Search This Blog

Tuesday, April 30, 2013

Muka...



Korang nak tau... ari tu kan aku selalu amik gambar penuh satu muka... ekekeke... Lepas lepas tu aku tak amik dah. 
Last year, aku pepandai pegi try buat facial kat S... Tinggi tu, then, muka aku tambah tambah teruk sampai aku kena makan ubat.  Berapa lama tah aku tak amik gambar muka besar besar.  Malu betul aku... penuh dengan jerawat dan parut jerawat.

Now, parut jerawat dah pudar skit, tapi masih ada.  Memang uduh jugak muka... yer la... aku bukan cantik sangat.

Tapi, rasanya aku serik la nak guna produk produk yang orang lain suggest memacam tu.

Now, aku try kolegen.

Tetapi, muka aku sangat gatal dan mata aku juga gatal.  Aku tak tau sebab apa... hari ni aku berenti sekejap.  Hilang gatal.  Aku try lagi esok.  Kalau gatal juga muka dan mata aku, harus aku berenti la yer ?

Aku tak pasti penyebab gatal tu... mungkin ada benda lain yang aku makan... So, aku akan proceed juga guna selagi tidak memudaratkan aku sangat sangat...

Rugi oooo kalau berenti... aku dah tak kaya dah !!!  Hehehe...



Bawa anak ke pejabat...



Aku dan Najmi di opis aku dan meja aku.  Terabur ? Memang pun.  Tak 5S langsung... ekekeke...

Sat lagi aku nak pegi tengok anak anak bersukan. Sebab tu bawak Najmi teman.
Posted by Picasa

Makan makan lagi...

Hari ni birthday kakak.  Sepatutnya kakak nak sambut birthday dia kat sekolah, tapi hari ni hari sukan sekolah pula.  Jadi, tak ada la sambutan.  Malam tadi kami ke hotel sekali lagi untuk menunaikan hajat Kakak. 


SELAMAT HARI LAHIR KAKAK !!!!



 
 
 

Kali ni dengan abah mereka juga.  Sebab dia merungut aku pegi dengan anak anak tak ajak dia.  Bila aku ajak dia, dia nak pegi tempat lain pulak.  Tu yang aku malas tu.  Tapi malam tadi pegi jugak. 

Anak anak tetap gembira biarpun makanan kurang sedap sebab chef dia pegi layan satu group lain.  Yang ada tukang masak ganti jer... Masak penkek pun macam lempeng/tempek yang orang kampung buat jer...  ekekeke... Tapi tak apa la... sebab budak budak tak merungut sangat.  Aku jer yang merungut...  Yer la, kita bayar, kita layak dapat layanan yang baik.  Jika mereka rasa mereka tidak dapat layan kita dengan baik, better mereka cakap dari awal... sebab expectation kita tinggi bila kita makan kat hotel... dak gitu ?

Apa apa hal pun, sebenarnya aku tak nak merungut sangat.  Aku nak biarkan dan isi masa dengan buat apa apa yang lain sementara menanti.  Tetapi hubby muka mencerut, aku pun rasa tak selesa.  Jadi sebab tu aku komen.  Aku tak suka kata kat belakang, jadi aku komen jer kat pelayan tu direct... Aku komen... service mereka lambat sangat dan rasanya tak sama seperti yang kami makan dua tiga hari lepas waktu siang.

Gitu ler citernya.  Kakak tak boleh merungut sangat sebab dia yang berkeras nak pegi... padan muka dia.

Ayat aku kat pelayan tu... "Kenapa air tak sampai lagi ? Nak tunggu kami balik dulu baru air nak sampai ker ?", sambil aku senyum.

Bayangkan... air pun 4 kurun baru nak sampai.  Lepas kena sound baru la sampai.  Tapi aku faham, mereka sibuk layan group yang ramai kat luar.  Saja aku cakap lepas tu, kenapa tak beritahu siap siap masa kami baru sampai yang mereka akan layan lambat sangat dan chef sangat sibuk.  Jadi tidak lah kami menanti lama... kami boleh la pegi makan kat gerai gerai jer... kan ?  Aku tanya awal awal tu, dia kata tak apa... sebab orang lain yang akan serve group kat luar.

Cakap lepas jer aku nih... rasa tak selesa buat gitu, tetapi kekadang aku rasa tak tahan jer nak sound kalau perkhidmatan teruk...

Teruk kan aku ni ?
Posted by Picasa

Monday, April 29, 2013

Anak anak...

Anak anak aku memang suka bising.  Bila mood aku nak diam... aku memang marah sangat... rasa nak ketuk kepala mereka sorang sorang.

Bila mood aku ok, aku perati jer karenah mereka.

