Apa saya share di sini, cukup sampai di sini.  Jika mengenali saya lebih lagi, mohon, biarkan catatannya berhenti di sini.

Membuat catatan di sini, buat saya rasa saya meluahkan rasa pada seseorang, walaupun tak  ada feedback.  Saya rasa ada yang mendengar cerita saya tapi diam.  Saya ok.

Blog saya ini selalu berupdate.  Segala yang bermain di kepala saya yang saya ingin luahkan atau yang ingin saya simpan sebagai sejarah hidup saya.

Ada beberapa cerita yang saya nak luah, tetapi saya pendam... sebab tak sempat... sehingga saya lupa begitu saja.

Pagi tadi, saya ada topik lain yang nak diceritakan di sini, tetapi, sampai sejam dua, saya terus lupa apa yang saya nak cerita.

Teruk dah ingatan saya nih.

Kata anak saya, saya ni pelupa.

Yer betul. Saya selalu lupa.  Kekadang, saya letak hp kat tempat lain, saya cari kat tempat lain.  Saya tak tahu jika itu normal atau tidak.

Tapi... yang saya benci... ada perkara yang lama lama... kekadang saya ingat... sedangkan saya ingin lupa...

HAMPES BETUL !!!!


Tuesday, November 8, 2016

Basket kaler pink...





Baru jer beli nih.  Orang buat letak kain baju, saya buat tempat letak barang nak masak dari peti ais ke dapur belakang... hehehe...

Senang skit nak buat kerja masak masak... tak ada la ulang alik amik barang dalam peti ais tu...


Monday, November 7, 2016

Empati @ Empathy kita pada orang...

Hari ni nak belajar bahasa pula

"Empathy means 'the ability to understand and share the feelings of another' (as in both authors have the skill to make you feel empathy with their heroines), whereas sympathy means 'feelings of pity and sorrow for someone else's misfortune' (as in they had great sympathy for the flood victims)"


"Empathy vs. Sympathy. Empathy is the ability to experience the feelings of another person. It goes beyond sympathy, which is caring and understanding for the suffering of others. Both words are used similarly and often interchangeably (incorrectly so) but differ subtly in their emotional meaning. "

Pernah jadi di opis ni.  Kami diarahkan berpindah tempat, daripada pejabat di bawah, disuruh naik ke tingkat atas (guna tangga sahaja).

Saya ada kawan yang ada masalah kesihatan selepas kemalangan.   Dia sembahyang di tempat duduknya biarpun tempat solat selesa ada di atas.  Dia juga tidak keluar makan di kantin.  Dia banyak berada di tempatnya kecuali ada mesyuarat di tempat lain.  

Oh... sebenarnya saya juga begitu, selalu mengadap komputer tidak bergerak ke mana mana kerana nature kerja sebagai PROGRAMMER memang macam tu... hahaha...

Sebagai kawan... saya kenal dia seorang yang memang jenis slow motion.  Walaupun sebelum dia kemalangan, dia adalah jenis jalan slow, cakap pun slow.  Duluuuu... masa saya muda (sekarang ni dah tua), saya sangat stress dengan orang yang slow slow ni.

Tapi, disebalik sikap dia yang serba serbi slow ni, dia sangat sangat baik... tidak pernah mengumpat, tidak pernah mengata orang, tidak pernah menyakiti hati orang.  Selalu tersenyum.  Sangat sukar mencari kekurangan dia tambahan lagi dia sangat cantik.  Cuma dia slow jer... hahahaha... masa saya ada jumpa bos lama saya, dia pun merungut, sebab kawan saya ni buat kerja slow.  Saya tak tahu la tahap slow tu... sebab mungkin dengan bertambah pengalaman, slow dia dalam membuat kerja telah dapat diperbaiki.  Cuma slow dia dalam sifat dan peribadi tetap maintain... dan bertambah lagi selepas dia kemalangan.

Jika kami ke satu satu tempat yang jauh, dia perlukan peneman untuk memegang tangan dia agar dia dapat seimbangkan diri.

Berbalik pada EMPATHY atau Empati (ada ker word tu?) tu,  sewaktu arahan utk dia berpindah ke atas, saya terpaksa meluahkan rasa pada bos kami tentang apa yang saya lihat... dan saya letakkan diri saya ditempatnya.  Betapa dia sukar untuk naik tangga pagi pagi nanti, dan tidak la setiap masa orang ada untuk membantu dia.

Dan akhirnya dia tidak dipindahkan.  

"Saya akan menurut perintah saja, tetapi, saya harap mereka memahami saya", katanya pada saya.


Itu adalah Empati, di mana kita letak diri kita di tempat orang lain.

