Search This Blog

Tuesday, January 20, 2015

Bila kutub berbeza...


Di pihak sebelah hubby, ada ramai sepupu 2 pupu besar anak anak aku atau lebih kecil lagi.

Ada mereka yang seakan ada aura negatif bila berada disamping aku.  Dengan sendirinya aku tak berapa suka dengan mereka.

Sebenarnya, memang ada beberapa orang kanak kanak yang begitu.  Sangat tidak serasi dengan diri aku.  Aku tidak pasti kenapa.

Nak kata mereka nakal.  Hmmm... ada budak nakal yang aku sangat suka jer.

Nak kata mereka mengada.  Ada budak mengada yang nampak comel jer.

Nak kata mereka cakap banyak.  Ada jer budak yang cakap banyak tetapi aku suka jer.

Tapi, aku cuba juga tahan perasaan untuk tidak membenci mereka.  Mereka ahli syurga.

Jadi, apa yang aku buat, hanya tidak berapa peduli sangat tentang mereka dan tidak terlalu mendekati mereka.  Bila mereka mendekat, aku hanya gosok kepala mereka.  Aku tak ingin ada perasaan tak suka, tetapi, perasaan tu pun Tuhan yang beri, kan ?

Jadi, aku rasa tak heran.  Mungkin orang lain pun sama juga pada anak anak aku.

Adik ipar aku ada sorang.  Waktu dia pantang bersalin anak dia yang sulung kat rumah mertua aku aka mak dia, dia siap sorok anak dia takut Si Najmi pijak dan dia pun tak mau pi dekat dengan Najmi, sebab takut Najmi pukul dia.

Tak apa la...

Memang dia merungut rungut tentang kenakalan anak aku.  Dah nak buat macam mana... dia tak suka orang usik/tegur dia, terus dia marah dan tendang tendang.  Aku cakap jangan tegur, orang buat jugak, nasib la...

Now, adik ipar aku bersalin anak kedua.

Anak pertama dia dipanggil BRUAS sebab sangat sangat nakal.

Adoiii la... siap duduk duduk atas budak budak

Suka menjerit kuat kuat.

Isk... memang tak berapa nak masuk la dengan diri aku yang punya anak nakal juga, tapi tak senakal anak dia nih.

Agaknya, dia faham kot perasaan aku sekarang ?

Hahaha...

Kita tak ada la bentuk anak kita jadi gitu gini.  Agaknya mereka tu nak uji kita jer kot.

Anak orang pun, aku cuba letak diri aku di tempat mak dia.

Sebab tu, aku cuba sedaya upaya untuk tidak menyalahkan sesiapa atau untuk tidak menyukai sesiapa... biarpun dalam hati aku memang ada rasa gitu....

Lawan jer la...

Kekadang jer aku cakap terus terang... aku memang tak leh rapat / tak boleh nak suka dengan si polan dan si polan...  bukan silap mereka... tetapi... memang antara aku dan dia kutub berbeza...

Sorang utara, dan sorang lagi selatan...

Susah skit nak dicantumkan...

Kita memang gitu... ada keadaan dimana tanpa ada sebab kukuh... orang yang kita tak kenali pun kita boleh tak suka...

Sabar jer la...

Cuba tukar kutub ikut situasi yer !

BOLEH ?


KITA LETAK DUA BESI BERANI DAN CANTUM DUA KUTUB BERBEZA TU, TENTU MELEKAT... HEHEHE

KALAU SAMA, MENOLAK LA PULAK !





Dating...

Hmmm....

Pagi ini call hubby.  Ajak dating.

+ "Abang, boleh tak kita makan berdua ?"

- "Dok kat Changlun ni, nak balik mandi"

+"Tapi, boleh tak kita makan berdua ?"

-"Tak boleh la... bukan dok dalam kampus"

+"Saya nak sembang dengan abang"

-"Sembang pasal apa ?"

+"Kena ada atur cara ker kalau nak keluar dengan abang ?"

-"Yer la... pasal apa ?"

+"Tak ada la... saja la nak sembang sembang dengan abang"

-"Abang nak beli lauk kat rumah la"

+"Jadi tak boleh la makan dengan abang ni ?"

-"Tak boleh la..."

+"Tak boleh tak apa la..."


