Search This Blog

Wednesday, May 29, 2013

Doakan yang baik baik...

Errr...  sempat lagi nih.

Saja terbaca dalam FB jawapan UAI pasal dia kawin kali ke 3 tu.  Terdetik dalam hati aku rasa macam... errr... betul ker jawapan dia nih ?

Dia memang suka bergurau... aku harap dia bahagia dan isteri isteri dia bahagia... secara betul betul...

Dugaan orang kita tak jangka... dan orang yang lebih Allah sayang, lebih lagi dugaannya.  Tambah lagi dugaan untuk orang yang alim alim tau agama nih...

Aku harap, dalam keadaan sekarang yang orang ramai menghormati dia, dia tetap akan kekalkan benda benda baik yang dia buat selama ini.  Memang ada orang yang akan cuba memburukkan dia dan apa apa saja lah... tapi seperti biasa, aku galakkan kita bersangka baik.

Aku suka UAI... bukan idola... tapi suka la... dia lucu dan banyak pengetahuan... ugama... susah nak cari orang yang tau banyak perkara berkaitan agama... jadi, biarlah kita hormati pengetahuan dia... dan dia pula, aku benar benar berharap... dia tidak jadi seperti Ustaz Kazim... yang banyak bercerita hal kena hentam dan sebagainya walaupun dalam CD ceramah...

Hal kena hentam, usah marah... bersabar... kerana itu kan adat orang berbuat baik... Setan tak suka !!!

Pepandai jer aku....









Bowling cuti sekolah...

Anak anak nak main bowling, jadi... aku bawa la...  Aku sendiri tak main... just mak sedara mereka jer si Mira meneman.


Cu dan abang ipar dia a.k.a pak mertua aku.

Aiceh... macam pro jer yer...

Nak baling pun kena dua belah tangan...

Sudahnya... gini ler...

Monday, May 27, 2013

Muzium padi lagi...


Dengan mak dan pak mertua
Petani... ekekeke...

Membajak sawah... ramai betul...


.....  gemoknya aku... kena bersungguh sungguh mendiet la nampaknya...

Budak baru tau pokok 'nasi' ... 

Melihat keindahan pemandangan sawah padi...

Tahan bubu... ghaib... Kakak... ini la yang abah selalu sebut 'tahan bubu ghaib... ini la namanya BUBU' ... terang aku pada Kakak...

Mak mertua, Cu dan sepupu Cu yang terpisah sejak 40 tahun lepas.  



Posted by Picasa

Thursday, May 23, 2013

Kenapa ?

Seperti kebanyakkan budak budak yang macam Amalia dan Najmi, mereka sangat sangat suka bertanya dan bercakap, sehinggakan bila aku suruh dia diam, dia akan bercakap juga dengan berbisik bisik... sendiri.  Memang melucukan, tetapi bila aku sedang konsentrate tengok citer Korea tu, aku suruh dia pegi jauh jauh... keji kan ?

Contoh pertanyaan mereka pada aku adalah,
"Kenapa muka mama dan makcik su tak sama ?"
"Kenapa muka abah sama dengan muka abah Izat ?"
"Kalau kaki tak ada, mati tak ?"
"Kalau mama tua mama mati ker ?"
"Mama muda lagi kan ?"

Mama tua, tapi Tok Wan tua lagi...

"Kenapa Tok Wan tak mati lagi ?"

Macam macam la soklan dia yang aku pening nak jawab...




Yang hensem tu somi aku, yang kurang hensem tu abah Izat... kekekeke... 
Note : Picasa mengkelaskan mereka sebagai orang yang sama bila detact face tu...
Oh ya... anak anak aku pun dikelaskan sebagai orang yang sama... mungkin sebab memang mereka adik beradik kot... muka semacam...

Begitu juga kalau ada gambar dari kecil sampai besar... aku tak tau teknologi yang mereka gunakan, tetapi picasa dapat mengkelaskan Kakak dari kecil sampai besar... sebab aku simpan gambar kakak dari baby sampai sekarang...

Sapa guna Picasa tau la kot ?

Picasa juga boleh detek muka aku dari kecil sampai tua ni... takjub sungguh aku.... tak payah guna CSI, picasa pun ada teknologi nih...




 
Posted by Picasa

Wednesday, May 22, 2013

Tiada cerita...

