Search This Blog

Loading...

Monday, October 19, 2015

Rumahku syurgaku

Ini rumah, sedang dok aktif utk diubah sana sini. Kat luar, sedang ubah pagar, kat dlm nak beli perabut. Juga nak buat siling baru.
Semoga kami bahagia...

Ingat nak kaler bingkai cermin ni kepada putih.  Masalahnya cermin dia dah pecah lama dah... anak buat kot... tapi semua pakat tak ngaku.  Suka hati mereka la.  Nak ganti cermin ni, rasa macam susah plak.  Nak buang macam sayang.  Sedang fikirkan macam mana nak sorok corak pecah dia tu dengan benda lain...

Hmmm...  cermin utk meja console tu ada... kat bawah ni... hmmm... 
Masih tak susun elok elok lagi sebab plan utk betulkan siling... nanti mesti berterabur rumah lagi seminggu dua...

Kawasan ni kawasan menonton, tapi tak ada TV.  Ingat nak cari smart TV barang sebijik.  Tetapi, survey tengok harga... halamakkkk... kena buat tabung baru nampaknya lagi.

Hmmm...

Sabor yer...


Ini meja hubby baru beli, aku tak setuju letak dalam sebab kat luar tak ada apa yang sesuai utk orang datang rumah nak sembang.  Biasa kawan hubby akan dok kat luar jer sembang.... tak kan nak dok kat pondok... kat depan tu lebih sesuai.

Hubby takut rosak la itu ini... hmmm... biar dulu dok dalam.  Nanti dah beli sofa baru, kita letak kerusi rotan comey ni kat luar.

Dah la motor tu dok tengah rumah... alahai... 

Siapa ada motor baru, camna simpan motor yer ?  Kena buat garaj berkunci ker ?

Hmmm... sedang fikirkan nih !

No comments:

Post a Comment