Gitu la payahnya nak keluar berdua kalau dah jadi suami isteri... kan ?

Hmmmm....



-------------
UPDATE
-------------

Hubby call pukul 10 pagi.  Ajak makan bersama.  Hehehe... dating jugak kami...  Ada sesuatu dalam kepala yang perlu aku luahkan pada dia.

Tapi selain dari itu, kami bincang pasal nak sambut birthday Tok Su serta bagaimana nak buat kedai utk Tok Su meniaga serta iklan perniagaan mangkuk tingkat dia...

Insya-Allah malam ni bincang lanjut dengan tukang.



Monday, January 19, 2015

Belajar moody...

Kelmarin kakak tensen.

Aku buat tak layan.

Dia makin tensen.

Hehehe...

Aku katakan pada dia.  Biasala perempuan moody bila nak/tengah period.  Tensen tak pasal pasal.

Aku abaikan jer...

Hope dia ok lepas ni.

Lepas ni tentu dia faham, kenapa kekadang aku moody dan tak suka sembang dengan sesiapa, berkurung dalam bilik...

Itu ler sebabnya...


Tuesday, January 13, 2015

Kenapa remaja minat K-Pop

Ok...

Aku rasa la... aku pun remaja purba... minat juga la kat artis Korea nih.  Tapi bukan semua artis Korea.  Aku hanya minat kat Lee Min Ho jer..  yang lain tu... ok ok jer.  Tapi kalau lagu mereka, yang banyak budak remaja suka tu, boleh pengsan kalau aku dengar... hahahaha...

Remaja yang minat K-Pop ni rasanya remaja naif.  Remaja tak naif, aku rasa akan minat awang hitam... hahaha... kenapa ? Guest what ? Apa yang anda anggap, aku tidak peduli.

Kenapa minat artis K-Pop...

Tahu tak, biasanya kalau cerita drama Korea ada standard dia.

1. Semua hero mesti comel dan tinggi kurus (tak kira la sebab bedah ker apa ker !).

2. Percintaan mereka nampak cute.  Pakwenya take care awek dia dengan cara yang sopan.

3. Kalau awek dia sakit, dia dukung atas belakang.


4. Kalau awek dia sakit, atau apa apa la, dia akan masakkan untuk awek dia.

5. Kalau dia cintakan awek dia, dia cinta sangat sangat dan boleh mengalirkan air mata untuk awek dia.


Itu jer antara yang aku nampak boleh mengacau emosi gadis remaja kita (termasuk aku... hahaha)


Kalau artis korea K-Pop penyanyi tu, memang mereka sangat sangat comey... biarpun comel buatan plastik dan sebagainya, tetapi memang mereka comey sangat... aku tak nafikan.

Tak kira lelaki atau perempuan, gerakkan lincah mereka dengan pakaian mereka yang tak serabai sana sini, membuat gadis naif sangat suka...

Oh... betapa naifnya gadis yang naik pentas tu kan ?  Sangat pemalu... aku suka dengan mereka.  Dengan perasaan remaja yang sedang sedang ah ah tu... memang mengujakan dapat naik pentas dan bersama dengan artis pujaan yang selama ini di lihat di kata TV.

Aku sendiri... membayangkan dapat makan berdua dengan Lee Min Ho, tentu aku tak makan, aku tengok dan tengokkkk jer muka dia, dah kenyang... hahahaha... over kan ?

Anak aku sendiri berapa kali teruja bila dengar artis Korea mai Malaysia.  Sib baik KL tu jauh, kalau KL tu setengah jam jer dari Kedah, mau dia paksa aku pegi dengan dia ke konsert tu.

Tapiii... kalau semua tu kita dapat bendung dengan mengatakan, sekadar minat ok, tetapi, kalau melampau, itu sudah tidak boleh diterima.  Tapi, aku rasa, anak gadis kita yang kat pentas tu mana tahu yang artis tu nak buat gitu kat dia.  Kesian kat anak gadis naif kita.

Aku bayangkan kalau aku dan kakak pegi konsert, tetiba kakak dipilih untuk naik pentas.  Tentu kakak tak tolak... dan... jadilah seperti mereka...

Hmmm... kesian mereka.

Tapi, aku pasti... kalaulah artis Korea sampai Kedah, sampai berguling kakak nak pi konsert tu, gerenti tak dapat...

