Search This Blog

Monday, November 20, 2017

Alahai... terguda jugak lastnya.. LUNCH BOX dan THERMOS

(MALAYSIA Power Plug) 3 Layer Multifunctional Electric Stainless Steel 




Survey merata, Lazada paling murah pada waktu ini


Beli Lunch Box ni dengan niat nak berjimat bawa bekal lauk semalam ke pejabat.

Kalau ikut idea, no bad rasanya.

Tapi, tak pasti samada praktikal atau tidak makan gini.


Thermal Cooker Pot 800ml With Steam Release Thermos Vacuum Steel Hot Food Jar FREE CleaningBrush

Your order number is 201711223392223.

Survey merata... Kat 11Street paling murah hari ini.

Bekas ini untuk simpan air milo untuk minum kat pejabat kononnya... hehehe....  Tak tau la samada ok atau tidak.

Nanti dah sampai dan guna, kita bagi review yer...

Updated :
------------

Tak sampai plak yang beli dengan 11street... huhuhu... dia dah return duit.  Patut pun tunggu barang tak sampai sampai. 

Reason of Return Request    Shipping Delay



So, kita order plak dengan Lazada.  Harga pun dah sama hari ni.  Rembat jer la... kalau tak amik pun, duit abis jugak... hahahaha...

Oh ya... pasal termal cooker pot tu, sangat praktikal kalau kita nak bawak bekal ke pejabat dengan lauk semalam yang lebih... hehehe


Itu anggaran mangkuk untuk makan dengan lauk rendang ayam... hehehe... Anak makan dengan selera sekali...

Sabor jer la...


Friday, September 29, 2017

Terkenang semasa dulu...

Dalam fb, saya sedang mengimbau kenangan dulu. Masa mula masuk kerja.

Masa tu rajin sangat kerja. Orang cakap anak emas bos. Mereka tak tahu, saya pulun kerja utk lupakan masalah. Mereka tak tahu, saya kekadang hari cuti pun mai kerja sebb bosan dok rumah.

Bukan tak kawin, tapi PJJ. Perkahwinan jarak jauh. Jauh jarak dan jauh juga hati waktu tu.

Pada waktu tu, keter pun tak ada...

Bila hari Khamis jer, pi tunggu kawan yg nak balik, yg ada kereta, sebab nak tumpang. Tak kesah la...kekadang sampai Changlun, kekadang sampai Jitra. Ada hari nasib baik, sampai ke Alor Setar.

Naik bas pula, dua tiga kali. Kalau dari Changlun, naik sampai Alor Setar.  Dari ASetar sampai Bagan. Dari Bagan sampai la Kamunting atau Taiping.

Pernah juga susah payah balik, tak ada duit, somi tanya, kenapa balik. Huhuhu... Sedih sangat.

Bila cuti semester, bas awam tak ada masuk. Bila cuti opis, kawan nak tumpang pun tak ada.

Pernah juga terpaksa beraya sorang sorang kat kampus, makan meggi. Sebab, minta suami ambil, dia tak mau. Sedih kan ? Memang sangat sedih. Waktu tu rasa macam tak ada harga. Bukan sekupang, seduit pun tak laku.

Kenapa tak beli kenderaan ? Oh... Tak ada lesen waktu tu. Motor pun tak ada lesen. Teruk kan ? Nak buat camna, 3 kali ambil, 3 kali jauh titi... Hampes ! Hahaha...

Bila kita byk masalah, sikap kita berbeza. Banyak pendam perasaan.  Muka kita pun garang dan kurang ceria. Buat kerja cepat nak siap sebab otak pikir ligat utk remove space memory dan processor yg ada dari fikirkan benda tak faedah yg kusutkan fikiran.

Saya salurkan masalah kepada satu yg positif.

Utk ceriakan hari hari yg kusut, saya join group sosial dlm internet. Tau la irc, mirc, #kampung tah mana lagi. Juga kenal dgn #kedaikopi. Last saya buat blog dan mula bersosial dengan blogger pula. Semua ni hadir sebelum ada fb.  Kami kawan sampai sekarang... Hehehe...

Masa bersosial alam maya, saya create watak saya yg ceria, peramah dan juga lucu. Saya juga bayangkan yg saya suka ketawa  dan gembira.

Saya bayangkan saya cantik. Hahaha. Masa tu mana ada selfie bagai. Semua orang bayangkan rupa berdasarkan karektor yg kita mainkan dalam alam maya.

