Search This Blog

Friday, June 29, 2012

Fitnah 1

Rentetan dari apa yang berlaku baru baru ini, dan bila hubby aku pun dah kena bahana difitnah orang, baru aku boleh jelaskan pada dia kedudukan aku duluuuuuuuu duluuuuuuuu.

Dia banyak kali cakap dia kenal siapa aku.  Dia tahu bagaimana aku bercakap dengan orang.  Dia tahu bagaimana aku ini.  Aku yakin sangat, penerimaan dia ini berdasarkan dari pengalaman lama dia semasa kami masih bujang dan belum berkahwin.

Fitnah 1...

Semasa aku baru masuk kerja, aku fresh graduate... dapat sewa bersama dengan teman teman sepejabat.  Seronok la.  Jadi, aku pun beli la katil itu ini.  Rumah sewa tu pulak menetapkan untuk kongsi dapur.  Bila kongsi dapur... adalah kutipan duit dapur.  Dan duit kutipan itu akan dibuat pusingan siapa yang kena pegang.  Ada juga peraturan memasak.  Setiap orang kena memasak.

Bayangkan... aku fresh graduate... tak reti masak... nak pulak masak untuk orang.  Adoiii... aku jenis tak pandai mencuba... dan takut.  Takut orang tak suka dengan masakan aku.  Aku rasa tentu mereka kata aku ni pemalas !  Tak apa la... itu andaian aku jer...

Dan pada satu masa, pusingan pegang duit tu terkena pada aku.  Sebelum aku pegang, si Norli yang pegang.  Dia telah menggunakan sehingga terlebih budget bulan tu dan dia ambil duit pada bulan yang aku pegang.  Aku pun guna lah secara berhemah kononnya.  Sampai nak hujung bulan, duit dah habis.  Aku pulak, dengan gaji 600 masa tu, mana la ada duit nak ganti... bla bla bla...

Ada satu kakak tu... tudung labuh marah marah pada aku.  Katanya aku kena ganti duit tu... bla bla bla aku tak ingat sangat apa yang berlaku... kiranya aku bergaduh dengan kakak tu... dan aku tak bertegur sapa dengan dia.... dan dia pun tak ada la nak bertegur sapa dengan aku.

Kakak tu sebenarnya kelihatannnn... kelihatan sangattttttttttt nice.  Tapi aku tak tahu, kenapa tah, dia sangat sangat isk... tak bertimbang rasa masa dia marahkan aku waktu suruh aku ganti duit dapur tu. Aku sampai nangis nangis sedih malam tu. Dan selepas selepas tu, sampai sudah aku memang tak baik dengan dia... termasuk si Norli ...  dan akhirnya aku keluar dari rumah tu dan sewa kat rumah lain hanya dengan adik aku yang namanya aku panggil Achik tu.

Itu siri pertama fitnah pada aku... yang aku rasa mesti sampai pada suami aku... selepas dia masuk kerja kat tempat aku dan kebetulan dia bekerja di bahagian Akaun, di mana, bahagian akaun adalah bahagian semuaaaa teman rumah lama aku tu.  Bagaimana aku nak menerangkan pada hubby aku ? Kalau aku terangkan, adakah dia akan percaya pada aku ? Kenapa nak percaya pada aku sebab kakak tudung labuh tu sangat sangat nice... cakap slow giler... ala ala perempuan alim giler...  Dan adakah dia akan percaya pada aku kalau yang bercerita hal buruk tu ramai ? Sedangkan yang nak membela diri aku dan tahu siapa diri aku hanya aku sorang diri sahaja ?

Noooo... tiada siapa dapat tolong aku.

Dan yang faham kedudukan aku hanya seorang... Ada seorang budak lelaki lain yang kena smash juga dengan kakak tu... kira budak lelaki tu (budak konon... tapi sebenarnya dah tua pun sekarang !)   balas balik camna tah sampai la kakak tu nangis agaknya, aku pun tak ingat sangat apa yang berlaku.  Dan hanya budak lelaki tu jer faham apa perasaan aku... dan dia yang share dengan aku bagaimana bila kena sedas cakap pedih oleh kakak tudung labuh yang kelihatan sangat nice tu...

Sungguh... orang tak akan percaya pada aku... Orang akan percaya kakak yang tudung labuh yang kelihatan nice tu berbanding dengan aku yang kelihatan seperti pemberontak... kelihatan suka nak marah (muka nak orang tensen!)... tapi tak reti nak bercakap nak pertahankan diri nih....

Tapi hubby aku terima juga aku... entah la kenapa... tapi... aku rasa dia malu agaknya terima aku sebab tu dia tak declare sampai la kami bertunang... lepas bertunang dia terus tukar ke cawangan... Betul ker sebab tu ? Entah la....

Dia kata dia malu bila orang cakap isteri itu ini kat dia...

Sungguh... apa pun orang kata kat aku, aku tak dapat bela diri aku.  Dan aku hanya harap dia faham aku dan bela diri aku... sebab dia yang mendengar.  Aku tak boleh nak bercerita pada orang sebab mereka hanya bercakap di belakang sahaja !

Salah satunya, dia kata... orang dan kawan kawan dia kata aku sombong tak tegur mereka bila berjumpa.  Dia kata dia malu...

Memang betul... mungkin mereka nampak aku.  Tapi aku nih ??? Mereka tanya dak, adakah aku nampak mereka ? Mungkin aku tengok muka mereka... adakah aku cam wajah mereka ? Aku ni rabun... bila rabun, tak pakai spek, wajah orang akan jadi blur... tak nampak mata idung mulut dengan jelas... lepas tu aku memang tak kenal orang la. Kalau lalu depan aku tegur aku, baru la aku balas balik.

Kalau tak, mungkin aku tak senyum pun.

Pasal bawak kereta, dia sendiri tahu, banyak kali dia bawa kereta sebelah aku jer... siap hon pun kekadang aku tak dengar dan tak tau pun sapa dia.  Haaa... dah tahu dia sendiri pun aku tak nampak, apa lagi orang lain.  Dia memang la asik la marah aku sebab aku tak kenal dia... tapi aku nak buat macam mana ? Aku bukan jenis orang melilau mata sana sini tengok kereta orang.  Tapi, tak kan itu pun jadi isu ?

Dia pun cakap la...dia dah terangkan la pada kawan dia pasal aku tak nampak orang tu... Ok... selesai satu masalah... tapi dia asik cakap pasal altitute aku yang ada tak betul itu ini... yang aku pun tak faham apa bendanya...

Hmmm... banyak kena jelaskan pada dia nih...

Nanti esok citer fitnah/kes cerita belakang kedua pulak...

Atau elok dak aku citerkan hal fitnah sebelum aku kerja... semasa aku praktikum kat sebuah kilang... fitnah yang sampaikan ada yang nak bunuh bunuh aku... hmmmm.... sebab cerita fitnah tu best skit, sebab ending dia ada pembalasan yang tragis yang aku sangat suka... hehehe... esok esok la aku cerita....







Bila tak pandai bela diri... 5

Bila aku dok dalam kereta tu, aku dengar la hubby aku cakap AKA marah marah, apasal cakap kasar dengan isteri dia.  Kenapa Liza pun cakap kasar dengan aku ? Kenapa tak berurusan dengan dia ? Kenapa marah aku ?

Aku dengar dalam kereta.  Betapa sebaknya dada aku.  Rasa nak nangis bila hubby aku bela aku gitu.

Hubby aku cakap dengan tegas, dia nak mereka keluar pada 30hb nih.  Aku lihat muka Mia berubah.  Hubby aku nak rumah kami dikosongkan pada 30hb nih.  Si Mia pun cakap la dia jaga umah tu bla bla bla...

Dia cakap la pengalaman dia dengan rumah sewa lama dia, katanya tuan tu datang terus biarpun rumah dia jauh selepas dia komen pasal kerosakan rumah.  Hubby pun suruh dia cari tuan rumah lain yang lebih baik dari kami.  Kami tak ada masalah.  Carilah rumah lain.  Dia minta deposit.  Hubby aku cakap, deposit boleh diberi selepas mereka keluarkan barang dan selepas kami melihat keadaan rumah.