Lately ni, ada saya bersembang dengan seseorang yang tidak ada sifat EMPATI yang kekadang buat saya rasa JENGKEL !

Ades ... biasanya jika dia tidak boleh meletakkan diri di tempat orang... membayangkan rasanya.... simpati sudah memadai.

Tetapi, jika dua dua tu tiada... hmmmm...

Saya tidak mengatakan saya bagus... sebab dulu pun saya tiada EMPATI juga.  Tetapi, bila telah berusia, dengan pengalaman dan dugaan dalam hidup, membuatkan saya rasa pandangan berbeza tentang kehidupan.

Ada orang... bercerita tentang pengalaman hidup, berdasarkan pembacaan dan pengalaman orang lain.  Itu menambah pengetahuan, tapi jarang menerbitkan rasa Empati secara semula jadi... 

Pernah dengar orang cakap "Saya  faham ?", tapi kata-katanya melukakan hati kita ?

Pernah tak jika ada kawan, tidak berkata kata... tetapi... air matanya bergenang di pipi hanya melihat wajah sedih kita ?  Atau mendengar cerita kita ?

Hidup memang begini...















CORNINGWARE VANTAGE

Oleh kerana saya dah mula jadi 'perempuan' ... ekekeke.... jadinya, setiap kali saya tengok benda benda gini, rasa macam... wowww... sambil membulatkan mata...

Saya sedang membayangkan nak masak gulai atau ikan masak asam dalam ni... dan terus idang atas meja gelegak lagi macam citer korea... hahahaha...


Saya suka kaler ni... nampak lembut...

Rasanya mungkin boleh buat pilihan ini.  Entah la... ibu kutu tu tak reply lagi samada boleh join atau tidak.

Harganya RM80 x 6

Tak tau la samada saya ni boleh cermat atau macam mana dengan barang ni... nanti bimbang pecah jer.

Lepas ni kena beli lapik dia plak kut... kalau tidak, abis plastik lapik meja...

Tak apa... kat MAX10 ada banyak kut.

Sabor jer la perempuan nih !

 
Ini harga RM320 (70 x 4 bln + RM40)

Rasanya dalam keadaan nak berjimat ni, saya beli yang murah ni la skit... walaupun saya sangat minat dengan kaler vantage tu !



Tuesday, October 25, 2016

Resepi Kek Span Kopi

Nak try buat la.. teringin...
 

Resepi Kek Span Kopi




Bahan-Bahan:

125g tepung self raising flour (Boleh guna 125g all – purpose flour + 1 sudu teh serbuk penaik, ayakkan sekali)
15g ovellate
125g gula kastor
5 biji telur gred B
40g air
7og minyak masak/jagung/butter cair
1 sudu teh kopi paste/kopi oil/nescafe

Bahan Buttercream –

350g creamwell
150g butter
100g icing sugar (ayak)
1/4 cwn susu pekat

Cara Membuat:

1. Panaskan oven terlebih dahulu. Suhu 170°C selama 10 minit.

2. Dalam mangkuk, satukan ovellate bersama gula sehingga sebati dan rata.

3. Masukkan telur dan tepung bersama bahan di atas tadi. Pukul sehingga gebu untuk lebih kurang selama 5 minit.

4. Perlahankan mixer, masukkan air serta serbuk kopi. Pukul lagi sehingga gebu.

5. Perlahankan mixer, masukkan minyak masak. Pukul lagi sehingga rata dan kacau pula dengan spatula/senduk kayu.

6. Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak dan bakar pada suhu 170°C selama 35-40 minit atau sehingga masak.

7. Sementara itu, buat buttercream. Campur semua bahan. Putar sampai kembang & gebu. Minimum putar selama 5 minit.

8. Setelah kek masak, keluarkan dari loyang. Biarkan sejuk sebelum disapu topping buttercream. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum disapu buttercream.


Kredit : http://resepibonda.com/resepi-kek-span-kopi/

Thursday, October 20, 2016

Pembelian online paling mencabar...

Pembelian kali ini paling mencabar kesabaran saya.
Dari minggu lepas saya mencuba...


Anak anak dah semangat nak guna.  Rasanya mereka nak main bila cuti sekolah agaknya.  Tak apa, sabar jer la anak anak nih.

Yang stress sebab mereka dah bagi duit siap siap kat saya.  Jadinya, rasa bersalah kalau saya tak beli.  Itu duit upah sebab bersunat abang... hahahaha... apa la... dan juga duit yang mereka kumpul sedikit sedikit (terutamanya Adik Mie yang rajin membantu dan saya akan beri upah kepada dia)

Saya ada call Lazada, call Bank... dan macam macam... sampai la lastnya saya tahu, ada masalah dengan browser.  Hampes betul.  IE saja yang berjaya kerana IE uptodate.  Kalau tak, kena la pergi Alor Setar Mall untuk dapatkan mainan nih...

