Search This Blog

Wednesday, July 31, 2013

Drama buka puasa...

Petang petang, bila aku balik, Tok Su dah siap masak.  Kalau pun tak siap lagi, ada la tambahan beberapa lauk lagi.  Petang marin kami berbuka posa dengan mee bandung (nasi tetap ada).  Sementara menanti azan, kami akan menonton cerita korea yang kebetulan semalam adalah last episod (King of Fashion). 

Nampaknya drama korea ni sangat tidak best ending... tak suka sangat dengan ending dia (sepanjang 3 4 episod terakhir sangat tidak seronok !)

Sambil menonton, bila Najmi datang melilau lilau depan aku, aku akan panggil untuk duduk di samping atau di riba aku untuk aku peluk dan cium dia.  Memang dia tak berapa suka bila dia sibuk dengan aktiviti apa apa tah dia.  Kelam kabut dia bangun untuk pergi dan aku teruskan tengok TV.

Pada minit minit terakhir nak berbuka posa, hubby ke depan dan mengarahkan kami tutup TV dan bersedia di meja.  Kami pun pegi la mengadap makanan dan menunggu azan.  Bila azan bergema jer, aku pun ambil segelas air laici dan hulur pada abang yang berbaring di sofa sebab tak larat bangun.  Kemudian hubby bertanya tanya di mana Najmi.  Hubby cari kat luar, tiada.  Aku yang baru makan sesudu mee bandung pergi ke depan dan memanggil manggil nama Najmi.

"Adik Mie !!!  Adik Mie !!!"

Tiada sahutan. 

Hubby mula marah marah.  Katanya aku terlalu asyik dengan TV sampaikan anak tak masuk rumah pun buat tak tahu.  Dia marah kerana aku tak pastikan anak masuk rumah... bla bla bla... memacam la dia marahkan aku.  Aku diam saja, tak guna bergaduh.  Aku pun rasa nak nangis dah. Aku ingatkan cerita dalam paper pasal anak hilang.  Aku juga ingat mengenai pelukan aku tadi. Aku takut jika itu adalah pelukan terakhir aku... Arggghhhhh.... sipi sipi jer aku nak nangis tetapi aku tahan jer.

Aku tahu, hubby aku tentu lagi teruk.  Aku tengok muka dia memang tensen abis.  Menyumpah nyumpah motor yang tak boleh start.  Lepas seketika, dalam remang petang tu, dia cari anak dia.  Kami mencari dalam rumah, kot dia tertidor di mana mana.  Kakak dan Mira cari dalam longkang, takut adik dia terjatuh dalam longkang.

Senyap sunyi rumah dari suara dia... kat depan rumah tiada, dalam rumah tiada, rumah kawan dia tak ada.  Petang petang tu kami dok melaung laung nama dia.

Seketika kemudian, terdengar suara Mira yang telah jumpa Najmi.  Dia menyendiri kat belakang kereta Wish.  Merajuk sebab kakak dia tutup pintu waktu dia nak masuk berbuka.  Dia tak posa tapi dia juga tak makan benda berat berat... jadi dia pun lapar dan dahaga (katanya !).

Lega hati aku melihat muka Najmi.  Aku pujuk dia masuk dan berbuka.  Aku tengok muka hubby nampak sangat dia lega... dan mengarahkan kami masuk dan sambung berbuka...

Hmmm...

Drama sungguh !!!

Sib baik aku tak nangis lagi... sebab aku tengok muka hubby dah macam nak nangis sangat sangat dah.... hahahaha !

"Abang... lain kali boleh tak jangan marah marah ? Abang kan dah 40an, patutnya abang lebih penyabar dan tenang.  Kami pun risau juga tadi !"

Hubby diam saja. 

Bila Tok Su buat lawak parody pasal hubby start motor dan marah marah tu, kami gelak gelak semula... termasuk hubby...

Lawak betul... sib baik tak ada apa apa...

Posted by Picasa

Sunday, July 28, 2013

Cerita anak anak...

