Search This Blog

Friday, September 26, 2014

Selamat hari lahir Abang Hakimi...

Hari ini hari lahir abang... tak tahu lagi nak raikan kat mana atau apa apa la.

Tengok esok lusa update pasal ni kalau memang ada apa apa... hehehe... adoii la...


Tuesday, September 23, 2014

Special from someone special...



Oh... aku jarang beli barang kemas.  Rasanya tak ada barang emas yang aku beli sendiri sekarang.  Semuanya orang beri.  Banyak yang hilang pun.  Sedih kan ?

Cincin kawin aku hilang masa aku pi amik air sembahyang kat bilik air di UPSI.  Cis !

Cincin mak aku bagi, yang mahal beserta dengan gelang kaki dan apa tah lagi tak ingat aku pun hilang agaknya.  Semasa aku bersalinkan Amalia, aku suruh hubby simpan.  Bila aku balik dari hospital setelah 2 bulan bertapa kat sana tu, tau tau barang kemas aku anak main, tak tau dok mana dah.  Isk...

So, yang tinggal pun gelang yang mak dan aku pilih lepas dapat duit pajak ladang kelapa sawit mak dan ayah aku tu.  Duit pajak tu dibahagi adik beradik skit sorang.  Jadi, aku yang tak tau nak buat apa dengan duit tu, beli la gelang tangan tu dengan mak.

Cincin di jari manis aku tu cincin tunang.  Mak ai... lamanya kan ?  Hahaha.. tak hilang plak yang ini.  Nasib baik sebab masa aku pakai cincin kawin yang dua pasang masa tu rasa tak tau nak letak kat mana cincin ni, lagi pun masa beli ni, bakal tunang aku waktu tu tak bawak aku, suka suka jer dia beli tak ukur kat jari aku.  Sudahnya cincin tu besar yang amat.  Tak muat kat jari aku masa anak dara... yer la... masa anak dara kurus dan runcing jer jari. Hahaha...

Now, cincin tunang tu elok jer masuk kat jari manis aku.  Gemok dah aku ni.  Sib baik tunang aku waktu tu tak bawak  aku... HAHAHAHA... TUNANG ???? Geli !!!!

Cincin melingkar tu pulak pemberian dari mak.  Orang yang istimewa di hati aku....

Mak aku yang dah tua tu nak beri barang barang yang dia ada kepada kami anak anak dia.  Aku dah terasa rasa mak aku rasa hidupnya dah tak lama... eeee... sedihnya.

Sebelum ni, dia nak jual barang kemas dia utk sapa sapa yang sudi beli sebab dia nak duit tu untuk disedekahkan atau dibuat kenduri atau dibuat sedekah pada masjid dll pahala yang berterusan.

Ada lagi la seurat dua barang kemas mak yang mak nak jual.  Mana mana yang ada lagi tu mak nak beri pada anak anak dia.

Eeee... sedih la aku citer bab gini.  Terasa macam tak lama dah masa kami bersama mak...

Mak cakap... nanti beli la apa apa (eg tanah utk pembinaan masjid dll) untuk dihadiahkan/sedekahkan pada mak, keluarga mak, ayah dan keluarga ayah aku.

Isk... mak dah tua...

Bila lihat wajah mak... terasa sangat sangat tua dah mak sekarang...

Wajah mak masa muda sangat cantik.... comel...

Now, mak dah banyak kedut...

Sejak ayah aku tak ada, mak sendiri jer dalam bilik dia.  Biarpun dengan bicara yang sukar difahami, mak sangat suka bercerita.

Cerita mak mengenai masa lalu mak.  Masa mak jumpa ayah aku.  Masa dia kecik.  Masa kami kecik dan macam macam.  Ada yang aku tak faham... dan aku hanya mengangguk.  Senyum.  Pandang mak... dan aku tahu tentu mak tahu aku tak faham apa yang mak cakap... Cuma aku ingin dengar mak bercerita sahaja...

Isk...

Sedih plak citer gini...

Air mata mengalir plak dalam opis sambil dengar lagu rancak dalam komputer nih... apa la !!!!


Sunday, September 21, 2014

Nak cakap... tapi tak terluah...

Hmmm....

Aku dah dapat respon dari seseorang yang nak 'cuba untuk disayangi' oleh suami aku.

Tapi, syarat utama dia dah tak lulus. 