Tetapi, betul, alam maya waktu tu best. Ianya menceriakan hari saya, buat saya boleh tersenyum depan pc. Membaca lawak lawak spontan geng #kedaikopi dan juga blogger.

Itulah, media sosial waktu tu buat saya jauh dari kawan depan mata. Saya tak mengenali mereka.  Saya fobia dengan kawan depan mata. Bagi saya, ada mereka yg jenis gunting dalam lipatan, suka bercerita @ ngumpat, suka kecam dan lain lain.  Saya juga kurang suka manusia di luar sebab saya kurang suka berbual, tiada topik yg sesuai.

Saya tiada anak, somi jauh, live pun biasa biasa, jadi tiada apa nak dishare.

Kekadang, ada saja soalan sentap dari mereka. "Org ni dah mengandung, hang bila lagi ?"

"Mengandung ker ?"

Bila soalan tu keluar waktu saya sedang berharap utk mengandung dan period dah lewat dua minggu. Lalu saya jawab, "tak tau la kak !"

"Laaaa... Mengandung pun tak tau bla bla bla !"

Dia tak tau, selama ni dah byk upt saya beli utk uji, asik la negatif, tapi period masih tak jalan. Dan bila period plak, mereka tak tahu, saya rasa nak menjerit dalam tandas. Huhuhu...

Itu yg buat saya jauhi manusia kat alam sebenar ni. Sebab nak elak soalan atau cerita yg buat saya murung seminggu dua.

Mereka tidak faham. Ohhh...sampai sekarang mungkin mereka tidak faham. Mereka hanya melebelkan diri saya lazer dan antisosial la kut. Hehehe...

Mau tak lazer, kut penat pendam, bila terkeluar benda dalam hati kita, memang ayat pedas la.

Kita sekarang yg bajet alim baik ni, percaya la, tak diuji lagi. Mungkin banyak ayat tak bertapis dok dalam hati jer. Sebab tu selalu orang kata, ikut hati, rasa nak maki.  Sebenarnya dalam hati dah maki berkandaq kandaq dah...hahaha...

Semua tu dah berlalu.

Pengalaman hidup banyak mengubah diri kita.

Kan ?

Dulu...dan hingga kini, saya jenis lurus dan senang sangat percaya kata orang. Saya juga jenis berterus terang. Kekadang ada yg niat bergurau, bila saya bertanya, mereka mainkan saya menjawab bohong. Huhuhu...

Kekadang ada yg bertanya, saya jawab lurus, berapa gaji saya ? Hmmm... Saya beritahu tanpa niat, mereka mendengar mula menjaja macam macam.

Dua sikap ni memang saya cuba hakis sebaik mungkin kerana ianya membinasakan... Hahaha... Over !

Tapi betul ! Jangan terlalu lurus !

Saya dikambing hitamkan sebb sikap saya. Saya diumpat sebab sikap ni. Konon saya berlagak. Hahaha... Dah orang tanya, saya jawab, saya pulak di kata berlagak. Hampes !

Orang tanya saya terer programming ? Dah saya jawab, ya, saya terer sangat ! Hahaha... Sabor jer la. Sekadar contoh.

Banyak la...

Hmmm... Sebab itu sikap peribadi, sukar nak ubah la...

Semoga esok saya lupa semula benda benda ni !





Sunday, August 13, 2017

IIUM - Kisah bin / binti ...

http://iiumc.com/bin-abdullah-1-kisah/


W'salam,

Masa baca ini, makcik menangis. Sedih betul rasanya. Teringat hal anak makcik sorang nih... Sebenarnya, betul orang keliling penting untuk menjaga supaya anak anak yang tak berdosa tidak jadi mangsa. Tetapi, kekadang ada saja makcik bawang yang mulut busuk bercerita menyebabkan anak anak yang tak tahu apa apa mengejek anak yang tidak berdosa tu.

Kisah makcik tidak la sesadis atas ini. Tapi, makcik memang bersalah sangat sebab mengambil anak angkat dan membuang nama sebenar ayahnya dalam surat pengangkatan.

Dia pun sama, tahu duduk perkara sebenar semasa masih kecil. Menangis dan tidak percaya. Lama la sesi untuk memberi kesedaran pada dia yang kami sayangkan dia seperti anak anak yang lain. Menangis bersama, memeluk erat dia, terangkan dia berkali kali... sehingga dia terima. Selepas itu, keadaan lagi sukar bila dia nak balik kepada keluarga kandung bila ada masalah walau sekecil kecil masalah. Biarpun makcik ada anak sendiri, untuk pulangkan dia semula bukanlah mudah semudah meminjam kereta... huhuhu...

