Search This Blog

Tuesday, October 27, 2015

BROWNIES Tangkap Leleh By Hanieliza




BROWNIES Tangkap Leleh By Hanieliza  (edit utk dapatkan half adunan sahaja)

Bahan A

1/2 cawan susu cair
1/2 cawan butter cair
1/2 cawan air panas
1 cawan gula perang [brown sugar]


Bahan B [kacau rata]

1 biji telur gred B
1/2 s/k esen vanilla


Bahan C [ayakkan]

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat

Cara

[1]. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
[2]. Kacau bahan A supaya sebati.
[3]. Masukkan bahan B kacau rata.
[4]. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
[5]. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
[6]. Bakar selama 45 - 50 minit.
[7]. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.


KERIM COKLAT
Bahan

125 gm cooking coklat [cap tulip]
1/2 s/b butter/majerin
1/2 s/k susu cair


Cara

[1]. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
[2]. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
[3]. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
[4]. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.


Resepi Asal : http://daracomel.blogspot.my/2015/10/brownies-tangkap-leleh-by-hanieliza.html

No comments:

Post a Comment