Dia macam bengang sebab katanya, kerosakan dinding pasal paip air tu bukan silap dia.  (EEE... rasa aku macam tak betul jer dia nih... tak kan kami nak amik kira pasal benda tu... kami tau la.  Kami cuma nak tengok aircond, dapur, hood bla bla ... barang barang asal rumah tu... kot nanti mereka rosakkan ker apa ker... apa la... lecturer... tapi sedikit tak berapa nak cerdik !).  Hubby cakap la, kami nak tengok keadaan yang lain rumah tu... hal dinding paip bocor tu dikecualikan la...

Kemudian aku lihat hubby aku slow down, dan cakap pelan pelan dengan Mia.  Aku tak tahu apa yang mereka bualkan.

Lepas tu hubby masuk dalam kereta.  Aku yang menanti dalam kereta cakap "Boleh pun abang uruskan...".  Bukan apa, selama ini aku yang selalu kedepan.  Aku yang selalu dipersalahkan.  Aku yang selalu kena maki hamun orang.  Aku yang orang kata jahat bla bla bla...

Sampai rumah, aku cium pipi hubby aku, aku cakap terima kasih kerana bela aku !

Huhuhu... sedih tauuuuuuuuuu....

Lepas tu, anak Mah datang rumah kami dan sembang bergosip dengan Kakak.  Kakak datang pada aku tanyakan kenapa Pak su @ Anuar tu marah marah pegang parang cakap itu ini pasal kami ?  Aku cakap, nanti aku ceritakan pada Kakak.  Kakak kelihatan nak tahu sangat sangat gosip ni sebab budak budak tu pun semua bergosip gosip.

Bila tidak berdepan dengan anak Mah, aku ceritakan pada Kakak... yang Mak Cik Mah telah bercerita sesuatu yang tak betul menyebabkan orang yang sewa tu marah marah pada kami.  Lepas tu dia kata Mak Cik Mah jahat la ? Aku tak boleh kata begitu.  Aku cakap semua orang tak  jahat.  Mak Cik Mah tak jahat, orang sewa tu tak jahat, mama dan abah pun tak jahat.  Ada masalah sedikit jer...

Hmmm... aku bukan penerang yang baik.  Entah dia faham atau tidak, tak tau la.

Aku cakap pada hubby... "Tengok tu... betul Anuar marah marah pada aku !".  Aku cakap, kalau dia rasa dia boleh berurusan dengan  Liza, dia boleh call Liza, cakap sendiri.  Hubby aku cakap, kalau Liza yang tak tahu hujung pangkal pun boleh marah marah aku, tak guna nak bercakap dengan orang macam tu. Dia sepatutnya tak marah marah aku, tanya aku baik baik.  Liza tu kenal aku... pernah jadi jiran aku... yang biasa bercakap dengan aku pun boleh termakan hasutan orang... Boleh pulak percaya aku sombong itu ini... hanya dengar dari orang... sedangkan dia kenal aku dan aku tak pernah cakap sombong atau tinggi diri dengan dia.

Sebelum ini aku terfikir yang suami aku ada sedikit tak percaya orang buat tak baik pada aku.  Aku rasa suami aku anggap aku yang mulakan... aku yang jahat !  Sungguh... aku sangat sedih bila dia macam tak percaya pada aku biarpun dah lebih 15 tahun kami bersama... dan aku isteri dia.

Bila dia terpaksa berdepan dengan orang seperti Mia,  agaknya baru dia tahu betapa sukarnya aku nak bercakap dengan budak tu.  Mia sentiasa nak menang !

Aku tanyakan apa yang mereka berdua cakap pelan pelan tu.  Hubby cakap suruh mereka uruskan apa apa dengan dia lepas nih.  Usah uruskan dengan aku lagi. Amboiii... tak per... kita lihat nanti...


(Sebenarnya, aku ada dengar sipi sipi... tapi aku tak pasti betul atau tidak... hubby aku seperti cakap... ala biasala perempuan bla bla bla... kiranya nak menangkan juga si Mia tu ! Sebab tu Mia macam puas hati jer... Entah la betul atau tidak perasaan aku tu... tapi aku akan cuba padam perasaan nih )


Hubby aku cakap lagi... dia slow down masa tu sebab dia lihat jiran dah mula keluar rumah nak tengok apa yang terjadi.  Hmmmm... Dia malu jugak kalau orang ingat kami yang serang Mia.  Aku tak nampak sangat apa kat luar, aku dalam kereta dok tunduk tengok depan jer... 

Lepas tu hubby pun risau... risau jika masa nak beri deposit nanti si budak dua orang ni silap anggap yang deposit adalan semua bayaran yang dibuat pada awal mereka masuk... iaitu 1100... bukan 650.  Deposit sebenar adalah hanya 650... dan 450 adalah sewa bulan tu.  Aku tunjukkan bukti resit dan juga kertas perjanjian.  Aku jelaskan pada hubby apa dia deposit (deposit adalah sebulan sewa + 200 duit air dan api).  Tapi hubby mula risau sebab dari gaya Mia dan Anuar... mereka mesti silap faham pasal deposit tu... dan kalau mereka silap faham... tentu sukar dia nak jelaskan.  Aku tunjuk banyak kali kat dia bukti dan bagaimana nak jelaskan.  Tapi hubby yakin... dia kata dia sanggup kerat jari... mesti si Anuar dan si Mia minta 1100 tu sebagai deposit...

Kalau dah gitu, aku cakap... kita bagi jer la.  Biarlah kita mengalah... duit boleh cari.  Mereka tak akan senang dengan duit tu... dan kita tak akan miskin bagi kat mereka duit tu.

Bila dok diam seketika, hubby asik mengungkit dan bercerita hal kami dan Mia bertekak tu.  Dia tak puas hati juga.  Dia nak pindah rumah lain sebab dia yakin yang nama kami telah busuk kat kejiranan sana.  Termasuk kejiranan kami sekarang.

Dia cakap... kami tak boleh nak buat apa.  Kami tak boleh bela diri kerana kami tidak berada di sana.  Mereka akan bebas memfitnah kami... dan kami tetap dipandang buruk tanpa ada keupayaan nak bela diri.

Aku rasa sekarang, hubby aku mula faham apa yang aku alami selama ini !!!  Bagaimana orang bercerita hal kita tanpa kita dapat bela diri... dan bagaimana kita nak meyakinkan ramai orang yang menganggap kita buruk tanpa tahu cerita sebenar... dan selamanya menganggap, cakap ramai orang adalah benar !


Bila bercakap hal Liza dan Anuar, dia cakap kenapa aku angkat telefon mereka? Kenapa aku tak letak jer telefon bila kena tengking dan marah marah ? Aku cakap pada hubby, itulah peluang aku untuk menjelaskan keadaan sebenar... biarpun orang dok tengking tengking aku.  Kalau aku letak telefon, orang tak akan tahu apa sebenarnya terjadi sampai bila bila.  Hubby tanya, kenapa dengan dia, aku boleh letak telefon ? Aku kata aku tak kenal budak dua orang tu... aku tak tahu yang mereka berdua tu jenis yang kalau aku buat macam mana pun, aku cakap macam mana pun, mereka tetap tidak faham.  Tapi, jika mereka call lagi, aku pasti akan letak telefon gitu jer.  Sama seperti yang aku buat kat hubby... hehehe... yer la... sebab hubby ni aku dah faham, aku jelas macam mana pun tak mau dengar cakap aku... asik la dok tengking dan marah marah aku.  Sebab tu aku letak telefon dan akhir terus off kan...

