Search This Blog

Loading...

Thursday, May 2, 2013

You're Still The One (Drama Korea)


Sinopsis Drama Korea You're Still The One 

Demi menyelamatkan suaminya Na Han-joon (lakonan Kim Seung-soo), Cha Soon-young (Shin Eun-gyung) membuat perceraian palsu dengan suaminya. Han-joon kemudiannya meninggalkan Soon-young demi menyelesaikan masalah perniagaannya. Semasa ketiadaan suaminya, Soon-young telah jatuh cinta dengan Kang Woo-jin (Song Jae-hee). Lama kelamaan Han-joon pulang semula kepada bekas isterinya. Apakah Soon-young sanggup mengorbankan cinta barunya ataupun berkahwin semula dengan bekas suaminya yang sudah berubah? Apakah perceraian palsu ini terus jadi perceraian yang sebenarnya?

Read more: http://www.aynoranur.com/ http://www.aynoranur.com/2013/02/drama-korea-sinopsis-youre-still-one.html#ixzz2S5uELaUN

-------------------------------------------

Aku sedang giler tengok citer ni bersama dengan Kakak.  Kekadang bergaduh dengan hubby sebab dia minat sangat tengok citer pawn apa tah yang beli barang barang terpakai tu. 

Citer ni best sebab cerita pengorbanan seorang isteri.  Memang menyakitkan hati sedikit, tetapi kekadang puas hati bila yang jahat dibalas jahat.

Aku tak tahu la apa ending dia, sebab orang yang citer sinopsis kat atas pun bagi tergantung gitu jer... tak apa la.

Kalau fikirkan apa yang asben dia buat kat dia, aku rasa lebih baik dia kawin dengan pakwe olok olok dia dan tinggalkan terus asben dia. 

Tapi biasa la... lelaki memang karekternya gitu... Nak isteri sentiasa rasa memerlukan dia dan menanti dia... dan mencintai dia seorang... biarpun pada saat asben ada orang lain... Dia harap, isteri dapat lupakan apa saja yang dia lakukan bila dia kembali semula pada isteri dia... tak boleh merungut tak boleh mengungkit.... errkkk...   melalut plak...

Apa apa la...

Aku suka citer ni sebab ianya boleh beri kepuasan.  Aku harap ending dia tak mengecewakan.
Aku suka saat isteri dia dapat balas balik perbuatan suami dia dan isteri baru dia. 

Bab malam tadi, aku tunggu sampai dekat pukul doblas... si pakwe olok olok dia peluk dia dengan erat bila tahu dia tak cedera parah dalam kemalangan tu... dan yang best tu, x asben dia tengok...

Aku tau, mesti si Ce Rin tu marah nanti... itu yang best tu... hahahaha...

Kesian kat anak mereka... dalam citer tu, anak yang tak bersalah dijadikan bahan utk ugut ugut...

Posted by Picasa

27 comments:

  1. AKAK...give me 5
    saya folo drama ni dr episod pertama tau
    dan sanggup tido lewat sbb nak tgk
    si abam,dia kesian kat suami si Na Han Joon tu
    katanya 'kesian dia..dia terpaksa la umie.dia mmg sayang isteri dan anak dia'
    saya jawab 'padan muka dia..sapa suh tggl isteri dan anak dia'hahaha
    bergaduh2 sya dan si sbujang tu

    kalau en abe keje pg sempat tengok..dia senyap je smbil dgr saya mengomel.hahaha.malas nak layan kot.tp sinopis kata nanti isteri tu jatuh cinta dgn pakwe baru dan berbelah bagi nak balik pd suami@ stay dgn pakwe olok2 tu..rasanya pakwe olok2 pun akan jatuh cinta dgn dia

    mcm biasa..masa jd isteri selebet..dah kena tinggal baru nak berlawa-lawa.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakwe baru dia yang mengubah dia jadi cantik dan berkeyakinan sedikit. Suami biasanya harap isteri jadi gitu gitu atau berubah sendiri... normal dalam kehidupan kita...

      Memang la awal tu isteri dia yang suruh buat gitu (sebab termakan hasutan si ce rin tu), tapi bila isteri dia suruh dia berenti, dia plak yang tak mau berenti.

      Hehehe...

      Akak tengok sengsorang malam malam. Kakak tengok siang siang (yang dah rakam) dan bergaduh dengan abah dia... hahaha...