Kalau pegi Alor Setar Mall, bukan takat RM200 abis... mau beratus ratus... hahaha... TOYS R US tu tau jer la !

Selamat duitku.

Petang ni nak beli barang sekolah anak.  Kasut kasut mereka dah banyak yang rosak tak boleh tunggu tahun depan.

Kasut Kak Ya dah sempit sangat.  Kesian Kak Ya... jarinya sakit tersepit.

Kasut Kakak pula dan tercabut dalamnya, dan kasut sport pulak dah lekang tapak.

Kasut Adik Mie dah lekang getah tepi tepi putih tu...

Ades... macam orang miskin dah anak anak ku ke sekolah...

Ada yang nak sedekah kasut ker ?

Sebenarnya banyak kasut mereka yang saya simpan... masih elok lagi.  Tapi... tak sesuai dan tak padan dengan mereka.  Ada yang kasut perempuan, Adik Mie tak boleh pakai.

Yang Kakak pula, kaki Kak Ya dah sama besar atau mungkin lebih besar dari kaki Kakak.  Isk... panjang betul budak sorang tu... itu yang tak boleh turunkan kasut mereka macam turunkan baju kakak dan abang pada adik adik mereka.... ades !

Hmmm...

Tak apa... rezeki untuk mereka sentiasa ada.  Jadi, kita berusaha saja la...




Tuesday, October 18, 2016

Hujan pun berhenti...

Beberapa hari kakak minta untuk belikan dia HP baru. 

Marah saya pada dia saya tetap pendam sendiri bila ingatkan tentang HP lamanya yang dia pecahkan kerana mahukan HP baru.

Saya biarkan dulu permintaan dia tanpa janji untuk tunaikan.  Saya suruh dia minta pada keluarga di Pahang, tapi saya rasa mereka pun tidak mampu melayan kehendak dia.

Hmmm... biarkan dulu.  Banyak betul komitmen saya sekarang ni dengan kenaikan kos sara hidup lately dan gaji yang tidak lagi seperti dulu.  Saya cuba untuk survive dalam keadaan ekonomi yang teruk ini.  Alhamdullilah, anak yang lain memahami.

Adik dan abang mengumpul duit berbulan bulan untuk dapatkan mainan yang mereka impikan.  Minggu lepas mereka minta untuk pecahkan tabung untuk mengira duit yang ada.  Saya benarkan kerana itu duit mereka.

Mereka mengira... dan anggaran dalam 200 lebih.  Mereka mencari mainan dalam lazada...  Mereka serahkan duit yang cukup untuk membeli mainan tersebut kepada saya.

Saya cuba membayarnya.  Entah kenapa tak tahu la Lazada asyik rejek saja pembayaran saya.  Adakah sebab baki dalam bank saya tak banyak ? Hahahaha... kesian saya.  Bakinya masih cukup untuk membayar mainan anak saya ini, tapi mungkin mereka ada masalah kerana mainan ini terlalu cepat habis.  Setiap kali saya order, barangnya hanya berbaki satu dan bila saya nak bayar, katanya barangnya telah habis.

Hampes betul !!!

Saya kira kena tunggu gaji dulu kut... duit dalam tu banyak skit.  Hahahaha... apa apa la...

DCCK saya plak...

Kelmarin, seperti biasa, pagi sebelum kerja, suami datang pada saya dan menghulur salam.  Saya seperti biasa menyambut. 

"Kenapa tak minta maaf ?", perlahan saya katakan padanya.

"Eh... kita pula nak minta maaf ?"

"Abang yang mulakan, siapa suruh ?"

Hmm... malas saya nak berdebat, saya cium tangannya

"Abang minta maaf", perlahan suami bisikan kata maaf. Segala marah saya yang berbuku di dada sebelum ini lebur. 

Suami peluk saya erat... dan saya tahu... hati saya tidak cukup kering... dan saya masih sayangkan dia.









Sunday, October 16, 2016

Belajar dari pengalaman...

Minggu lepas, budak dua orang ni bersukan dan dapat pingat.  Semangat betul mereka.


Abang berlari jugak.  Katanya cikgu tak adil kerana tersilap orang yang menang.  Memang pernah berlaku bila dalam kelam kabut, cikgu silap tulis nama pemenang bila pemenang sebenar tidak terus tuju pada cikgu yang tulis nama tu.  Pernah juga saya lihat, tetapi saya malas nak masuk campur.

