Search This Blog

Loading...

Wednesday, August 1, 2012

Jemus makan nasik....

So, ingat hari ni nak tukar makan mee pulak.  Resepi seperti biasa dapatkan dari internet.  Now, ada dua pilihan nak buat, samada mee kari atau mee udang...

Resepi mee kari dapatkan dari http://whatsout-there.blogspot.com/2012/07/mee-kari-ala-cina.html  .  Lom try lagi, tak tau la sedap ker tidak komen anak anak.  Yer la... anak jenis kurang suka makan benda yang banyak sangat benda benda atas dia... mereka suka makan mee dan kuah dan udang saja... tak ada sayur tak perlu fish cake dan segala makneka... Tapi mama dia ni teringinnnnn sangat bila tengok blog arena... cis !

Dan resepi mee udang dah amik dan try dulu... nampaknya sedappppp...  tak ingat copy dari mana, so, sesapa yang tengok ini resepi dia yang punya, minta maaf yer... dah lupa urlnya,


MEE UDANG

2 paket mee kuning - di celur
1/2 kilo udang - asingkan kulit & kepala
1/2 ekor ayam

Bahan2 Utk Dikisar

2 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
8 - 10 tangkai cili kering

Cara-cara

Rebus ayam dengan 10 cawan air selama 30min. Angkat biarkan sejuk dan asingkan isi ayam. Tulang ayam simpan dulu.
Kulit & kepala udang digoreng hingga kekuningan/caramelised. Masukkan dalam air rebusan ayam & rebus utk 15 min atau lebih.
Keluarkan kulit & kepala udang dari air rebusan dan masukkan tulang ayam dan teruskan merebus. Kulit & kepada udang dikisar dengan 1 -2 cawan air dan masukkan dalam air rebusan.
Guna minyak yg goreng kulit udang tadi untuk menumis bahan2 yang dikisar. Tumis hingga keluar minyak dan ada bau sikit kemudian tuangkan dalam air rebusan.
Masukkan udang yg dah tak berkulit. Imbang rasa kuah dengan garam & gula/perasa. Jika nak sedikit pekat boleh tambah 2 sudu besar tepung jagung. Tambah air jika perlu.
Hidangkan dengan sawi/kangkung, taugeh yg dicelur, tauhu goreng, telor rebus, daun sup & daun bawang, cili potong & bawang goreng.


p/s : Petang karang nak beli bahan dua dua resepi kat atas.  Esok buat yang satu lagi.


2 comments:

  1. hahha..saya baru je salin resepi mee kari ala cina dr blog arena..gigih salin tau sbb xleh copy paste

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ler... apasal tak leh copy paste ? Nah amik nih

      Resepi Mee Kari Ala Cina

      Bahan kisar
      3 ulas bawang putih
      10 ulas bawang merah
      2 batang serai
      5-6 sudu cili kering blend
      1 inci belacan

      3 sudu kecil serbuk ketumbar
      Santan dari sebijik kelapa
      Udang dikopek kulit dan rendam kulit dan kepalanya dalam air panas (malas nak buat stok)
      Semangkuk kerang
      12 bijik tahu kering
      Fish ball dan fish cake jika suka
      Daun kari
      2 sudu chicken stock (opt)
      2 keping asam keping

      Dimakan bersama
      Mee atau bihun
      Taugeh dicelur
      Kacang panjang dicelur
      Telur rebus
      Limau kasturi

      Sambal
      5- 6 sudu besar cili kering blend
      Sebijik bawang putih dilenyek
      2-3 sudu minyak masak
      Garam + gula

      Cara-cara
      1. Tumis dengan minyak yang agak banyak bahan kisar dan serbuk ketumbar, sehingga pecah minyak dan daun kari..
      2. Masukkan udang
      3. Masukkan santan, air yang direndam bersama udang (jgn masukkan kulit tu sekali ye) dan chicken stock,
      4. Kacau sehingga mendidih, dan masukkan tahu kering, fish ball, fish cake, kerang dan asam keping
      5. Masukkan garam dan gula.
      6. Siap untuk dhidang with bahan-bahan sampingan
      7. Tumis bahan-bahan dengan api perlahan sampai pecah minyak

      Delete