Errr... apa nak citer ? Esok last day sekolah.  Lepas tu anak anak yak yak yey.  Aku plak tensen.  Aku ambil cuti 2 minggu untuk siapkan kerja aku serta aku nak peksa pada 3/6/2013 nanti.  5hb tu kena antar dissertation.  Rasa aku nak pengsan fikirkan pasal dissertation nih.

Tensen betul !


Monday, May 20, 2013

Aku suka jalan menunduk...

Entah mana mereka dapat dari kajian cara jalan ni, baca la... suka suka... Tapi, memang aku kurang sosial... sebab tu aku jalan menunduk... kekeke... Lagi satu sebab aku malas nak tengok orang keliling... nanti kena senyum atau tidak senyum... aku tak reti nak bereaksi... sebab aku lihat wajah orang memacam, ada yang sombong tak tentu pasal, ada yang murah senyum... so, baik la aku jalan menunduk.  Kecuali kat tempat aku tak biasa pegi, terpaksa la aku jalan menegak... kalau tak nanti langgar tiang pulak... hehehehe...

--------------------------------------------

7 Rahsia Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan


ambil dari http://penpatah.blogspot.com/2012/04/7-rahsia-wanita-dengan-melihat-cara.html


Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Friday, May 17, 2013

Kisah laki bini

Tiru HAMKA nih...

----------------------------------------


Laki menjengok ikut tingkap... lihat kereta kat garaj.

"Minyak bocor tu...", laki merungut bila tengok ada minyak setompok kat lantai garaj.

Bini yang sedang baring kat katil pun jawab selamba, "Patut pun saya isi minyak minggu ni sekejap jer abis !"

"Bukan minyak tu laaaaaa... eeeeeee...."

Laki pun datang dekat sambil mencekek leher bini yang tak faham minyak apa yang dia cakap !

"Kalau minyak petrol, kering la.  Ini minyak hitam la... !"

"Tolong tolong... yer la yer la... mana tau... !"

Woha !!

-------------------

Aku gelak gelak bila perasan minyak apa yang dia cakap.  Mana la aku tahu.... kekeke...



Thursday, May 16, 2013

Selamat hari guru...



Hari ini hari guru yer ?  Tahun ni paling mencabar bagi aku sebagai ibu kepada sorang anak murid yang paling susah nak pegi sekolah.  Aku dah jadi sedikit kamceng dengan cikgu sekolah anak aku.

Bebaru ni, si Amalia tertidor dalam kelas pada waktu balik.  Nasib baik betul dia ingat nombor telefon aku... errr... bila masa dia hafal yer ? Siap plak nak duit siling dari aku nak call aku.  Pandai ker anak aku tu ?

Sambung citer pasal tidor tu, katanya dia pening dan letih sangat.  Jadi dia tidor kat meja dia.  Nasib baik cikgu math dia nama Sharizan tu tolong call aku.  Kalau tak, entah apa jadi.  Berlari sangat lepas tu letih dan dahaga.

Si Pengasuh dia tu plak la yang gelabah sebab Amalia macam orang apa tah dahaga sangat sangat... melepek kat pintu pagar sekolah.

Banyak cara aku buat untuk Amalia pegi sekolah.  Sekarang ni sedikit ok biarpun tetap kena antar sampai ke kelas.  Ada masalah skit dengan budak kelas dia.  Rasa dah kena buli (minor jer) si Amalia nih.  Budak budak suka amik meja dia dan suruh dia pindah sana sini.

Pagi tadi aku antar, skit pun budak tu tak takut kat aku.  Aku buat muka garang... pakat la slow slow beredar dari meja Amalia.

Aduii la...

Sian kat anak aku sorang nih.  Ada abang dan kakak saja, tapi tak leh pakai !


Errr... sempena hari guru ni aku tak leh nak ucap apa apa pun pada cikgu, sebab tak ada satu pun cikgu yang masuk dalam blog aku (kecuali Irtiyah kot, tapi dia pun tak masuk juga dah... bz niaga agaknya dia tu... blog dia pun bersawang dah !)

Aku cuma nak cakap, banyak guru guru aku sepanjang aku mengaji/belajar aku dah lupa namanya.  Ada yang dah meninggal pun. 

Dalam FB ada dua cikgu aku... cikgu Murshidi, cikgu sekolah rendah, sorang lagi cikgu Mohamad Noor, cikgu sekolah menengah.