Aku cakap dengan hubby, apa yang mereka cakap tu semua fitnah.  Sama seperti apa yang mereka cakap aku ni sombong atau tinggi diri.  Aku ni tak masuk dengan jiran (dengan cara yang tak baik), sedangkan kenyataannya aku kata kat hubby aku... dia pun tahu yang aku tak berkawan sangat dengan jiran !!!  Aku mana ada dok bertandang kat rumah orang atau jalan jalan kat sana ? Sedangkan aktiviti surau pun aku tak ikut, masa bila la pula aku nak sombong dan tinggi diri ?  Acara kenduri pun sesekali aku ikut kalau tak sibuk... itu pun dengan baju kerja... maksud aku, aku tak sempat nak salin baju... terus jer pegi kat rumah mereka... atau kalau malam... aku jengok la kalau aku sempat... Hubby aku ada nak nasihat aku supaya pegi la kenduri orang (supaya orang tak cakap aku sombong agaknya), kemudian dia suruh aku jangan cakap banyak... Lepas tu dia tarik semula... susah susah... duduk jer kat umah... Entah la... aku rasa dia pun konfius... sebenarnya apa yang patut aku buat ?  Dok kat umah saja, orang kata sombong... karang bertandang dan bercakap dengan orang... kot orang kata aku cakap tinggi diri... Entah apa apa la...

Pagi tadi, dia kena pegi KL.  Dia pun bimbang jika orang datang serang rumah kami.  Bila aku cakap aku bimbang mereka nak minta deposit bagai dengan aku marah marah aku... dia suruh tunggu dia balik dan berurusan dengan dia.


Rasanya, semua yang Allah buat ada tujuan.  Ada hikmah...

Aku baru jer sedari benda ni hikmah selepas diberitahu oleh seseorang ! Hebat betul kuasa Allah...

Bila aku tak pandai bela diri sendiri dulu.... sekarang hubby aku pun tahu bagaimana rasa bila kita tak boleh bela diri kita... biarpun kita cuba... dan kita puas menerangkan... tapi orang tetap pandang serong pada kita !  Kerana hubby aku pun salah seorang yang percaya cakap suara yang ramai itu dulu...

Ya Allah... besar betul kuasa Allah... tanpa aku sedari.

Sekarang aku boleh ceritakan pada dia isu isu lamaaaaaaaaaa lama dulu... pandangan buruk orang pada aku... apa yang orang ceritakan pada dia yang buruk pasal aku...  sebab aku cakap pada hubby, aku tak dapat bela diri aku kerana aku tak mampu nak pergi pada orang, seorang demi seorang untuk bercerita hal sebenar latar belakang yang terjadi... bila orang yang tak tahu hujung pangkal menerima hanya cerita buruk mengenai diri aku.... dan menjajanya seperti mereka tahu cerita sebenar !




Thursday, June 28, 2012

Bila tak pandai bela diri... 4

Sampai kat umah sewa, hubby turun dari keter bagi salam.  Aku dok jer dalam keter.  Lepas seketika, Mia pun keluar.... (Adushhh... lembut kan nama Mia ???)

Lepas tu hubby pun cakap apa tah... aku lupa dah... panjang lebar la mereka bercakap... aku ada la turun dan nyampuk nak menerang kat dia... so, aku tulis dalam point la... sebab aku tak ingat semua...

1.  Pasal dia kata kupang kupang tu, rupanya dia cakap dia tak mau pun jual astro tu kat aku... jadi kenapa pula aku cakap aku tak mau. Kiranya macam aku anggap mereka kupang kupang la... agaknya.  Kan masa aku cakap dengan dia, dia terus marah dan letak telefon ? Aku ni cuba la menerangkan semula pada dia apa sebenarnya aku nak cakap.  Pasal aku fikir kot dia nak letgo ariel tv kalau ada... tapi kalau dah dia ada astro aku tak mau la... lepas tu buleh dia marah marah aku kata aku bukan kata gitu bla bla ... dia kata aku marah marah dia... siap pula dia cakap kat hubby aku beria-ia menerangkan yang aku ni bla bla bla... kira buruk la perangai aku.  Aku geleng kepala jer....  Aku tengok hubby.  Hubby masih tak bela aku.

2.  Dia cakap la... pasal leaking tu... dia kata rumah kami teruk.  Dia fikir, dah bayar mahal, rumah ok, rupanya bermasalah.  Dia masuk sebulan, leaking bla bla bla.  Lepas tu dia kata, kami tak ambil tindakan lepas suami dia beritahu hubby aku.  Hubby aku cakap la... memang suami dia iaitu nama Anuar tu ada beritahu dia... kebetulan jumpa kat mana tah, tapi hubby aku cakap dia maklumkan dah suruh cuba perbaik sendiri sebab itu mungkin masalah tangki overflow... Kalau tak boleh, nanti call semula.  Si Mia pun cakap la Anuar tak larat nak buat.  So, hubby tanya, kenapa Anuar tak call ? Jadi, bila esoknya Mia call.  Kami baru tahu, mana boleh kami nak bertindak segera.  Lagipun masa dia masuk, rumah tu ok.  Jadi, bila dia masuk dia mengamuk kata rumah tak ok.  Mana la kami tahu kalau tak report.  Waktu ni hubby aku dah bengang dah sebab dia macam tak percaya yang Anuar tu baru jer beritahu kami pasal leaking tu.

3.  Pasal datang berbincang hal nak deposit ker apa tu, aku tanya dia, kenapa tak datang bincang ? Dia kata dia sibuk dengan exam la... itu la ini la.  (Eeee... geram jer aku nak cakap, macam la dia sorang sibuk... abis aku ni apa yang nak melompat terus pegi rumah dia bila dia kata air leaking ker apa ? Tapi aku tak ada la cakap kat dia... aku cakap dalam hati jer !)

4. Lepas tu dia pun cakap la AKA menuduh nuduh aku itu ini pasal hal aku cakap kasar kat dia dan mesej mesej tu.  Dia cakap, kenapa aku kerap telefon dia ? Dia kata, kalau dia la... dia tak call kerap dengan orang yang dia tak berapa kenal ?  (Amboiiiiiiiiiiiii.... Ingat aku ni nak call dia kalau aku tak ada urusan ??? Dah la call berkali kali tak angkat... itu pun hang nak kepoh ???? Hmmm... ini pun aku cakap dalam hati jer... pun sekarang jer aku terfikir nak cakap !)  Dia kata dia sibuk, tapi dia angkat jugak. Aku kata, sebab tu aku minta no Anuar, nak bercakap senang... dah kata dia sibuk. Senang la aku nak berurusan.  Jadi, bila dia berurusan tu, dia kata dia nak marah sebab aku nada aku yang ... entah la apa masalah tah...

Lepas tu sekali lagi dan berkali kali dia cuba meyakinkan hubby aku yang aku memang bercakap kasar dengan dia... memang aku yang mula dulu.  Macam aku buruk benar... macam perempuan apatah yang sebenarnya hubby aku tak kenal.  Aku lihat hubby aku.  Sebenarnya, aku sebak giler masa nih. Aku menjauhkan diri dari mereka sambil geleng kepala. Stress sangat.  Lepas tu, hubby aku cakap, sebenarnya dia ada bersama waktu tu.  Dia tahu apa yang terjadi.  Dia kata aku bukan macam tu.

Mia terkejut.  Kira terkejut beruk la.  Dia kata, aku cakap aku ada kat Perak.  Memang aku ada kat Perak... tapi dengan hubby aku.  Hmmm.... Dia cakap aku ada mesej teruk teruk pada dia.  Aku cakap pada dia, aku dah bagi hubby aku baca mesej mesej tu.  Memang hubby aku ada sekali dengan aku.  Dia macam mati akal skit.

5. Lepas tu, dia cakap pasal si Anuar, suami dia tak boleh berurusan dengan aku sebab Anuar tu panas baran bla bla bla...  Hubby aku pun cakap la, kenapa tak berurusan dengan dia ?  Kenapa tak call hubby aku kalau ada masalah ? Dia cakap, Anuar tu panas baran, jadi lebih baik dia yang berurusan.  Masa ni hubby aku dah marah giler.... Sebab dia fikir hanya panas baran Anuar, tanpa fikirkan hubby aku punya panas baran...  Entah apa tah... tetiba jer si Mia pun jegil jegil jugak nak melawan hubby aku.  Amboiii... giler budak nih.... dah nyewa rumah orang, perangai macam hapa tah... giler betul...