Lama lama skit, dah ok. Kawan sekolah masih tidak tahu. Ada juga cikgu yang mempertikai surat pengangkatan dan mahukan surat beranak (sebab surat dia berbeza dengan orang lain)

Sampai satu masa, makcik nak tukar nama dia kepada nama asal dia dengan nama ayah dia, tetapi, dia pula tak mahu, kerana tidak mahu kawan kawan dan adik adiknya tahu.

Sehingga saat ini, adik adik dia (anak kandung makcik), masih tidak tahu lagi perkara ini.

Suatu hari nanti, bila semuanya telah ok, makcik akan tukar juga nama dan perlu jelaskan juga pada anak anak yang lain... tapi tak tahu lagi bagaimana caranya.... orang menyuruh tukar memang mudah, mereka tidak duduk dalam kasut kami... huhuhu...

Semoga ada kemaafan buat kami... :(

Kepada Ibnu Abdullah, semoga bahagia sentiasa mengiringi dan semoga dapat bertemu dengan keluarga kandung dalam keadaan harmoni.


---------------

Itu yang saya komen dalam entry tu, tetapi delete semula selepas rasa tidak sesuai... Copy paste dan salin semula di sini untuk dijadikan ingatan.

Tuesday, August 1, 2017

Beli baucer lagi...

Beli lagi... 10... rasa macam nak buat banyak banyak utk gambar gambar keluarga yang ada dalam simpanan.

Untuk mereka... :)



Monday, July 31, 2017

Fitnah...

Di waktu saya sekolah rendah, musim orang buat kraf tangan guna tin untuk dijadikan bunga sangat banyak.  Berbagai jenis bunga yang cantik.  Ada ros, ada orked dll bunga.

Saya banyak membantu mak mengecat tin yang berbentuk bunga tu.

Dulu, bukan ada hp atau fb atau gugel untuk kita cari dan tiru gambar bunga.  Kita terpaksa perhati bunga dan simpan dalam ingatan.

Hehehe... betapa sukar kan ?

Jadi, ada satu rumah depan sekolah saya yang menanam orked bawah pergola/kawasan kecil siap ada pagar dan berbumbung.  Bunganya banyak dan cantik.

Saya mendekati pokok orked dan memerhati bentuk bunga tersebut dengan tujuan, nanti balik boleh jadikan bunga dari tin.  Saya asyik memerhati setiap bentuk daun, ranting dan bunga.  Warna bunga dengan celoreng dia juga saya  perlu pahat di fikiran saya.

Kawasan perumahan saya tiada pagar, jadi, kebiasaan juga kita melalui halaman orang untuk pulang ke rumah.  Oh ya, saya berjalan kaki dari rumah ke sekolah dan sebaliknya.

Oleh kerana saya memerhati lama orked tersebut, saya terdengar jerkahan kuat dari rumah jiran.  Mungkin dia marah kerana saya berada di halaman rumah dia.  Dia tuduh saya mencuri.  Saya hanya berlalu tanpa mengambil apa apa.

Keesokkan harinya, jiran saya yang anaknya seusia saya mula menabur fitnah.  Dia berada di kelas yang lain.  Saya dan dia boleh dikatakan berbeza kerana saya sedikit miskin berbanding dia yang mungkin sedikit berada (bukan kaya raya, tapi tidak susah seperti kami sekeluarga).

Dia fitnah saya dengan suara memerli, "Pencuri... pengakap tetapi pencuri" ... bla bla bla...

Saya tidak dapat lupakan kata katanya sampai saat ini.  Saya juga tidak dapat membela diri dari difitnah dia.  Dia ada satu group yang rasa mereka ... errr... biasa la budak budak...

Dah hampir 40 tahun perkara ini berlaku.

Bahaya fitnah...

Saya yang dah lupakan perkara ini bertahun tahun, jadi teringat bila satu kawan request untuk masukkan saya dalam group kelas sekolah rendah.  Saya fikir cuma kelas saya, rupanya dia masukkan dalam semua sebaya saya. 

Saya rasa mungkin dia tak masuk dalam group tu, tetapi, kenangan lama tu masih membuat hati saya rasa sakit...