Sebab apa ?

Sebab dia ada abah yang tegas... yang memang akan halang daripada benda benda macam ni berlaku...

Kalau dia tak ada abah yang tegas, mau dengan aku yang lemah lembut (perasan, padahal sama minat K-Pop... hahaha), pergi jugak ke konsert tu... dan harus kami jugak kena peluk kalau dapat naik pentas tu...


ADOIII LA...



Sunday, January 11, 2015

Kisah aku...

Hmmm...

Tingin nak citer kisah aku semasa kecil...  yang mungkin tidak sama seperti orang lain.

Aku dilahirkan di Pahang.  Jerantut kot... di sebuah estet getah.

Masa mak lahirkan aku, mengikut surat beranak aku, umur mak baru 32 tahun.  Muda lagi la tu.   Lepas dua bulan lahirkan aku, ayah aku ditahan polis atas kesalahan bergaduh berkumpulan.  Ada la kes tu... entah apa tah...

Jadi, mak la bela kami adik beradik masa tu... berapa bulan tah ayah aku 'masuk dalam'.

Masa tu, kami ada 4 beradik.  Abang (Pok De), Kak Ani, Kak Mar ... dan aku paling kecik sekali.  Rasanya mungkin ada sorang lagi, anak ayah aku dengan isteri pertama dia (isteri pertama telah meninggal, lepas tu kawin dengan mak kami).  Aku tidak pasti samada dia tinggal sekali dengan kami atau tidak.

Masuk umur aku setahun kot, kami pindah masuk rancangan.

Masuk rancangan ni, adik aku yang berikutnya lahir... Chik, Pak Tam dan Pak Su.

Meriah juga hidup kami.

Ini contoh rumah asal peneroka felda tempat aku.


Design rumah ni berubah bentuk mengikut bentuk muka bumi.  Macam rumah aku, oleh kerana belakang dapurnya menuruni bukit, jadi, tiang sehingga ke dapur adalah tinggi.

Sebelum aku dilahirkan dan sebelum kami masuk rancangan felda, kakak dan abang aku di lahirkan di merata tempat.  Kak Ani dan Abang di Kelantan.  Kak Mar di Pahang, Sungai Mai agaknya.  Aku pun tak tahu kat mana tempat kak Mar lahir.  Tapi, kata kak Ani, dalam sungai... hahaha... betul la tu...

Kehadiran kami ke felda dalam keadaan felda masih daif.  Tiada letrik.  Air tu aku tak pasti, sebab seingat aku, air ada... tapi kena tarik dari tepi jalan.  Itu pun selalu tak ada air.

Jadi, kami buat perigi kat belakang rumah aku.

Airnya sangat jernih... tetapi... sejukkkk sangat pagi pagi... sampai tulang sum sum.

Bila pagi pagi nak pergi sekolah, kami terpaksa bawa pelita ke perigi untuk mandi.

Aku rasa aku mandi ala kadar saja... sejuk gila air pagi pagi.

Kekadang, masa mandi rasa macam ada orang intai... hmmm...

Kami 4 beradik perempuan.  Kami semuaaaa rambut panjang masa kecil.  Kata arwah ayah aku, rambut perempuan kena panjang, sebab murah rezeki.

Entah, aku pun tak tahu kenapa arwah ayah aku cakap macam tu...

Rezeki utk kami cukup makan sahaja.  Kekadang, makan ikan seekor kongsi ramai ramai.  Kekadang, walau lapar rasa nak makan banyak pun aku makan skit saja, sebab fikirkan orang belakang pun nak makan juga.  Adik beradik seramai 7 orang... felda pun baru buka... mana la nak mewah makan...

Masa ni mana la boleh minta nak makan itu dan ini.  Makan jer apa yang mak hidangkan.  Dan separuh lagi mak simpan utk orang belakang.

Sampai sekarang, mak suka simpan untuk orang belakang... kekadang orang belakang tak makan, busuk saja makanan tu.  Tapi itu habit mak.

Masa kecik kami, mak menanam di belakang rumah untuk tambah pendapatan.  Mak juga buat kuih untuk diletak di kedai kedai sekitar rumah.  Jauh plak tu.  Aku terpaksalah berjalan kaki hantar atau kutip bila kuih dah abis.