Waktu ni aku dah masuk dalam kereta.  Aku rasa aku dah tak kuasa nak melayan lagi.  Aku rasa aku tak pernah jumpa perempuan yang macam nih.  Aku tak tau macam mana nak buat dah !!!

Sambung lagi...

Bila tak pandai bela diri... 3

Hubby aku sampai... aku keluar dengan seberkas ubat kat tangan.  Belum pun sempat aku nak telan ubat.  Tadi bos dah cakap nak jumpa aku, tapi aku tak pegi jumpa lagi sebab aku nak makan ubat dulu.  Now, hubby pulak sampai... dalam marah marah.

Dia marah aku tak angkat telefon.  Dia marah sebab aku off hp.  Dia marah sebab aku tak hormat dia.  Dia suruh aku masuk dalam keter. Dalam kereta dia cakap tak berhenti menengking nengking aku sampai dia terbatuk batuk sebab cakap kuat sangat... hehehehe... adoiii la... penat la aku mendengar orang marah marah aku.

Mati cepat la aku macam nih.

Aku tak menjawab bila dia marah marah tu.  Sepatah dua jer aku jawab bila dia tanya aku adakah aku ni pernah rasa dia ni sebagai suami ? Pernah tak aku rasa nak hormat dia bla bla bla.  Aku cakap kat dia... 15 tahun kawin dia rasa aku tak hormat dia ker ? Bla bla bla... Lepas tu aku senyap semula.

Hmmmm... Penat kan ???

Lepas tu, hubby singgah kat rumah sewa kami.  Ada si suami dok depan rumah kami.  Aku tunggu dalam kereta sahaja.  Aku tengok jer hubby cakap dengan budak tu.  Elok jer orang lelaki bercakap... siap pegang pegang bahu cakap tak ada apa apa.  Kiranya masalah orang perempuan la... gitu ler agaknya mereka cakap.

Lepas bercakap dengan budak tu.  Aku tak tanya sepatah pun pada hubby.  Kat rumah, aku makan ubat jugak.  Sakit perut aku menyucuk nyucuk. Masuk rumah kami, aku masuk bilik, tengok dia telentang sambil baca paper.  Aku cakap aku nak pegi opis semula.  Dia hmmm kan ajer.  Aku betul betul malas nak bergaduh.  Pening paler aku.

Sampai kat opis, aku on hp.  Tengok 6 miss call dari hubby.  Ada msg cakap dia nak carik aku.  Lepas seketika, aku jumpa dengan bos cakap itu ini.  Bos suruh aku aktifkan fb syarikat.  Dia cakap aku ni minah kepoh, tentu aku boleh buat itu ini kat FB.  Aku pun cakap, aku dah nekad untuk jadi pendiam, tak mau bercakap dengan orang !!!  Ala... dia kata taubat aku tak diterima.  Dia suruh jugak aku jadi kepoh.  Bos ni teruk kan ???

Tak apa la... aku pun dengan muka letih dan sakit perut dan tensen... pegi la wat kerja aku, mengepohkan FB syarikat.

Lepas tu, tetiba masuk call... sebenarnya dia buat miss call jer.  Aku call la balik.  Tetiba aku kena marah marah lagi.  Kena bentak bentak lagi.  "Akak dengar ni... saya nak akak bagi deposit kat saya... bla bla bla".  Aku cakap la... memang aku nak bagi... kenapa dia marah marah nih ? Dia kata dia rasa macam lain ni... Marah marah ya amat la... giler punya marah.  Kira marah sampai tak reti nak bercakap ulang benda yang sama yang tah hapa hapa aku pun tak faham.   Aku tanya dia, apa dia sembang dengan hubby aku tu ? Kenapa tak tanya hubby aku tadi ? Kenapa tak minta dengan hubby aku tadi ? Dia masih marah marah bla bla bla...

AKU TAK FAHAM... aku dah pening !!!

Aku call hubby, cakap suami budak tu marah marah aku.  Aku suruh dia pegi balik rumah sewa kami selesaikan.  Hubby kata dia ngantuk.  Petang nanti la...

Gitulah lebih kurang reaksi suami aku.  Adoiiiiiiiiii laaaaa.....

Aku beri no telefon hubby aku suruh dia berhubung dengan hubby aku.  Aku beri no telefon budak tu, suruh hubby aku uruskan.  Aku betul betul dah tak tahan sebenarnya. Tambahan lagi dengan suami yang buat heran tak heran lepas tangan begitu...

Aku agak, tentu jiran aku yang namanya Mah yang buat jadi kelam kabut nih.

Hmmmm....

Belum sempat aku nak reda dari tensen aku kena marah, tetiba masuk lagi satu call.  Call dari kakak budak lelaki tu... yang juga jiran aku.  Aku tanya dia kenapa dengan adik dia ? Aku cakap kat dia... aku ni tak faham apa satu, sampaikan aku tak dapat tidor malam tadi... Dia siap pulak cakap, kenapa tak boleh tidor, small matter jer.  Amboiii... lepas tu dia pun tengking tengking aku marah marah aku... Dia kata, dia suruh aku beri deposit rumah sewa kami tu pada adik dia.  Aku cakap, aku memang nak bagi.  Lepas tu dia kata, kenapa aku cerita pada Mah pasal aku dan adik ipar dia bergaduh ? Adui laaaaaaaa.....

Aku cerita la situasi aku... bla bla bla... pasal adik ipar dia cerita hal jiran mengata kat aku itu ini, jadi aku hanya ada no Mah, aku call la Mah nak tau tau apa masalah ker apa ker.  Lepas tu dia cakap, Mah yang beritahu aku tak mau bagi deposit kat adik dia.  Aku cakap, mungkin aku cakap gitu masa marah marah sebab adik ipar dia ada cakap sesuatu pasal aku.  Jadi dalam marah marah aku tu, aku cakap la... "elok elok aku nak bagi deposit, karang aku tak bagi jugak la..." lebih kurang gitu.


(Aku tak cakap pada Liza ni pasal apa yang Mia/adik ipar dia cakap kat aku... mengikut versi Mah... Sebab bagi aku, aku silap sebab percaya pada Mah... )

Dia masih tak puas hati masih menengking nengking aku.  Aku masih cakap lembut lagi, sampai satu saat... bila aku cakap, sebelum ni rumah penyewa lain tak ada masalah ? Dia cakap "SHUT UP U"

Tu dia... umur dia 30an... dan aku 40an... Dia boleh kurang ajar tengking tengking aku sedangkan adik dia menyewa kat rumah kami yang kami bagi sewa atas ihsan sebab malu kat dia dan bapak dia !!!!

Dia cakap, aku ni memang ada masalah dengan semua orang.  Semua orang cakap gitu.  Aku cakap, aku bukan berjiran sangat kat sana ? Dia pun cakap... hah bagus la.... Entah apa dia faham tak tau la... lepas tu dia cakap, kat rumah baru aku pun, patut la aku tak boleh masuk dengan jiran baru aku tu....  dalam marah marah dia cakap cam tu... macam la aku ni jahat sangat sebab tu aku tak leh masuk dengan jiran jiran baru aku nih.

Adoiiiii.... STRESS nya !!!!

"Aku tak masuk dengan jiran jiran baru aku ni sebab mereka jenis berkurung dalam rumah !!! Aku juga jarang keluar rumah pegi menempek kat rumah orang.  Kalau orang lalu depan rumah aku aku tegur la... "

Aku tak cakap apa kat atas tu pada dia... tak important pun bagi aku.  Entah apa pasal tah mereka kepoh sangat pasal aku tak bergaul dengan orang ? Jahat sangat kah aku kalau aku tak bergaul atau tak bertandang rumah orang pegi mengumpat dan sebagainya ????

