Search This Blog

Loading...

Thursday, June 28, 2012

Bila tak pandai bela diri... 4

Sampai kat umah sewa, hubby turun dari keter bagi salam.  Aku dok jer dalam keter.  Lepas seketika, Mia pun keluar.... (Adushhh... lembut kan nama Mia ???)

Lepas tu hubby pun cakap apa tah... aku lupa dah... panjang lebar la mereka bercakap... aku ada la turun dan nyampuk nak menerang kat dia... so, aku tulis dalam point la... sebab aku tak ingat semua...

1.  Pasal dia kata kupang kupang tu, rupanya dia cakap dia tak mau pun jual astro tu kat aku... jadi kenapa pula aku cakap aku tak mau. Kiranya macam aku anggap mereka kupang kupang la... agaknya.  Kan masa aku cakap dengan dia, dia terus marah dan letak telefon ? Aku ni cuba la menerangkan semula pada dia apa sebenarnya aku nak cakap.  Pasal aku fikir kot dia nak letgo ariel tv kalau ada... tapi kalau dah dia ada astro aku tak mau la... lepas tu buleh dia marah marah aku kata aku bukan kata gitu bla bla ... dia kata aku marah marah dia... siap pula dia cakap kat hubby aku beria-ia menerangkan yang aku ni bla bla bla... kira buruk la perangai aku.  Aku geleng kepala jer....  Aku tengok hubby.  Hubby masih tak bela aku.

2.  Dia cakap la... pasal leaking tu... dia kata rumah kami teruk.  Dia fikir, dah bayar mahal, rumah ok, rupanya bermasalah.  Dia masuk sebulan, leaking bla bla bla.  Lepas tu dia kata, kami tak ambil tindakan lepas suami dia beritahu hubby aku.  Hubby aku cakap la... memang suami dia iaitu nama Anuar tu ada beritahu dia... kebetulan jumpa kat mana tah, tapi hubby aku cakap dia maklumkan dah suruh cuba perbaik sendiri sebab itu mungkin masalah tangki overflow... Kalau tak boleh, nanti call semula.  Si Mia pun cakap la Anuar tak larat nak buat.  So, hubby tanya, kenapa Anuar tak call ? Jadi, bila esoknya Mia call.  Kami baru tahu, mana boleh kami nak bertindak segera.  Lagipun masa dia masuk, rumah tu ok.  Jadi, bila dia masuk dia mengamuk kata rumah tak ok.  Mana la kami tahu kalau tak report.  Waktu ni hubby aku dah bengang dah sebab dia macam tak percaya yang Anuar tu baru jer beritahu kami pasal leaking tu.

3.  Pasal datang berbincang hal nak deposit ker apa tu, aku tanya dia, kenapa tak datang bincang ? Dia kata dia sibuk dengan exam la... itu la ini la.  (Eeee... geram jer aku nak cakap, macam la dia sorang sibuk... abis aku ni apa yang nak melompat terus pegi rumah dia bila dia kata air leaking ker apa ? Tapi aku tak ada la cakap kat dia... aku cakap dalam hati jer !)

4. Lepas tu dia pun cakap la AKA menuduh nuduh aku itu ini pasal hal aku cakap kasar kat dia dan mesej mesej tu.  Dia cakap, kenapa aku kerap telefon dia ? Dia kata, kalau dia la... dia tak call kerap dengan orang yang dia tak berapa kenal ?  (Amboiiiiiiiiiiiii.... Ingat aku ni nak call dia kalau aku tak ada urusan ??? Dah la call berkali kali tak angkat... itu pun hang nak kepoh ???? Hmmm... ini pun aku cakap dalam hati jer... pun sekarang jer aku terfikir nak cakap !)  Dia kata dia sibuk, tapi dia angkat jugak. Aku kata, sebab tu aku minta no Anuar, nak bercakap senang... dah kata dia sibuk. Senang la aku nak berurusan.  Jadi, bila dia berurusan tu, dia kata dia nak marah sebab aku nada aku yang ... entah la apa masalah tah...

Lepas tu sekali lagi dan berkali kali dia cuba meyakinkan hubby aku yang aku memang bercakap kasar dengan dia... memang aku yang mula dulu.  Macam aku buruk benar... macam perempuan apatah yang sebenarnya hubby aku tak kenal.  Aku lihat hubby aku.  Sebenarnya, aku sebak giler masa nih. Aku menjauhkan diri dari mereka sambil geleng kepala. Stress sangat.  Lepas tu, hubby aku cakap, sebenarnya dia ada bersama waktu tu.  Dia tahu apa yang terjadi.  Dia kata aku bukan macam tu.

