Londa londa beli katil...

5:10 PM Edit This 0 Comments »
Dah beberapa bulan aku me'riki riki' cari katil. Bukan tak ada yang cantik itu dan ini. Yang cantik tentu mahal la. Budget lari plak tu sebab renovate rumah tu makan skit lagi modal nak beli perabut rumah.

Jawabnya SOFA postpone ke bulan entah berapa nanti baru la beli. Mulanya target nak beli katil full kayu tu. Tengok harga... fuhhhh... hanya orang kaya macam kak Mar mampu beli. Bulan lepas lepas aku kaya skit la, tapi bulan ni dah tak berapa nak kaya pulak. So, tukar la standard kepada rakyat marhain biasa yang beli katil kayu + besi tu saja, ekekekeke.

Tapi tak apa... aku puas hati. Kelihatan kukuh dan memang kukuh. Tak seperti katil lama kami, yang kami beli masa mula mulaaaaa kawin dulu... masa tu kami masih miskin tapi tak ada la papa kedana. Katil besi lama tu dah buruk sangat dan abis tercabut tutup tutup tiang dia yang warna emas tu dilarikan oleh anak anak aku.

Lagi satu... katil lama tu, lantai kayu dah patah... akakakakak... jangan lah dibayangkan kenapa katil tu patah.... HAHAHAHA....

Lama juga kami tidor tak berkatil... sejak aku beranak anak anak... dan anak anak jatuh katil... ekekeke... tah hapa hapa... kesian kat anak anak aku. So, berkorbanlah tak pakai katil kami...

Duluuuuuuuuu... masa kawan aku tidor tak berkatil, aku gelakkan dia... Tapi, bila kena kat diri sendiri... anak anak jatuh katil, baru la tau kediri... (so, jangan la ada yang gelakkan aku !!!)

Now, anak anak dah besar, dah buleh tidor sendiri, jadi buleh la kami suami isteri jadi ngantin baru semula... (sambil tersipu sipu malu)


Bentuk katil ini adalah impian aku semasa kecil. Mulanya aku nak beli kat kami suami isteri agar jadi betul betul cam ngantin baru, tapi, oleh kerana katil kayu yang cantik saiz king yang ada tiang ni aku dah tak mampu nak beli, jadi, aku hanya beli katil besi yang ada tiang ni hanya untuk anak anak. Biarpun harga tak seberapa, tapi anak aku puas hati sangat.

Jadi, untuk merealisasikan impian aku... aku juga tidor dikatil ini sementara tunggu mereka tidor.

Bila lori hantar barang dan pasang katil kat bilik diorang, senyum jer anak anak aku. Asyik la kakak terima kasih kat aku.

"Terima kasih mama kerana beli banyak barang kat kakak "

Oh ya... sementara nak tunggu Amalia dan Najmi besar, bilik ini akan jadi bilik Kakak dan Abang. Mungkin 2 tahun lagi, mereka dah boleh tidor di bilik masing masing yang aku dah sediakan. (Bilik lelaki dan bilik perempuan diasingkan !)

Rancangan masa depan... bilik akan ditambah lagi... bilangan berapa bilik tu tengok pada budget.

Tapiiii... kelakar juga tengok muka maid aku yang macam nak tensen bila aku beli katil dan tilam baru. Yer la... dia tak ada apa apa yang baru. Hehehe... tapi tak apa... aku dah belikan cadar baru yang cantik pada dia dan anak anak kecil aku. Bilik yang dia tidor dengan anak anak kecil aku sekarang tambah berseri dengan katil kakak yang lama tapi dengan cadar dan comforter yang baru warna merah hati. Sangat masuk dengan kaler bilik yang oren itu...

Aku terpaksa fikirkan agar anak anak kecil tak jatuh katil. Jadi, sesuai mereka tidor dengan 2 katil bujang yang dicantumkan. Sedikit luas dari katil QUEEN. Lagi pula, anak anak tu lasak tidornya...

So, mereka tidor dengan gumbira malam tadi... seperti aku dan suami juga... hahahaha....


