Search This Blog

Tuesday, April 7, 2015

Hari yang kelam kabut...

Kak Ya... sakit gigi...


Semalam, Kak Ya sakit gigi... aku bawa paginya ke doktor.  Doktor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik.  Petang tu dah bengkak separuh muka dia... refer gambar atas.

Kesian kak Ya.  Masa aku kat klinik, Pak Tam call cakap mak mertua Kak Mar meninggal.  Aku pun berbelah bagi nak pergi atau tidak... last last aku buat keputusan untuk pergi dan tinggalkan kerja dulu.  Ambil anak anak dari sekolah... berderet anak anak aku kutip sorang sorang dari kelas mereka.

Lepas mengunjung tu, balik malamnya, dapat pula berita, mertua Along (anak Pok De) meninggal. Hmmm.. dua kematian dalam satu hari.  Sorang pukul 8.30 pagi lebih kurang... sorang lagi 8 malam lebih kurang.

Takziah untuk mereka semua yang tinggal.

Pagi ini, kakak pula demam.  Kak Ya dan Kakak tak pi sekolah.  Kak Ya masih bengkak pipinya biarpun gigi dah kurang sakit.... dah minta makanan kerana lapar pagi ini.

Aku call Tok Su minta dia tolong buatkan air milo dan juga buatkan moi utk dia.  Kak Ya dan Kakak makan moi saja malam tadi.

Harap anak lelaki aku dua orang tu tak berjangkit sakit macam macam.  Aku sendiri dah dua hari batuk. Malam malam lagi la teruk.  Tapi tak ada la teruk sangat... biasa saja.  Agaknya perubahan cuaca kot.

UPDATED :

Balik tengah hari tu, aku tengok muka Amalia makin teruk.


Terus aku ambil gambar utk ditunjukkan kepada doktor.

Doktor kata badan dia mungkin react pada antibiotik secara berbeza.  Jadi, dia beri ubat Beazyme ni untuk surutkan bengkak.  Ubat paracetamol tu utk tahan sakit, aku ambil lagi incase Amalia masih sakit.  Nampaknya dia tak perlu pun ubat tahan sakit lagi.  Tapi dia suka dengan ubat Beazyme ni sebab ubat ni manis agaknya... macam coklat !

Hehehe...

Pagi ini (8/4/2015), nampaknya makin surut.  Doktor suruh jumpa Khamis untuk keluarkan nanah. Harap Amalia makin sihat...

Susah hati la kalau anak sakit... kan ?




No comments:

Post a Comment