Search This Blog

Loading...

Tuesday, January 15, 2013

Fahami anak kecik !


Dah dua tiga hari aku teman Amalia makan.  Ini berikutan rasa bersalah aku pukul dia sedangkan dia tak tipu aku.

Tadi dia cakap nak naik Van ustazah.  Aku mulanya nak suruh dia naik sampai ujung bulan ni sebab tambang dah bayar pada van yang satu lagi(80 ringgit kau tahun nih untuk dua orang, aduiii).  Tapi dia nak naik juga dengan ustazah.  Nampaknya kena la burn duit tu dan kena la bayar pada ustazah (cikgu tadika) pulak RM40 sebab separuh bulan.  Tak pepasal plak.

Tadi dia cakap dia seronok dok kat Tadika.  Aku suruh dia dok tadika supaya dia pandai mengaji dan pandai solat.  Aku cakap, kalau dia dah pandai solat dan mengaji, tak payah pegi lagi Tadika / Kafacare tu, macam Kakak.

Dia cakap, dia tak mau dah balik umah lepas balik sekolah.  Nanti mama marah.  (Aduh... sedih aku waktu ni)

"Kak ya tau dak kenapa mama tak bagi kak ya balik umah lepas sekolah"

"Tau... sebab abah dan mama tak ada kat umah !"

"Tau tak kenapa mama marah dan pukul Kak Ya ?"

Dia diam...

"Mama tak mau nanti kak ya lapar atau orang colek anak mama !"
"Tengok tak dalam TV, kan ada cakap, biar anak menangis, jangan mama menangis !"

"Kenapa menangis ?"

"Sebab mama sayang kak ya.  Mama tak mau orang colek anak mama  !"

Dia diam saja.... aku tak pasti dia faham atau tidak.  Apa apa hal pun, aku rasa sedikit lega.  Aku cuba penuhi permintaan dia dan cuba memahami dia.

Semalam bekas pencil dia hilang.  Entah dia letak merata, atau memang ada budak curi.  Tak pasti aku.  Dia dah sebik sebik nak menangis.  Mungkin takut aku marah.  Tapi aku tak marah pun, ambil saja bekas pencil yang banyak dan lama lama tu dan isi semula dengan pensil serta barang lain yang mereka sepahkan selama ni.

Bekas pencil dan barang dalam tu baru saja beli sebelum masuk sekolah... dah abis ilang.  Kena memahami, dia budak budak... so, jangan marah dia.... biarlah dia besar bersama dengan masa.

Sementara dia nak membesar... hayati dulu masa masa sekarang ni yang tak mungkin berulang dalam hidup aku.

Memang sukar sikit nak mendidik... tapi, itukan pengalaman ???




2 comments:

  1. saya senyum..
    skrg saya cuba utk x marah si abam bila mengaji
    mmg sikit kurang sabar..satu surah pendek smpi sminggu baru lancar.huhu.saya tanam dalam diri 'dia bdk lagi.kena ajar baru la pandai.kalau dah pandai xpayahlah susah2 ajar'

    bab hilang barang..tahun lepas asik hilang je.darjah 1..skrg dah kurang sikit.dah besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal mengajar anak nih, memang tensen gak. Tapi, akak selalu suruh kakak ngajar adik. Kalau kakak tanya, baru akak jawab. Kalau tak tau, suruh tanya abah mereka. Kalau abah mereka banyak komen, suruh dia ajar sendiri... hahaha...

      Ada mak yang anak mereka berjaya, siap pegi tuisen sendiri utk ajar anak... huhuhu... besar sangat pengorbanan mereka. KITA ?Aduiii... anak tanya skit, buleh suruh diam, sebab kita nak tengok TV... tak patut... tak patut...

      Delete