Ini progress rumah kami. Masih tidak siap siap lagi. Dari jalan ke varanda tu aku susun batu bata. Nanti, kiri dan kanan jalan tu nak tanam bunga. Tak tau la lanscapenya macam mana... tengoklah nanti apa nak jadi... ekekeke...

Rumah pun kami ada angan angan nak besarkan lagi... tapi tengok lagi kot ada fulus lebih. Ada rezeki utk anak anak, ada la nanti....

Ok la... itu hapdet pasal kami dan rumah kami....
Posted by Picasa

Sedangkan lidah lagi tergigit....

5:02 PM Edit This 0 Comments »
Pak Tam balik Pahang melalui Kelantan. Mendengar khabar Kelantan banjir, risau juga aku. Malam tadi aku call henpon mak. Alhamdullilah, tiada apa masalah, mak dah selamat sampai ke Pahang.

Hari pertama gaduh, hubby aku ada pujuk pujuk dan call aku. Aku jual mahal. Hari kedua bergaduh, aku call call dia, dia plak jual mahal. Isk...

Dah macam tu, aku dan hubby sangat kurang bercakap kat rumah. Nak bercakap, melalui anak anak saja. Kalau nak apa apa, cakap ala ala gitu...

Dan bila bergaduh, inilah peluang untuk aku rehat skit skit.... hahahaha... tah hapa hapa...

Tapi, pagi tadi, agaknya anak anak dah mula hilang sabar.

"Mama... pi salam dengan abah !!"

Aiceh... itu arahan Kimi.

"Kenapa pulak ?", aku bertanya.

"Kakak suruh mama pi salam dengan abah !"

Ini mesti arahan abah dia nih. Yer la... biasanya kalau nak pegi kerja, aku salam dengan hubby. Kalau aku tak bersedia, tapi hubby nak pegi kerja dah, hubby mai kat aku hulur salam. Sekarang, memasing ego... tentulah aku pura pura sibuk, dan dia plak kehulu hilir tunggu aku hulur salam. Aku jarang buat macam tu, tapi sebab marah sangat aku jadi macam nih.

Tapi, pagi tadi, aku dah buang ego aku. Dah hubby pun sebenarnya bukanlah tak mengalah, cuma sebagai lelaki, biarlah aku kekalkan ego dia... dan biarlah aku tetap hormat dia sebagai suami aku.

Sebenarnya, bila anak anak bergaduh, aku akan suruh anak anak bermaafan semula. Dan bila anak anak tahu kami bergaduh, itu yang keluar ayat macam tu jugak tu.... entah la....

Tapi tak apa... SWEET juga bila jadi begini. Ini lumrah alam rumah tangga.

Harap, aku dapat hidup bahagia... banyak lagi dugaan yang mendatang. Sedangkan lidah lagi tergigit... kan ????



Sedangkan lidah lagi tergigit

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi


Posted by Picasa

Minta maaf... susah sangat ker ?

10:17 PM Edit This 8 Comments »
Ini gambar aku dengan mak dan cucu sedara aku (cucu kak mar). Telanjang plak dia... biarlah kan ? Tak kan ada orang bernafsu tengok benda kecik camtu kan ? Hahahaha...

Ok...

Hari tu bila aku gaduh lari masuk bilik tu, Aina dah panik dah. Dia pun tulis pada satu kertas...

Kiri gambar katun dengan label Abah. Kanan katun label nama Mama.
Ditengah tengahnya, tanda love, dengan ayat I love U.

Dia bawahnya, "Mama jangan ceraikan abah..."

Dia hulurkan pada aku. Suruh aku baca kertas yang dia tulis. Aku baca sekali imbas. Dia tunjuk tunjuk ayat di bawah tu. Dia ulang ayat tu... "Mama janganlah ceraikan abah... pleaseeeeeeeeee...."

Mulalah ayat drama dia. Aku yang nak marah pun nak tergelak.

Terpengaruh dengan citer mama si Iman budak Aina nih.

Aku hanya angguk saja.

"Mama janji tauuu"

"Iya laaaaaaaaa..."

Kira gaduh gaduh la aku suami isteri. Malas nak bercakap dengan dia. Aku tulis surat dua keping, cakap kat dia aku kesal dia tuduh aku bukan bukan. Dia tak pulak minta maaf atau apa apa pun. Dia senyappppppp jer.