Adoiiiiiiiiiiiiiiiiii... TENSEN !!!

Ada la satu topic dalam marah dia tu, dia suruh aku bayar balik sewa adik dia yang katanya masuk 15hb April dulu.  Aku tanya dia, betul ker dia masuk 15hb ? Dia cakap, dia tahu la... sebab dia jiran mereka.

p/s : Masa korang baca nih, korang bayangkan ayat dia... aku cakap lembut dan dia cakap tengking tengking kat aku....

Lepas tu aku cakap, aku dah beri kunci pada dia awal bulan lagi.... kalau dia nak masuk tengah bulan, mana boleh ambil kira... Dia macam terkejut skit la... Kemudian dia cakap la nak marah adik dia balik la...  lepas tu nak call aku....

Waktu akhir akhir tu dia dah cool skit... Yer la... sebab aku cuba untuk sejukkan dia... nak menerang semula apa yang berlaku sebab dia kata aku ni yang jenis marah tinggi diri sombong bagai la... Aku cuba nak cakap kat dia, aku bukan begitu... aku nak cakap kat dia... cara aku bercakap macam aku cakap ngan dia sekarang la... aku bukan reti sangat nak marah tak tentu pasal kat orang...

Lepas tu aku call hubby aku, aku cakap kat dia... Liza, kakak budak ni pun marah marah aku.  Aku tak ingat apa yang hubby cakap dengan aku, tapi akhirnya aku dah tak tahan sangat sangat.... pecah jugak benteng air mata aku.... menangis sampai teresak esak... sampai menjerit jerit dalam tuala yang aku bawa kat opis.  Sib baik semua orang waktu tu pegi lunch.

STRESS GILER !!!!

Lepas tu, hubby call semula... cakap nak selesaikan petang karang.  Aku suruh dia selesaikan sendiri, sebab aku tak mau masuk campur dah... hubby tetap nak aku join sekali.

Sampai la petang tu, OTW balik umah, Ika call cakap si Mia (si isteri) datang cari aku kat rumah kami. So, tak apa la... Ika dah jawab aku belum balik lagi.  Lepas tu... aku call hubby suruh dia balik cepat cepat.  Aku sebenarnya rasa seperti putus asa nak berurusan dengan orang macam tu... pening paler...

Bila hubby sampai umah, kami pun pegi umah sewa kami.  Hubby masukkan parang/sabit ker apa tah dalam keter... Aku sabarkan hubby aku.  Aku tak mau dia buat giler kat sana, sebab aku takut kalau dia buat tuduhan kami mengugut atau apa apa la... tak pepasal masuk penjara....

Kami pun pegi la umah sewa kami....

Bersambung lagi... panjang cam novel !!!



Bila tak pandai bela diri... 2

"Saya anggap kat kak .... ni dah macam kak saya. Tapi bila kak buat kami macam ni saya dah hilang rasa hormat dah.  Kalau nak ckp dgn org nada bagi kena sikit. kak kira ngaji tinggila patutnya lagi tau how to talk to people when u get them into ur prblms. Give respectla sikit. Ni bukan saya yg ckp ramai ckp kak sombong sgt ckp tinggi!  Saya diam je buat tak tau tapi bile kak .... ckp kami ni sekupg dua kupang saya tak tahan dah! Memg masa kami nak umah tu kami beria sebb kami tak tau umah ni bermasalah tapi bila kami habaq kata air tu leaking kak ... buat tak tau mana kami tak sakit hati! Sekurg2nye kak ... dtg jenguk jika kak ni seorg yg sgt bertanggungjwb! Ni lintas umah pun tak pernah! Nak tanye khabar umah pun tak pernah! Tu ke tuan rumah yg btanggungjwb?? Org duk bgtau kak ni sombong tapi kami dok backing lagi kata kak ni bukan mcm tula dia baik tapi bila kak .... buat kami mcm ni hancur hati kami!"


Aku sebenarnya tak faham apa yang dia nak marah sangat.  Aku call la jiran aku yang nama Mah tu.  Aku tanyakan apa masalah mereka suami isteri ? Kenapa dia kurang ajar jer cakap dengan aku marah marah ?Mah pun cakap la... tak tau apa.  Dia pun cakap la pernah dengar si isteri tu cakap aku ni kurang ajar, masa diorang pegi rumah aku tu, aku suruh mereka pegi picit loceng semula !!!

Adoiiiiiiiii laaaaaa....  See ... tengok fitnah orang !

Aku pun marah marah la... aku ceritakan hal sebenar yang menyebabkan kenapa aku suruh mereka picit loceng tu... (kes suami dia pegi terjah rumah dengan aku seksi meksi tak bersedia !).  Sebenarnya mereka tak boleh beri alasan mereka dah beri salam tapi kami tak dengar !  Sepatutnya mereka call dulu kata mereka nak datang.  Atau mereka call jer la hp kami kalau kata mereka tak tau ada loceng kat depan pagar tu.  Hmmm... Aku cakap kat Mah, orang Cina pun tau hormatkan orang.  Siap call dulu bila nak datang atau masa datang tu, isteri jer masuk, suami dok kat luar dulu. Mana boleh masuk gitu saja rumah orang.  Aku cakap, aku tak ada masalah... tak marah pun masa suami dia termasuk tu pun... sebab aku cakap, suami Mah pun pernah jugak masuk cari anak jengok gitu jer... masa tu aku plak pakai baju tanpa lengan bla bla bla... tapi aku tak ada la marah sangat sangat suruh picit loceng semula ker apa.

Aku pun dalam keadaan nak marah tu, cakap dengan Mah, elok elok aku nak bagi deposit kat mereka, aku tak bagi jugak karang !  Gitu ler lebih kurang perbualan aku dengan Mah !

Hubby aku ada kat sebelah masa aku dok marah marah sambil bercakap dengan Mah.  Lepas tu hubby aku gelak gelakkan aku... yer la dia tak berurusan, boleh la dia gelak !  Lepas seketika, aku rasa aku tak patut percayakan kata kata Mah... mungkin budak tu tak kata kat aku gitu.  Kami tetap think positif.  Biarlah apa orang nak kata... hubby pun ada waktu tu... aku bukan cakap kasar kurang ajar suruh dia pegi picit loceng semula.

Hubby aku pun cakap la... suruh aku cakap baik baik dengan orang.  Bla bla bla.  Aku pun bengang la...

Aku heran, apa sebenarnya berlaku nih ? Apa salah aku ????

Nampaknya hubby pun sama naik dengan mereka, bagai menuduh memang perangai aku yang buruk.

Aku sangat sedih !!!

Semalam malam aku tak tidor.  Makan aku jadi lintang pukang.  Malam tu aku sakit perut... gastrik plak.

Bila aku pergi kerja, aku msg hubby cakap aku nak balik kuala ketil... nak tidor dengan mak.  Aku rasa saat itu, mak aku adalah orang yang terbaik yang memahami aku.  Keluarga aku yang palingggggg baik yang memahami aku.

Kalau suami aku, yang hidup dengan aku selama 15 tahun lebih tidak memahami aku dan berpandangan sama seperti orang luar, jadi... mungkin mereka betul.  Mungkin perangai aku memang teruk !!!

Aku minta hubby uruskan hal rumah sewa, aku tak mau terlibat lagi... aku tak mau berkawan dengan jiran... aku tak mau berkawan dengan kawan hubby lagi.

Bila hubby call, dia cakap seperti biasa tak ada masalah.  Seperti tidak tahu betapa aku sedang tensen tahap rasa nak menyorok kat bawah tempurung ! Rasa nak bercakap dengan PC sahaja.  Dia beri arahan pada aku suruh call penyewa baru tu, minta jumpa dulu.  Aku pun bengang la.  Aku cakap la... aku tak reti bercakap dengan orang... aku dah malas dah... aku nak dok bawah tempurung tak mau berkawan dengan orang... nak bercakap dengan komputer... bla bla bla... aku pun cakap... hubby aku pun tak backing aku... hubby aku pun tak jadi pelindung aku... bla bla bla... tak ingat dah apa aku merepek kat dia.