Biar la abang... lagi pun sebelum ni (tahun lepas) abang dah dapat pingat, dan adik Mie ambil gambar bergaya dengan pingat yang abang dapat... ekekeke... sabor jer la anak bongsu saya sorang tu.

Ok...

Itu cerita minggu lepas.  Cerita DCCK saya pula... saya akan selitkan di bawah bawah begini kerana, saya ingin meluahkan tanpa mencari publisiti.  Jika saya letak di atas ceritanya... saya bimbang jika disebar sebar... Saya senang low profile... seperti hidup saya sendiri... lone ranger kata kawan saya.  Makan sendiri... buat kerja sendiri... dan banyak menyendiri saja.

Dari minggu lepas saya perang dingin dengan suami.  Dia masih bercakap dan melayan saya seperti biasa.  Saya saja yang tiada hati.... kering dan sepi.  Masih bercakap jika perlu.... dan kebanyakkan masa, saya mendiamkan diri.

Saya hanya banyak berbicara dalam whatapps kepada suami.  Dia tidak membalas sepatah pun.  Tiada kata maaf, tiada kata sayang.  Juga tiada kata 'k'.

Hanya saya meluah rasa.

Saya katakan padanya, jangan paksa saya kembali seperti dulu selagi hati saya tidak rela.  

"Abang tak akan berubah... sampai bila bila... biarpun abang janji nak berubah..."
"Saya tak akan merayu untuk abang berubah... saya akan berubah ikut rentak abang..."
"Abang rasa tak suka ... saya juga akan benci..."
"Abang rasa nak marah... saya jugak tak akan mengalah..."
"Abang rasa nak cakap kasar dengan saya... saya juga tak akan berlembut..."
"Abang bentuk diri saya macam ni..."


"Abang mungkin menyesal kawin dengan saya... bukan kawin dengan Azila... yang lembut... yang cantik... dan paling penting yang abang cinta sayang sangat..."
"Saya pun menyesal kerana tidak tahu abang ada yang lain sebelum kita kawin... kalau saya tahu... saya pun tak akan teruskan..."
"Dan ada perasaan ni sampai sekarang... rasa tak disayang... saya tak tahu kenapa abang nak teruskan perkahwinan dengan saya... tanpa dapat sayang saya ?"
"Hmmm.... melihat wajah benci abang pada saya... buat saya rasa menyesal tak tahu abang ada Azila masa kita nak kawin dulu..."


Saya tidak tahu, bagaimana nak menerima suami semula. Adakah ini tandanya hati saya telah tiada padanya ? Saya berbelah bagi bila dia minta tolong.

Saya cuma selesaikan kerja kerja rutin saya di rumah.  Masih mengemas, membasuh, masih memasak... dan juga masih menyediakan pakaian kerja seharian dia.

Masih membantu disaat dia perlukan.

Agaknya ... usia perkahwinan hampir 20 tahun ini tidak menjamin apa apa kah ?

Kenapa saya banyak melihat kekurangan suami ? Kenapa banyak sangat lintasan keburukan dia berbanding kelebihan dia ?

Bukankah dia suami saya ?  Orang yang saya terima dulu dengan janji untuk jadikan diri saya isteri terbaik baginya ?  Dengan janji untuk sama sama susah dan senang dengannya ?  Kenapa saya cepat mengalah !

Duhai hati... yang telah kering... dengan apa lagi nak di siram ? Tidak cukupkah lagi embun yang menitis dipagi hari ? Mahu hujan lebat kah ? Nanti banjir... melimpahinya di pipi sendiri...  Cukuplah sekadar embun sejuk... biarpun setitis dua... tak cukup untuk menyuburkan rasa... tapi... cukup untuk menyejukkan hati...

Hmmm....






Wednesday, October 12, 2016

Jika itu takdirnya...

Dua kuali Tefal yang order tu dah sampai.  7 hari jugak la. 

Dah try guna.  Memang sangat best.  Tak sabar nak buat pancake.  Pagi tadi goreng telur.  Wahhh... memang best dan kagum.  Licin jer dia meluncur masuk pinggan... tak macam kuali kuali saya lain.... Hahahaha...  nampak benar JAKUN !



Saya bukan nak citer pasal piuk kuali tu ... itu sampingan saja.  Saya nak luahkan rasa hati jer...

Hmmm... tak tau macam mana nak mulakan.

Adakah pengharapan saya terlalu tinggi ? Boleh tak saya hidup terus begini ? Boleh tak saya saya terima saja apa apa tanpa bising mengeluh atau memberontak.  Saya sedang tawar hati.  Saya tak tahu bagaimana saya nak mulakan semula atau nak teruskan seperti biasa.