Esok pagi tu pun, dia masih senyap jer... Aku pun buat tak tau jer... Hati masih geram.

Opis hour, dia call tanya aku dah makan belum. Agaknya nak ajak makan la tu. Dah aku geram, aku jawab, aku nak bercuti, nak pergi Langkawi. Aku terus letak telefon. Marah sangat la tu !

Lepas tu, petang tu, kan aku dah marah lagi, malas nak balik, aku jenjalan kat C-Mart. Nak buat facial. Kedai Facial semuaaaaa penuh. Nak berurut, maleh plak. Apa aku nak buat utk release tensen nih ? Kata aku pada diri aku sendiri.

Lepas seketika, aku pegi la kat kedai perabut. Survey katil, tilam itu ini.

Tapi, aku takut kena marah, aku sms la kat hubby cakap aku balik lewat. (Cis... ikut hati aku, nak jer aku lari, suruh dia cari aku !)

Bila aku balik petang tu, eh... maghrib tu, bertembung dengan keter hubby keluar masjid jer.

Ikut hati aku, nak balik, nak makan ubat, nak tidor jer. Malas nak bangun bangun.

Aku makan ubat batuk plak malam tadi.

Heran betul aku. Tak ngantuk plak.

Hubby balik lepas maghrib tu, terus bersiap keluar. Aku tak tanya pun dia nak kemana. GERAM tak abis lagi.

Lepas tu aku tanya la Kimi... Kimi cakap dia pi kerja.

Ok la...

Lepas isyak, aku cuba pejamkan mata aku. Isk... ubat nampaknya tak berkesan la... rasa cam nak tambah jer dos ubat tu. Tetiba hubby call rumah.

Dah tak ada yang angkat, aku la angkat. Nak bercakap dengan Kimi. Tah hapa hapa nak bercakap dengan anak dia plak. Eeeeeeee...

Lepas tu, Kimi pesan cakap kat aku.

"Abah cakap, suruh mama masak, abah balik nak makan !"

Aku pun sms. Geram tak abis lagi. Suruh dia makan kat kedai. Aku nak tidor bla bla ...

Malas aku nak layan. Iya la... dia tak minta maaf pun lagi...

Aku rasa, susah lelaki nak ucapkan kata MAAF pada isteri dia biarpun dia bersalah.

Sampai pagi ini. Aku dah SMS kat dia, tanya dia, susah sangat ker nak minta maaf ?

Atau, adakah itu cara caranya lelaki minta maaf, dan aku harus terima cara minta maaf tu ? Adalah cara cara lain, tapi maleh aku nak tulis kat sini.

Agaknya itu tipikal lelaki Melayu... dan aku rasa... aku kena Maafkan dia dengan sendirinya...

Nanti nanti bila ada masa... aku balas balik, aku ungkit... huhuhu... dendam nih...

Tak patut dia kata kat aku macam tu... sedih tau...

Tapiiiiiiii... kalau dia memang tak rasa bersalah, tentu dia tak call kan ?

Tentu dia tak mau makan masakan aku, kan ?

Tentu dia tak .... bla bla bla....

Pujuklah diri sendiri macam nih... kan ?

Nanti aku tanya lagi kenapa dia tak mau minta maaf... dah tau salah dengar tu... dah tau bini kecik hati tu....
Posted by Picasa

Tak reti bahasa ???

6:05 PM Edit This 4 Comments »
Tekanannnnnnnnnnnnn....

Mengantuk betul aku hari ini.

Kelmarin balik dari Kuala Ketil. Mak dah balik Pahang dengan adikku, Pak Tam. Aku ke Kuala Ketil dengan anak anak sahaja. Suami tinggal kat rumah dengan Hakimi. Dia kata dia nak pi kenduri.

Aku dah malas nak memaksa dia. Kalau tak suka ikut, tinggal. Jangan pula dah pergi, berleter macam macam kat aku. Jalan selamat, baik aku pergi sendiri, bukan aku tak boleh memandu, kan ?

Dah balik dari Kuala Ketil, kami ke kedai utk pilih pilih tile rumah kami yang dalam pembinaan tu.