Anak anak kecik aku... 6,7 dan 9 tahun... yang kakak kira dah besar la... dah cerdik.

Bebaru ni budak tiga orang ni sudah menghabiskan duit kakak dia yang beratus ringgit... dia beri pada anak jiran yang minta dengan dia... adoiii la...  Mengamuk kami laki bini.  Kakak letak dalam beg dia, adik adik dia usung dengan beg beg tu dok kat luar...

Perangai lain plak... tiap kali mandi, abis sabun mandi... dengan pencuci 'tut' aku pun mereka tuang... adoooiii... tensen betul... katanya nak main buih buih.

Bila aku marah marah... masing masing salah menyalah...

Bila main air plak, siap la buat ski atas lantai rumah... abis basah.  Bila aku marah, jangan buat lagi, siap diorang cakap 'Baik boss !!!'.  Tak takut langsung dengan mama mereka yang garang ini.

Si Najmi plak, pandai jer dia memutar belitkan ayat...

Aku yang tak posa dulu, makan depan dia.  Dia tanya aku posa ker tidak.  Aku jawab aku posa.  Kenapa makan... dia tanya.  Aku jawab aku rasa jer...

Now, dia pun gitu... bila tanya posa... bila makan abis sepinggan.  Tapi posa... bila tanya lagi...  katanya rasa saja... hahaha... padan muka aku... tipu anak lagi...

Abang yang selalu berguling guling lapar, lately dah nampak cam ok skit.  Tak berguling lagi.  Dah senyap jer membantu Tok Su buat kuih atau tidor kat depan.  Itu pun sebab aku dah tak kejut dia sahur dan tak bagi dia posa... Last last, dia sendiri yang pesan pada aku kejut sahur sebab dia nak posa... dan aku siap cakap kat dia, kalau nak posa, jangan merengek dan menangis petang... stress mama dengar...

Apa apa la anak anak aku nih...

Oh ya... Amalia dah ada pakwe yang take care dia... yang belikan makanan kat dia kat sekolah.  Nama pakwe dia Hasan.  Dia kata dia nak kawin dengan Hasan bila dia besar nanti... Siap la dia nak suruh si Hasan tu belikan cincin dan pakaikan kat dia masa kat umah Hasan.... HAHAHAHA... aku gelak jer dalam hati...

Si Kakak dah besar dah... dah nak masuk kategori remaja dah.  Dah mula pakai baju aku dah... dah mula mengomen dan melawan cakap aku... adoiii la...





Mood raya dah ada....

Seminggu mak ada kat umah aku.  Jumaat lepas mak nak balik umah kak mar dah... nak balik bilik di mana mak lebih senang bersendirian melayan blues dengan tengok TV yang telah aku adik beradik bayarkan bil astronya.

Di rumah aku, tok Su yang jaga mak sementara aku kerja.  Tok Su melayan makan apa apa yang mak nak kecuali yang biasa dia nak, aku  yang sediakan.

Jumaat tu aku hantar mak dan singgah kedai Kak Mar.  Sungguh ramai orang beli kain baju persediaan raya. Yer la... gomen dah dapat gaji...

Aku pun dapat juga la.  Alhamdullilah, dapat tunggakan gaji kenaikan pangkat (KUP), boleh la bedak sesama insan... HAHAHA... ayat tak bley blah...

Aku beri pada Tok Su yang bersusah payah jaga mak... aku beri pada Mira supaya dia turut happy berhari raya dengan baju baru.  Aku bayarkan duit buat kuih utk mak dan Tok Su dan aku sendiri... hehehe... aku ni tak suka buat kuih raya... dan kurang suka makan kuih raya...

Baju Tok Su cantik kali ini... dia nak baju macam baju aku, tapi tak ada saiz.... ekekeke... Tah hapa hapa la Tok Su nih... tapi baju yang dia beli pun tak kalah... cantik sangat... dah macam artis jer...

