Search This Blog

Monday, October 26, 2015

Pesta konvo

Pesta konvo kali ini lebih meriah untuk anak anak.   Katanya sebab kali ini, semua telah diswastakan kepada syarikat mana tah saya pun tak tahu.  Siapa nak berniaga pun kena melalui syarikat tu.  

Nampaknya mereka punya strategi menjadi...

Ada macam macam permainan, tetapi malam tadi layan ini sahaja...

Ini pun RM10 sorang tau !!!  Hehehe... rasa macam nak sewa sebijik letak kat depan rumah.  Main puas puas... hahaha...


Ada IRON MAN... tak pasti anak tahu atau tidak... hehehe... sebab mereka sebok bermain dalam istana belon tu sampai tutup.  Amik kau... keluar berpeluh dan dahaga tak hingat !

Saya... dengan pakaian pejabat pegi pesta... teruk benor !

Acara apa tah malam tadi... saya tak layan sangat... Dengarnya ramai tertipu sebab kata jemputan Salem, tapi tak ada pun... hehehe... orang tua tua zaman rock kapak nih la yang merungut !


No comments:

Post a Comment