Search This Blog

Loading...

Tuesday, May 26, 2015

Perancangan Laman ke Taman...

Rumah kami memang betul betul laman... laman rumah...

Kalau ikutkan, aku dah minta dari hubby, kawasan belakang skit tu reserve utk aku bercucuk tanam.  Tapi dia tanam juga nangka.  Awalnya nangka tu kecik, ok la.  Tapi lama kelamaan pokok nangka tu jadi besar.... dan menutup keseluruhan kawasan belakang dengan pokok tu.  Jadi, tak sesuai aku bertanam kat situ.  

Aku minta kawasan tepi longgokan pasir tu untuk aku letakkan rumah hijau aku, tapi dia tak bagi... katanya nanti semak...

TENGOK TUUUU !!!

Itu masalah aku !

Baru jer aku berangan !

Kami ada benda ni (atap genting kot nama dia)... tak tau nak buat apa dah.  Kata tukang, nilai keseluruhan dalam RM2000 kalau beli baru.  Aku jadi sayang kalau nak buang gitu saja.

Aku kena cepat cepat clearkan kawasan ini, sebab kawasan ni luas skit dan dapat cahaya banyak.  

TAPI... atap ni sangat berat !  Gigih aku angkat skit skit tau... kalau tiap hari aku excercise angkat benda ni, mau panjang tangan aku... hahahaha... bayangkan aku pindah ke sana sini tu dengan angkat barang tangan ke bawah... mau tak panjang tangan aku ???



Kalau aku angkat dengan tangan ke atas... mau besar plak lengan aku...

HAHAHAHA...

Jadi gini kauuu !




Aku nak susun buat tempat untuk tanam pokok dan asingkan dengan rumput.  Senang hubby nak mesin rumput tak terkena pokok...

Ini pun sama... aku asingkan dengan rumput/tanah sekitar tempat yang aku letak baja/pokok yang akan beranak pinak.  Aku tak tahu cara ini akan dapat mengawal dia beranak dalam kawasan dia atau dia akan merebak juga ke luar dari kawasan ni.

Oh ya... ini kawasan untuk pokok BUNGA KANTAN.


Rumah luas gini... senang anak nak bermain...

x

Hubby nak biarkan kawasan lapang ni terus jadi lapang...

Rancangan aku, cuti sekolah ni, aku nak bercuti juga skit dan nak buat projek mengecat/varnish/polish pondok ni... serta nak tukar papan papan buruk dia.  Kiranya nak renew pondok ni disamping nak letak pokok tepi tepi dia... 

Aku tak berapa minat nak tanam bunga... jadi... bunga tu hanya ada jika ada... jika tak ada... aku tak beli.  Kalau ada orang nak bagi... aku tanam la.  Gitu la kaedahnya.

Aku akan lebih laburkan pada pokok yang boleh dimakan hasilnya...

Ok kot ?


Ruang ini, akan kekal hijau kosong gini, hubby kata, senang anak bermain... Yer la... anak kami masih kecil lagi... memang kawasan ini tempat kami bermain bola dan beriadah !


Apa pun, aku pun bukan nak guna keseluruhan laman... aku nak gunakan kawasan tepi tepi... tapi kawasan tepi tu ada pokok pokok besar... jadi... susah skit aku nak menanam.  Tapi nanti aku cuba usahan untuk tanam pokok bunga/sayur kat bawah pokok besar besar tu... mana mana pokok yang tak perlukan cahaya yang banyak.

Ok kut ?


p/s : 

kena belajar mengangkat barang dengan cara yang betul... larat ker aku nak angkat atap genting tu gini ? Huhuhuhu...



2 comments:

  1. okla.. rumah wani at least dah ada rupa laman sikit..rumah kami huru hara tau.. dgn batu.. lalang.. lalang tau bukan rumput.. sobss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Racun dulu la... nanti ok kot...
      Atas tu rumput campur campur... ada juga rumput kemuncup... alahai... seksa !

      Delete