Belian online




Untuk buat jualan service photobook online, kena beli yang ini online juga.  Kena beli waktu murah supaya dapat la sedikit untung lebih... hahahaha... seringgit dua jer pun.

Orang lain buat untuk puluh puluh ringgit, kita buat seringgit dua utk upah design, kira ok la kan ?

Duit yang masuk dalam akaun anak belum check lagi.  Harap harap mereka ikhlas dan masukkan duit tu.  Tak mahal mana pun berbanding print kat tempat lain.

Setakat RM20 ke RM24, ok la kan ?


Tuesday, July 25, 2017

Antara saya yang dulu dan kini...

Saya, kawin dulu tahun 1997.  Selepas tu, lebih banyak masalah dari bahagia, menyebabkan diri tak terjaga dan bahagia tidak terasa... huhuhu...

Bila tak bahagia sangat, wajah pun memang buruk dan huduh.  Penampilan pun macam mak nenek.  Hahahaha...

Walaupun wajah macam mak nenek, bahagia tak rasa, tapi suami masih kekal di sisi.  Yer... mungkin dia ada sebab tersendiri.  Biarlah kita fikirkan positif bab ini.

Awal tahun 2011, anak masa in belum besar mana.  Kami pun ada maid.  Tapi, masih tak reti bergaya.  Tak reti nak pegi facial bagai...

Lihat saja wajah wajah naif saya... 2010..

Ni masa bertunang, mungkin tahun 1995/1996.  Masa ni penampilan masih terjaga, sebab masih bujang masih tidak menderita... hahaha...

Oh ya... saya cuba cari gambar lama lama saya berdua dengan suami.  Macam kurang.  Hahaha... agaknya dia kurang suka bergambar dengan saya.

 
Tahun 2010.

Awal tahun 2011

Pertengahan tahun 2011, saya telah mula jaga penampilan.

Saya tidak tahu bila saat mula saya menjaga penampilan.

Pada awalnya, saya banyak duit, tapi semuanya saya habiskan untuk rumah tangga.  Sampai satu masa, saya fikir, saya tidak boleh kedekut untuk diri saya...

Jadi, saya pun mula pentingkan penampilan dan mula buat penjagaan diri dan muka.  Saya ke facial dan beli produk produk sana sini.  Memang ada yang tidak berjaya, tapi saya cari sehingga bertemu yang serasi.  Oh ya... saya tak mahu perkenalkan produk kecantikan.  Saya bukan agen pun.

Kemudian, saya mula berubah sedikit demi sedikit penampilan kepada yang lebih 'muda' sedikit, tidak la mak  nenek sangat... ades !


2013

Suami saya sentiasa bergaya.  Sentiasa ingin segak.  Pernah suatu masa dia beli produk kesihatan untuk tujuan body builder.  Saya memang bergaduh sebab untuk maintain sangatlah mahal harganya, sedangkan kenyataan dia tidak la mampu.... saya bukan tak suka dia bergaya atau sihat dan saya bukan marah apa, saya marah kerana saya sendiri tidak mampu/kedekut demi kecantikan dan kesihatan diri saya, senang senang dia berhabis duit untuk dirinya... huhuhu...

Pada waktu ini, keyakinan saya semakin bertambah.  Saya sudah tidak lagi rasa diri saya mak nenek atau tidak cantik. 

Pada waktu ini, saya sudah tidak lagi kedekut pada diri sendiri.  Pada lawatan kali ini, suami nampak lebih errrr... caring... hahaha... sabor jer la... gaduh gaduh la jugak, tapi dia tidak malu untuk memegang tangan saya sewaktu saya ingin berjalan naik bot contohnya atau tidak lagi malu untuk memegang saya waktu bergambar.


Mendapat sokongan dari keluarga sendiri, menyebabkan saya tahu, saya perlu sayang diri saya sendiri sebelum sayangkan orang lain.

Saya tidak share gambar muka pecah tanah saya tu yang lain.  Banyak, tetapi malu pula rasanya.  Hahaha...

Waktu ini tahun 2015, saya dan suami.  Dia dah tidak lagi malu, kan ?



2017. Yer, saya patut syukur, kami sihat. 

Saya akan hargai diri saya sendiri.  Tidak lagi kedekut.  Sesekali saya buat facial dan sesekali juga saya hadiahkan diri saya barang yang saya beli dari internet.

Best kan ?

Jika tiada orang nak hargai diri kita, hargailah diri sendiri.

