Search This Blog

Tuesday, September 8, 2015

Kek Coklat Span gebus...

Dah berberapa hari dah aku menerai buat kek keju.  Dan kek coklat basah tu pun utk kak ya bawa pi sekolah.

Komen dari kawan kawan, kek sedap... dan terutamanya kawan lelaki dia, makan tak cukup, minta lebih lagi, sampaikan perempuan mungkin tak dapat.  Biasa la budak budak, berebut jer memang akan jadi gitu kot.  Insya-Allah, nanti makcik buat cups cake atau kek gini kita bahagi siap siap cukup cukup dalam bekas kecik kecik... ekekeke...

Malam tadi, aku yang lihat Snow cheese cake lemon Resepi Sheila Rusly yang buatannya mudah serta gebus sebelum sebelum ini teringin nak buat kek coklat gebus jugak.  Nak try yang resepi http://www.azlitamasammanis.com/2014/08/kek-asas-3-kek-span-coklat-yang-mudah.html , tapi teringin nak oter sendiri dulu resepi Snow cheese cake lemon, jadi, suka suki jer aku oter.

Kek ini gebus dan sedikit lembab (masuk tekak senang, tak lekat lekat nak minta air !).  Adunan yang aku guna adalah separuh (sebab nak test). Rasanya tak manis sangat, sesuai utk tekak orang tua tua yang tak mau kena kencing manis. HAHAHAHA...

Sebenarnya rasa kek ni dan texturenya lebih kepada kek SWISS ROLL tu... cuma tang tambahan kaler putih tu aku tak reti, apatah lagi nak gulung... ekekeke

Bila simpan dalam peti ais pun dia tetap gebus tak keras.  Lebih sedap lagi sebab sejukkkk jer masuk tekak... hahaha...

Di bawah adalah kejadian kejadian masak kek coklat span gebus.  Saya menggunakan teknik water bath (bain marie) utk mengelakkan kek hangus kat tepi.


Masih guna teknik water bath

Kek cantik tak merekah dan tak berlubang lubang...

Kejadian tepi pun tak hangit... nampak gebus !

Dan rasanya memang sangat sangat kena pada tekak orang tua tua... Utk yang muda skit, letak la topping kasi manis.



RESEPI Kek
Coklat Span Gebus 

(oter dari resepi Snow cheese cake lemon Resepi Sheila Rusly)

6 biji telur (bergantung pada gred, kalau gred C, kena tambah 2 biji kot)

100gm gula halus  (saya gantikan dengan gula kastor, sebab gula halus tak ada)
100gm tepung gandum  (ini saya guna tepung naik sendiri)
1 sdt baking powder  (bila guna tepung naik sendiri, ini tak perlu)
40gm tepung coklat
60gm tepung jagung
50gm air sejuk (lebih krg 1/3 cwn)


2 sb ovellete
75gm mentega cair  (saya guna butter)

Topping

- Ini kelemahan saya... saya tak reti buat toping lagi.  Nanti kita try sampai berjaya, baru post semula cara buat topping yang betul.  Ekekekeke....


Cara-cara :
1) masukkan semua bahan kecuali mentega. Kacau sedikit supaya tepung tak berterabur bila diputar sampai gebu. Jangan terlalu lama sangat putar, nanti kek naik dan turun semula (mungkin dalam 15 minit).  


Sementara itu, panaskan oven suhu 150 dan letak tray yang ada air (panaskan dalam masa 10 - 15 minit) semasa kek diputar. 


2) masukkan mentega cair. Kaup sebati pakai senduk (tak yah pakai mixer)
 

3) tuang adunan dalam acuan yang dah di gris dengan mentega dan bakar kekuningan dalam masa 45-50 min atau sampai kek masak.

4) Dah masak, letak topping suka hati. 


Note :
Utk bakar, apa yang saya buat, saya setkan masa 55 minit, dan biarkan oven panas.  Bila masa dah 10 minit (timer dalam 45 pada oven), saya masukkan bekas kek pula.  Utk oven saya, selepas bunyi 'ting', saya buka dan cucuk, memang terus masak (tidak perlu masa tambahan).
Keluarkan  kek cepat cepat dari oven dan tunggu skit masa, terus keluarkan kek dari bekas dia letak atas redai (ini petua agar kek tak turun semula)


Lepas lepas ni nak try jugak ganti butter dengan minyak jagung, tengok apa jadi... kalau ikutkan resepi SINI, dia pakai minyak jagung jer.  (tepung kek tak ada, tak boleh ikut resepi dia !)  Ini kes malas nak cairkan butter... ekekeke...




Untuk rujukan, jenis tepung : http://maszie.blogspot.my/2014/03/mengenal-berbagai-macam-tepung.html


Lepas ni nak buat semprit plak... masalah acuan dia tak ada lagi... huk ala... Resepi kuih Dahlia / Semprit  dah ada, tapi acuan plak tak ada... acuan yang ada tu macam tak sesuai jer... alahai...

No comments:

Post a Comment