Aku tetap cuba untuk beritahu hubby.  Malangnya, tak sempat aku nak tunjuk gambar, apa lagi bercerita hal selanjutnya, dia buat tak tau jer pada kata kata aku.

"Abang... abang nak kawin lagi satu ker kalau saya izinkan ?", aku mulakan kata semasa kami baring baring atas tilam tanpa sorang pun anak melingkar sekeliling kami.

Dia marah, dan berpaling membelakangkan aku.  Aiceh... aku senyum sendiri.  Aku cuba terbalikkan badannya, tak berjaya.  Berat jugak la dia... lagipun dia keraskan badan. 

Jadi, aku menjengokkan kepala ke muka dia.

Dan aku lihat muka dia, tersenyum...  CEH !!!

Hahaha...
 
Yer la...

Aku tak tahu bagaimana nak cakap dengan dia lagi.  Karang tak pasal pasal bergaduh plak.  Elok elok berkawan baik, karang bertengkar atas sebab yang tak sepatutnya...

Hmmm... bior dulu la.  Nanti ada waktu sesuai, aku cuba test lagi. 

Yer la, somi siapa la nak cakap terus terang dia nak kawin tu kan ?  Somi giler kot ?

"Elehhh... senyum senyum tu teringat nak malam pertama lagi sekali la tu !"

Aku cakap kat dia... lagi lebar senyum dia.  Lepas tu dia marah aku. 

Pura pura kot ?

Entah....

Jadi, bila dia tak suka... itu tanda baik.

Orang kata jangan menguji lelaki.  Tapi... hmmmm... yer la... bila perkahwinan tidak bermula dengan cinta, kekadang terasa juga ingin tahu sejauh mana hati dia... kan ?

Korang tak tahu kan sebab korang bercinta dengan suami sebelum kawin, kan ? 

Aku cinta suami aku selepas kawin... eh... cinta ker sayang ? Entah la.  Aku sendiri tak tahu.

Tapi, bila menguji hati sendiri begini, rupanya baru aku tahu yang aku masih ada rasa 'ting' pada dia biarpun kekadang rasa 'ting' dalam hati tu aku fikir dah hilang.

Korang tahu rasa 'ting !' tu ?

Itu rasa macam jantung kita dipukul dengan sesuatu...  dan dia berdenyut laju dengan tiba tiba.

Hahahaha...

Tah hapa hapa jer.  Lama dah tak rasa gitu !









Thursday, September 18, 2014

Mencari madu ?

Bukan madu kelulut... tapi madu la...

Korang ingat entry lepas Cari Madu tu ?

Hmmm... ada yang dah hubungi aku.  Tak tahu la dia ambil dari laman ini atau dari Cari Jodoh.  Tak apa la .... mana mana la.

So, first step, aku minta la gambar dia. 

Tengok la... tak tau perkembangan lanjut lagi.


Sunday, September 14, 2014

TAAT SELAGI TAK MELANGGAR SYARIAT VS TAAT KEPADA SURUHAN SYARIAT


Sambungan daripada posting lepas.


PANDANGAN PERIBADI SAYA :

TAAT SELAGI TAK MELANGGAR SYARIAT  VS TAAT KEPADA SURUHAN SYARIAT

Selalu orang cakap... 'kena taat selagi tak melanggar syariat'.  TAPI AYAT YANG LEBIH LOGIK ... 'kena taat berkaitan kepada suruhan syariat'...  Jauh sangat lari makna tuh...

Konsep TAAT KEPADA SURUHAN SYARIAT  menjadikan hukum ini tidak mengelirukan kepada orang seperti saya sebab "berkaitan kenapa isteri perlu taat kepada arahan suami, kerana suami menanggung dosa isteri."

Sebagai contoh, somi suruh sembahyang... kita kena taat... sebab somi tanggung dosa kalau kita tak buat, jadi jatuh dosa tak taat.  Tapi, somi suruh kemas rumah... kita tak buat... somi tak ada la perlu tanggung dosa itu... jadi kita tak ada dosa tidak taat, cuma tak baik la lawan cakap somi.  Baru la nampak logik akalnya...


Kerana menggunakan hukum  "TAAT SELAGI TAK MELANGGAR SYARIAT", menyebabkan suami menyalahguna kuasa mereka untuk memerintah isteri.  Bila kita tidak buat sesuatu arahan mereka, mereka yang menggunakan kuasa sebagai suami, menyalahgunakan hukum TAAT dan DERHAKA tu. 