Seronok juga bila dapat mengetahui cerita mereka bila kita dah tua tua nih...

Monday, May 13, 2013

Hari ibu... utkku...


Tulisan begini adalah anak bungsuku... 

Namanya Nur Izzat Najmi... 

Ini aku tak pasti tulisan siapa...

Hehehe...

Aku balik balik aku tengok kad ditampal kat pintu depan rumah.


Ini penkek dari tepung penkek dalam kotak.  Tak berapa sedap pulak komen abang... sedap lagi yang mama buat sendiri.... tapi abis jugak...  kekekeke....  Corak atas penkek ni kakak yang buat... aku tak ada kerja nak buat bende bende gini...

Penkek dalam kotak ni rasa macam kek atau baulu perasa oren yang manis... Sedikit muak bila makan lebih dari sebijik.  Kalau yang macam lempeng (dari tepung biasa), anak anak abis dua tiga empat keping sorang... itu pun asik minta mama buat lagi....  

Dah beli dah tepung naik sendiri (dalam kotak juga, tapi untuk buat kuih apom ker apa tah tu).  Tak test lagi... tapi mungkin tepung tu akan dicampur dengan tepung biasa separuh separuh kot.  Baru tak muak sangat.   Entah... tak buat lagi.  Akan dibuat samada petang/malam ni atau cuti nanti...

p/s: Mereka seronok sebab terlibat sama dalam pembuatan kuih kuih nih.  

Posted by Picasa

Sunday, May 12, 2013

Lempeng a.k.a Pancake...


Ini lempeng... satu lempeng biasa, satu lempeng milo ! Rekaan aku la... hehehe...

Lempeng taruk coklat !



Ini pula pankek... 

Aku dah buat coklat dia... nak letak atas ni... 

Tapi anak anak aku nak try letak strawberi plak dah... suka hati  mereka la.

So, cuti dua hari ni, abis sepeket tepung gandum aku buat bende bende nih.  Next time beli tepung naik sendiri plak, bagi lagi gebus !

p/s : Buat benda ni senang... malas aku nak buat kek ker kuih lain.  Renyah.  Benda ni senang... blend bahan dia, lepas tu terus goreng !


p/s : Kalau ikut artikel ni, rasanya aku sakit metal la yer ?

Tambahan : Aku dah try masukkan tepung naik sendiri... sangat tidak cantik.  Rasanya sedikit macam kuih apa tu... yang terpecah bila kukus tu... entah tak tau namanya...

Nampaknya tepung tu terpaksa la aku buang atau bagi kat orang... huhuhu...

Sedap lagi yang ori macam orang kampung buat tu...

Posted by Picasa

Buah nangka dan buah hati...


Nangka... 
Buah nangka ni banyak kat umah kami.  Selang beberapa hari masak sebijik... sampai aku dah malas nak uruskan... bergetah.  Last last beri jer pada kengkawan mana yang patut.

Buah hati aku plak... anak anak la... dan nak citer pasal anak aku ni ler...

Pagi tadi... dia minta aku carikan seluar sekolah.  Aku confius la... mana ada seluar sekolah.  Aku bagi seluar sukan, dia kata bukan... puas la aku cari.  Hampir jer aku nak pukul dia sebab dia buat perangai pagi pagi.  Last last dia tunjukkan kain kakak dia...

Ceh... ada lagi perkataan dia tak tau !!!

Dan pagi ini dia buat perangai betul... menangis lagi !!! Arghhh... tensen aku bila dia start cakap dia tak mau pegi perhimpunan.

Tensen tensen !
Posted by Picasa

Wednesday, May 8, 2013

Memaafkan lebih baik...


Abah mereka ke KL.  Jadi aku sibuk mengurus anak dan semua perkara berkaitan. 
Bila hubby outstation, dia akan call kami sehari sekurangnya dua kali. 

Pagi tadi dia call aku masa aku dengar taklimat.  Aku tak leh nak jawab.  Lepas tu aku ada urusan sana sini, terlupa nak call dia semula.  Merajuk la pulak hubby aku dan cemburu dan marah marah aku.

Aduhhh... sib baik setelah aku minta pandangan adik aku, dia suruh aku abaikan jer.  Dah tua tua gini tak payah la gaduh.  Jadi, aku amik keputusan, msg balik kat hubby cakap aku minta maaf...

Selesai pun... 

