Search This Blog

Sunday, June 21, 2015

Design Home - Pressure Cooker

Selamat berpuasa semua yer...

Hari ini Ahad, hari pertama orang Kedah berpuasa sambil bekerja tahun ini.

Nak citer pasal periuk tekanan / pressure cooker yang aku beli baru baru ini.  Ini pressure cooker kedua aku beli.

Jenama apa ni ? Design Home kot ?

Sebelum ni pakai jenama ini...

Meh citer cara nak guna skit yer...

Kena temukan dua pemegang ni.  Untuk periuk jenama ni sedikit sukar.  Kena tekan tutup dia dan pastikan kedudukannya elok elok baru boleh pusingkan ke kiri.  Untuk Butterfly, aku tak ada masalah ini... pusing senang jer dan smooth...

Masa macam biasa dan tunggu sampai dia bunyi bising berdesir.  Bising jugak sama dengan jenama Butterfly.  Pengiraan berapa minit kita nak dia masak ni bermula dari mula bunyi.  Contoh kita nak masak tulanng, mungkin dalam 15 hingga 20 minit.  Kalau kelempung mungkin dalam 10 minit dah memadai.  Kalau buat 15 minit, kelempung tidak berapa sedap sebab tak kenyal lagi... terlalu lembut pun tak sedap.  Tulang juga, kalau terlebih lama jadi tak berapa sedap ... mungkin kita kena try dulu untuk serasikan...


Bila dah cukup masanya, kita tutup api dan angkat tombol itam besar sekali tu.  Cara angkat tombol tu guna kreativiti masing masing yer.  Biarkan sampai la bunyi berdesir tu hilang.  PASTIKAN DAPUR DAH DITUTUP APINYA YER.  

Ini caranya nak pastikan tiada tekanan lagi dalam tu.  Kalau kita buka juga periuk waktu bunyi berdesir, mungkin tudung akan terpelanting dan isi periuk akan tumpah... sangat bahaya yer !

Ini cara aku... 

Bila dah tak berbunyi, barulah buka penutup tu... dengan pulas ke kanan pula... 

Tadaaaa... siap dah rebusan tulang...

Untuk buat sup, biasanya aku rebus kosong jer tulang tu... lepas tu baru aku sambung rebus lagi tanpa penutup dan ditambah dengan bahan bahan untuk buat sup.  Resepi buat sup, sila cari kat halaman lain yang penuh dengan resepi yer...

Untuk mengelakkan sup cepat basi, aku selalu tumis/masak asing supnya.  Buat semangkuk setiap kali makan...  Lebih sedap... bagi aku la.  Tapi kalau nak buat mee sup, aku buat terus la dalam periuk tekanan tu...

Sekian... selamat mencuba... jangan takut pakai pressure cooker ni.  Memang ada yang kemalangan semasa menggunakan periuk ni sebab buka penutup tanpa buang tekanannya tu dulu... 

Oleh kerana review, aku galakkan korang beli jenama Butterfly... walaupun lebih  berat, tetapi lebih selesa untuk membuka dan menutupnya... tak sangkut sangkut.  Tapi, kalau nak ringan skit, boleh beli jenis ini.  Kualiti dari segi jangka panjang, aku tak tau lagi.  Apa pun, pastikan beli masa harga dia murah.  Untuk 8.5L jenama Butterfly, harga yang aku dapat RM105,  kekadang harganya naik, jadi tunggu sampai harganya turun dulu.  







6 comments:

  1. Siapa nak beli pressure cooker noxxa yg mudah dan selamat dan guna letrik dan ada timer sendiri sila hubungi saya di 019-2494819. Saya bagi harga ahli lebih sikit aje untuk cover handling charges. TQ.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Betul... best... Ingat nak cari lagi satu, yang kecik skit. Yang ada kat umah ni, saiz 8.5 besar sangat... kalau nak masak yang skit skit pun, berat betul nak angkat... hehehehe...

      Delete
  3. Replies
    1. Try cari kat Lazada atau shoppee... atau lain lain. Compare harga sebab ada turun naik. Pernah dia turun sampai harga RM88.00 untuk 8.5L ... murah sangat tu.

      Oh ya... satu pesanan, periuk ni perlu masukkan air yang banyak jika perlu rebus lama (contoh masak sardin). Periuk ni tak sama macam noxxa (mahal), airnya akan kering jika lama sangat kita rebus... atau mungkin kena guna teknik lain (api slow misalnya)... tak try lagi masak sardin atau laksa sehingga sejam...

      Delete