Search This Blog

Loading...

Monday, June 4, 2012

Perlukah kita masuk campur ?

 
Sebenarnya aku dalam dilema.  Bagaimana nak menegur seorang 'adik' yang aku tahu ada buat salah.  Yer la... aku sendiri pun bukan sempurna.  Aku sendiri pun banyak buat silap.  Dia seorang yang kecik molek.  Dia berjaya sembunyikan dari aku keadaan dirinya. 

Beberapa kali aku hairan lihat bentuk tubuh dia.  Dia sepatutnya kecik molek, tetiba jadi gemok... dan gemoknya lain macam.  Aku sedar keadaan tu, cuma aku tidak pernah fikirkan... sebab dia sangat nice... dan sangat lembut...

Ada beberapa pilihan yang aku ada...

Aku telah bertanya pada dia... adakah dia ingin bercerita.  Dia tanya semula pada aku, apa yang aku tahu.  Aku hanya beritahu, aku tahu doktor pakar yang dia jumpa tu doktor apa... doktor tu bukan doktor demam campak !  Tapi, aku tak beritahu dia apa yang aku tahu.

Kemudian dia terdiam.  Sebenarnya, aku pun tak ingin masuk campur dalam masalah orang.  Masalah aku sendiri pun susah nak selesai... huhuhu...

So, aku cakap kat dia... biar apa masalah dia, jangan bagi terkesan pada kerja.  Dan aku cakap kat dia, kalau ada problem nak minta pandangan aku, boleh datang jumpa aku.

Aku boleh saja buat diam, dengan anggapan, dia boleh buat keputusan sendiri.

Atau...

Aku boleh bagi nasihat... supaya, kalau dia belum buat keputusan, dia perlu buat keputusan.

Atau...

Aku anggap saja, dia sedang nak buat keputusan ke arah kebaikan... demi dia, masa depan dia dan bla bla bla... dan juga agama. 


Perkara ini memang la tak terpencil... sebab dah macam nak jadi normal dah dalam masyarakat kita, tapi usahlah kita jadikan sebagai alasan.  Dia mungkin boleh bercerita pada aku.  Tapi, since aku dah tahu, apa sebenarnya tanggung jawab aku sebagai 'kakak' atau sebagai orang Islam ?

Ah... bercakap... macam bagus ? Kan ?

Aku harap, ada sinar bahagia untuk dia.  Ada penyelesaian yang indah untuk dia... dan semoga dia bahagia.






6 comments:

  1. Bolehlah tanya elok-elok,mana tahu, dia pun tengah tercari-cari tempat mengadu.

    ReplyDelete
  2. setuju ngan leney
    kalau saya kat tpt akak pun..saya buntu apa perlu saya buat.bukan kes demam campak ..kes besar.harap2 dia jumpa jalan penyelesaiannya

    ReplyDelete
  3. Rasanya akak mungkin buat diam saja. Rasanya, dah cukup apa yang dia alami dan rasanya dia dah ramai orang yang bantu. Cuma bantuan tu samada betul atau tidak, entah la...

    Mungkin akak nak buat macam hal tu dia tak bersalah... samada 'tersilap' atau dia tak 'rela'... sebab, dia budak yang baik... yang sembahyang dan selalu posa...

    Hmmm... maleh nak fikir la... buleh dak ?

    ReplyDelete
  4. saya rasa, lebih baik tanya...

    ReplyDelete
  5. saya rasa, lebih baik tanya...

    ReplyDelete
  6. Akak tak rasa nak masuk campur buat masa sekarang, selagi tidak jelas apa masalah dia... Kalau sampai mengganggu kerja, mungkin akak akan sound juga la... sesambil cari cara nak solve...

    Akak akan think positif... mungkin dia dah kawin !

    ReplyDelete