Aku sendiri dah beli kasut dua pasang... Kakak pilihkan... katanya... hahaha... ikut jer la...  Kata nak pakai raya, tapi kampung berpasir... kalau pakai, tentu tenggelam tapak dia... ekekeke... so, pakai kat opis jer la yer.

Baju aku pun... bukan baju kurung... Nanti raya kita bergambar sakan...

Tema kali ini merah suka hati... (asalkan ada sedikit kaler merah !)

Anak anak lelaki tak pakai baju melayu.... pakai T-Shirt dan jean jer.  Kalau jumpa baju nanti waktu singgah kat kedai Kak Mar on the way balik raya, mungkin la beli... kalau tak, pakai jer apa yang ada... budget ciput skit tahun ini.

Aku sendiri pun selai jer baju raya tahun ni.  Bawak balik jer baju yang tak pernah pakai kat kampung, padahal dah pakai kat opis... hehehe

Hubby pulak pakai baju raya tahun lepas lepas jer... Membazir beli baju kat hubby, dia pakai sekali jer masa raya... lepas tu dia tak pakai dah.  Dia pakai baju utk semayang atau Jumaat tu jenis yang lain... So, recycle la senang !  Kan ?

Itu jer la report aku untuk kali ini....



Monday, July 22, 2013

Anak lemas dalam keter...


Mendengar berita tu dua tiga hari ni, buat hati aku tersentuh.  Sedih sangat mengingatkan anak kecik yang tak tau apa apa kepanasan sampai meninggal.

Aku yang pernah mengalami saat yang sama... cuma Alhamdulillah, Allah masih benarkan anak kami bersama kami sehingga hari ini.  Aku dan suami masa kejadian tu memang dua dua bersalah.  Hubby aku pegi bukak pintu kereta tanpa tutup sebab nak buang bau udang/durian... dan aku pula buat tak heran bila anak tak ada kat dalam rumah.

Kami bernasib baik kerana hubby tak putus asa mencari anak dia... bila aku buat tak tahu sebab sibuk memasak di dapur. 

Sedar sedar anak kami sorang ni ada dalam kereta berkunci dan tak reti bukak dari dalam.  Umurnya waktu tu rasanya dalam 2 atau 3 tahun gitu.  Memang jenis tak reti nak tarik punat utk bukak pintu bila dia sendiri kunci.  Pandai kunci dengan tekan, tapi tak reti tak tarik semula...

Kebetulan juga waktu tu si Najmi ni berdiri di tingkap kereta dan abah dia nampak.  Kalau dia dah terbaring... harus sesuatu yang buruk berlaku...

Memang dia berpeluh... menangis... dan dah hampir nak biru birat dah bibir dia dan wajah dia... tengah panas waktu tu, aku nak masak untuk makan tengah hari...  Kami pula tak dengar tangisan dia sebab dalam kereta tu macam kalis bunyi pula (tingkap juga tutup rapat)

Dalam kereta waktu tu memang panas giler giler... kalau sekarang pun, masuk kereta tanpa pasang ekon, aku dapat rasakan bagaimana perasaan anak aku waktu tu... kami tak tau dia dok dalam tu berapa lama...

Aku sendiri waktu dapat anak aku... peluk erat... sebak tak tau nak cakap... biarpun nampak kat luar macam tenang...

Ianya jadi pengajaran untuk kami suami isteri.... sedih ingat perasaan anak yang terkapai kapai dan menangis nangis tapi tak ada sapa yang dengar... huhuhu... sedih sangat !  Sampai sekarang aku ingat dan rasa bersalah... terutama bila dok dalam kereta panas panas !

Apa apa hal pun... anak aku yang ini memang nakal !

p/s : Sebenarnya kami pernah tertinggal anak  dan mereka kunci dari dalam kereta... tetapi nasib baik bonet terbuka... dan biasanya aku akan bukak tingkap atau bonet jika tinggalkan anak sekejap dalam kereta sebab bimbang mereka kunci kereta... tapi hubby pulak yang cuai masa tu !  Oh ya... now, mereka dah besar semua... so, tak ada masalah tu lagi !
Posted by Picasa

Sunday, July 21, 2013

Abang dan selimut...


