Search This Blog

Loading...

Wednesday, May 27, 2015

Adik beradik aku...


Oleh kerana blog aku tak ada tema... suka hati aku la nak letak apa apa citer pun.  Kekadang citer resepi... kekadang citer anak anak aku... kekadang citer pokok... citer tukang... dan hari ini aku nak citer pasal adik beradik aku...

Itu atas tu gambar adik beradik aku.

Kami ada 7 beradik... dan sorang lagi kakak sulung yang merupakan anak ayah aku.  7 orang ini adalah adik beradik satu mak satu ayah.  Kalau ikutkan, kami ada 9 beradik, tapi 2 lagi simpan...

Korang tahu maksud simpan ?  Eerrr... yang sulung meninggal semasa dilahirkan.  Yang berikutnya kalau tak silap sebelum Kak Mar.  Tapi dengan 7 orang ni pun memang meriah hidup kami...

0. Mak Long  (anak ayah)  MekMbong  (macam maembong la sebutan dia... )
1. Pok De atau atau Abe atau Ramli... atau Mat Zain (nama ada dua sebab masa kecik dia sakit, lalu ditukar nama lain)
2. Mak Ngah atau atau Kak Ani atau Ruhani... kakak aku yang dok di Felda, Pahang... banyak berkorban jaga adik adik dia (kak mar dan ke bawah la)
3. Kak Mar atau Mak Teh atau Rohati... (Ma sebab dia minat Saloma... perasan betul !)
4. Mak Lang (aku ler tu)... orang kampung aku panggil aku Nor
5. Mok Chik ... adik perempuan aku
6. Pak Tam ... adik lelaki aku
7. Pak Su... juga adik lelaki aku


Kami semuanya dah berumur 40 ke atas.

Dah lama kami hidup... dah faham perangai adik beradik.  Dah tak berapa nak heran dengan kata kata atau perangai pelek masing masing.

Kak Mar dengan kaki perasannya...

Chik dengan kaki errr.... keras hati...

Aku ? Lembek !

Yang lain lain pun ada perangai masing masing.  Bila dah tua masing masing ni... baru kenal wasap... macam macam la yang di share...

Hehehe...

Kita ada group wasap family... adik beradik perempuan... adik beradik dah kahwin...

Apa yang nak diwasap mesti mengikut kriteria yang betul... kalau tak... nanti memalukan diri sendiri.

Dalam keadaan apa pun, aku syukur kerana punya ramai adik beradik yang boleh jaga diri dan bising beramai ramai.

Memang kekadang kami ada masalah... kami masing masing juga berbeza pendapat... tapi sekurangnya masih ada yang menyokong tu, kasi kuat semangat tu, kira ok la... kan ?

Yang tak best bila ramai adik beradik ni, masa kecik... asik saling suruh menyuruh dan dengki mendengki... malas basuh pinggan... malas kemas rumah...

Hahahaha....

Dah besar ni ... padan muka... semua kena buat sendiri...






No comments:

Post a Comment