Search This Blog

Loading...

Tuesday, January 29, 2013

Songkla aku nak pegi...

Aku baca blog cikgu ni, http://suaraict.blogspot.com/2012/12/percutian-budget.html , buat aku teringin nak bawa anak pegi sana...


Sedang merancang ni, tapi tak tau bila la dapat pegi.  Mungkin tak semua tempat sesuai...



Berikut adalah beberapa tempat diantara tempat-tempat tarikan pelancong Songkhla.




Kawasan perlindungan burung Thale Noi terletak dalam tasik Songkhla. Ini adalah kawasan perlindungan burung terbesar di Thailand, dengan 200 spesis burung.
Pertanding melaga lembu diadakan beberapa kali setiap bulan, mengikut jadual tertentu, di beberapa tempat di Songkhla.
Zoo Songkhla ialah zoo yang terbesar di Selatan Thailand, dengan 150 spesis binatang.
Muzeum Songkhla menempatkan koleksi menarik termasuk barang primitif prasejarah dan arkeologi dari zaman kerajaan Srivijaya (abad ke-7 hingga abad ke-9).
Akuarium Songkhla yang luas ini mengandungi berbagai jenis ikan air tawar dan ikan laut, dan menggambarkan jenis-jenis ikan yang terdapat diperairan Songkhla. Bayaran masuk ialah 50 Baht - 200 Baht sehari.
Tasik Songkhla ialah tasik air tawar semulajadi yang terbesar di Thailand. Ada kawasan perlindungan burung seluas 91,166 ekar di sini, dengan lebih dari 200 jenis burung.
Jambatan Thinsulanond, Songkhla, ialah jabatan konkrit terpanjang di Thailand (2.6km). Ia melalui pulau Ko Yo yang terkenal dengan kain tenunan tangan.
Ko Yo ialah sebuah pulau dalam Tasik Songkhla. Pulau ini terkenal dengan penghasilan kain tenunan tangan. Perjalanan ke pulau ini ialah melalui Jambatan Songkhla.
Air terjun Ton Nga Chang turun dari bukit, menempuhi 7 air terjun semuanya. Air terjun ini terletak 26km di Barat Hat Yai.
Pasar terapung Songkhla ialah kawasan dimana sampan digunakan sebagai tempat menjual kepada pelanggan ditebing sungai. Kebanyakan peniaga disini beragama Islam. Makanan laut, kuih-muih, minuman dan sebagainya banyak terdapat di sini.


Kredit kepada TUAN DIA
(malas nak tulis nama url... huhuhu... kalau korang klik, korang tau kenapa !  Nanti macam iklan plak...)

SAPA NAK JOIN, JOM...

2 comments:

  1. banyak jugak tpt menarik kat songkla tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ler... tapi mungkin kena cari pemandu pelancung... kalau tak, mau sesat barat atau ada masalah dengan polis mereka (saja jer nak cari masalah mereka tu !)

      Delete