Search This Blog

Loading...

Thursday, August 9, 2012

Gaji dah masuk !

Gaji dah masuk... tapi bonus raya yang kerajaan umumkan tu aku tak dapat.  Huhuhu... bila tah kami nak dapat bonus.  Boleh dapat ker ?  Kalau boleh dapat, aku nak simpan dalam ASB skit... duit ASB tu asik la dok korek... aku teringin nak ada duit ASB sebanyak 100K... wah... rasa macam kaya kau...

Semalam bincang dengan hubby.  Nampaknya dia orait jer nak beraya di Pahang atau kenduri rumah Kak Ani.  Berita baik nampaknya.  Tak sempat nak gaduh, dia dah mengalah... hahahaha... Agaknya dia dah agak aku nak ngamuk ker apa yer ?  Kan aku siap warning warning dia yang asik berat hati nak  pergi Kuala Ketil... siap aku cakap suruh dia balik Tepen sorang sorang atau dengan anak saja... macam aku yang balik sorang atau dengan anak anak... padan muka dia.

So, abis la satu langkah nak tunjuk perasaan... kita ke langkah seterusnya...

Oh ya... semalam dia nak pegi Penang.  So, dia suruh aku makan apa yang ada kat umah.  Aku cakap tak ada apa kat umah nak dimasak.  Dia suruh aku beli.  Aku kata tak ada duit...  Aku suruh dia beli ayam kat depan tu sebab nak buat masak kicap... atas permintaan anak anak.  Tapi dia malas nak pegi market... katanya susah nak parking.

"Itu tanggungjawab abang... suka hati lah abang nak buat apa pun.  Anak anak yang minta"

Hehehe... gitu la jawaban aku bila dia nak mengelat.

Dia dok bruk brak bruk brak jugak... tapi aku buat tak heran jer...

Last last petang tu aku tengok dia beli la ayam masak merah... dan juga bawak balik bubur lambok.  Ayam masak merah tu anak tak makan... sebab tak sedap sangat.  Silap aku tak basuh ayam tu dan buat masak kicap plak.  Aku cuma buat sambal yang lain... yang anak suka makan jer... hmmm... tak apa la... Sok sok hubby bawak balik ayam siap masak, aku basuh semula buat masak kicap... Aci tak ?

Tah hapa hapa...


8 comments:

  1. mcm2 la akak ni tau ;)
    anak saya pun tak makan makanan beli
    baikla goreng telur dgn kicap je
    laju dia makan

    ReplyDelete
  2. Wah... ada idea la... buat goreng telur kicap... good good. sebenarnya anak anak ni nak makan simple jer... tak payah yang boh rempah herba bagai...

    ReplyDelete
  3. Macam macam peangai org lelakia ni ek.. Cik hubby zar klu banyak songel nak beli lauk basah.. Makanlah nasi ngan garam je.. Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... biasanya dia ok jer... tapi now ramai orang kat market, susah parking, itu yang dia malas tu... dan biasanya juga, kami suruh si Ika jer beli kalau dia malas... hehehe...

      Delete
  4. tak sedap la kalo ayam tu, basuh n buat kicap..tak ori..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala... budak budak tu bukan nak makan ayam sangat... lebih nak kuah kicap jer...

      Delete
  5. kenapa xdpt bonus? saya pun xdapat..sedeyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab bukan staf kerajaan buat masa sekarang... jangan sedih sedih yer...

      Delete