Sayur kat belakang rumah dijual murah murah saja.  Zaman tu, rasanya 4 biji timun tak sampai 50 sen kot.  Lupa dah aku.  Lama sangat !

Selain dari kehidupan susah aku yang itu, kehidupan aku di zaman kanak kanak sangat happening.

Ruang luas di hadapan rumah jadi taman permainan kami.  Tak kira la rumah siapa yang jadi mangsa. Macam macam permainan masa tu.

Galah panjang, Tuju tin, lompat getah, tuju guli... isk... macam macam la.

Tapi, masa awal awal hidup aku, aku main pondok pondok jer... main anak patung dengan kawan kawan dan adik beradik.

Meriah betul hidup kami...

Bersambung....


Thursday, January 8, 2015

Hmmm... kakak turn to anak dara...

Ehem...


[1:50pm, 1/8/2015] izawani: Kenapa ?
[1:50pm, 1/8/2015] Kakak: Harini kakak tk smayangg
[1:50pm, 1/8/2015] izawani: Dah tak boleh semayang ker ?
[1:50pm, 1/8/2015] Kakak: Ya
[1:52pm, 1/8/2015] Kakak: Tak selesa
[1:54pm, 1/8/2015] izawani: Aik...
[1:54pm, 1/8/2015] izawani: Dah tu pandai ker pakai ?
[1:55pm, 1/8/2015] izawani: Kena pakai seluar dalam ketat ketat skit...
[1:55pm, 1/8/2015] Kakak: Pandaii


Abang dah sunat.  Tapi masih tak matang matang.

Kakak sebelum ni lagi dah matang.

Now, bertambah la matang...



Azam tahun 2015

Agaknya dah terlewat ker nak buat azam ?

Aku tengok tak ada sapa pun buat azam...

Tapi tak apa la... aku buat azam supaya aku dapat cuba bersungguh sungguh untuk tunaikan azam tu.

Berat aku awal tahun ni menghampiri 60kg.  Berat ini adalah yang terberat aku capai selama aku hidup, kerana waktu mengandung pun berat aku hanya 58kg.

Aku rasa, tentu Allah ada merancang sesuatu untuk aku.

Jadi, disamping diet yang tak ada pekdah sangat tu, baik la aku ganti posa aku.

Aku berazam untuk habiskan posa ganti aku yang dua bulan tu.  Asik tak cukup cukup aku ganti selama ini.  Asik putus semangat jer bila mulakan...

Kenapa 2 bulan ?

Aku beranakan Hakimi dan Amalia pada masa orang nak sambut posa...

Nak salahkan aku sorang pun tak buleh jugak kan ?

Nasib baik la si Najmi tu aku bersalin lepas raya Haji.  Selamat la posa aku.

Memang mencabar sungguh nak ganti posa nih.

Kekadang, baru sehari dua aku posa, dah makcik tu datang...
Lepas bersih, nak start balik tu, punya la bercinta.

Aku rasa, kali ini kena bersungguh sungguh ganti.  Banyak dah fidyah kena bayar.

Nanti, kalau masa tak leh posa pun, aku tak boleh makan macam tak posa.  Kena kawal juga.  Bagi perut tak meronta ronta.

Oh ya... untuk bagi perut aku yang degil ini tak khianati aku, aku pakaikan dia BENGKUNG MODEN.   Baru hari ni jer aku pakai waktu mai opis... hehehe...

Tujuan pakai ni, supaya perut erat dan sempit.  Kalau sempit, tak ada la dia minta isi.  Betul ker analogi aku ni ?

Suka suka hati jer kan ?

Orang kata nanti, nak posa ke nak diet ni ?

Boleh tak aku nak dua dua ?

Posa tu aku wajib ganti jugak.  (Betul la wajib kan ?)

Kurus tu kesan sampingan dia.

Bulan posa tahun lepas, lepas raya, aku timbang, berat aku tinggal 54kg.  Itu sebulan posa.  Kalau aku posa dua bulan lebih (sebab hari hari makcik tu datang, aku kena kurang makan tapi tak posa !), boleh la capai berat badan 51kg.  Atau mungkin lebih kecik ?

Kurus la aku...

Tak apa la... Allah buat sesuatu benda tu bersebab.  Ada la sebab dia buat aku gemuk sekarang ni.  Supaya aku sedar diri... yang aku kena ganti posa... dan jangan fikirkan rugi tak makan nasik hari hari...