Lepas tu hubby aku marah marah aku... siap la warning warning aku.  Aku pun tamatkan talian... ada 4 kali miss call dari dia... aku off terus hp.  Amik kauuuuuuuuu....

Bila sampai opis, aku yang dah pegi klinik amik ubat sakit perut tadi, pegi la cari biskut sebab nak makan biskut sebelum makan ubat.  Aku minta la petua pada second bos aku tu, macam mana dia harungi hidup dengan mengabaikan pandangan orang pada dia ???  Aku pun mengadu la kat dia... itu ini...

Tetiba ada staff panggil, kata hubby aku nak jumpa aku kat luar opis... adoiiii....

Bersambung lagi... nak pegi makan... sakit perut aku lagi karang !




Bila tak pandai membela diri... 1

 
Lihat gambar atas dulu.... cantik dak ? Lens baruuuuuu oooooo....  Pandai kan aku ambil gambar depan blur belakang pun blur... objek (budak tiga orang tu) yang terang....

Okeh, bukan nak cerita hal gambar atas tu, nak cerita hal peribadi aku sehari dua nih.  Aku rasa sangat sangat stress sampai nangis nangis aku semalam kat opis.

Tak apa la... aku citer senario dari awal la... malas nak citer gaya novel la...  tapi panjangnya macam novel... giler...

Aku ada rumah sewa.  Pasangan pertama kami sewakan rumah, isteri bekerja, suami tak bekerja... tapi suami sangatttttttt rajin.  Rajin giler.  Kiranya surarumah la... (lawan surirumah !).  Rumah berkilat la... hari hari dia mop... depan belakang...  Penyewa ni tak ada masalah langsung.  Bayar melalui akaun.  Tak pernah aku query apa apa kat dia.  Cuma selalu aku cakap ngan dia, aku rindu nak masuk rumah tu... tapi aku tak pernah nak masuk... sebab aku tak mau kacau privasi dia suami isteri.  Bila mereka nak pindah ke Johor, dia keluar la dari rumah sewa tu.  Mereka ni muka macam cina, putih melepak... dua dua sweet sangat.

Penyewa ke dua...  semasa call, bila aku tanya bujang ke kawin, dia kata dia dah kawin.  Kami fikir ok la... sebab kalau boleh, kami nak elakkan orang bujang.  Lepas tu rupanya dia hanya call on behalf kampeni dia. Rumah tu dijadikan persinggahan bos bos yang selalu ulang alik.  Yang duduk sebenar adalah bujang.

Masa nak bagi kat dia, aku fikir, abis la rosak rumah.  Tapi, bila dia keluar, kami lihat... ok la... Rumah tak rosak, cuma sedikit kotor la bilik air... hmmm... biasalah... budak bujang lelaki.  Dia ni jenis setiap bulan jumpa aku kat opis bayar sambil ambil resit.  Masa jumpa tu aku akan tanya dia masalah rumah atau masalah jiran ker apa apa la... Since dia kata tiada masalah, aku kata ok la.  Sekali jer aku melawat rumah sewa tu... aku takut kotor sangat... tapi dah tengok ok... aku biar jer la... (Ada dalam perjanjian !)

Lepas budak tu keluar, aku fikir aku nak buat homestay jer.  Tapi... belum sempat aku nak isi barang sana sini, orang sana sini dah call nak masuk. Entah mana mereka dapat berita tak tau la. Tapi kami bagi alasan sana sini la tak mau sewakan lagi. Jiran aku si Mah tu pun ada bagi no telefon kat orang.  So, aku cakap la kat Mah,  kami, kami ingin beri sewa kepada Staff UUM sahaja... lecturer misalnya...  Kalau orang luar tu, susah skit la...

Lepas tu, tetiba memalam ada orang datang nak minta jugak jugak sewa rumah kami.  Siap la jiran kami yang lama tu kakak dia... dan ayah dia tu satu tempat kerja dengan hubby.  Hmmmm... kami pun kesian, buat keputusan lepas la kat dia. Si isteri lecturer tapi bukan UUM dan suami tak kerja... atau kerja sendiri. Isteri ni kira golongan tudung tak tanggal... dan sedikit labuh la...

Bila dia kata nak pindah segera, jadi kami yang tak ada masa nak cuci rumah, minta mereka la uruskan rumah dan kami serahkan kunci siap siap kat dia.  Dan urusan tandatangan dan bayaran deposit kami biarkan dulu.  Atas dasar percaya, kami terus beri kunci. Masa ni mereka cakap sangatttttttt baik... bergelak ketawa bagai.  Mereka suami isteri yang sangat baru... belum pun bersanding.


Tak apa la... kami beri kunci pada bulan 4... kiranya sewa akan bermula pada bulan 4.


So, bila mereka dah dapat kunci, berhari hari kami tunggu mereka datang rumah, tapi tak datang datang juga untuk tanda tangan surat perjanjian dan bayaran deposit.  Aku pun msg la nak tanya kepastian samada mereka nak duduk atau tidak, jika tidak, aku nak buka iklan pada orang lain.

Dari awal lagi nampak dah mereka ini pelek skit.  Tapi, tak apa... atas dasar anak kawan dan adik jiran, kami biarkan dulu.

Pertengah bulan baru mereka datang tandatangan dan bayar deposit.  Mereka beri alasan suami dia sakit jatuh motor la itu ini la....  Aku dah cakap awal, mereka tak perlu datang, kami boleh jumpa mereka kat rumah tu atau just bank in duit dulu.   Semasa mereka sampai, hari dah lewat, dalam pukul 11 malam kot.... entah la.  Bila mereka sampai, si suami terus gaya gaya nak masuk... Dah la kami tak dengar salam ker apa ker.  Aku plak dok seksi pakai baju tidor... adoiiii la.  So, aku pun cakap la kenapa mereka tak picit loceng ? Kalau picit loceng senang skit, kami dengar la (rumah kami ni dah la pintu tutup rapat tak ada ruang udara... anak plak buat bising... mana la nak dengar sora luar !). Waktu dia datang pun kami cakap mesra mesra... biarpun dia nak minta kurangkan sewa dan kami tak beri.  Kami cakap, kami tak boleh kurangkan sewa, tapi kami boleh tolong dengan bayar dia upah mengajar tuition anak kami.  (Yang kemudiannya bila kami nak hantar dia kata tak boleh sebab dia sibuk dengan exam !)

Mereka duduk la sampai la bulan 6...

Tetiba, pertengah bulan 6 ini, si isteri msg cakap nak datang rumah aku sebab mereka nak keluar malam tu.  Aku yang tak faham mesej tu, call la dia.  Si isteri ni plak pelek skit, susah betul aku nak call... banyak kali call baru angkat.  Kekadang mesej pun dia tak jawab... hmmmm....

Lepas tu, dia cakap la... dia terkejut dapat bil air sampai RM90 ringgit.  Dia pun cakap dia nak keluar malam tu jugak, dia nak aku bayar balik sewa separuh bulan sebab dia nak keluar malam tu... yer la, kiranya mereka duduk setengah bulan.

Aku kata, kalau ikut perjanjian, mereka kena maklumkan 2 bulan sebelum keluar.  Lepas tu dia menyalahkan, katanya rumah aku ni leaking... bocor, air mengalir kat dinding...   Aku tanya, kenapa tak lapor supaya aku boleh ambil tindakan ? Dia pun mengamuk ngamuk la... kata salah aku rumah tu tak ok, jadi dia layak dapat balik duit sewa.  Aku pun tak apa la... suruh dia datang rumah bincang dengan kami.

Dah aku pun malam tu tunggu la macam tunggul kat umah.  Lepas tu mereka tak datang, berkali kali la aku call... lepas tu dia pun cakap la... suami dia ada hal lain, kena pegi umah aku lepas hubby dia bali.  Hampeh betul la budak nih.  Kot ada hal lain, cakap la awal awal... idak la orang tertunggu tunggu.  So, aku suruh mereka datang esok la...