Macam semalam... waktu aku nak semayang, si Amalia dah amik wuduk.  Najmi pun nak solat sama.  Jadi, bila nak amik wuduk, kena la bukak lampu bilik air.   Antara semua, hanya Najmi jer yang rendah lagi dan tak sampai untuk tutup/bukak switch lampu/kipas.

Aku suruh Amalia bukak lampu untuk adik dia.  Mereka berdua cadangkan Najmi buka sendiri.  Tetapi Najmi tidak sampai.  Berbagai cara si Amalia buat untuk bukak/tutup lampu.

Mula mula dia pegang pinggang Najmi dan angkat sedikit.  Tak sampai.

Lepas tu dia bongkok dan suruh Najmi naik atas tengkuk dia.  Tak berjaya juga... sebab dia tak boleh bangun langsung... hahaha... aku gelak gelak tengok mereka berdua.

Lepas tu dia cari jalan lain.  Dia pegi kat kerusi dan suruh Najmi naik dukung dia.  Dia dukung semula Najmi ke switch lampu tu... tapi tak sempat sampai lagi, dah melurut Najmi jatuh... hahahaha...

Berkali kali dia cuba tektik nih... tak berjaya sampai ke dinding switch.  Kalau sampai pun, Najmi dah hampir sampai ke lantai balik.

Terkukik kukik mereka dua beradik.

Last sekali, Najmi dapat idea.  Kakak dia angkat dia kat pinggang, lepas tu dia panjat sedikit kat dinding... dan tekan switch... berjaya !!!!

Lepas tu kami solat la sekali...

Hehehe...

Memacam perangai diorang tu yang buat bising.  Tapi yang paling aku tak tahan bila bising menjerit sebab bergaduh atau menangis.

Atau bising masa aku tengok citer Korea !

Hahahaha....


Sunday, April 28, 2013

Boleh teman saya ?

 
Pagi tadi, subuh belum masuk... aku masih melingkar kat atas katil lagi.  Malas betul rasa nak bangun tidor.  Tetiba masuk call dari sapa tah.  Nombor aku tak kenal. 

Nak angkat ker tidak ?

Aku bimbang juga kalau dapat call makin hamun pepagi buta... buat ilang mood aku jer.

Aku angkat juga lastnya.

"Boleh teman saya tak... "

"Hah ?"

"Saya dok keras nih !"

Hahahaha... giler...

Aku terus letak telefon.  Hubby aku yang dok sebelah tanya siapa ?

Aku jawab la...

Aku takut juga kalau dia marah dan salah faham.  Tapi aku tengok dia ok jer... tak kata apa apa pun. 

Apasal la ada lelaki macam tu ? Kalau dah gitu, tahap wajib kawin tu... kalau dia ada duit la. 

Hmmm... macam macam la manusia nih...

p/s : Aku ingatkan hubby abaikan jer call pagi tu, rupanya petang tu hubby tanya lagi... ada dak call macam tu ganggu aku... hehehe... nampaknya dia prihati la yer...


Posted by Picasa

Sekolah...

Sejak Amalia sekolah ni, aku dah macam cikgu sekolah.  Tiap hari kena pegi sekolah, masuk kelas dia.  Sempat tengok aktiviti perhimpunan mereka.

Perhimpunan biasa mereka. 

Ada hari bacaan.  Mereka berhimpun membaca ramai ramai... Darjah 6 dan 1 tak perlu berhimpun.  Darjah 6 solat Dhuha dan baca yasin


Si abang terbongkok tekun membaca. 

Ada hari sukan... kalerful baju mereka. 

Adoiii... ada komen dari kawan kawan kakak, kakak cakap... "Mama ikut fesyen !".  Hehehe... itu ler mereka nampak aku pakai baju peplum tu...

Aku dah ok dah... boleh cope dengan masalah Amalia.  Amalia pun dah makin ok dah.  Kalau hantar tak perlu tunggu lama lama.  Dia pun tak menangis dah... 

Sebelum pergi, aku cakap aku nak cium dia... dan dia salam aku. 

"Mama sayang kak ya !", aku bisikkan pada dia masa aku cium pipi dia.

"Kak ya belajar pandai pandai... dengar cakap cikgu yer !"

Itu pesan aku pada anak anak kecik aku.

Pesanan itu kena bisikkan dia tiap hari supaya lekat dalam kepala dia... mereka kena belajar pandai pandai...
Posted by Picasa

Makan makan di hotel...

Marin balik dari sekolah, aku bawak mereka pegi makan kat hotel EDC.  Seronok saja mereka makan.  Tak ada orang lain kat situ rasanya, kecuali kami anak beranak.  Hubby tak ada, pegi keje.  Aku belanja anak anak jer...

 
 
 
 

Aku dan kakak makan spegeti.  Abang makan penkek.  Amalia minum ABC jer.  Najmi makan kongsi apa yang kami makan.  Semua licinnn... kiranya berbaloi la belanja anak yang kelaparan nih.  Tetambah hotel ni bagi macam macam dissert...

