Search This Blog

Loading...

Thursday, November 17, 2016

Keputusan UPSR abang.

Tadi keputusan UPSR dah keluar.

Saya tidak tahu perasaan anak saya.  Tapi, dari apa yang saya lihat, dia cool sahaja.  Abahnya yang call saya tanya itu ini.  Datang lewat selepas cikgu mula menyerahkan slip keputusan.

Hanya 2 orang sahaja yang dapat 6A di sekolah tu.  Ok la... anak yang hebat.  Semoga dia berjaya dengan usaha yang tidaklah sampai menjejaskan masa riang kanak kanak dia.

Abang ?

Boleh la...

Bila turun dari pentas, saya melihat result abang.  Satu satu subjek saya lihat.  Saya bandingkan dengan pencapaian keseluruhan anak anak sekolah.  Rasanya abang telah buat yang terbaik, dalam hati saya, dan bagi diri saya, saya bangga dengan abang.

Kelihatan abahnya melilau mencari abang.  Saya memanggil dan abang menunjukkan keputusannya. Suami memerhati satu demi satu.

"Kenapa subjek ni dapat B, haritu abang kata senang ?", suami mula bersuara.

"Ok la tu, subjek ni susah sebab dia KBAT", menjawab bagi pihak abang.  Menerangkan semula apa yang cikgu beritahu awal tadi.

"Kenapa penulisan dapat C ?"

"Ok la tu... pemahaman dapat A.  Tak ramai yang dapat A pun", saya backing abang yang hanya diam dan tersenyum seperti biasa.

"Tengok, subjek ni dapat A.  Abang macam mama.", hahahaha... saya memuji anak sendiri sebab dia ada ciri ciri otak seperti saya.

Saya menjeling juga keputusan kawan rapat abang.  Hmmm... tak apa anak.  Ini baru awal.  Panjang lagi masa.  Bagi saya, saya gembira abang mempunyai kawan rapat.  Nama anak ni, Syahmim.  Saya suka dengan persahabatan mereka.  Biarpun abang berpindah kelas lain, tapi mereka tetap bersahabat baik.  Tinggal setaman, mungkin itu menyebabkan mereka rapat.  Kekadang mereka buat group study bersama.  Saya tak tau sangat jika ada lagi yang bersama mereka.  Mungkin ada sorang lain kawan mereka.  Nama Afnan.

Mereka antara kawan rapat abang.  Saya suka abang ada sahabat yang baik.  Sahabat waktu senang dan susah.  Sahabat untuk bercerita dan bermain.  Mereka jenis 'lelaki' yang macho, yang slow, yang romantik, yang bercakap secara sopan, yang kurang bersuara hanya senyuman sentiasa bermain di wajah mereka.

Saya kata kawan rapat abang kerana pernah suatu ketika, Syahmim bermain bersama abang, tercedera berdarah muka dan mulutnya.  Abang bercerita sambil menahan sebak... dan akhirnya menitis air mata.  Abang sedih sebab kawan baiknya cedera.

Itulah semangat setia kawan abang.  Semoga abang sentiasa bahagia dan persahabatan abang berkekalan.

Dan disebabkan persabahatan itu juga, saya tidak sampai hati nak memisahkan abang dari Syahmim yang telah daftar di sekolah menengah yang berada berdekatan sebelah sekolah rendah sekarang. Biarlah dia sekolah di mana saja asalkan dia bahagia.  Bukan sekolah yang menentukan pencapaian individu kita.  Bukan juga pencapaian sekolah yang menentukan masa depan kita secara total.

Banyak lagi benda yang perlu kita hadapi... dan hadapilah semuanya dengan gembira.

Apa pun, semoga semua anak mama berjaya "JADI ORANG".

Semoga anak-anak mama berjaya dunia dan akhirat.  Semoga anak anak mama bahagia dalam dunia yang semakin mencabar ni.


No comments:

Post a Comment