Esoknya, aku tunggu lagi... mereka pun tak inform apa apa.... Hampeh lagi kata aku dalam hati selepas aku call dia berkali kali, dia cuma cakap mereka tak jadi keluar... mereka nak keluar hujung bulan pulak.  Adoiiiiii la...  So, aku yang kebetulan rumah sendiri pun kena bil air hampir 200 tu call la plumber... plumber plak cuti seminggu baru bley datang.  Tak apa la... lepas plumber datang, perbaikla paip air kami yang bocor kat dalam tanah tu dan aku suruh juga dia perbaik rumah sewa kami.  Setelah semua urusan selesai, pasal bocor tu (kami yang bayar kat tukang paip), aku pun call la penyewa, tanya macam mana, dah ok atau tidak.  Dia pun jawab la dah ok.

So, aku pun terfikir la kot dia nak teruskan sewa lagi. Manalah tau, sebab kalau dah ok paip air tu, ok la... pasal bil air tu, tolak jer la dalam sewa rumah... kalau susah susah.

Bila aku tanya sekali lagi, dia kata dia confirm nak keluar... so, aku cakap kat dia, kalau confirm aku nak buka iklan.  Bila aku iklan, kalau ada orang nak sewa, aku akan beri pada mereka.  Bila kata nak keluar, aku pun iklan laaaa.... kat depan pagar rumah tu dan juga kat Mudah.my.

So, bila ada orang call, nak masuk 1 Julai ni, aku pun call la dia.  Seperti biasa, banyak kali aku call dia susah nak angkat.  Lepas dapat bercakap, aku pun kata kat dia, kalau dia sibuk, bagi la no telefon suami dia...  Lepas beberapa lama aku tunggu dia tak pula mesej no atau call aku balik.  Aku pun msg sekali lagi.  Pun tak respon.  Lepas tu masuk msg dia cakap, suami dia suruh dia berurusan dengan aku.

Aku pun tak apa ... Aku call la dia, bincang. Sebenarnya, aku nak tanya dia kot dia nak letgo apa apa... bukan apa, penyewa baru ini bujang.  Aku nak kena prepare semua barang dalam tu... macam TV, katil dengan tilam dan lain lain la.

Aku tanya dia... kalau kalau dia ada pasang ariel TV... dia kata dia pasang astro.  Oooo... tak apa la.  Aku kata, aku ingat kalau ariel TV, aku nak... kalau Astro tak mau la.  Belum sempat aku nak cakap panjang panjang... tetiba dia marah marah aku.... cakap aku ni apa ???? Bla bla bla... lepas tu terus letak telefon.

Adoiiii la... aku terpinga pinga tak faham !  Kenapa dia marah marah aku ?

Hmmm... so, ada la siries sms aku tanyakan apa masalah dia ? Kenapa dia marah aku ? Kalau dia ada masalah suami isteri jangan la libatkan aku.  Gitu la aku tanya dia.

Lepas tu dia pun balas la sms dengan panjang lebar....

"Saya anggap kat kak .... ni dah macam kak saya. Tapi bila kak buat kami macam ni saya dah hilang rasa hormat dah.  Kalau nak ckp dgn org nada bagi kena sikit. kak kira ngaji tinggila patutnya lagi tau how to talk to people when u get them into ur prblms. Give respectla sikit. Ni bukan saya yg ckp ramai ckp kak sombong sgt ckp tinggi!  Saya diam je buat tak tau tapi bile kak .... ckp kami ni sekupg dua kupang saya tak tahan dah! Memg masa kami nak umah tu kami beria sebb kami tak tau umah ni bermasalah tapi bila kami habaq kata air tu leaking kak ... buat tak tau mana kami tak sakit hati! Sekurg2nye kak ... dtg jenguk jika kak ni seorg yg sgt bertanggungjwb! Ni lintas umah pun tak pernah! Nak tanye khabar umah pun tak pernah! Tu ke tuan rumah yg btanggungjwb?? Org duk bgtau kak ni sombong tapi kami dok backing lagi kata kak ni bukan mcm tula dia baik tapi bila kak .... buat kami mcm ni hancur hati kami!"

Sebelum msg ni, dia msg kat aku "Petang ni habis kerje saye pergi umah akak! Tak payah call dah!"


Sambung la yer... panjang sangat !

Lens baru Nikon...

Tengok pic la yer... kelmarin/semalam aku dah menerai la lens baru ini.  Tengok sok lusa ingat nak pegi menembak nembak kat mana mana... nak mengetest lens baru la katakan...  (baru pada aku tapi benornya dah buruk... kan sekenhen... ekekeke)
 

Kalau diperhatikan, kesan bokeh ada la skit skit... hehehe...
 
 
 
 
 
Posted by Picasa

Sunday, June 24, 2012

Baru beli...


White board.  Tak ada la baru beli sangat, tapi kira baru la.  Dah abis dah dakwat 2 batang marker diconteng oleh anak anak.  Bilik abang dijadikan bilik study sebab abang tak pernah tidor dalam bilik ni.  Nanti abang dah besar, baru diubah kepada bilik abang kot...

Pintu bilik air, baru pasang marin.  Hmmm... ok la... harga RM430.00... Terpaksa berutang bayar ujung bulan ni sebab bajet lari bila aku bayar cash untuk beli lens baru... hahahaha... baguih dok ado...
Ohhh... aku rahsiakan dari hubby aku bila aku beli lens baru... aku takut dia merepek marah.

Rasanya mungkin lens ni kot.  Aku pun tak pasti.  Aku minta kawan opis belikan.  Aku bagi duit, dia uruskan pembelian.  Yang pasti 35mm dan f1.8 jer... yang lain aku tak pasti.  Katanya harga baru 900 lebih, tapi harga sekenhen RM550... Kira ok la.   Kualiti gambar atau barang aku tak pasti lagi... mungkin dua tiga hari lagi sampai la... Nanti kalau sampai, kami posing sakan la yer.... hehehe... Dengan lens gini, kesan bokeh akan dapat diambil dengan senang.... tau BOKEH ? Cari sendiri la yer...
Posted by Picasa

Wednesday, June 20, 2012

Meronggeng lepas semester 1...

 
 
 
 
 

Kanak kanak ribena sedang bergumbira sebelum berpisah dan bertemu semula next semester... kali ini si Dayah dan Farah yang belanja.

Lepas kami makan kat resepi rahsia nih, kami pegi kat SPA plak... amboi... sorang sorang macam mak datin... hahaha...

Legaaaaaaa !!!  Sambung plak tensen bulan 9 nanti !
Posted by Picasa

Tuesday, June 19, 2012

Pertandingan Pancaragam Sek Rendah Kedah...

 

Kumpulan dengan persembahan terbaik...  Sek apa tah... aku pun tak ingat... tapi budak budak ni besar besar... tak padan dengan umur 12 tahun ke bawah...

Kumpulan yang menang tempat pertama.  Ini pun sama jugak... Sek Sultanah... budak sekolah ni comel comel jer...

Ini kumpulan sekolah anak aku... SKBBS... hehehe...

Salah satu 'formation' mereka... 

Kakak dan Izzah... kawan baik dia...  kekadang gaduh jugak.  Budak budak...

Kakak dapat sijil penyertaan sahaja.  Ok la tu...
Posted by Picasa

Wednesday, June 13, 2012

Once Upon a Time ...

Aku sekarang sedang tunggu data dari UPU untuk result rayuan student SPM lepas.  Sambil sambil tu aku baca buku untuk exam 18hb ni.  Sambil sambil juga aku tanya sana sini pasal pinjaman utk overlap dan baru kengkononnya nak beli tanah.  Adushhh... tak serik !!! Aku sebenarnya serik dan malas nak uruskan beli tanah tanah ni... bosan... kena tipu dan tak ada duit....  Malas nak menambah hutang.  Sakit kepala kalau tak ada duit.  Tapi somi jenis degil... Arghhhhh... tensen aku !!!

