Search This Blog

Monday, May 18, 2015

Sayur cabai ?


Hahaha... marin hubby tak beli sayur, dan dia memang jarang beli sayur, katanya dah macam macam pokok sayur kat belakang rumah, jadi tak payah beli...

Aku pun petik la buah apa yang ada kat belakang tu... bendi dua biji jer... hahaha... dan capsicum serta lada besar.  Masuk dalam kuali semua... tadaaaa... jadi sayur cabai...


Huhuhuhu... sikit pun tak pedas semua cabai tu.

Next time kena masukkan lada hitam skit... lupa plak.  Aku ingatkan halia tak ada... bukak bukak peti ais, elok jer dia dok tercongok situ ... lepas aku makan baru nampak... hahaha...

Yang sedihnya, masa aku petik tu, aku tengok dua tiga biji buah capsicum aku dok kat bawah.  Aku tak tahu la kalau dia luruh sendiri... huhuhu... tak apa la... itu sebab capsicum yang dipesiang tu kecik kecik... sebabnya ambil yang luruh (atau dipetik budak !)


Tak apa la... sabor jer la.. kan ?

At least, aku buktikan aku berjaya tanam...  dan toksu yang tak pernah tengok cabai ni dipokok dan ditanam kat kawasan biasa ni pun, dah la pernah nampak...

Masa mula nak mencampur tanah, toksu pertikaikan apa yang aku buat... aku campur tanah tanah tu... 4 jenis medium aku campur... tanah hitam... top soil... pasir... dan cocopeat...  

Memang masih ada kelemahan sana dan sini sebab cabai ni payah skit jaga terutamanya cabai yang manja...

Next time kena cari cabai yang tak manja sangat.... dah dapat pun benihnya... cili burung atau cili padi... biar pedas ternganga gitu...

Hehehe... sabor jer la...

Ehhhh... ada pokok pokok dari kampung aku bawa balik... 

Nanti kita citer citer lagi pasal pokok dari kampung...


Resepi sebenar sila ambil kat sini...  BISMILLAH.... JEMPUT MAKAN


RESEPI CILI HIJAU GORENG KICAP

Bawang besar sebiji - dimayang
Bawang putih 3 ulas - dimayang
Halia sedikit - dihiris memanjang
10 biji cili hijau - belah dua n rendam air kapur sekejap selepas itu cuci supaya tiada bekas kapur di cili
Ikan bilis sedikit
Kicap manis n masin
cuka
Minyak

Panaskan minyak, masukkan bawang, halia n bwg putih kacau hingga layu, masukkan ikan bilis dan kacau hingga sedikit garing, masukkan cili kemudian cuka dan kicap. Rasa utk sesuaikan masam, manis n masinnya.


Kak Sya... jangan marah yer... hehehe...

Petang karang nak petik ulam raja dan dan pucuk ubi... pucuk ubi nak goreng saja la... dan ulam raja nak cicah sambal belacan... kena pakai cili yang beli la nampaknya .... nak kasi pedas... hehehe...



4 comments:

  1. sy pun teringin nak cuba resepi sayur cabai kak sya tu
    tp sy suka yg pedas ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka yang pedas, pakai cili padi ler... :)

      Delete
  2. Wah teruja tenguk pokok cili tu, kak sya mende lain boleh tanam tapi bila tang cili cam tak jadi aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tanam je kak... memang banyak masalah tanam cili yang manja. Dok cari masa nak semai cili padi plak nih...

      Delete