Semoga aku berjaya tunaikan azam aku tahun ini.


Gemok ker aku sekarang ? Member aku semua kata aku tak gemok.  Adik beradik aku jer yang kata aku gemuk... hmmmm...





Betul la agaknya.  Aku dah tak boleh pakai baju kemeja saiz 38 dah.  Baju kurung fesyen aku dah banyak yang ketat...

Hmmmm... betul la tu aku gemok.

Gambar jer kekadang menipu !  Sekejap kurus, sekejap gemok !



Wednesday, January 7, 2015

Jalan ke Terengganu lagi

Last perjalanan cuti kami adalah ke Terengganu.  Penginapan kali ini di Hotel Tabung Haji. 
Best oooo dok hotel nih...

Selain kolam yang luas, layanannya adalah terbaik...


Ini antara gambar gambar kami kat sana.

Lepas banjir baru ini, aku tak pasti apa status Masjid Kristal dan replika masjid sekitar tu...

Masa kami balik hari tu pun, kat tepi tepi jalan, ada rumah yang dah dinaiki air dan berpindah ke masjid. 


Citer pasal lawatan kali, aku rasa penat... sebab anak lepas sorang sorang merajuk.  Tak larat nak pujuk.

Masa kat sana, aku rasa macam serik dah nak bawak mereka... huhuhu...

Merajuk sebab nak mandi kolam lama lama la...

Merajuk sebab tak mau bangun tidor la...

Merajuk sebab tak pasang citer hantu dalam bas la...

Eeeeeeee... sabor jer la.

Citer lain...

Salah seorang yang pegi tu adalah kakak yang jadi scandal dengan hubby dulu.  Hohohoho... aku risau jugak, tak tau nak kata apa.  Tapi, since tak ada apa keperluan untuk kami berkomunikasi, kira, ok la...

Hubby pun buat tak tau jer kat dia...

Aku tanya hubby, kenapa tak tegur dia ?

"Nanti kalau tegur, orang kata gatal plak !"

Hahahaha...  apa apa la...

Dia masih slim dan cantik lagi bodynya... tak seperti aku yang dah kurang mantap... hahaha... yer la... dia belum lagi punya anak...

Tapiiii...

Aku tetap tak rasa dia pesaing aku...

Hehehe... yakin pada diri sendiri tu yang penting... kan ???








Jalan jalan Kelantan

Semasa cuti sekolah tahun ni, meriah juga kami berjalan jalan belah Pantai Timur.  Ini lawatan bersama dengan family hubby.  Mereka nak pi jalan kat SERAMBI MEKAH.

Kami pergi sebelum banjir besar Kelantan. 

Mungkin tempat tempat yang kami singgah beli keropok tu dah hanyut... sebab semua kedai kedai tu kecik jer.

Mungkin juga selamat.  Insya-Allah...

Berjaya juga kami melihat pokok kurma tanpa buah pun. 

Kami juga sempat pergi kenduri kawin kat rumah adik ipar hubby aku.  Adik dia kawin. 

Oh ya... orang panggil biras ker apa tah.  Isteri kepada adik lelaki somi aku tu, kami panggil Sharifah.   Rumah mak ayahnya area Tanah Merah.

Masa awal banjir tu, tiap hari dia menangis sebab tak tau keadaan mak ayah dia yang tinggal berdua kat sana tu.

Adik dia cuba balik, tapi tersangkut sebab jalan runtuh/banjir.  Lepas tu, dapat bot, mereka berenang la cari mak ayah.  Aku tak dapat bayangkan perasaan mereka waktu tu...

Masa banjir tu, rumah mak ayah dia tenggelam jugak la.  Mak ayah dia pindah ke rumah jiran yang dua tingkat.  Selama 4 hari, mereka hidup tanpa bantuan makanan.  Tak pasti macam mana mereka survive, samada makan catu, atau tahan kelaparan.  Rumah yang mereka tumpang pun ada beberapa keluarga dah tumpang... dekat seratus orang agaknya.. tak pasti.

Lepas adik dia sampai umah tu, dia angkut mak ayah dia pi KL. 

Selamat. 

Lega juga aku bagi pihak dia...

Ini antara gambar kami... masa lawatan ke sana...