Masa pilih-pilih tu, kami tanya tanya jugak pada juru jual tu. Tapi aku tengok, cara dia mencadangkan tak profesional. Ada ke patut cadangkan tile didinding tu tile macam kat dapur atau bilik air tu ?

Aku cakap, aku nak pasang tile kat luar rumah, luarrrr nun... bukan bahagian dalam. Mana sesuai tile yang macam dinding dapur/bilik air tu.
Aku cakap, tak biasa tengok rumah orang kot ?

Dia kata, boleh juga tile tu... isk isk...

Bla bla bla... aku dan hubby cari la sendiri... gugang sana sini, aku nak kaler cerah macam kayu tu, dia nak kaler biru gelap + kaler biru muda (dua kaler). Maleh aku nak gaduh, amik jer kaler dia nak, biarpun dalam hati aku tak puas hati. Lantak dia la... janji dia tak berleter kat aku. Niat dalam hati aku, lain kali aku malas dah nak ikut cari apa apa kaler untuk rumah. Bukan nak berbincang, tapi nak ikut hati dia jer... Eeeeeeee...

Aku suka kaler kat dinding luar tu kaler macam batu batu tersusun tu... tapi dia nak kaler lain plak... eeeeeee... suka hati dia la....

Tak apa la...

So, balik tu.... waktu nak tunggu semayang maghrib, hubby aku sound aku...

"Kenapa cakap kasar tadi ?"

Aku heran, apa yang aku cakap kasar ?

"Tak reti bahasa !"

Aik... bila masa aku cakap macam tu ?

"Abang ada kat sebelah, abang dengar, abang bukan pekak lagi !"

"Demi Allah, saya tak sebut perkataan tu, mungkin abang salah dengar kot ?"

"Tak... abang dengar... "

"Terpulang pada abang, tapi saya tak sebut, dan saya tak hilang ingatan lagi !"

"Abang dah cakap, jangan cakap kasar dengan orang. Jaga bahasa bila bercakap !"

"Isk abang ni, kan saya cakap, saya tak ucap perkataan tu !"

Bla bla bla hubby aku mula berleter...

Aku dah nak marah sangat. Iya lah... aku tak cakap, tapi dia tuduh macam macam.

Sakit hati aku, aku berlalu ke bilik dengan hentak kaki. Hubby marah marah. Lantak la...

Lepas tu aku fikir apa yang aku cakap. Sebab word tu tak masuk dalam situasi aku dan tak terlintas dikepala aku nak gunakan pada orang.

Lama aku fikir... rasanya mungkin aku pun cakap, "tak reti, tak biasa kot" pada budak tu ? Dalam fikiran aku, mungkin budak tu baru kerja, sebab sebelum ni aku tak pernah tengok muka dia. Itu pun aku cakap dengan cara biasa sahaja, sebab gaya dia mencadangkan tidak bersungguh, hanya cakap ini ok, itu ok, bla bla bla...

Aku bergaduh dengan hubby sekarang... betul betul tensen, rasa cam nak lari dari rumah. Malas... tak suka... geram... semuanya bercampur aduk.

Aku tak suka orang kata apa yang aku tak buat... aku tak suka orang salah faham pada aku...

Natijahnya, aku makan ubat bagi mengantuk 2 bijik, sebab aku tahu, kalau tak makan, tentu aku tak tidor sampai pagi. Dan masalahnya sampai sekarang, aku masih mengantuk.... Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

Apakah nanti aku akan addict dengan suasana ini ? Ada masalah, makan ubatttttttttt... Dah banyak kali juga aku buat cara ini. Kalau dapat cuti dua tiga hari... aku keluar jer dari rumah... pi jenjalan... Ohyaaaaa... bagus juga idea nih. Cuti dua tiga hari, pi Langkawi, beli belah di sana... best kan ???

Nanti aku fikirkan...

Anak mana satu aku nak bawak !
Posted by Picasa

Gemok kurus gemok kurus...

