Search This Blog

Loading...

Tuesday, October 13, 2015

Pancake mlm ini...

Malas nak ikut resepi susah, saya oter jer sendiri resepi.... Nak asing telur putih dan kuning payah bebenor. Hahaha.

Apa yg saya buat, mix jer sebiji telur dgn 3 sudu gula kastor sampai gebus atau putih.
Dah gebus, campur sesudu besar minyak dan satu cawan susu cair atau cairkan susu pekat yg ada kat umah sampai dpt secawan.

Mix lagi, campur esen vanila sesudu, tak ada tak kesah.

Campur dgn secawan tepung naik sendiri atau tepung gandum dgn sesudu serbuk penaik.

Mix sampai sebati.

Tuang ke dalam jag... Senang nak tuang dlm kuali nanti. Kalau adunan cair, senang tuang. Kalau pekat sikit, dia jadi tebal. Suka hati la nak macam mana.

Pan dipanaskan dan letak minyak. Keringkan dgn kain bersih sebelum tuang bancuhan.

Bila nampak berlubang, terbalikkan, tunggu seketika... Tadaaaa... Siap.

Coklat cair leleh

Satu sudu tepung coklat atau milo letak dlm kuali, campur 3 sudu susu pekat, air sikit mungkin 1/3 cawan, minyak jagung 2 sudu, kacau dulu skit, pasang api dan terus kacau sampai pekat.

Kalau kita kurang air dan bancuhan telah pekat sebelum api dipasang, rasa coklat sedikit pelek. Tak sebati agaknya. 

No comments:

Post a Comment