Memula tu buah, lepas tu makan apa tah dalam gelas tu... macam puding kot.  Makan sambil menunggu.  Lepas makan makan, mereka bagi kek plak.  Itu sebab budak budak suka.

Aku tak pasti samada layanan yang sama diberi jika mereka sibuk dengan pelanggan lain.  Hari tu kami jer yang ada... so, mereka dapat layanan yang istimewa la...

Malam, kena masak nasik jugak.... hehehehe...
Posted by Picasa

Thursday, April 25, 2013

Peplum pertama aku...





Orang pakai, aku pun teringin. Nih hah aku dengan peplum yang dok bising bising orang pakai tu... siap plak dengan tudung half moon tu... ekekeke...

Cantik tak ? Hehehe...

Rasanya ini first and last aku pakai pi opis kot ? Dah macam aretis jer pakai cenggini... kan ?

p/s : Aku dah buleh minum dah kolegen tu... separuh sehari dengan bantuan mentos dalam mulut aku. Tak menggelegak dah perut aku... hehehe...

Dua tiga minggu lagi nampak muda belia la aku yer ? Muahaha...


Posted by Picasa

Tuesday, April 23, 2013

Aku tak mau jadi isteri untuk jadi orang gaji !

Salam semua yang membaca biarpun seciput... ekekeke...

Aku dah tak perang dingin dengan hubby.  Dia nampaknya berlembut dengan aku.  Tidak lagi menunjukkan ego dia.

Malam tadi aku slow talk dengan hubby.  Aku cakap pada dia, kisah mak dan ayah aku.  Aku ceritakan pada dia, sepanjang aku membesar dengan mak ayah aku, aku tidak pernah lihat mereka berpisah tempat tidor (kecuali la memang tak ada kat umah).

Aku citerkan pada hubby, pada saat akhir hayat arwah ayah aku, ayah aku di hospital, mak aku tetap tidor bersama dengan ayah aku.  Di katil bujang hospital, mereka tetap tidor sebelah menyebelah.

Aku nak jadi macam tu.

Aku tak mahu berpisah tempat tidor, dan bersama bila nak 'bersama' sahaja.  Tidak... aku tidak mahu macam tu.

Korang tak pernah kan lihat suami isteri macam tu ?

Yer... aku aku pun tak pernah jumpa sebelum ni, tapi aku dah pernah jumpa dah sekarang.   Aku tak mahu macam tu biar apa pun alasannya.

Sekarang ada masa juga bersama sebab memasing masih muda.  Cuba nanti bila memasing dah tua tak larat... kalau tidor asing, apa jadi ?  Tau tau mati sendiri, esok pagi baru sedar !

Itu belum lagi perasaan nih... kalau tidor asing, rasa macam orang gaji jer... kerja untuk memasak untuk suami.  Kan ?

Memang la ada alasan untuk tidor asing.  Anak yang tak mau tidor sendiri.  Bilik yang sorang rasa sejuk sangat dan sorang rasa panas sangat.  Sorang nak membaca, sorang nak tidor dalam gelap... bla bla bla banyak la alasan... tapi... buang alasan tu.  Kalau tak mau tidor dengan suami atau isteri... baik jadi bujang balik !!!

Kan ?

Oh ya... bila tidor di bilik yang sama.... jangan pulak suka peluk bantal golek dari pasangan kita !  Kalau nak peluk bantal golek... jadi bujang !!!

Aku rasa, tentu ada ramai lelaki yang kat luar sana memang selesa tidor sendiri... tak bersentuhan dengan orang...

Tapi aku tak tahu, ramai atau tidak perempuan/isteri yang macam aku... yang tak suka suami macam tu ?

Yang susah nak tidor kalau tidak dipeluk !

Hehehe.... mengada ngada !!!






Monday, April 22, 2013

Lelaki fikirkan satu perkara ?

"Langkah terbaik cubalah berlatih supaya anda kelihatan ceria di depan suami, jangan bercerita tentang masalah ketika dia sedang diam kerana orang lelaki ini cuma boleh fikir satu masalah sahaja dalam satu masa. Selamat mencuba." Demikian tip Aziz bagaimana menjaga hati suami anda supaya fikirannya tidak terganggu.

Kredit : http://www.blognana.my/2008/06/dcck.html


Aku dapat artikel ni kebetulan... saja malas nak fikirkan pasal kerja.  Merayau sekejap...

Aku nak tahu betul ker lelaki fikir satu benda satu masa ?  Dia tak boleh fikir/kerja macam kita perempuan nih... dalam satu masa boleh fikirkan hal nasi atas dapur, potong bawang, goreng ikan, sidai kain... juga fikirkan masalah rumahtangga atau pun masalah programming yang tak selesai ? Hahahaha...