11:19 PM Edit This 3 Comments »

Dulu waktu kenduri rumah ayong masa dia bertunang entah bila aku pun tak ingat, tapi masa tu Najmi masih kecil lagi, aku gemok skit. Lepas beranakkan Najmi, badan aku naik la skit... tapi skit jer la (cuma diorang jer asik kutuk aku !) Kak Mar plak asik la dok pegang pegang lelemak kat belakang aku... cis... cis... cis... Agak aku, mungkin dekat 60 kilo kot berat aku.

Bila ukur baju pun, besar sangat ukuran tu. Bontot saja 40inci. Betul ke ? Tidak percaya aku. Rasa aku tengok cam kecik jer... tapi entah la, orang lain perasan kot.

Lepas tu, Achik pun kata aku gemok. Baju kebaya labuh aku kat atas tu, Achik kata dia muat, cuma kain saja singkat (dia kan type model)

Now, bila aku pi kedai kak Mar, sekali tu aku pakai baju t-shirt kat atas tu. Diorang pakat pakat terkejut kata aku kurus sangat. Huhuhu... pulak dah...

Siap la ngutuk aku cakap kurus sangat, nampak tua la itu la ini la.

Tetap la tak puas hati.

Geram betul aku.

Aku pun tak tau nak berat berapa kilo baru orang puas hati ????

Now berat aku around 50 kg kot... lama tak timbang, penimbang hilang entah ke mana, tak tau la.

Bebaru ni, member aku tengok gambar aku dengan baju kebaya tu. Dia kata aku kurus. Hahahaha...

Entah mana satu aku nak dengar, tak tau la.

Sat gemok, sat kurus, sat gemok, sat kurus...

Apa apa hal pun, sebenarnya aku puas hati dengan penampilan dan bentuk badan aku.

Adik beradik tu, biarpun kutuk giler giler kat aku (isk... kata aku gemok, Kak Mar tu tak tau la taraf apa besarnya, hahahahaha!), tapi aku tak ada la kecik hati sangat, geram jer...

Teruk kak Mar tu... selalu kutuk aku... itam la... (padahal aku dah putih dah... hahahaha... perasan).

Eh... aku order baju baru. Dengan ukuran baru. Hope tak ada la gelebeh macam baju yang dibuat selepas kenduri Ayong. Semua baju yang dibuat selepas kenduri ayong besar (tang bontot tu terutamanya !)

Achik kata, ramai orang pegi kedai cari dia suruh pilihan baju/kain. Aku ingatkan aku sorang jer yang asik suruh dia carikan kain baju kat aku anak beranak, rupanya ramaiiii... hahahaha...

So, kepada sesapa yang teringin nak berfesyen, nak bergaya dan sesuai dengan diri sendiri, silalah ke KEDAI KAIN ZAKARIA DAN ROHATI. Jumpa Achik, suruh dia pilihkan kain baju korang. Harga bukan harga mak datin. Harga orang kampung jer.

Kalau korang malu nak tanya, sapa Achik, korang tengok yang tinggi lampai, dan gaya macam puteri bunian tu, mesti itu Achik.

Kalau nak dijahit terus pun, hantar jer kat kedai jahit tepi tepi kedai tu... (kedai jahit cina). Cuma... ingatan aku, kalau korang berbadan halus atau terlalu besar, jangan la pulok nak jugak jugak fesyen macam yang Achik pakai, karang marah plak tukang jahit tu.... hahahaha....

Kalau nak baju kurung segala macam kurung, ada terletak kat tingkat atas kedai tu.

Aiceh... eklan plak dahhhhhh....

Esok aku nak pi rumah Kak Mar, nak jengokMak. Mak nak balik Pahang, ikut adik aku, Pak Tam.
Posted by Picasa

Kucing beranak lagi... dan jangan percaya lelaki kerja JPJ...

5:04 PM Edit This 3 Comments »
Kucing yang sama dulu tu beranak lagi. Kali ini macam yang lepas juga, 3 ekor anaknya. 2 putih, sekor hitam putih. Kaler mata tak dapat dipastikan lagi, kecik sangat, matanya asik tutup lagi. Garang plak tu.


Nak cerita skit, aku ada bertemu semula dengan kawan lama.... lamaaaaaaaaaa sangat. Since 1989 kot aku tinggalkan UPM, ini baru jumpa semula. Seronok dengar citer lama lama. Wajah dia pun sangat banyak berubah, biarpun roman mukanya seakan sama. Masih chubby... Eh... dia lelaki.