      Tapi somi dia memang kejam... sanggup biarkan isteri dia nak terjun bunuh diri... sebab nak kejar kedudukan/harta...

      Adoiii la....

      Delete
    2. Silap...lupa plak... PAP <--- give u back 5...

      Delete
    3. semalam baru ep 60.
      semuanya ada 120 ep tau..hahaha
      seminggu 10 ep..maknya 60 episod lagi
      tak sabar tggu ending
      kalau boleh nak dia bersama woo jin
      tp sebenarnya suami dia pun kesian jugak
      dia kata 'biarlah saya jd jahat kali ini..semua ini utk isteri dan anaknya Miso'sedih kan
      saya x kisah kalau dia belum 'main' dgn ce rin tu
      tp dah main pun..so baiklah dia teruskan je
      lagipun woo jin pun org kaya jugak.hahaha

      Delete
    4. 124 ker 120 episod ?

      Apa apa pun sebenarnya dah tak boleh dah buat gitu wlau utk isteri dan anak pun.... dan sampai tahap gini, suami dia tak perlu dikesiankan lagi... awal awal dulu kesian la.

      Tapi ce rin tu kejam dan kesian... sebab nampak sangat riak somi dia yang memang tak sayangkan dia langsung... bersama kerana harta... cuma orang jahat memang macam tu ! Sanggup jer buat apa saja asal impian tercapai !

      Delete
    5. Kalau nak tengok ending boleh ke http://www.dramacrazy.net/korean-drama/still-you-episode-50/ .... akak tak leh tengok... block agaknya !

      Delete
    6. DRAMA CRAZY TU TAK SEMUA CITER ADA KAK
      TP MALAM NI ENDING THAT WINTER THE WIND BLOW..MGKIN DAH ADA KOT KAT DRAMACRAZY TU..NANTI NAK JENGUK LA.HEHE

      120 KE 124?NANTI CHECK BALIK TP YG PASTI LAMBAT LAGI ABIS
      HEHE

      Delete
    7. Memang la tak semua citer ada... tapi citer ni ada la... citer winter the wind blow tu akak tak ikut... hehehe...

      Nak ikut citer the great doctor ... tapi dengar sora bahasa malaysia tak best plak... dengar sora asal dia sgt menggoda... huhuhu....

      Delete
    8. skrg saya peminat setia dramacrazy :)

      Delete
    9. kak..x jumpa la kat dramacrazy citer ni.huhu

      Delete
  2. Link yang akak bagi atas tu citer still you tu ler...

    ReplyDelete
  3. minat giler citer ni... ape pun x suka si han joon dan si mak cik ce rek tu (che rin.. kerek giler minah tu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... lambat betul nak abis... tadi tengok citer dia tipu pasal anak En Baek tu plak...

      Delete
  4. Ending citer ni...na han joon mati. Mesti mkcik2 suke kikikii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ker ? Hmmm... bagus juga kalau dia mati.. supaya ex dia boleh la bahagia dengan orang lain... tak sabar nak tunggu hanjoon dan cerin kena teruk...

      Delete
  5. Replies
    1. Betul... citer terbaik setakat ni selepas citer betty la fea..

      Delete
  6. tgk kt mane.....share link dia....tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat xs... tapi, ada yang dapat... try la kat http://www.tudou.com/programs/view/Zwyvd0xF7Jc/?resourceId=0_06_02_99

      Delete
  7. Mmg folo jgk tp start pn dh ep 62 kot. Dok usha2 jgk dvd cite tu kt luar tp so far tidak ketemui. Hehe. Ke ada sapa2 tau kt mna ada jual dvd cite tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer la... tak jumpa la... tak tau kat mana..

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. ^_^ thx sbb pos psl drama ni. sy pown layan n ske tgk WooJin.

    ReplyDelete
  10. dia balik semula pd Han Joon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la... citer ni rasanya penghujungnya kita rasa tak pueh hati skit sebab han joon tu sakit... lepas tu si soon young jaga dia... dan tak jadi kawin dengan woo jin... semalam punya episode pun rasa macam tak berapa best biarpun dok tunggu han joon kena teruk. Bila dia kena marah dengan board member... rasa macam kesiannyaaaaaa...

      Delete
  11. Mana nak downlong ringtone hp soon young tu ??

    ReplyDelete