Bukan apa, kekadang aku geram betul dengan hubby aku yang aku rasa macam slow jer buat keputusan dan juga slow jer bila kena buat dua tiga kerja... Kalau aku paksa dia buat, dia mesti ngamuk !

Agaknya semula jadi orang lelaki macam tu kot ?


My first kolegen

Ok... seperti yang diketahui, aku dah order dari Arena satu produk kolegen.  Si Amalia tanya aku bungkusan apa tu.  Aku cakap ubat mama.

Dia fikir itu 'pampers mama !', hahaha... aku rasa mereka kena tukar kotak tu... dah macam kotak pad agaknya.

Aku juga cakap ubat untuk mama... supaya jadi muda.  Amalia cakap, nanti bila dia jadi nenek dia boleh minum la yer ? Hehehe... aku iya kan jer !

Ok... pagi tadi first day aku minum.  Nak abiskan sepeket tu punya seksa.  Aku tetap rasa nak termuntah.  Rasanya tidaklah seperti asam boiiii...  Kalau asam boiii rasanya lebih masin.  Ini rasanyaaaaaa... arghhhh... adoooiiii... tidak berapa nak sedap dek tekak aku.  Dek kerana dah beli mahal, terpaksa aku telan juga dengan diselang seli air kosong !  Seksa betul nak abiskan segelas.  Sehingga waktu ini, tiada kesan apa apa lagi.  Muka aku tak gatal lagi.  Kita lihat lagi kesannya sampai malam karang.

Aku akan cuba minum sepeket tu untuk pagi separuh dan malam separuh.  Boleh ker gitu ARENA ?  Bukan apa, kalau minum sepeket terus segelas... mau muntah ijau la... tadi pun sakit perut tahan tak bagi keluar balik.

Apa apa hal pun... kita cuba la...

Sebenarnya rambut aku dah kurang gugur lepas tukar syampoo... so, kalau rambut kurang gugur, itu bukan kesan colegen tu.  Cuma aku fikir, kalau pori pori kat muka dah mengecil pun kira ok la.  Kulit aku aku (bahagian tangan terutamanya) boleh setle dengan letak losyen... so, tiada masalah kulit lebih halus ker apa ker... lagipun untuk jenis kulit aku, rasanya kurang nampak kedut lagi.  Malahan tangan aku (tapak) lebih halus dari tapak tangan anak kecil aku (jenis kulit!).  Tapak kaki aku pun jenis yang kira ok la... tidak merekah.  Mungkin jenis kulit keluarga aku ni satu anugerah buat kami.

Yer la... aku tengok ada orang jenis kulit tapak kaki dan tangan yang kasar... tak buat kerja pun kasar sebab jenis kulit yang banyak garis.  Ada orang, tangan pun ada yang kelihatan tua dari usia sebab jenis kulit yang berkedut dan kering (kurus).  Tapi aku ni jenis yang biasa saja.  Tidak la gebu... tapi... kira ok la.  Sedang sedang saja.

Perut aku senang diurus.  Pepagi mesti aku ke toilet.

So, apa target aku makan kolegen ni ?  Entah !  Orang makan, aku pun ikut nak makan !

Kita tengok jer la apa kesannya nanti.  Itu pun kalau aku boleh abiskan sekotak.

Oh ya... muka aku ada naik jerawat skit kebelakangan nih.  Parut jerawat tu lambat ilang... lama nanti ilang la... lambat jer.  So, kita tengok kalau makan kolegen ni, masalah aku ni boleh selesai dak ?

Bukan apa, aku bimbang aku ni hanya terikut ikut perkembangan jer... entah entah tak ada pekdah pun untuk aku... macam dulu aku makan satu produk kononnya untuk masalah dalaman.  Elok elok performance aku ok, makan produk tu, terus jadi kering !!! Hahahaha... Tah hapa hapa... nyakitkan aku jer !

Oh ya... aku bukan mengkondem produk apa apa... tapi mungkin produk tu tak sesuai dengan aku.  Dan kolegen ni pun aku bukan kondem... cuma aku bimbang aku terlalu tua untuk berubah jadi lebih muda dengan sepeket ! Hahahaha....





Sunday, April 21, 2013

Petang yang kuning...


Abis keter penuh dengan bunga bunga... jalan pun... cantik sangat... Aku ingat aku jer yang 'perak', rupanya aku tengok ada juga student yang teruja dok amik gambar bawah pokok nih.  Siap kawan kawan tabur bunga lagi... hehehehe.... 

Aku ler...


Aku sedang diet nih.  Petang ni makan buah jer.  Kalau sarapan, aku skit biasanya sarapan berat , tapi dek kerana nak diet, aku cari pinggan dan letak lauk serta sayur dulu penuh pinggan.  Lepas tu baru taruk nasik skit... kenyang juga. 