Terima kasih kepada orang yang hargai diri saya dan membuat saya sayang pada diri sendiri.  Dengan rasa diri dihargai dan disayangi, hidup kita lebih ceria.  Senyuman kita lebih manis bila dalam hati ada taman...

HAHAHA... ok... panjang entry kali ini.

Terinspirasi dengan cerita sorang isteri yang berubah (dengan nasihat kepada suami, jangan tinggalkan isteri masa hodoh).

Saya tidak la berubah jadi cantik sangat.  Tapi berubah lebih yakin dan lebih menghargai diri.




Hari ni dah abis raya...

Tapi saya nak update pula hal raya... sabor jer la...

Sedang tunggu orang 5S dan juga user hantar borang untuk kemaskini sistem.  Slow la user ni, orang semangat nak buat, mereka plak slow.

Dah la bos suruh buat KPI, yang kita ni, KPI belum bertulis, kerja dah siap... camna tu ? HAHAHAHA...  sabor jer la...


Ok kita share gambar raya tahun ni...

Ini raya kat rumah sendiri di KEDAH, pada raya pertama.

Keluarga kami, yang semuanya manusia...

Keluarga kami yang termasuk RANA... ekekeke...

Ini budak dua orang ni suka sangat mengata hitam... padahal sama dua dua gelap. Hahaha...

 

Ini raya kat rumah sendiri juga kat kampung di PERAK.  Pak Tam dan keluarga datang bertandang.  Anak anak dan suami tak ada... Anak pegi Ipoh berkelah kat Tambun.  Suami plak pi ambil mereka.  Hehehe...





Ini gambar on the way ke Kuala Ketil jengok mak, singgah Kulim ambil gambar bersama karektor macam macam kat tepi jalan ni.  Abang tak ada sebab merajuk (dok keras dalam kereta)... ades... anak ni macam macam ragam !



Itu saja la share gambar raya tahun ni.  Tahun ni seperti biasa... mesti gaduh punya balik raya asik raya kat Perak.  Sabor jer la saya nih.

Bila tah nak kuat semangat supaya suami berubah lebih tolenrasi atau lebih perihatin kat isteri dia nih... ades !!!

Sabar la selagi boleh sabar yer... hehehe...

Biar apa pun rasa, waktu bergambar mesti senyum lebar... kan ?

Sunday, June 11, 2017

Kenangan waktu kecil...

Salam,

Saja nak bercerita tentang kenangan waktu kecil.

Ada waktu waktu tertentu, saya rasa macam tiada adik beradik dalam kenangan tu.  Tiada Kak Mar, tiada Chik, tiada Pak Tam dan juga Pak Su.  Kak Ani dan Pok De rasanya memang tentu tentu tak ada sebab jarak mereka jauh dengan saya. Tak tahu kenapa.

Waktu saya dan mak menanam di belakang rumah, mereka tiada.Tanam kacang, timun dan beberapa jenis tanaman lagi. Saya dan mak mencari kayu ranting untuk dijadikan para pokok kacang dan timun.

Mak ajar saya, tanam kacang, letakkan 3 biji satu lubang, dan ajar bagaimana nak tabur baja kelapa sawit yang sangat panas tu.  Jika salah tabur, anak pokok akan mati.

Mak ajar menyemai pokok timun dalam pelepah pisang yang dibelah.  Siram dan simpan di bawah katil.  Selepas beberapa hari, anak pokok boleh dipindahkan ke tanah.  Juga sama seperti kacang, di tanam 3 anak pokok untuk satu lubang.

Setiap hari, kami perlu siram menggunakan air dari perigi yang tidak pernah kering di belakang rumah.  Rasanya waktu menyiram ini kami bergilir adik beradik.  Mungkin sebab itu tiada kenangan kami bersama buat kerja dengan mak kut.

Mak juga menanam padi belakang rumah.  Ramai jiran menanam.  Saya juga ikut, tetapi saya memang takut dengan pacat serta lintah.  Tuhan saja yang tahu betapa saya geli dengan makhluk dua ekor tu.  Walaupun saya ada kenangan dengan mak menanam menggunakan kuku kambing, menghalau burung dan lain lain, tetapi kenapa Chik tidak wujud ?

Ke mana Mok ChIk masa ni ? Kemana Rohati Mamat yer ?