Mia terkejut.  Kira terkejut beruk la.  Dia kata, aku cakap aku ada kat Perak.  Memang aku ada kat Perak... tapi dengan hubby aku.  Hmmm.... Dia cakap aku ada mesej teruk teruk pada dia.  Aku cakap pada dia, aku dah bagi hubby aku baca mesej mesej tu.  Memang hubby aku ada sekali dengan aku.  Dia macam mati akal skit.

5. Lepas tu, dia cakap pasal si Anuar, suami dia tak boleh berurusan dengan aku sebab Anuar tu panas baran bla bla bla...  Hubby aku pun cakap la, kenapa tak berurusan dengan dia ?  Kenapa tak call hubby aku kalau ada masalah ? Dia cakap, Anuar tu panas baran, jadi lebih baik dia yang berurusan.  Masa ni hubby aku dah marah giler.... Sebab dia fikir hanya panas baran Anuar, tanpa fikirkan hubby aku punya panas baran...  Entah apa tah... tetiba jer si Mia pun jegil jegil jugak nak melawan hubby aku.  Amboiii... giler budak nih.... dah nyewa rumah orang, perangai macam hapa tah... giler betul...

Waktu ni aku dah masuk dalam kereta.  Aku rasa aku dah tak kuasa nak melayan lagi.  Aku rasa aku tak pernah jumpa perempuan yang macam nih.  Aku tak tau macam mana nak buat dah !!!

Sambung lagi...

9 comments:

  1. eh biar betul budak Mia ni?
    mmg mcm pelik.sib baik hubby akak ada dekat akak masa bercakap tu kalau tidak hubby akak mesti serba salah nak dengar citer sapa.

    kak..banyak sgt ke deposit dia tu?bagi jelah..buang masa layan org macam tu.saya bukan apa,sy tak pandai bergaduh dgn org dn saya paling takut kalau org dendam ngan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa, kami memang nak bagi pun deposit dia... yang kami tak faham kenapa dia nak marah marah dan tuduh macam macam pada akak. Kenapa dia nak fitnah itu ini. Nak keluar, tak puas hati... fine... keluar. Nak deposit... ok... kalau dah keluarkan barang, kita boleh bagi la... bukan apa, deposit bukan boleh bagi sebelum pindah. Mereka pindah dulu boleh bagi... sebab kita nak check apa apa barang dalam rumah itu ini la...

      Tapi itu bukan isu... dia tak puas hati pasal akak tak pegi tengok umah sewa tu bila dia report bla bla bla... baca la kalau nak jelas lagi...

      Akak pun tak reti sangat bergaduh dengan orang... tak tidor malam... tak makan... sampai gastrik akak yang tak pernah gastrik nih...

      Delete
    2. saya tahu akak boleh je kasi deposit tu cuma skrg akak tak puas hati sbb dia fitnah akak..jgn salah faham ye kak :).

      Delete
    3. Iyo laaaaaaahhh... baca la entry sambungan hari ini... ekekeke...

      Delete
  2. Izan, tak payah penin kepala. Notiskan aje dua minggu dan pulangkan aje deposit dia. Jangan biar berlarutan.. Budak ni sure ada problem dgn suami dia sebab tu dia agak mental..

    So bertabahlah ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut hati hubby memang nak jer suruh mereka pindah dan dan malam tu jugak, tapi... tak sampai hati kami ni bila dia cakap dia kena kemas barang itu ini... jadi nak keluar ujung bulan ni la.. bla bla bla... Tah hapa hapa... masa si Anuar marah marah akak, cakap nak keluar malam tu jugak jugak... lepas tu buleh plak cakap nak keluar ujung bulan... mcam tak ada maruah jer cakap putar putar gitu... tapi biar la mereka !

      Delete
    2. Silap... akak plak... ekekeke...

      Delete
    3. saya setuju ngan kata kak zar
      dia ada mslh ngan laki dia sebenarnya.
      tapi tak patut dia salahkan org lain
      patutnya setel hal laki bini dulu

      Delete
    4. Entah la... akak ni mulanya nak memahami... siap bila mia marah marah akak tu, akak tanya 'kenapa ni sayang ?' lagi kat dia, kot la dia cool... yer la... kot dia bergaduh laki bini... tetiba marah kat kita, apapasal ? Tapi bila dia teruskan jugak marah marah tak tentu hujung pangkal, baik la akak tidak lagi berlembut !

      Delete