Aku tak gemok sangat... tapi badan tak berapa nak best, tak berapa bley pakai baju kemeja saiz M dah... hahaha... lagi satu tak bley nak pakai peplum tu... aku kena kuruskan sampai berat dalam 50kg kot baru bley pakai baju tu.

Tapi tak pasti kalau berat aku sampai 50kg nanti, muka tentu cengkung plak...
Posted by Picasa

Bunga berguguran lagi...


Seperti setiap tahun, bunga kuning ini tidak pernah jemu berguguran...

Memenuhi carpark...

Memenuhi kawasan jalan kaki... 

Melihat bunga dia berguguran, terasa berada di suatu kawasan asing... rasa sangat seronok... 
 

Juga memenuhi bumbung kereta... 

Aku suka dengan bunga kuning ini... cantik melihat ianya berguguran seperti salji... salji kuning....

Tentu bunga pokok 'sakura' tepi highway ke dari Alor Star ke Kuala Ketil tu pun berbunga cantik sekarang. 

Pagi tadi, baca email dari penyelia aku, offer aku pegi lawatan ke Indonesia.  Lawatan pelajar.  Huhuhu... entah entah, aku sorang jer pelajar yang tua. 

Perang dingin skit dengan hubby... rasanya Rabu ini aku nak pegi jengok mak la...

Mungkin aku akan lihat bunga 'sakura' lagi kat tepi jalan tu...


 
Posted by Picasa

Pic jadi ingatan...


Lama aku tak share pic... errr... ini gambar blur.  Apasal tak kamera samsung ni dah nak cokia dah...

Ini pembangunan sekitar rumah kami.  Sebelum macam ni, kawasan ni adalah paya.  Tempat orang memancing.  Kawasan ni jadi seperti tempat merumput bila tidak hujan.  Now rasanya akan jadi perumahan.  Nampaknya rumah kami akan jadi rumah ditengah tengah taman.... keliling semuaaaaa dah jadi taman perumahan.
 

Taman yang baru nak buat ni sedikit tinggi dari taman kos rendah kat bawah tu.  Taman kos rendah kat bawah tu selalu banjir bila hujan lebat skit.  Now, dengan paya yang telah ditambun tanah begini, aku tidak tahu bagaimana mereka nak solve masalah banjir yang kerap berlaku pada rumah kos rendah tu.  Harap harap mereka tidak perlu hadapi banjir lagi tahun ini. 

Kalau banjir... boleh kami melawat sambil meredah air... :)
Posted by Picasa

Thursday, April 18, 2013

Anakku Amalia...



Hari Isnin aku demam... Amalia meraung tak mau masuk kelas waktu abah dia hantar.  Padahal pagi tu aku dah cubit dia teruk teruk waktu nak pegi sekolah sebab dia tak mau ikut abah dia... nak suruh aku hantar juga.  Hari Selasa aku hantar... tak ada orang dalam kelas.  Lama aku menanti, last last ada cikgu matematik dia... aku serah pada cikgu lelaki tu utk pegang dan hantar dia di padang bersama dengan kawan kawan dia yang lain yang sedang bersenam pagi.  Itu pun menangis nangis tak mau pegi dengan cikgu tu dan nak ikut aku.  Aku tinggalkan juga.

Hari Rabu, semalam, aku hantar dia sampai kelas.  Bila cikgu masuk, aku tinggalkan dia di kelas.  Tak menangis.  Ada improvement.

Hari ini, aku hantar, pagi pagi sangat sebab abah dia tak hantar anak yang lain.  Aku masuk terus dalam sekolah dan tunggu kat kelas dia sampai loceng berbunyi.  Awal tu dia suruh tunggu sampai ramai kawan.  Bila dah ramai kawan, dia suruh tunggu sampai cikgu datang. 

"Kak Ya ni tak kesian kat mama... nanti bos mama marah.  Mama masuk lewat nih !"

Aku merungut rungut kat dia berkali kali.

Last last dia cakap... "Mama pegi la !"

Aku salam dan cium dia.  Errr... mata dia aku rasa macam nak merah dah.  Cengeng betul budak tu... macam aku... hahahaha...

Hari ni aku nangis tengok utiub lagu Chaha Hai Tujhko... sedih betul aku... huhuhu... agaknya itu ler si Amalia ikut perangai aku... sikit skit nak nangis.  Aku ni lately baca paper sedih skit dah bergenang air mata... dah sebak sebak.  Apa lagi kalau ingat citer sedih sedih... lagi la teruk...  Nampak jer macam garang... tapi dalam hati ada kolam... hahahaha...

------  --------------

Hindi Lyrics Translation

Chaha Hai Tujhko

Here is the song 'Chaha Hai Tujhko' from movie 'Mann'.