Citer pasal hidup aku ... arghhhh... maleh citer... sakit paler....

Citer pasal siri TV la.  Aku sekarang kan dah pasang PVR... amboi... sakan la merakam citer.  Malam tadi tengok citer Once Upon A Time sengsorang... best betul...

Errr... aku sedang tensen... tak leh nak cerita happy happy... nanti nanti la cerita... karang blog ni jadi tempat aku lepas marah plak !

 
Posted by Picasa

Photoshot yang kurang menjadi...

Aritu, anak anak dengan maid telah buat sesi bergambar... tapi dek kerana kesilapan aku telah buat setting manual untuk fokus, semua subjek menjadi blur... kesian kat mereka.

Next week, aku fikir nak grab satu lens baru untuk membuat kesan kesan bokeh yang cantik... Lepas tu buleh la kami melepak sambil berkelah dan bergambar kat padang lagi... hmmm... Mungkin pegi Perlis sambil makan laksa dan melepak tepi pantai pun idea yang bagus...

Tengok la nanti...

 
 
 
Posted by Picasa

p/s : Aku setting manual untuk fokus tu kerana pada malam hari dan gelap skit, titik fokus susah nak amik auto... kena manual.  Lepas bergambar, lupa nak set auto balik...  Waktu ini aku tak ada... mereka sama sendiri sahaja.

Tuesday, June 12, 2012

Kembalikan minat...

 
Memang picasa dah giler... aku dah cuba banyak kali dah send dengan text, sampai sudah tak dapat dapat... keluar error saja...

Sakit jiwa jer...

Tapi tak per...

Aku sedang riki lens nikon 50mm tu....  Kalau 85mm, harganya RM1360.00.  Kalau 50mm, harganya RM675... tapi sekenhen harganya murah la... aku tengok kat lelong, http://www.lelong.com.my/kx/nikon+lens+50mm.htm  , tapi tak faham apa beza jenis jenis dan berbagai harga tu.

Tujuannya supaya dapat ambil pic dengan kesan bokeh yang tidak la optimum... tapi ok la untuk kegunaan persendirian... Bukan nak pegi jadi kamerawoman pro kat majlis kawin ker apa... just amik gambar anak anak jer...

Aku nak kena share share lagi dengan member yang punya minat yang sama...

Test post 7 pic per entry...

Sebelum ini, picasa benarkan post satu entry 5 saja.  Sebelum sebelum tu 4... eh... now boleh 7 pic... bagusnyer...  Aku kan suka ambil gambar entah apa apa...

 

Terliur tak ? Ekekeke...

Cantik tak ?

Bunga yang batangnya berduri dan bergetah...
 
 

Saja amik untuk menguji teknik tenik bokeh ... adoiii... aku sedang mencari lense baru la... nak riki harga harga yang boleh kira dengan bajet aku yang ciput tapi nak gambar yang cantik...
Buah mata kucing / longan ni baru jer besor jari kelingking... hehehe... saja amik gambar dekat untuk kesan khas...
Posted by Picasa

Monday, June 11, 2012

Jadual Gaji untuk F32

 
Dulu kan ker aku pulun pegi interview untuk kenaikan pangkat... tapi tak dapat... huhuhu... tak per... jangan frust !!!

So, next month, ikutkan, aku akan dapat KUP... kenaikan pangkat secara otomatik sebab dah 15 tahun berkhidmat dengan kerajaan... fuh... lama tuh...

Ada dulu diorang cakap kena amik kursus sana dan kursus sini untuk KUP... ada yang cakap otomatik jer... Entah mana satu tah... aku pun tak pasti.

Tak ada la beza apa pun aku naik pangkat tu... kecuali gaji kot... cara kerja tetap la sama.

Aku malas nak fikir pasal gaji yang diberi dijabatan swasta aku dipinjamkan ini... rasanya dah sangat ok jer...

Hmmm... ari tu dapat kenaikan gaji untuk semua staff gomen... aku rasa sonot la... Now, nak dapat kenaikan gaji aku sorang sorang... pun best... kan ?  Suker jer citer pasal kenaikkan gaji... sebab aku dah berapa tahun tah tak ada kenaikan tahunan dalam slip gaji.... huhuhuhu... Bila ada balik kenaikan tahunan ni, baru la rasa semangat nak tunggu tiba waktu naik gaji... HAHAHAHA....

Baguih dok ado....

Mentalilty orang gomen tetap la macam nih...

Sebenarnya aku bukan dapat gaji dari gomen punnnnnnnnnn.... cuma rasa seronok bila tengok slip gaji...

p/s: Gaji aku, kampeni yang bayar.... tapi aku masih berkhidmat untuk kerajaan... service aku masih dikira untuk pencen... errr... fikir pasal pencen... macam la sangat dah tua...


Apalaaaaaaaa....

 
Aku sebenarnya maleh nak citer dah pasal budak bos tu dalam blog ni, tapi dek kerana kes semalam, aku citer la balik.  Aku marin pagi sibuk compile report untuk hantar pada lecturer.  Aku tahu bos ada kat opis, tapi aku bior jer biarpun ada beberapa perkara aku nak cakap dengan dia. 

Aku maleh nak jumpa, karang panjang citer... sian kat group mate aku nih.  Sedang kami dok asik buat kerja menyembang, bos ketuk tingkap aku.

Aku pun ngadap la.  Dia perkenalkan sorang lagi staf yang kerja kat cawangan di KL.  Budaknya awal 30an... anak sorang... hensem la jugak di mata aku... Ohhh... aku bukan nak citer hal itu.  Aku nak citer... budak bos ni, tak kira, asal jumpa muka aku jer, mesti nak mengenakan aku.  Ada saja komen dia.  Haiiii...  Sib baik ada budak baru... kalau tak, batu dah naik atas paler dia...

Ada ker dia cakap, baju aku kat atas tu macam corak papan playwood ? Eeee.... siap la dia gelak gelak kan... Aku ni usahalah menyorok nyorok badan aku belakang dinding bimbang dia tengok aku dan komen aku... tapi rupanya tektik aku tak menjadi...

Kenapa dia gitu ?  Apa aku nak  balas balik kat dia ? Atau apa patut aku buat supaya aku tak dibuat bahan lawak dia ?  Adakah aku perlu buat buat serius... atau aku kena buat buat bodo jer ?

Bos ni kan....

Bos... kalau baca entry ini... tolongggg ler... jangan mengomen apa apa pasal penampilan saya... saya bukan tak suka bos... tapi saya tak suka la orang komen komen... saya malu !!!  Tak payah la komen kata saya cantik ker uduh ker... tak perlu.  Just tengok dan diam saja... OK ???

Kalau penampilan saya lawak sangat pun, gelak la dalam hati... kat luar tu senyum saja... buleh dak ??? Eeee...

Karang saya maleh nak jumpa bos... sebab takut bos ngata kat saya... kan tak bagus gitu... yer dak ???



Wednesday, June 6, 2012

Wajah bulan penuh...

 
Ada sesekali aku lihat bulan penuh di langit, betul betul depan rumah kami.  Dulu, semasa kecil, mak aku beritahu aku, di bulan... image yang kita lihat itu adalah orang yang sedang duduk tahayat/antara dua sujud....  tak ingat apa sebenarnya.   Mak aku cakap, kalau image kepala tu bertemu dengan lutut... something camtu la... katanya akan kiamat.  Entah mana mak aku dapat... aku pun tak tau...  Atau mungkin aku silap dengar.

Setiap bulan aku tunggu bulan penuh... tetapi setiap bulan juga aku terlepas... hmmmm.... senang jer nak tahu tarikh bila bulan nak penuh... tengok haribulan melayu... yang rejab, syaaban, ramadhan tu ler... lepas tu, tengok tarikh 14hb... malam tu... banyak la hantu keluar.... hahahaha...

Untuk bulan ni, dah terlepas... pada 4hb...

p/s: Image dari gugel !