Memaafkan lebih baik !

Lepas tu aku call dia balik... cakap macam tak ada apa apa yang berlaku.  Kalau dulu, bila dia buat aku marah dan aku kecik hati, dia buat kering jer lepas minta maaf.  Now, aku buat gitu jugak... aku rasa ok la kot yer ?  Kalau dia masih ada rasa marah pada aku, peduli la yer ? Hehehe...




Tuesday, May 7, 2013

Barang antik hubby...

Pernah tengok Pawn Shop kat Astro ?  Hubby aku giler tengok citer nih.  Tak paham aku.  Dia ada satu lagi siri berkaitan... Pawn Shop ni orang jual dan beli barang antik... satu lagi tu mereka pegi redah mana mana tempat dan cari barang antik, aku tak ingat nama siri tu.  Nanti aku ingat, aku hapdet.

Masa naik kereta, hubby cerita hal dia semasa kecil.  Cerita kenakalan, ketabahan dan juga kreatifan budak budak zaman kami.  Zaman sekarang, semua permainan kena beli.  Zaman dulu, semuanya dibuat sendiri.  Dari gasing, layang layang... dan juga senapang atau pistol.

Salah satu barang yang hubby buat dan disimpan sampai sekarang adalah senapang kayu.  Anak anak sangat teruja nak tengok senapang yang abah mereka buat...


Ini la senapang nyer... 
 

Abang dengan  senapang antik abah dia.   Panjang rambut abang...
Note : Adik Mie tak ada masa ni sebab dia tidor dalam keter.  Kalau tidak, dia pun ada gak pegang senapang nih.


Dalam usia macam abang, abah dia buat senapang ni sendiri. 
Senapang ni masih kukuh, cuma getah dan tempat nak letak getah tu tak ada lagi.
Senapang ni digunakan untuk menembak burung... bukan orang... sebab kalau tembak orang, mau menggelupur budak tu.  Senapang panjang gini, getah yang ditarik sangat kuat... dan batu, kertas basah akan sangat laju.  Kalau pistol pendek, boleh la buat tembak orang... pakai buah terung belanda tu.

Semasa aku kecil jugak, aku lihat budak budak lelaki main pistol dan senapang gini.  Mungkin adik adik aku pun ada juga.  Aku ingat ingat lupa.  Tapi biasa juga kalau adik adik aku nak main senapang atau pistol... aku akan tolong buatkan untuk mereka...  begitu juga layang layang.  Sebab tu rasanya aku tahu bagaimana buat pistol dan teknik buat layang layang sampai sekarang.

Cuma sekarang malas... beli jer kat kedai...

Anak anak aku sangat seronok balik kampung.  Bermain dengan budak budak kampung.  Kat rumah kami kat taman, anak anak bermain bersama mereka dan sorang dua anak jiran.  Kat kampung, anak anak boleh menyorok banyak tempat.  Keliling rumah boleh berlari... kat taman... dalam rumah jer boleh menyorok.

Mereka sangat seronok sekarang, sebab kami ada rumah sendiri kat kampung.  Rumah kami kat kampung lebih cantik dari rumah kat Taman. 

Tapi bila balik semula ke Kedah... kakak cakap...

"Rindu betul kakak dengan katil kakak !"

Hahaha...

Apa apa pun... rumah adalah tempat di mana kita tinggal bersama keluarga kita... tak kira kat mana rumah tu...


Oleh kerana dah panjang... kena la potong... Kepala Adik Mie sedang diproses.

Rambut hero hero kena potong dah !

 
Posted by Picasa

Tempat aku ngundi...


Ini tempat aku ngundi... tak beratur... terus jer masuk lepas sorang tu...  Saluran 3...

Tempat tanya nombor... aku ingatkan mereka tak leh trace... kengkononnya undi rahsia... nampaknya undi tak rahsia la yer ? Tapi tak perasan aku kertas undi tu ada nombor tu atau tidak !  Kalau tak ada nombor pada kertas nak pangkah tu... kira rahsia la.... 

Sekolah tempat aku ngundi... panjang betul barisan orang lain... 

Kat kawasan aku ngundi, geng biru jer yang sakan... geng hijau tak nampak langsung pondok panas mereka atau orang ngempen... takut agaknya.... 

Jari aku lepas ngundi... 