Note: Walaubagaimanapun, suami tak selamanya tanggung dosa kalau isteri tak buat yang syariat jika somi telah suruh dan isteri berdegil.  Aturan utk menyuruh dan apakah dendanya perlu dirujuk dalam artikel lain.


Begitu juga hak suami utk isteri mengikut ke mana dia pergi.  HAK SUAMI adalah hak supaya isteri tinggal sekali dengan dia dan ikut dia berpindah kemana dia pergi.  TAPIIII... suami tiada hak istimewa untuk mengarah isteri ikut balik kampung atas title suami dan menjatuhkan kata isteri DURHAKA atau tidak TAAT kepada isteri kerana isteri tak mau balik kg suami.

Saya ada terbaca beberapa keluhan isteri yang suaminya tidak bertanggung jawab (penagih atau pemalas misalnya), tetapi tidak mahu berpisah (sebab anak mungkin) dan sebolehnya ingin menjadi isteri yang solehah.  Mereka terdesak kerana tidak mampu menanggung beban sebagai pencari nafkah dan terpaksa mengikut arahan suami kerana bimbang tidak taat/derhaka kerana tidak melaksanakan permintaan suami utk memastikan rumah kemas, makanan disediakan dan lain-lain.

Kesian betul kita sebagai isteri jika mendapat suami yang begitu, serta kita pula tidak memahami hukum.  Masyarakat hanya menyalahkan isteri serta menuntut utk redha dan buat saja semua kerja dengan dakwaan kerja rumah itu tugas isteri dan tanggungjawab isteri.  Jika tidak dilaksanakan, berdosa. Sehinggakan ada yang mencadangkan dia berpisah sahaja.  Sedangkan dia tanya hukum dia tak buat kerja rumah, adakah berdosa ?   

Betul la tu... patut berpisah sahaja, tapi bukan sebab dosa dia kalau tetap bersama tetapi tak dapat taat pada suami, tapi kerana itu yang terbaik daripada bersuamikan orang yang tidak menghargai dan tidak bertanggung jawab.  

Kesian... masyarakat pun teruk !

Kepada isteri isteri... saya harap... jangan takut untuk mempertahankan hak kita.  Kita tidak berdosa derhaka/taat dan jangan sangat sangat takut.

Ada kes suami yang sangat bertanggung jawab, beristeri dua.  Kalau kita rasa kita tidak dapat taat pada suami, dalam kes yang betul maksud taatnya, contohnya, bila kita dah sangat sangat marah, kita tak mau 'layan' dia, itu baru kita jatuh dosa tak taat, makanya, kalau kita nak, boleh la minta dia lepaskan kita dengan cara baik.  Tetapiii... kita tak la boleh minta cerai sebab dia kawin dua.  Salah...  Walaubagaimanapun, hak talak masih terletak ditangan suami, alkisahnya.

Senang masuk syurga jadi perempuan ???  Hmmm... seksanya jadi perempuan zaman akhir zaman.  Kekadang kahwin bukan jadi menyebab pahala bertambah, entah entah dosa berganda, pahala sedekah katanya bertabur sebab mengungkit.

Itu sahaja yang saya faham.  Jika salah, maafkan saya...


p/s : Jika somi sorang keje, isteri plak dok umah pomaleh popaleh, malas masak, malas kemas umah, malas jaga anak... apa lagi nak simpan ? Kan ?  Memang la bukan tugas isteri buat, tapi kalau dah sampai pomaleh gitu... cari la yang rajin.   

I rest my case !

Thursday, September 11, 2014

MAKNA TAAT KEPADA SUAMI...

Ini soalan :

Saya keliru skit la kawan kawan berkaitan bab TAAT KEPADA SUAMI.

Bukan tanggung jawab isteri menyediakan makan pakai suami, tapi kalau suami suruh, isteri kena taat... dalam erti kata lain... wajib taat...

Betul ker ?

Bagaimana ayat asal bukan tanggungjawab tetapi jadi tanggungjawab bila disuruh suami ?

Saya salah faham ker ?



Setakat mana makna TAAT dan ruang lingkup TAAT tu sendiri ?  Adakah somi suruh lompat katak, kita kena lompat (hahaha... kena gelak nih !) sebab ianya tidak melanggar syariat ?  Adakah somi suruh basuh keter, kena buat sebab tak langgar syariat ?


p/s : Dengar ceramah UAI, keliru sekejap saya nih.


Taat lain spt, jangan keluar rumah dan seumpamanya tu memang JELAS !

