Search This Blog

Loading...

Sunday, January 26, 2014

Romantik...


Sedang aku dan hubby makan kat meja makan, datang Amalia bertanya.

"Mama.. romantik tu apa ? Rokman ker ?"

"Bukan, romantik tu..... ", lantas aku bangun dan pegi dekat hubby.  Aku duduk atas riba hubby...

"Macam ni romantik "... sambil buat gaya manja...

"Ooooo..."


Agaknya sebab dia baca status FB aku ni....

"Ada org tunggu dipujuk... hmmm ... dia tak tau ker bini dia dah nak berenti romantik?"

-------------------------

Masa depan TV... sambil aku potong kuku hubby, Amalia dok kat depan kami.

"Mama... masa perkahwinan tu, tak malu ker ?" , kagum aku dengar ayat Amalia... siap word 'perkahwinan' tu yang tak tahan tu...

"Tak malu pun..."

"Kalau kak Ya, maluuu... orang ramai..."

"Mama tak malu..."

Dia bertanya selepas kami balik dari kenduri kawin...

"Perkahwinan orang buat apa ?"

"Orang dok atas kerusi... bersanding"


"Lepas tu ?"

"Lepas tu makan..."

"Lepas makan ?"

"Basuh pinggan..."

"Lepas tu ?"

"Lepas tu malam, tidor la..."

"Oooo... isteri tidor dengan suami ?"

"Yer la... macam mama tidor dengan abah...."

"Mama isteri... abah suami..."


Hahaha...

Macam macam la si Amalia nih... apa apa jer dia tanya....







No comments:

Post a Comment