Jari aku lepas aku basuh dengan air jer... Errr... aku baca paper, basuh dengan macam macam pencuci tapi tak tanggal warna gelap/biru/itamnya, tetapi aku punya dakwat cam tiruan jer...

Agaknya mereka beli dakwat siam agaknya.  Macam beli madu lebah kat siam... kat mulut botol jer dia letak madu ori... yang dalam botol, letak air gula... hehehe...

Kesian SPR kita... kena tipu jer beli dakwat mahal mahal.  Aku rasa tak sampai seminggu, jari aku ni bersih la... Cuma kalau kuku macam aku ni susah skit nak cuci... kuku pak mertua aku dah bersih pun...

Tapi best la ada penanda macam ni, buleh riak... kata dah mengundi... hahahaha... <--- aku pertama kali mengundi lepas umur 40an nih... ceh !

Malam pengiraan undi tu, hubby dan keluarga serta anak anak kecik aku dok la melangut depan TV.  Aku dan kakak dah masuk tidor awal... tak kuasa aku menanti.  Tapi, dek kerana itu juga aku yang salah faham, terbaca mesej dalam TV cakap esoknya cuti umum, dengan senang hati cuti suka hati aku jer... Last last jadi la cuti EL... adui laaaaa....

Balik dari kg, aku dengar anak anak aku bercakap sesama mereka...

Mereka lihat bendera... biru dan hijau.  Mereka tanya geng mana yang menang... Kalau geng hijau mereka nak geng hijau... dan sebaliknya la.

Semua pakat nak pilih parti...

"Geng mana yang menang abah ?"
"Geng biru"
"Adik mie geng biru..."
"Geng biru tu BN"
"Adik Mie geng BM"
"Kak Ya pun nak geng BM jugak"
"Mana boleh BN, geng la PAS... geng kita !"
"Tak apa la... Kak Ya nak geng BI jer..."

Hehehe... aku dan somi berpandangan... senyum...

"Mama nak geng PJ la..."

"PJ tu apa pulak mama...."

"PJ tu Pendidikan Jasmani"

"Oooo... itu Kak Ya tau... !"

Hahahaha.... naif betul anak aku !


Kalau orang tanya aku pilih sapa... bagi aku, jawapan senang...
Jika diberi pilihan  :
Antara orang yang kuat agama dan orang biasa... aku pilih kuat agama...
Antara orang biasa dan orang yang bermasalah, aku pilih orang biasa...
Antara orang orang bermasalah dan orang bukan Islam... aku tak pegi ngundi...
Dan jika dua dua nya orang beragama.... aku pun tak pegi ngundi...

Untuk : Antara orang orang bermasalah dan orang bukan Islam... aku tak pegi ngundi...  jangan kata aku RACIST... aku sokong bukan berdasarkan bangsa.  Tapi, bagi aku... bila aku tak ngundi tu, maknanya aku tak kesah sapa menang pun... no hal !

Jelas kan ?  So, tak kesah la parti mana pun... Dan nasib baik kat tempat aku ngundi tu, yang menang adalah orang yang kuat agama... semoga dia yang terpilih menjalankan tanggung jawab dengan baik... Bukanlah perlu membangun sangat, sebab dia bukan ada kuasa gitu... cukuplah tidak mengayakan adik beradik dia atau membesar bagai istana rumah dia jer... itu dah sangat cukup baik bagi satu orang yang tidak dapat cukup kuasa, kan ?

Errr... aku dengar macam macam isu pengiraan undi... black out la... peti undi sampai lewat lepas hebahan la... itu ini... bagi aku... malas nak sakit jiwa... lantak la... yang menipu... dia yang dibalas nanti dan kena maki bla bla bla...   kena sumpah...
Tapi, pendapat peribadi aku... orang yang nak kekalkan kuasa ni tak kesah pada maruah... sebab untuk mengekalkan kedudukan mereka, mereka sanggup buat apa saja hatta membunuh...  kalau setakat nak tipu rakyat ni apa la sangat !


Tapi, kalau mereka bagus... aku sendiri pun respek...




Posted by Picasa

Tempat ngundi hubby...




Meriah betul geng biru... 

Geng hijau pun tak kalah jugak ! 



Hubby berbaris... sanggup tu... kalau aku dah lari dah panjang panjang baris gitu ! 

Sekolah ... 

Anak aku memang akan geng dengan parti yang menang... hahaha... 
Posted by Picasa