Search This Blog

Loading...

Tuesday, April 9, 2013

Anak anak lagi

Anak sedang membesar... memacam mereka bertanya, sampai kekadang aku malas nak jawab.

1.  Kami makan kat kedai.  Hubby tak ada kat umah, jadi aku belanja mereka makan kat luar jer. Dok sedap sedap hirup sup tulang, tetiba aku terbatuk dan tersedak.

"Mama, kenapa muka mama merah !", abang bertanya bila tengok muka aku merah padam.

Aku yang masih terbatuk batuk tu, jawab laju laju "Tersedak !!"

"Tersedak tu apa ?", abang bertanya lagi.  Yang lain menanti jawapan aku.

Aku yang masih terbatuk batuk sakit dada aku.  

"Tersedak tu... macam mama tadi la... !", aku jawab lepas reda dari batuk... adoiii la... itu pun tak tau...

2.  Kakak bercerita hal sekolahnya.  Ada kes rogol.
Abang tanya, ROGOL tu apa ?
Errr.... errr.... aku tak jawab pun.

3.  Itu belum lagi tanya aku, sekarang ni pukul berapa ? Sekarang ni dah malam ker ? Sekarang ni dah pagi ker ?  Sekarang ni dah petang ker ?

+ Hari ini hari apa mama ?
Amalia bertanya.
= Hari ni hari sabtu.
+ Abah kata nak balik Sabtu... kenapa abah tak balik lagi ?
Anak yang rindu kat abahnya asik tanya tanya aku.
= Abah balik malam.

Lepas tu baru la tanya dah malam ker belum.  Bila dah gelap, tanya lagi kenapa abah tak balik... Eeeee... macam macam la mereka nih...

Penat nak jawab....

Si Najmi selalu jadi bahan untuk abah dia perli aku.  Bila abah dia minta air, aku suruh anak anak buat bila aku baru saja abis buat kerja... penat betul.  Jadi, orang terakhir yang tak cakap 'Tak nak buat' adalah Najmi.  Najmi akan terpinga pinga kalau abah dia suruh buat air Teh.  Siap la tanya aku nak buat air teh tu macam mana.  Iskkkkkkk abah dia nih.... karang kena air panas anak tu... padan muka.



Errrrrr.......

Malam tadi Najmi demam.... panas badan dia...  Kakak dah jelum paler dia.  Tapi basah basah. adik tak suka.  Aku perah kain dan tanya dia kat mana yang dia suka letak.... tapi aku pastikan dulu aku lap mana mana tempat yang panas sangat.  Selepas tu aku akan letak atas kepala dia atau dimana mana tempat yang dia suka.  Jadi, semasa dia demam, rumah aku sedikit sunyi... hahahaha...

Pagi ini, abang pula jadi lembek lembek.  Masa kejutkan dia, aku dah rasa, badan dia sedikit suam.  Bila nak pegi sekolah pun dia asik tercongok sana tercongok sini.  Bila aku tanya, katanya sakit kepala.  Bila aku rasa badan dia.... SAH DEMAM.

Bagi ubat pada budak dua orang tu siap siap pagi sebelum keluar rumah.

Sampai opis, Amalia yang ikut aku pun dah suam suam badan dia.  Aku beri juga ubat yang aku sengaja bawa dalam henbek.

Lepas tu aku tinggalkan Amalia kat sekolah tadi dengan semangat dia, siap suruh aku balik... Kalau tak, meraung nak ikut aku balik.

Bila dia tanya, "Mama marah tak kalau tak pegi sekolah ?"

Mesti laaaaaaaaahhh... mama hantar sekolah supaya pandai... supaya boleh kerja... dapat duit... tolong mama !

Hehehe... rupanya dia seronok untuk tolong aku ditempat kerja.

Aku tambah lagi.... "Kalau dah besar macam mama... dah kerja... tak payah pegi sekolah lagi !!!"

Entah la... tetiba dia semangat plak nak masuk kelas tadi.  Tak perlu cikgu pegang dia... bagusnya anak mama hari nih...

Tapi, malam karang tak tau la... kalau 3 orang demam... aku tak tau la nak buat macam mana.  Harap harap mereka dah ok dengan makan ubat tu.




2 comments:

  1. SAMA LA KAK..
    ada sorang kat rumah tu..soklan dr mulut dia semuanya pelik2..layan jelah ;)
    semoga cepat sembuh demam anak2 itu

    ReplyDelete