--MALE--
Chaaha hai tujhko, chaahoonga har dam
I have desired you, I will desire you at every

Marke bhi dil se yeh pyaar na hoga kam
Even upon death this love from my heart will not diminish

Teri yaad jo aati hai, mere aansu behte hain
When your memory comes, my tears flow

Apna to milan hoga, pal pal yeh kehte hai
Time after time they say that we will meet

Kya yeh zindagaani hai, bas teri kahaani hai
What is this life of, it is only your story

Bas teri kahaani hai yeh jo zindagaani hai
It is only your story that is this life of mine

Chaaha hai tujhko, chaahoonga har dam
I have desired you, I will desire you at every

Marke bhi dil se yeh pyaar na hoga kam
Even upon death this love from my heart will not diminish


Teri voh baatein, voh chaahat ki rasmein
Those words of yours, those actions of love

Jhoothe the vaadein, kya jhoothi thi kasmein
Were those promises and vows lies?

Jaane tamanna kya yeh sach hai, bas itna keh de
Dream lover, is this true, just tell me this much

Toot jaaye na lamha aitbaar ka
So that this moment of trust will not break

De koi sila mere intezaar ka
Give me some requital for my waiting


--FEMALE--
Chaaha hai tujhko, chaahoongi har dam
I have desired you, I will desire you at every

Marke bhi dil se yeh pyaar na hoga kam
Even upon death this love from my heart will not diminish


Teri hoon teri, jo chaahe kasam le le
I am yours, take whatever vows you want from me

Mujhko hamraahi tu apne gham de de
Give your sorrows to me, my companion

Saari umar hai mujhko dard judaai ka sehna
All my life I have to bear the pain of separation

Raaste mein khoyi hai manzilein meri
In the roads my destinations are lost

Mere saath jaayengi mushkilein meri
With me will come my troubles


--MALE--
Chaaha hai tujhko, chaahoonga har dam
I have desired you, I will desire you at every

Marke bhi dil se yeh pyaar na hoga kam
Even upon death this love from my heart will not diminish


--FEMALE--
Tu saamne hai mere, phir kyoon yeh doori hai
You are in front of me, then why is there this distance?

Tujhe kaise bataaoon main, haai kya majboori hai
How can I tell you what helplessness there is

Yeh bhi koi jeena hai, sirf aansu peena hai
Is this a way to live, there is only to drink tears

Sirf aansu peena hai, yeh bhi koi jeena hai
There is only to drink tears, is this a way to live
Posted by Picasa

Durian runtuh...



Korang nak tau... now aku dah tak berapa nak kaya.  Tapi masih ok la.  Tetap tersenyum gumbira bila errr...  ok ok... tak payah citer...

Aku nak citer... dua hari lepas, duit dalam bank aku tinggal 700 lebih kurang.  Lepas tu, duit dalam dompet aku tinggal berapa ringgit jer.  So, aku pun pegi la bank... wat keluar duit... Nak wat keluar seribu, duit tak cukup.   So, wat keluar le 300 jer.  Jadi la.  Untuk beli makanan jer.  Hahahaha... Dah jadi macam orang layak dapat zakat ker aku nih ?  Teruk la macam ni kalau nak sampai ujung bulan.  Sabun basuh dah abis, gula pun dah abis... anak anak pulak nak makan tiap hari... tiap hari kena beli makanan.  Adoiii la... Tapi tak per... aku tetap yakin... duit tu dapat bertahan sampai next gaji.

Petang marin... tetiba jer masuk msg dalam hp, inform ada duit dikreditkan ke bank aku... wah... banyak jugak.

Sampai sekarang aku tak tau dari mana duit tu datang !

 Terima kasih kepada Allah jer....  Ada orang tau tak sapa bank in duit tu pada aku ?

So, Arena, akak dah bayar duit 75 jer (dalam statement atas tu 77 sebab RM2 charge dia... mahal betul... kata intergiro nak kurangkan jadi sekupang jer... apa la !)

Harap harap, minggu depan dapat... dan minggu depan sekali lagi wajah akak jadi bercahaya berseri cam ngantin baru.... HAHAHAHA !!!

Nak kena amik gambar sebelum dan selepas dak nih ?
Posted by Picasa

Wednesday, April 17, 2013

Semut hitam atas batu yang hitam dimalam yang gelap


Lama tak memblog dengan picasa sebab dah pindah opis dan pc tak install picasa.  Baru marin install.  Tapi pic pun tak banyak.  Malas nak ambik gambar sebab anak dah besar... bila dah besar, kecomelannya kurang skit... hahaha...  Tak macam si FARHAN tu... asik muka dia jer keluar... kan?  Dengki betul... bila tah diri ni nak beranak kecik lagi ? Hahahaha...

Semalam citer pasal beranak kecik... memang aku nak ada anak kecik lagi.... tapi tak dapat.  Malas nak usaha dah la... kecualiiiiiiiiiii... ehem... kita tinggalkan part ini.