Kebelakangan ini, saya rasa suami saya sentiasa cari salah saya.  Saya rasa dia seperti tidak kenal siapa saya.  Saya rasa seperti down saja.

Di rumah, sekarang saya lebih banyak diam.  Kalau saya bercakap, hanya perkara berkaitan dengan anak atau bila dia bertanya.  Hmmm... saya memang kecewa dengan sikap dia.

Saya harus muhasabah diri saya.  Saya punya suami yang tak merokok, yang tak suka berjalan malam, yang rajin bekerja, yang sayang anak anaknya, yang sembahyang tak tinggal, yang sihat dan sakit sesekali, yang selalu mengalah dengan saya...

Cuma ada beberapa yang saya kurang tahan... hmmm... salah satunya sikap panas baran dan egonya.

Hmmm... ramai lelaki ada sikap macam tu kan ?

Isteri kena sabar... kan ?

Mungkin ada sikap saya yang dia tak suka, tapi dia diamkan saja... kan ?

Hmmm...

Sabar saja la...

Pagi Jumaat tu, seperti biasa, suami bangun awal dan belikan kuih dan nasi lemak buat sarapan anak anak sebelum dia pergi kerja.  Sewaktu suami di luar, saya menjengok di pintu sahaja, dan bersuara, "Abang, saya masa lewat skit yer.  Kalau masak awal, nanti makanan yang abang beli tak abis, terbuang saja"

Saya lihat suami saya menyinga.  "Suruh anak makan, jangan pilih pilih makan". Saya tidak faham.  Kenapa dia marah.  Tapi saya jawab, "Kalau abang ada kat rumah, abang suruh la.  Diorang memang macam tu"

Dia masih marah marah. "Kenapa abang marah ?", saya bertanya kerana rasa tidak sedap hati.

"Orang pagi pagi lagi keluar rumah beli makanan, dia senang saja nak buang"

Saya rasa nak garu kepala yang tak gatal.  Bila la pula saya nak buang makanan yang dia beli ?
"Bila masa saya nak buang, saya cakap saya nak masak lewat skit, sebab bimbang makanan yang abang beli tu diorang tak makan !"

Dia berkeras mengatakan yang saya nak buang makanan yang dia beli.

Saya sangat sangat marah.  Hilang habis kesabaran saya.  Saya hentak kaki. "Jangan cakap dah dengan saya !", terus saya masuk rumah.

Suami masuk semula rumah dan marah marah lagi, katanya saya tak hormat pada dia.  Bila saya nak menerangkan perkara sebenar pun dia tak mau dengar.  "Ingat orang pekak ker ?", dia cakap begitu.

Terus saya cakap, "Ya... abang pekak ! Orang cakap lain, abang faham lain."

Bla bla bla bla... panjang lebar la sampai la dia tendang kerusi sampai terbalik !

Hmmm... hilang abis sabar saya.  Perlahan saya angkat kerusi dan susun semula barang dan diam.  Dia keluar rumah.  Terus saya perang dingin.

Esok esoknya dia balik kerja malam.  Ketuk pintu sampai nak pecah, kami di bilik belakang 5 orang, tak perasan bunyi bising.  Bila buka pintu, dia mengamuk katanya kami ni tak perihatin bla bla bla.  Marah saya memuncak semula.  Kalau dah orang tak dengar, kenapa tak gunakan telefon.  Call saja, tak perlu ketuk pintu macam nak pecahkan pintu !

Wah... bila ingatkan pun saya rasa nak marah dengan sikap suami nih.

Saya tak tahu kenapa dia begitu.

Hmmm... kalaulah... isk... kalaulah....

Hmmm... tak baik la berkalau !!!

Dia dah hulurkan salam kelmarin... tapi hati saya sangat beku.  Saya sambut salamnya tanpa rasa !

Sabar jer la hati !

Saya bimbang jika saya tidak kuat !







Sunday, October 9, 2016

Hokkaido Chiffon Cup Cake

Kelmarin try buat cup cake ni.  Telur gred A dan abis, saya gantikan dengan 4 biji telur gred C.  Tak tau la samada sepadan atau tidak, tapi, rasa mungkin dah terlebih sebab sedikit cari masa nak letak dalam cup, tak seperti contoh. 
Lain kali kita pakai gred A plak.

Komen dari Juri... sedap.  Saya rasa bukan sebab kek, tapi sebab mereka sangat suka dengan CHEESE.  Saya memang tak makan langsung...

Gebus sangat.












Ini resepinya, dari Ina Azlina guna cawan


Ini resepi guna timbang.