Ini adalah koleksi abang dengan selimutnya... ada juga aku letak selimut macam tu pada Amalia, tapi dia tak ketagih... hehehe...

Aku letakkan selimut berat atas baby kecil supaya dia rasa macam dipeluk ker apa ker... dan dia tak ada la tidor terkejut kejut...

Bila dia tidor dalam buaian, dia akan tutup muka dia... dan bila dia besar sedikit, dia akan cium cium saja selimut tu...

Anak anak yang lain tak ada la macam tu...

Oh ya... abang dah darjah 3 tahun nih... masih dengan selimut nih... kalau tengok kaler berubah rubah sedikit tu, itu kerana aku basuh selimut dia yang asal !

Selimut dia yang asal dari baby dah koyak rabak... dan aku dah gantikan baru pun... tapi yang baru tu pun dah buruk dah... dia heret ke dapur ke depan tv... aku marah pun dia buat jugak !

Posted by Picasa

Anakku si Abang....



Hari Tok Su sampai rumah, Abang tidor dengan Tok Su.  Adik Najmi pun tidor dengan abang.  Mereka seperti tidak dapat dipisahkan.  Adik sentiasa ikut apa saja abang dia buat.  Abang makan apa, adik nak makan yang sama... biasa la tu kan ?

Tok Su akan bercerita dengan mereka sebelum tidor.  Aku tak tahu apa yang mereka bualkan sebelum tidor.

Abang, bila sahur, ok saja... bangun tanpa banyak kerenah.  Tetapi, bila petang petang jer, dia punya rengekan, buat kami satu rumah stress. Kelaparan tak makan seminggu jer gaya dia.

Dan, sudahnya, bila hari cuti, aku cutikan juga dia dari berpuasa.  Malas nak dengar dia merengek dan menangis kelaparan serta membentak bentak hentam pintu bilik bagai...

Jumaat lepas... kami yang kesiangan tak makan sahur (HAHAHA... aku tertidor semula selepas alarm berbunyik... ingat nak lelap sat... sedar sedar dah azan !)  Aku yang tak boleh posa lagi, dengan selambanya panaskan spegeti dan juga masak kuah dia untuk anak anak yang mungkin tak kuat nak posa.  Yang lain tua tua semua posa biarpun tak sahur.

Abang yang aku lihat merengek rengek aku tarik masuk dapur dan aku suruh dia makan spegeti tu.  Abis sepinggan...

Lepas seketika, dia merengek lagi...

Aku ingat dia bergaduh dengan adik adik dia... Tanya adik adik dia, mereka jawab tak tau.  Lepas merengek... dia pegi ke pondok depan umah.  Dari merengek dah meraung menangis nangis plak dia kat situ...  Aduiii la...

Aku yang melihat dari jauh, heran jer.  Kenapa anak aku sorang ni ?  Adakah dia sedang mengalami fasa murung ya amat ?  Aku abaikan... lantak la dia nak nangis sorang sorang kat pondok tu...

Aku tanya Tok Su, Tok Su pun tak tau...

Lama skit, dia masuk rumah... dan dok di sofa dengan air mata kat pipi...

"Abang kenapa nih ?"

"Abang nak selimut abang... "

HAHAHAHA.... Kesian kat abang.  Rupanya selimut abang, Tok Su basuh.  Aku gantikan sekejap dengan selimut lain yang dari jenis yang sama tetapi lebih baru.

Abang berhenti menangis.  Selimut dia yang telah kering petang tu aku beri pada dia...

"Selimut abang busuk !"

Komen abang...

Adoii la... selimut dia yang busuk sebelum ni dia kata wangi ? Selimut yang dah dibasuh dan wangi dikatanya busuk ?

Isk isk isk...

Tak sangka aku abang ni sampai tahap gitu addict dia pada selimut dia...