Malam tadi anak anak berbaring disebelah aku untuk tidor.  Seperti biasa, Najmi di sebelah.  Aku peluk dan cium serta gigit gigit pipi dia.   Suka betul aku gigit pipi anak kecik.  Betul betul sedap... kalau dah besar tak sedap... sebab kurang gebu.  Rasanya sebab tu ada orang makan baby kot ? Sedap la gamaknya kan ?

Sambil baring tu aku sembang sembang la...
"Dik Mie sayang mama tak ?"
"Sayanggggggg"
"Sayang tu macam mana?"
Sayang tu... cium... kat pipi... kat hidung..."
"Lagi ?"
"Hmmmm...."
"Kalau adik Mie sayang mama, adik Mie kena dengar cakap mama, tak degil"
"Degil tu apa?"
"Degil tu contohnya, kalau mama suruh angkat kain... adik mie angkat... tak cakap tak mau lah!"
"Ooooo..."
"Lagi satu, kena pegi sekolah rajin rajin... jangan malas pegi sekolah"
"Adik Mie rajin pegi sekolah !"
"Itu mama sayang laaaaa..."

Aku sembang begitu dengan Najmi, sedangkan si Amalia berada dibelakang kami.  Sengaja aku cakap begitu supaya dia dengar.  Dia senyap saja tak menyahut.

Lama kemudian aku lihat muka Amalia.  Tanpa reaksi.  Tapi aku seperti tahu apa isi hatinya.  Tentu dia rasa macam aku tak berapa sayang dia, kan ?

Jadi aku bagi satu tangan untuk dia peluk... dan satu tangan lagi untuk si Najmi peluk.  Dan aku tidor sambil tangan atas badan dua dua anak aku... sampai mereka tertido dan aku bangun semula untuk menanti suami yang balik lewat... hmmmm....


Citer pasal picture kat atas tu, 

Si Najmi yang nakal tu memang satu kaler dengan abah dia.  Mereka berdua tu asik tuduh menuduh kaler mereka lebih itam... hahaha... Untuk jadi bukti, Najmi mengambil gambar/video abah dia... yang berbaring di kerusi gelap... depan TV dalam cahaya samar... guna Note 10 yang tak ada flash apa kebenda tu...  lepas tu dia akan gelak mengikik ngikik dengan adik beradik dia... mengatakan.... GELAP TAK NAMPAK APA PUN !  Hahahaha...

Nakal betul budak tu !

Sib baik abah dia tak kecik hati...

p/s : Kiranya macam semut hitam atas batu yang hitam dimalam yang gelap... ekekeke... 

dan

Abah dia selalu balik kerja buat buat tercari si Najmi biarpun depan mata... kekononnya anak dia tu terlalu gelap sampai tak nampak ! Melampau betul mereka nih. 
Posted by Picasa

Tuesday, April 9, 2013

Anak anak lagi

Anak sedang membesar... memacam mereka bertanya, sampai kekadang aku malas nak jawab.

1.  Kami makan kat kedai.  Hubby tak ada kat umah, jadi aku belanja mereka makan kat luar jer. Dok sedap sedap hirup sup tulang, tetiba aku terbatuk dan tersedak.

"Mama, kenapa muka mama merah !", abang bertanya bila tengok muka aku merah padam.

Aku yang masih terbatuk batuk tu, jawab laju laju "Tersedak !!"

"Tersedak tu apa ?", abang bertanya lagi.  Yang lain menanti jawapan aku.

Aku yang masih terbatuk batuk sakit dada aku.  

"Tersedak tu... macam mama tadi la... !", aku jawab lepas reda dari batuk... adoiii la... itu pun tak tau...

2.  Kakak bercerita hal sekolahnya.  Ada kes rogol.
Abang tanya, ROGOL tu apa ?
Errr.... errr.... aku tak jawab pun.

3.  Itu belum lagi tanya aku, sekarang ni pukul berapa ? Sekarang ni dah malam ker ? Sekarang ni dah pagi ker ?  Sekarang ni dah petang ker ?

+ Hari ini hari apa mama ?
Amalia bertanya.
= Hari ni hari sabtu.
+ Abah kata nak balik Sabtu... kenapa abah tak balik lagi ?
Anak yang rindu kat abahnya asik tanya tanya aku.
= Abah balik malam.

Lepas tu baru la tanya dah malam ker belum.  Bila dah gelap, tanya lagi kenapa abah tak balik... Eeeee... macam macam la mereka nih...

Penat nak jawab....

Si Najmi selalu jadi bahan untuk abah dia perli aku.  Bila abah dia minta air, aku suruh anak anak buat bila aku baru saja abis buat kerja... penat betul.  Jadi, orang terakhir yang tak cakap 'Tak nak buat' adalah Najmi.  Najmi akan terpinga pinga kalau abah dia suruh buat air Teh.  Siap la tanya aku nak buat air teh tu macam mana.  Iskkkkkkk abah dia nih.... karang kena air panas anak tu... padan muka.



