Search This Blog

Tuesday, August 14, 2012

Last day...

Hari ini last day kerja sebelum raya.

Semalam, si abang teruk sangat... mengamuk kelaparan sedangkan jam baru menunjukkan pukul 6.45 ptg.  Asyik la tanya aku lagi berapa lama nak buka posa.  Kalau aku jawab betul... mengamuk jugak, sebab lambat lagi.  Kalau aku bohong, sat lagi tanya lagi dan lagi dan lagi... penat aku nak jawab.

Last last dia masuk bilik mengamuk dalam bilik.  Adik adik dia mengadu kat aku la... aku tak tengok sebab aku sedang masak.  Lepas seketika dia dah senyap.  Aku abaikan. Macam citer upin ipin plak...

Bila abah dia balik, aku tukar tugas dengan abah dia, abah dia continue masak cucur udang dan air untuk diminum sebab aku sakit pinggang... aku masuk bilik tengok abang dah tidor.  Hmmm...

Bila berbuka, abang sedang tidor.  Aku bangunkan dia, dan hulurkan segelas air.  Tuang dalam mulut dia dalam keadaan dia mengantuk.  Hmmm... manja betul anak tu.

Sahur malam tadi pun dia susah nak bangun.  Entah apa dua beranak tu buat sampai abang susah nak bangun sahur.  Aku tak tau apa mereka  buat sebab aku tidor awal.

Sahur malam tadi, aku kejutkan abang bangun dan dia sangat mengantuk sampaikan tak boleh makan nasik. Aku suapkan dia semulut semulut... hehehe.... teruk teruk...

Harap hari ini dia boleh abiskan posa dan tak mengamuk.

So .... kepada semua kengkawan...

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI...

KEPADA YANG BERJALAN JAUH, HATI HATI DI JALAN RAYA...

MAAF ZAHIR DAN BATIN...

MOGA BERTEMU LAGI...


2 comments:

  1. awal akak cuti..saya keje sampai jumaat.harap2 jumaat tu bos bagi balik awal ;)

    selamat hari raya kak
    maaf ye kalau ada salah silap selama kita kenal
    demi Allah takde niat nak sakitkan hati sesiapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya... akak pun sama... masuk keje lambat lagi...

      Delete