Search This Blog

Loading...

Tuesday, August 14, 2012

Pukul Amalia lagi...

Pagi tadi aku pukul Amalia lagi... teruk dia kena pagi tadi.  Tapi, dia selalu balik semula pada aku.  Dia mengadu kata sakit, aku jawab memang sakit.  Aku suruh dia masuk tadika, dia tetap berkeras tak mau masuk.  Dia tak mau berada ramai ramai bersama kanak-kanak lain.

Sakit betul jiwa aku nak mengajar anak sorang tu.

Aku rotan dia di depan cikgu cikgu tadika.  Sampailah ada sorang cikgu yang ambil dia.

Tapi semasa dia kena pukul, dia menangis dan gosok mata.  Dia kata matanya sakit, mungkin masuk habuk... sempat lagi aku tengokkan mata dia... dan tiup tiup...

No... aku tak naik hantu biarpun aku sedang marah dia.  Dia tetap kena pukul bila dia berdegil.  Dalam keadaan marah, aku angkat seluar dia dan lihat jalur berbirat melintang sana sini kat betis dan peha dia.  Harus aku kena tahan dalam lokap kalau cikgu dia report kat polis/teledera nih.  Aku sedih...

Yang pukul adalah aku... yang sakit anak aku... tapi yang luka berdarah adalah bibir aku... hati aku...

Hmmm....


4 comments:

  1. semalam saya pun pukul abam ;(
    betul2 buat sy naik hantu semalam
    dah nak berbuka buat hal
    saya cakap kat dia 'org berbuka makan nasi,abam berbuka dgn airmata'.dia tido,saya yg sedih

    ReplyDelete
  2. akak, ummi ni jarang sangat pukul anak, kalau sekali pukul naik hantu gak.... bila depa tidoq, kesian sangat tengok...

    tapi selalu buat drama lah... siap buat2 nak lari lagi kalau anak tak dengaq cakap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun jarang pukul... selalu sayang mereka atau gigit manja... :)

      Nanti nak buat drama larik dari rumah la nanti...

      Delete