Errrrrr.......

Malam tadi Najmi demam.... panas badan dia...  Kakak dah jelum paler dia.  Tapi basah basah. adik tak suka.  Aku perah kain dan tanya dia kat mana yang dia suka letak.... tapi aku pastikan dulu aku lap mana mana tempat yang panas sangat.  Selepas tu aku akan letak atas kepala dia atau dimana mana tempat yang dia suka.  Jadi, semasa dia demam, rumah aku sedikit sunyi... hahahaha...

Pagi ini, abang pula jadi lembek lembek.  Masa kejutkan dia, aku dah rasa, badan dia sedikit suam.  Bila nak pegi sekolah pun dia asik tercongok sana tercongok sini.  Bila aku tanya, katanya sakit kepala.  Bila aku rasa badan dia.... SAH DEMAM.

Bagi ubat pada budak dua orang tu siap siap pagi sebelum keluar rumah.

Sampai opis, Amalia yang ikut aku pun dah suam suam badan dia.  Aku beri juga ubat yang aku sengaja bawa dalam henbek.

Lepas tu aku tinggalkan Amalia kat sekolah tadi dengan semangat dia, siap suruh aku balik... Kalau tak, meraung nak ikut aku balik.

Bila dia tanya, "Mama marah tak kalau tak pegi sekolah ?"

Mesti laaaaaaaaahhh... mama hantar sekolah supaya pandai... supaya boleh kerja... dapat duit... tolong mama !

Hehehe... rupanya dia seronok untuk tolong aku ditempat kerja.

Aku tambah lagi.... "Kalau dah besar macam mama... dah kerja... tak payah pegi sekolah lagi !!!"

Entah la... tetiba dia semangat plak nak masuk kelas tadi.  Tak perlu cikgu pegang dia... bagusnya anak mama hari nih...

Tapi, malam karang tak tau la... kalau 3 orang demam... aku tak tau la nak buat macam mana.  Harap harap mereka dah ok dengan makan ubat tu.




Saturday, April 6, 2013

Dah isi E Filing ?

Aku dah isiiiiiiiiii... Thanks to ZAR yang ingatkan. Kalau tak, harus dah lupa.

Errr... ari ni mai opis.  Panas giler ekon pasang sampai paling sejuk, tapi tak sejuk pun.  Berpeluh nih lepas centrelize ekon dah padam.  Cis...

Kena balik juga la sat lagi. Pening paler buat kerja.

Nak citer skit.  Hal anak anak.

1.  Keter kancil aku tu dah pecah cermin sebab anak main batu, jatuh atas cermin.  Aduiii anak anak...

2. Printer yang aku baru beli guna duit BR1M tu dah lingkup.  Putus kabel kata orang kedai... sebab dia jumpa pen dalam tu... adoiii la anak anak...

3. Amalia plak, minggu lepas dah pegi sekolah.  Cikgu Su @ PK HEM yang comel lote dan senyumnya sungguh menawan itu telah berusaha untuk menyelesaikan masalah dengan personaly handle anak aku.  Siap hantar pepagi ke bilik dia biar Amalia dipujuk oleh cikgu.  Budak Amalia tu agaknya mudah, kalau mama/family dia tak ada, dengar jer cakap orang.

Kakak dia sampai menangis nangis call aku ari tu sebab malu adik dia dok menangis depan kelas dia.  Aku ni nak marah tu nak marah, tapi nak tergelak pun yer jugak.  Sorang sorang perangai anak anak lain.  Si Abang plak jenis buat tak tau jer.

Citer lain...

Ari tu aku gaduh skit dengan hubby... errr.... skit jer...

Lepas tu, aku ingat nak majuk lama skit... tapi last last ada problem yang melibatkan kami berdua... terus bersepakat jadi baik semula.

Gitulah drama dalam hidup aku... cam drama dalam TV yang selalu dok tengok sampai aku naik boring.  Asal somi isteri gaduh jer... jadi baik semula bila ada masalah berkaitan yang perlu diselesaikan oleh mereka berdua... klise kan ????

Hidup aku pun gitu ler....

Hidup aku dalam peringkat down skit... tapi tak apa... nanti aku cuba untuk bangkit semula.  Memang leceh skit dalam keadaan macam ni.  Rasa macam nak angkut semua anak anak balik kampung... tapi itu ler... hidup kita kan kena ada problem...

Tensen... malas nak citer kat blog.  Biarlah... lelama skit nanti ok la tu...  Kena buat loan agaknya untuk selesaikan semua masalah nih.... isk....

p/s : Jangan fikir aku ada masalah dengan along !!!!