Dengan mak saya buat reban ayam... dah tentu tentu adik beradik lain tak ada.  Tetapi kenapa mereka tak ada dalam kenangan saya ? Saya tidak pasti.

Adakah semuanya mimpi ?  Hmmm...

Begitu juga bila puasa, saya akan berada di dapur tolong mak.  Mungkin sekadar sembang dan bertanya kut.  Tergelak gelak saya dengar ayah mengusik mak, bila mak masak kuih puteri mandi.  Ayah akan ejek mak... katanya kuih KEPEK HIDUNG macam hidung mak yang pesek itu.  HAHAHAHA...  (sebab tu saya tak tahu kuih puteri mandi, rupanya arwah ayah dan mak panggil namanya lain)

Kata adik beradik saya yang dewasa waktu itu, Kak Ani dan Kak Mbong, ayah saya sangat garang.  Tapi, untuk peringkat saya dan ke bawah atau mungkin peringkat Kak Mar dan ke bawah, ayah dah boleh bergurau.  Tidak lagi garang.  Cuma mungkin ayah ni jenis senang mendengar hasutan / cerita orang yang kekadang fitnah, dan tanpa usul periksa akan merotan anak anak... mungkin juga.  Entah la... Maafkan saja mereka, ada yang dah tak ada pun.  Kalau yang masih ada, rasanya memang dia jenis kurang semangkuk... jadi, kita maafkan juga dia.

Saya kurang pandai melukis... jadi jangan minta saya lukis cerita ini.

Saya tak tahu kenapa banyak kenangan mengimbau.  Teringat pada arwah ayah yang hampir 10 tahun pergi agaknya. Arwah ayah tak masuk dalam mimpi tahun ini.  Biasanya ada juga masuk sesekali.

Semoga arwah ayah saya tenang di sana...

Sunday, May 21, 2017

Beli online lagi...





Untuk simpanan dan rujukan sendiri...

Biskut Butter Abuain (yang kacak).



Biskut Butter Abuain (yang kacak).
https://www.facebook.com/khairulhakimin.muhammad/posts/10209783400127603
Bahan-bahannya ialah:
1 cawan Butter - abang guna jenama Buttercup
1 cawan gula halus.
2 biji telur Gred A

Mix sampai gebus
Campur  1 sudu kecil esen vanilla.

Ayak :
2 cawan setengah tepung gandum - abang guna jenama The Bakers
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat. 

Masukkan sedikit demi sedikit tepung sehingga
**guna cawan measurement cup tahu. Bukan cawan minum kat dapur kau. Ada jual cup (cawan) tu kat kedai barangan bakeri.
Sebelum mula, panaskan oven dengan suhu 200 selama 15 minit.
Guna api atas bawah, suhu 200. Bakar selama 10-11 minit sahaja. Kalau kau guna oven industri, api atas 120, api bawah 150. Kalau guna dapur gas, kau tanya mak kau.

 Keadaan tepung sebelum bakar

Letak tepung begini sebelum bakar...


Biskut Mazola

Resepi Biskut Mazola 
By : Tun Abdullah

500g kacang tanah tanpa kulit sangai dan kisar halus
280Gm gula kastor
 Ayak
500g tpg gandum 
2 sdt baking powder

Minyak jagung mazola secukupnya...dlm 500ml gitu

Caranya : 

Campur semua bahan, pastu guna tangan uli lembut manja...biar sebati semua...masukkan minyak sikit sampai doh jd lembut dan boleh gentel...gentel bulat...susun atas dulang...sapu kuning telur atas biskut..bakar pd suhu 160c...anggaran 20 min...atau sampai masak minyak kalau tak abiskan xpe...janji doh dah boleh bentukkan...doh lembut2 gtu tp bukan lembik...biasanya myk x habis pun setgh botol yg 1L tu...kalau buh baking powder...biskut akan gebu tp x kembang sbb xde guna telur...bulat2 tu agak2 besar bola ping pong atau kecil skit naa

Wednesday, May 3, 2017

CH - 2

Antara gambar gambar lain siri jelajah tak habis habis Cameron Highland...
Hehehe...


Somiku... buat peace tutup mula la pulok !  Hehehe

Kak Ya sakit mulut... hahaha... kesian betul...

Geng yang gigih turun kat ladang teh...

Bersama geng yang tak larat turun jugak... hehehe...
 

