cuti 3 hari, kami kat umah je. aktiviti tido makan jer. sat lagi nak pergi amik kakak dari tuisen, lepas tu nak keluar makan, samada di kfc atau mana2 tempat lain. tak pasti lagi. ada tempat menarik makan kat huski dalam c mart, tapi tak pasti sesuai atau tidak dengan budak kecik kecik.
biasa gambar camni kat opis, kali ni kat ruang tamu kat umah.
nak citer nih, tengok, sebelum ni aku selalu pakai tudung dengan mengecikkan muka aku sebab rasa pipi aku sangat tembam, tapi lepas muka aku ada masalah jerawat yang teruk dan aku terpaksa tutup kesan tu, aku rasa sangat teruk. kenapa aku tak syukur selama ni?
now, kesan jerawat dah hilang dan jerawat pun dah ilang lepas makan ubat klinik, aku dah tak kesah kalau muka aku tembam ker apa ker... hehehe...
biarlah... sebenarnya kita ni dah ok kalau kita tau hargainya...kan ?
kenapa jerawat ? sebab aku pi try produk lain selepas termakan hasutan orang... padan muka....