Search This Blog

Monday, September 14, 2015

RESEPI KEK COKLAT

Ari tu buat kek manis ya amat... tak kena dengan tekak.  Jadi, nak try plak resepi si Diana ni, kot kena dengan tekak.  Mungkin bila letak susu tu, rasanya lebih lemak... tak la jadi manis kaw kaw... try dulu la...


RESEPI KEK COKLAT (dengan penambahbaikan dari resepi asal Diana)

bahan-bahan nya:-

1 cawan tepung gandum #
1/2 sudu kecil soda bikarbonat #
1/2 sudu kecil baking powder  #
(# bahan di atas boleh gantikan dengan tepung naik sendiri)

1/2 cawan serbuk coklat (atau serbuk koko - lebih murah)

2 biji telur ayam (jika guna gred B atau C, tambah bilangan telur)
1 cawan gula halus (gula kastor)
1/2 sudu kecil esen vanila

1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak (minyak jagung)

* 1 sudu besar ovelete
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1/3 cawan air sejuk peti ais

* pilihan sahaja, tak masuk pun tak apa.

Cara-caranya:-

Mula mula, panas kan oven, sapu mentega dan tabur tepung gandum sikit dalam loyang(ketepikan)

1- Jika menggunakan tepung tanda # Ayak tepung gandum,serbuk coklat ,baking powder dan soda bikarbonat (ketepikan), jika menggunakan tepung naik sendiri, tak perlu ayak.

2- pukul telur dan gula sampai putih.masuk kan esen vanila dan ovelete.

3- masuk kan susu pekat dan minyak masak..putar sekejap.cuma untuk sebatikan dia.

4- masuk kan tepung dan serbuk coklat serta tepung jagung...masuk kan sikit2 dan kacau..

* Selepas kacau sedikit, saya putar dengan speed perlahan.  Tujuan kacau supaya tepung tidak berterabur semasa putar

5-masuk kan dalam loyang dan bakar. kalau untuk oven saya biasa saya bakar dengan suhu 175 selama 60 minit.

Untuk topping
***********
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk coklat/koko
1 sudu besar mentega

Masak atas api paling perlahan... dan siram atas kek yang telah sejuk.  Hias suka hati.



Kredit utk : http://www.dianarashid.com/2015/09/resepi-kek-coklat-mudah-dan-sedap.html



No comments:

Post a Comment