Search This Blog

Sunday, October 11, 2015

Setting oven...

Ramai juga yang bermasalah untuk setting ini.  Ingatkan kita yang tak reti sebab tak biasa, sebenarnya memang untuk setting oven first time tu, kena try test berkali kali juga supaya faham caranya.

Jika oven perangai baik... settingnya mudah saja.

Contoh ini... 
Untuk masak kek (bain marie), letak saja kat suhu lebih kurang 160 - 180, api atas bawah, letak bawah sekali.  Panaskan dulu oven dalam 10 - 15 minit (sampai api padam), lepas tu masukkan kek utk 45 minit..

Lepas 45 minit... terus ok.  Terus angkat dari oven... kalau tak angkat terus... harus dia hangit.  Agaknya sebab dalam tu masih panas biarpun dah tamat masa.


Jika oven baru... kita boleh guna cara ini

1.  "Sis blh buat cmni kalo waterbath technique. 20 minit pertama sis guna api atas bawah gril acuan letak tengah2 sampai atas kek tu nmpk masak kekuningan. Pastu sis tukar g api bawah sahaja n tukar gril acuan ke takat plg bawah utk 40 minit. Tp kan biasanya waterbath ni sy letak 200 lepas tukar api bawah pun xda mslh"

2.   Klau oven baru kena panas suhu paling max selama 20 minit, bila masuk kek baru turun suhu.

3. Kalau kek tak masak guna suhu 180, try naikkan suhu kepada 200 (berperingkat)... dan sentiasa perhatikan kek... supaya tak hangit.

Ini test... tapi rasanya tidak perlu pakai set FAN tu.  Pakai api atas bawah tanpa FAN pun ok... dengan FAN pun ok.  Suka hati la...


Tengok dari sini... macam ok jer kan ? Ini buat masa sampai 55 minit kot... cucuk dah masak dah masa masa tinggal 10 minit, tapi gagah nak abiskan juga 10 minit terakhir sebab tengok kek dari sini macam ok jer kan ?


Bila keluarkan .... TUDIA... baru tahu... hangit kat belakang... HAHAHAHA

Sabor jer la...


Tak per... lepas ni kita try test set 200 suhu , masa 45 minit, api atas bawah, teknik bain marie, letak tray tengah... dan lepas 20 minit pindah ke bawah.

Semoga lepas ni berjaya !!!


No comments:

Post a Comment