 
Dan ini jawapan dari kawan kawan saya :

Jawapan 1 :  
Hahaha...... dia suruh....asalkan tu mmg lumrahnya sokmo2 pompuan duk buat keje tu x membahayakan...x langgar syariat ..disediakan bhn yg nak dibuat....buat la taat le..... x buat kira dosa... bab basuh keta... sokmo2 mmg keje pompuan ke....cu tanya cik somi.... sediakan tmpat sesuai utk basuh keta.... bab masak.....kalau bhn rencahnya dah dibeli ...kena masak le...x beli... kena bg duit beli. ..nak argue pnjng benar...jadi aku .x suruh pun buat kalau tu mmg aku boleh buat.... anggap penat lelah jerih payah sedekah utk somi.... buat kerana mende tu ibadah...kerana Allah....sbb nak ikut kan yg patut suami sedia ikut kmampuan dia jer....kita kerja pun dengan keizinannya.... maknanya tolak ansur...dia kawin ngan kita pun dia tahu kita mmg berkerjaya maknanya dia setuju le tu.... 

( Soalan semula : Ada orang kata... wajib taat... walaupun somi dia penagih dadah ! Katalah somi dia suruh dia masak adakah wajib dan berdosa kalau dia tak buat ? Sedangkan ada ayat kata kalau somi dia sediakan bahan tu dia wajib la buat... ini bukan somi dia sediakan, dia sendiri beli semua guna duit dia (almaklumlah penagih dadah)... adakah jatuh wajib buat dan berdosa juga dia tak masak ?)
 
Jawapan 2 : 
Kalau dah barang isteri beli maka nafkah bukan diuruskan oleh suami.... yg aku tau ada 2 pilihan la...kalau masih nak bersama ngan suami mcm tu maknanya kena masak la....kalau x nak taat lg maka bubarkan perkahwinan. ... itu yg aku pernah dngar...nak lg detail kena tanya org yg ahli la....


Jawapan 3 :  
Ya jgn amik sekerat sekerat. Wwpun kita ni hak.mutlak suami tapi suamilaah yg paling mudah masuk.neraka kalau salah guna hak mutlak tu. Taat tu lebih kepada taat kepaada suruhan syariat. Kalau suami kata tutup aurat tapi isteri degil nak mampus nk tutup aurat konon berlawa lawa utk suaami maka isteri dh derhaka. Sama juga arahan suruh solat suruh puaasa suruh memgaji agama suruh dengar ceramah. 


Ok... nanti kita cari lagi jawapan yang bernas yer !  Yang tanya dan yang jawab ni bukan ustat/ustazah... jadi, jangan jadikan rujukan muktamad.  Sila cari sumber lain.

p/s : Sebab yakin Allah tidak kejam kepada hambanya.  Kalau hukum yang kita dengar tu seperti kejam, itu bukan bermakna Allah kejam, tetapi mungkin salah ustaz yang memberi penjelasan atau salah kita yang tak faham atau kita yang ngaji separuh separuh.

--------------

Sambungan lagi :

Jawapan 4 : 
Dlm Islam, tugas dan tanggungjwb suami bg nafkah pd anak isteri, perlindungan keselamatan, rumah dan pakaian. Juga sediakan org gaji utk urus bab2 rumahtangga. Klu isteri sanggup wat keja rumah, itu dikira sedekah. Malah klu isteri lapar, suami yg kena sediakan mknan utk isteri. Ada riwayat sahih Rasulullah xpernah paksa isteri sediakan mkn minum baginda. 