Isterinya satu kolej dengan kami. Aku kenal isterinya. Yang tak dapat aku lupakan adalah kening isterinya. Hehehehe... Keningnya bercantum. Trade mark betul. Dia sebut sebut nama suaminya, Mazlan. Sumpah... aku lupa betul rupa masa dia sebut nama tu. Bila aku jumpa tu, baru aku teringat. Itu pun, kalau jumpa kat tepi jalan, mati mati aku tak kenal. Berbeza betul rupa kita.

Dia pun cakap, rupa aku sangat berbeza. Dan satu lagi, dia kata, aku kelihatan tinggi.

Hahahaha... tentu dia confius antara aku dan si kembar aku, Imah. Imah tu rendah skit.

Rindu betul aku nak dengar cerita kawan kawan lama.

Aku dah kontek si Roz**ah, member se'ROTU' aku. Dia tinggal dengan mak dia di kampung aku. Sedih juga aku dengar cerita dia. Anaknya 3. Dah besar besar anak dia. 2 lelaki, 1 perempuan. Yang besarnya pun dah tingkatan 2. Yang kecilnya umur 5 tahun.

Seingat aku, aku dengar cerita, suaminya meninggal, rupanya dia kata, suaminya bukak 'cawangan' lain. Kesian betul. Dia cakap, tahun 2000, dugaan dia bertimpa timpa. Dia bersalinkan anaknya, adiknya meninggal kemalangan dan suaminya kawin lain.... Huhuhu...

Aku fikir, dugaan aku dah teruk, tapi dugaan dia lagi teruk dari aku.

Lelaki itu yang tergila-gilakan dia waktu dia masih study di UiTM Shah Alam. Berkahwin dengannya tanpa dia sempat habis study. Waktu muda member aku ni, dia mencari kerja sana sini, bila dapat, suami tak beri kerja, apatah lagi kerja kerajaan. Memang teruk...

Dan aku pasti, sebagai isteri, dia akan ikut kata suaminya, dengan harapan, suami akan bersama hingga akhir hayat dan akan menjaga kebajikan kita. Tapi, dasar lelaki...

Aku bernasib baik kerana keputusan aku untuk kerja sekarang, biarpun dibantah suami dulunya, merupakan takdir terbaik untuk aku. Awal waktu kerja, aku menyesal juga. Tapi, lama kelamaan, dengan masalah dan sebagainya, aku tahu, perempuan terpaksa bergantung pada diri sendiri. Jangan berharap duit dan simpanan orang lain, biarpun dia suami kita.

Kawan aku ni cakap, suaminya kawin 3 orang dah...

Huhuhu... betul la...

Lelaki kerja JPJ... yang takut jika isteri kerja BPR... tentu, dia memang kerja tak bersih kan ?

Wah... jangan percaya lelaki kerja JPJ yang tak bagi isteri dia kerja BPR....

Itu anggapan aku, kalau korang rasa aku salah, sila abaikan entry aku....

Kawan aku ni, yang aku kenal, aktif, kuat semangat. Ambil jurusan kejuruteraan, yang ramai kawannya lelaki. Sekarang, aku tahu, dia masih kuat semangat. Untuk masa depannya, dia rancang sebaik mungkin.

Aku rasa juga, dia dah imun dengan segala masalah dia. Dia dah tak kesah apa yang suami dia nak buat... kan ?? Seperti perempuan lain yang dimadukan... yang diabaikan... (eh... aku tak tahu dia diabaikan atau tidak !!!), kebanyakkan perempuan akan telan dan simpan semua masalah tu dan ketepikan utk terus senyum di depan anak anak.


Respek betul aku dengan dia nih....
Posted by Picasa

Selebret Birthday Najmi...

5:15 PM Edit This 2 Comments »

Jumlah lilin yang tidak beri makna apa apa pun... (2 tahun utk Najmi, dan abah plak dah kena taruk banyak 11 lilin... so, letak jer 4 lilin... ekekeke)


Birthday boy memotong kek coklat yang sedappppppppp...


Kek ni masih ada dalam peti ais...
Posted by Picasa