Pak dan Mak mertua saya... masih sihat lagi mereka.  Semoga mereka sentiasa sihat dan ceria.  Pak Mertua saya ni lawak skit... hehehe... suka gelak dan buat orang gelak !  TAPI... kalau dia marah dan berleter... agaknya harimau pun cabut lari... HAHAHA...

Ini somi saya yang dah letih agaknya layan bini dia !

Kalau boleh fokus, ada dua orang yang lebih kurang rupa kat situ.  Yang berkata mata hitam tu adik kembar suami saya.  Hehehe...

"Mama... kenapa muka abah kita dan abah ijat sama ?"
"Sebab dia kembar"
"Tetapi kenapa muka sama, tak pernah Kak Ya nampak pun dok dekat dan sembang ?"

Erkkk... saya terus diam... hahahaha...

Mohon jawab lah abah yer

Ni pegi kebun bunga kat puncak.  Gila curam... hehehe... sabar dan gigih jer la naik atas tu.  Sapa naik keter buruk, sila parking kat bawah.  Berasap break !

 

Bila orang meluahkan rasa...




Saya ada juga join group confessions, dan sesekali menyampuk.  Ada beberapa luahan yang berkaitan dengan pengalaman saya atau luahan rasa anak anak muda dalam tu yang kurang kasih sayang.

Macam macam luahan mereka.  Berbeza dengan DCCK atau KRT .... hahaha... kalau masuk situ, mau jantung kita bekerja kuat... buleh cepat mati... melampau kan ? Yer... itu perasaan saya...  Perasaan orang lain mana la saya tau...

https://www.facebook.com/iiumcbm/

Kekadang kita manusia ni selalu lupa.  Termasuk saya.  Masa saya belum ada anak, saya sangat sangat sedih.  Lari dari kehidupan biasa.  Menyendiri.  Ohh... sampai sekarang saya masih kekalkan tabiat menyendiri ini.  Rasanya mungkin itu sikap saya, alone is better agaknya...sebab hati saya ni halus sangat... senang terguris luka.

Lain orang, lain sikapnya dan cara penerimaannya.

Bila saya dah ramai anak... tiap hari la saya update blog dengan cerita anak anak.  Tak fikir pun perasaan orang lain.  Oh ya... saya harap mereka ambil pendekatan seperti saya... jika kita tak dapat terima keadaan sekeliling, kita cuba elakkan diri.  Untuk mengubah orang sangat sukar...

Saya rasa, ramai dah antara kita ni cuba nak ubah orang, dan akhirnya, diri mereka sendiri terluka.  Termasuk la saya... jadi, saya dah tak mahu lagi ubah orang.  Biar lah... tak mau berubah, suka hati, saya jaga hati saya sahaja... sebab hati saya akan bersama saya sampai bila bila... Hati orang ? Pepandai la mereka jaga yer...  jaga hati sendiri !

Saya tak tau dah, ke mana blogger yang sedang TTC tu, samada dah berjaya atau bagai mana.  Banyak dah lost contact.  Apa pun, akak doakan agar sentiasa bahagia... walaupun mungkin dah buat private blog, atau mungkin dah jemu share pengalaman atau mungkin dah pun menimang cahaya mata, atau apa apa saja... semoga kita semua bahagia...








Bila nak ada offer lagi ?



Alahai... jenuh tunggu watson ni buat offer lagi.  Dah cari kat WATSONS, dua dua tempat tak ada... hampa jer terasa hati ini...

Sabor jer la yer...  Kita tunggu lagi.  Muka pun dah macam apa tah datang pejabat... ades !


Sunday, April 30, 2017

Album bajet hardcover


Beli untuk orang yang order hardcover


Harga antara RM20 - RM50  (lebih kurang 40 muka)

Cara untuk menghantar gambar :
1. Melalui WHATSAPP : 0134392953
2. FB messenger.. https://www.facebook.com/bajetalbum/

Atau mana mana cloud yang tuan/puan simpan (google+, google drive dll)
Setelah kita setuju memilih jenis album, bolehla bank in ke mana mana satu akaun di bawah :

1. NOR IZAWANI AINA NOR RIZUAN 
Bank Simpanan Nasional
0212941000020369
2. NUR IZZAT HAKIMI NOR RIZUAN 
Bank Simpanan Nasional
0212941000026984
3. NUR IZZAT NAJMI NOR RIZUAN 
Bank Simpanan Nasional
0212941000020335
4. NUR IZZATY AMALIA BINTI NOR RIZUAN 
Bank Simpanan Nasional
0212941000020343