Search This Blog

Loading...

Thursday, May 7, 2015

Kenapa bersemangat ?

Salam,

Tak pasti berapa ramai masuk pada hari kedua nih... hehehe

Apa pun terima kasih pada yang sudi melawat saya lagi.  Dulu saya banyak bercerita hal diri saya, suami, masa lalu saya dan anak anak saya..

Eh... tukar ganti nama la pulak hari ini yer ? Hahahaha... poyo !!!

Sekarang ni aku bahagia dengan 4 orang anak.

Maid (Ika) dah berenti kerja dan dah kahwin... ada anak pun.  Dia dok dengan kami selama 6 tahun... sewaktu Najmi dalam perut lebih kurang 4 bulan kot... Pada masa Ika datang, aku dah tak mabuk sangat dah.

Waktu dia datang, aku kerja dengan company, bukan dengan gomen.  Jadi, memang pack betul jadual aku setiap minggu.  Sibuk siang malam.  Selalu outstation.  Kekadang bawa anak kecil ke pejabat.

Dengan pengalaman memilukan bersama Aina yang dipanggil Kakak sekarang... aku bertambah matang menangani perasaan aku.

Anak anak yang lain ni masih menguji kesabaran sesekali.  Sikap Abang yang mengikut sangat perangai abah dia tu... suka mengarah... alahai... tak tahu nak buat macam mana.

Si Najmi, suka sangat merajuk dan mengamuk... ikut sangat perangai abah dia...

Kak Ya... suka marah... dan menangis... stress aku.

Apa pun, masa akan mengubah semua tu.  Sementara mereka kecik ni, perangai sorang sorang aku kena hadapi.  Mereka dah besar nanti, dengan aku pun mungkin bercakap dua tiga patah perkataan saja... entah la... tak tahu masa depan lagi...

Aku dan hubby ? Seperti biasa saja... ada turun naik...

Kehidupan aku yang sebelum ini hanya mengenai mereka dan mereka sahaja... dalam fikiran aku hanya mereka dan mereka sahaja... membuatkan aku kekadang letih.  Letih sangat.

Bila kita buat sesuatu untuk manusia... dan berharap untuk mendapat balasan... dari mereka... kita akan rasa kecewa jika tidak menerima apa yang kita harap.

Jadi, entah ada yang hadir tetiba dalam diri aku... aku ingin buat sesuatu untuk diri aku.

Pada mulanya aku mengubah diri aku.  Aku mula menjaga penampilan dan gaya aku semula.

Kemudian, aku bahagiakan diri aku... hadiahkan diri aku dengan sesuatu yang aku mahukan.

Kemudian, aku buat sesuatu yang aku suka.

Kemudiannya, aku mencari sesuatu perkara yang boleh membuat aku bersemangat untuk hidup.

Banyak perkara yang membuat aku bersemangat untuk hidup.  HIDUP... maksud aku hidup dengan gembira.  Biarpun ada banyak perkara menyedihkan dan melukakan hati aku... aku cepat cepat ubatkannya.  Kalau aku tak ubat... aku bimbang ianya akan melarat menjadi busuk.

Sekarang ni, aku beli barang untuk bertukang... beli gergaji mesin.  Beli itu dan ini... aku ingin habiskan masa terluang dengan buat sesuatu yang berfaedah disamping mengalih tumpuan hidup kearah yang lain.

Aku juga bertanam tanam.  Tak kira la ... utk dimakan atau untuk dilihat.  Hasilnya penting juga... tapi bukan matlamat sebenar aku.  Aku ingin buat sesuatu yang lain... sesuatu yang aku suka... dan aku pasti bila aku buat, balasan yang aku dapat tentu baik... kerana Allah yang akan beri ganjaran tu.  Misalnya, kalau aku menanam... selalunya... ada buah... itu adalah balasan utk susah payah aku.  Itu boleh buat aku lebih gembira.

Tetapi... sepanjang menanti pokok berbuah, melihat pokok pokok membesar juga buat aku gembira.

Oh ya... aku juga tidak menanam untuk orang lain.  Sebab itu aku tak menanam jika orang suggest tanam itu dan ini.  Aku tanam apa yang aku suka.

Tapi... yang paling beri aku semangat adalah kerana aku boleh share rasa gembira tu dengan orang yang ada perasaan yang sama seperti aku... yer... dalam FB.  Bukanlah spesifik orang... hanya mana mana group sahaja.

Sebab itu aku bersemangat...

Hehehe...

Semangat buat sesuatu yang aku suka... dan tambah semangat bila dapat share dengan orang lain apa yang kita suka.

Mana gambar ?

Nih hah ...

Aku juga buat benda benda gini... cuba untuk jadi kreatif... dan letakkan dalam fikiran aku benda lain selain benda yang aku malas nak fikirkan !






Telinga tak berapa nak jadi... nanti aku try tukar guna bahagian yang lain dari botol yang sama juga.

Ini sumber gugel.  Aku rujuk gajah ni la nak buat... hahaha...




7 comments:

  1. Hobby baru akak tu bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer la... penuhkan masa dan fikiran... :)

      Delete
  2. Waaah...kreatif kak...keep it up. Memang seronok kalau boleh buat apa yang kita suka, kan? I wish I can do the same as you. Tapi for now masih belum boleh, sebab terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang la... dulu pun tak leh buat juga... now... dah ok boleh la proceed !

      Delete
  3. saya teringin gak nak bertukang..suh suami pasang para kat dapo..dh nak masuk berbulan..geram..tapi nih dah ada baby kocik plaaakkk..

    dulu2 yg saya start menjahit tu, pon pasai nak alihkan tumpuan dr masalah..alhamdulillah, dpt la jana side income..walo tak lebat, tapi ada time2 org beli, dpt la belanja anak2 beli jajan..

    kalo nk menanam, mmg lah suka..tp tangan jenis hangat..semua mati..ekekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer la.. kekadang suruh orang buat... macam nak tak nak jer. Bertuah pada yang ada jenis senang disuruh.
      Alhamdullilah oren dapat juga income dari tu jual CD dll tu. Akak pun ada juga buat kerja sampingan utk dapat income... syukur pada Tuhan yang selalu menolong akak waktu akak memerlukan...

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete