Search This Blog

Sunday, February 10, 2019

Entry pertama tahun 2019

Ini meraikan birthday saya untuk tahun ini... dah tua dah... hehehe...


Hari ini syahdu tetiba tak dapat nak hilang dari hati ini.  Rasa sedih melarut larut tak tau macam mana nak lari...

Mula la ingat itu ini....

-------------------------------

Bebaru ni jalan jalan balik kampung perak.  Tetiba suami ajak melalui jalan lama bukan highway.

Dalam erti kata melalui jalan pejabat lama dia dan rumah lama kami waktu kami mula mula kawin.  Kenangan kan ?

Tidak dapat mengingati yang indah kerana banyak yang pahit waktu itu. 

Rasa menderu deru dalam hati luka berdarah kembali.

Cuba untuk bertindak cool... saya bertanya...

"Abang... bila melalui laluan ini, tidak teringat kenangan lama ker ?"

Suami memandang, mungkin mencari keihlasan dalam soalan.

"Abang dah lupa... tak ingat"

"Abang... dia ada beritahu yang abang pernah bawa dia melihat rumah kita tu "

"Mana pernah bawa pun", semacam yakin suami menjawab.

"Abang pernah tak bawa dia balik kampung ?"

"Mana ada ... tak pernah", suami menjawab tanpa memandang.  Mungkin mengelak dari tertangkap.

"Abang... saya tahu, sebenarnya abang tipu.  Kenapa abang perlu tipu lagi ?"

"Yer... abang mengaku, abang silap dulu.  Bukan silap sesiapa.  Memang silap abang... ", suami mula berbicara perlahan.
"Abang tak mahu cerita sebab tak mahu bergaduh.  Abang nak lupakan semuanya..."

Lalu saya senyap... dan biarkan saja luka yang mula berdarah kembali tu sembuh sendiri.

-------------------------------

Bebaru ini juga, suami ke KL.  Bertemu sepupunya yang berkahwin 3.  Hmmm...

Saya katakan pada suami.  Sepupunya mempergunakan agama untuk menghalalkan cara. 

Suami marah.  Katanya kenapa saya kata begitu.

Dia mungkin tidak mampu.  Sebab tu isteri dia kena kerja.

Tak... mereka yang nak kerja.  Kata suami saya.  Betul.  Jika diberi pilihan untuk kerja atau berhenti, saya sendiri akan cadangkan mereka bekerja.  Kita tak tahu hati lelaki, sampai bila mereka akan mengasihi.  Bila otaknya turun ke lutut, mereka tidak lagi peduli hati kita.

Suami kata, jika kemampuan itu duit, tentu menteri yang kaya kaya tu dah kawin banyak.  Tetapi tetap juga perempuan tak bagi.

Sebab keadilan itu bukan hanya duit.  Adilkah mereka ? Kuatkah mereka ?

Kami sedikit berdebat... dan saya akhiri bicara...

Jika abang ingin poligami, abang kena sedar, apakah abang mampu...

Dan suami terus diam...

Terpulang...

Sebab kawannya ada yang berkahwin 2 malahan ada juga 3... Mungkin dalam fikiran dia, mudahnya berkahwin 3.  Entah ?

Boleh saja dia berpoligami.  Bukan 2... 4 pun boleh.  Tapi, rasanya saya tak mahu terlibat... hehehe...

Saya tak mampu berbohong untuk bahagia.

Kan ?

Jadi, apa yang saya buat ?

Jika dulu, saya tidak pernah ungkit tentang belanja.  Sekarang, segala belanja yang patut dia keluarkan tetapi saya dahulukan duit saya... saya ulang cakap... INI HUTANG ABANG !

Saya tidak mahu lelaki fikir, mereka mampu sebab mereka rasa mereka hidup dengan senang senang saja kan ? Tanpa fikir serabut dengan duit atau tanggung jawab !

Saya akan ulang berkali kali tentang tanggung jawab... kerja sama...

Banyak la...

Hmmm...

----------------------------------

Mungkin esok lusa hati saya kembali tenang... seperti selalu....

:)