Search This Blog

Loading...

Thursday, September 10, 2015

Cheese cake cara malas...

Utk buat cheese cake tu, aku telah oter resepi supaya aku tak la kena buat kerja banyak.  Campak campak jer dalam mixer, terus jadi... ekekekeke///


Ok... kita oter resepi ini

Resepi Sheila Rusly

Snow cheese cake lemon

6 biji telur
100gm gula halus
100gm tepung gandum 100gm tepung naik sendiri
60gm tepung jagung
50gm air sejuk (lebih krg 1/3 cwn)
1 sdt baking powder
2 sb ovellete
75gm mentega cair   75gm minyak jagung

* Note : Kalau guna tepung + baking powder, kena ayak dulu... tujuan tak pasti, jadi mudah kalau pakai terus tepung naik sendiri.  Tapi kalau ada masa nak ayak simpan banyak banyak, worait jer.
* Kalau pakai mentega/butter, kena cairkan dulu... leceh la pulak !  Tapi kalau pakai butter, dia gebus sangat... tak banyak la beza dengan pakai minyak tu... kira boleh la bagi orang malas macam aku nih.

Topping
250gm cream cheese
1/2 tin susu pekat
* 5 sb jus lemon
(putar bahan topping ni sampai gebu. Jus lemon tu tambah sendiri. xnak bubuh pun takpe. Kalau nak rasa masam2 letak la jus tu ye)

1/2 kotak ceddar (yang buku)

Cara-cara :
1) masukkan semua bahan kecuali mentega. Putar sampai gebu.
2) masukkan mentega cair. Kaup sebati pakai senduk (tak yah pakai mixer)   Masukkan minyak sedikit demi sedikit semasa mixer diputar dengan mode paling slow.  Sekejap saja sehingga minyak abis.
3) tuang adunan dalam acuan yang dah di gris dengan mentega dan bakar kekuningan. Suhu 170 dalam masa 45-50 min atau sampai kek masak.
4) Tunggu kek betul2 sejuk, potong kek kepada dua bahagian. Sapukan topping cream cheese tadi kat lapisan tengah kek dan kat seluruh permukaan kek.
5) parut ceddar cheese buku tadi sebagai hiasan. Done!




Agak nak masak tu, try cucuk.  Kalau dah cucuk (dengan lidi bersih bukan jari !) dan lidi bersih tak melekat, terus keluarkan dari oven biarpun tak cukup masa... terutama bila anak anak asik tanya "Dah masak belum mama ?" banyak banyak kali.... hahaha... sabor jer la. 


Terbalikkan letak atas redai.  Katanya utk kasi kek tak turun semula.  Tapi aku buat, dia turun jugak... ekekeke... agaknya salah pukul sampai kembang teramat kot...

Letak creame cheese...

Tabur dengan cheese ceddar yang diparut...

Simpan dalam peti ais kalau ada baki selepas anak makan... ekekeke... 

Hari pertama buat kek gini, tak sempat simpan dalam peti ais.  Ini dah hari ke seminggu kot, baru la boleh simpan dalam peti ais dengan tak berusik gini... 




No comments:

Post a Comment