Malah kerap baginda yg sinsing lengan jubah canaikan roti utk isterinya. Harta isteri hak mutlaknya. Suami xbleh lnsng sentuh harta isteri wlu sesen tanpa kebenaran. Isteri juga xwajib istihar pd suami jumlah harta2nya. Tp suami kena belanjakan hingga ke sen terakhir yg dimilikinya utk anak isteri. Klu msh xckp, suami wajib cr wang wlu terpaksa meminjam atau menjual hartanya. Ketaatan pula mksd taat suruhan suami berkaitan syariat dan hak suami (sembahyang, puasa, tutup aurat, tuntut ilmu agama, jaga rumah dan harta suami, jaga anak2, jgn kuar rumah tanpa kebenaran, jgn bg org asing msk rumah, jgn berckp dgn lelaki bkn muhrim, ikut suami kemana shj dia pindah, penuhi seksual suami klu tiada keuzuran). 
Klu isteri enggan taat pd suruhan berkaitan syariat dan hak2 suami itu, maka derhaka dan berdosa isteri itu. Klu suami xsuruh isteri wat yg syariat, atau isteri xtahu wat tp suami xmahu ajarkan atau crkan guru, atau xbenarkan isteri pergi tuntut ilmu, br suami kena tanggung dosa isteri. Klu dia dah suruh tp isteri tetap degil xmau ikut syariat, dosa isteri kena tanggung sendiri. Dah xjatuh atas suami.
Jika isteri enggan sediakan mkn minum suami, tidak jatuh derhaka. Xwajib taat wat kerja2 rumah seperti mengemas rumah atau basuh kain baju. Keja2 tu semua hanyalah sumbangan isteri pd suami. Isteri dpt pahala sedekah klu wat semua tu. Terdapat suami yg salah guna konsep taat, iaitu isteri wajib ikut semua suruhan suami selagi bkn perkara maksiat wlupun bkn yg syariat dan hak suami, mereka itu xfaham agama, salah tafsir, khilaf dan pembuli bini.




Sunday, September 7, 2014

Selamat hari lahir Kak Ya...

Kak Ya semalam...

Kak Ya 8 tahun lepas...

Semalam kami semua ikut hubby ke airport ambil pelajar datang dari China.  Dah naik dengan bas, jadi semua mengekor la.

Kak Ya, seperti biasa, jarang makan nasi.  Jadi, bila dalam bas, mula la merungut lapar.

Hala balik, adik Mie pun merungut lapar juga.

Sampai kat C-Mart, hubby singgah situ sebab pelajar nak jenjalan cari makan kot.  Jadi, kami pun singgah la sama kat kedai makan.

Kak Ya yang cakap lapar tu tak mau turun pula.  Dah buat perangai.  Aku abaikan saja sebab aku sendiri nak cari toilet pula.  Tinggalkan dia dalam bas.

Bila aku keluar dari toilet, aku lihat hubby dan Kak Ya tak ada.  Dengar raungan dalam bas... hmmm abis la anak aku sorang tu...  Kakak cakap abah dia pukul dengan tali microphone. 

Lepas hubby turun, aku naik lihat Kak Ya.

Kak Ya sedang menangis tersedu sedu.

Aku tanyakan dia... kenapa ?

"Abah pukul.  Kak Ya rasa nak lari dari rumah... ", sambil tersedu sedu kak Ya menjawab.

"Kenapa kak Ya nak lari dari rumah?"

"Abah selalu marah Kak Ya"

"Kak Ya nak pegi mana ? "

"Arrghhhh... Kak Ya nak bunuh diri...", Kak Ya menjerit...

Aku hanya tersenyum... dah biasa melayan anak aku ni.

"Kak Ya sakit kat mana ? Abah pukul kat mana ?"
"Sakit kaki Kak Ya.. ", sambil Kak Ya tunjukkan betisnya.

Aku tanya kenapa tak nak turun ? Tadi dia yang cakap lapar sangat.  Dia kata dia tak mau makan kat kedai makan.  Aku agak mungkin dia nak makan kropok atau apa apa makanan ringan.  Jadi, aku turun dan belikan sekotak apollo dan juga 4 aiskrim.  3 aku beri pada abang, kakak dan adik yang sedang makan di kedai.  Yang lain aku berikan pada Kak Ya yang menunggu dalam bas.

Kesian kat anak aku sorang ni.  Selalu kami suami isteri hilang sabar dengan dia.  Tak tahu lagi bagaimana nak sabarkan diri... kena banyak muhasabah diri la agaknya.

Hari ini, 8 tahun lepas, pukul 12 tengah hari, aku masuk bilik bedah.  Bersalinkan dia... keluar ikut tingkap...

Tadi, call hubby, adakah dia tahu hari ini hari apa.  Katanya dia tahu, agaknya hp dia ada setting tarikh lahir anak anak... (mungkin aku yang set).

 Katanya... dia menyesal pukul anak... dan aku tambah tambahkan lagi rasa sesal dia...

"Kesian kat anak... kaki dia sakit... "

Oh ya... aku juga terlupa hari lahir dia hari ini, nasib baik saja FB ingatkan... hehehe...

Agaknya malam ni kami selebret  la...  tentu abah dia layan dengan baik... utk tebus kesilapan semalam... hehehehe...