Aku beritahu Tok Su mengenai selimut abang.  Tok Su cakap abang dah minta malam tadi sebelum tidor, tapi Tok Su janji nak bagi esok... dan esoknya masih tak dapat selimut tu, itu sebab jadi gitu... 

Abang abang...

Abang dengan selimut sejak dari dalam buaian lagi...  dia tak akan tidor selagi aku tak letak selimut pada dia... enjutla buaian tu sejam pun, dia tak akan lelap.  Tapi, taruk jer selimut tu sekejap jer lelap.  Aku pun tak tau kenapa... dan aku perasan benda tu bila adik beradik aku datang rumah dan try enjut dia... dan dia tak tidor tidor... lepas tu baru aku tau dia ada kebiasaan gitu...  (Aku letak selimut berlipat atas badan dia untuk elak sejuk dan juga nak bagi selesa tidor !)

Ada satu video dia heret selimut tu, masa umur dia dalam 3 tahun gitu... dan abah dia marah marah dia sebab heret selimut tu masa nak ikut abah dia berjalan... sangat lucu... hehehe..

Kenangan nanti bila abang dah besar panjang...

Tak pasti bila abang akan hilang ketagih pada selimut busuk tu !
Posted by Picasa

Result last semester...



Ini ler result yang aku sedang nantikan.  Buleh ker konvo tahun ni ? Entah la....

 
Posted by Picasa

Wednesday, July 17, 2013

Puasa Amalia...

Amalia tak pernah posa... hehehehe....

Ada tak pun, pengasuh dia cakap... dia tak makan... dia minum jer sebab dia puasa...

Sama macam Najmi...  (tapi Amalia kat umah makan selamba jer !! )




Puasa si Najmi

Najmi, umur 6 tahun.  Sama umur dengan UPIN IPIN kot... masih tadika...  Aku selalu pesan kat dia, suruh dia puasa sebab Upin Ipin pun puasa... dia cakap dia nak posa... tapi siang asik makan jer...

Bila orang kejut sahur, dia tak nak makan... sebab dia cakap nak tunggu azan dulu... adoooiii la...

Balik dari tadika, merungut lapar.  Aku suruh makan... dia kata tak leh makan lagi, sebab belum azan.  Tapi selamba jer minum air...  Adoiii la...

Bila masuk waktu berbuka... dia pun sama sama naik dengan abang... berbuka juga berebut dengan orang berbuka... sian anak kecik aku.

Itu ler pengalaman Si Najmi berpuasa !


Tuesday, July 16, 2013

Posa anak anak...

Tahun ini Kakak puasa.  Abang pun puasa.  Tapiiiiiiiiii... kami somi isteri sangat tensen dengar abang mengerang ngerang kelaparan petang petang... adoiii la... siap guling guling hempas pintu... nangis nangis... tapi orang suruh makan berbuka, tak mau pulak... adoiii la.... stress...

p/s : Mood bulan posa... tak ada citer...

Sunday, July 14, 2013

Monday, July 8, 2013

Berbengkel


Itu jer..

p/s : Sempat gak berblog tu... keh keh keh...
Pemilihan kaler properties yang teruk.  Muka nampak macam udang kena bakar !
Posted by Picasa

Thursday, July 4, 2013

Buah letup


Aku tak tau namanya apa, tapi kami panggil buah letup la. 

Ada satu jenis lagi buah letup, yang jenis dok kat atas tanah tak menjalar (orang panggil pokok renek la makcik !).  Buahnya tu bersarung yang kalau kita letupkan atas tangan, bunyi 'POP' tu cam best jer.  Buah dia pun manis manis jer...  Lama dah aku tak nampak buah letup tu.  Dah pupus agaknya.

Tapi buah letup atas tu, ada juga sesekali aku nampak.  Buah yang ini rasanya sedikit masam manis...

Hmmm... Kenangan masa kecik... suka sangat mencari buat letup nih kat padang padang kat tanah yang lapang asal dari paya !

p/s : Buas jugak aku ni !  Pic tu aku amik kat depan opis aku... kiranya masih tidak pupus la pokok ni.


Posted by Picasa