Search This Blog

Tuesday, July 17, 2012

Selamat menyambut bulan puasa...

 
19hb aku akan pergi ke JB.  20hb ada presentation/demo.  Sebab pergi berperang tak cukup hulubalang.  Sangat tidak selesa.

Kata orang, jika silap gaya, kita akan kelihatan bodoh !

Tapi, untuk pengalaman, aku pergi juga.  Jika difikirkan, sangat malu untuk menunjuk sesuatu barang yang kita tahu tidak begitu berkualiti berbanding barang orang lain.... tetapi fikirkan semula, sekurangnya, kita tahu apa kehendak pengguna supaya kita boleh perbaiki lagi barangan kita.

Dari pengalaman, aku tahu, kami pergi ini hanya untuk memenuhi permintaan.  Tidak ada peratusan langsung untuk pihak di sana bersetuju mendapatkan produk kami....

Kami akan cuba secara perlahan untuk berubah dan memperbaiki lagi...

Jika ada sesuatu yang baru yang kami boleh buat sendiri, kan best... tanpa bergantung pada produk sedia ada....

Hmmm... faham ker ? Tak faham kot...  Tapi, kalau bos aku baca, tentu dia faham !

Selamat berpuasa kepada semua.  Tahun lepas aku bersahur sendirian kat hotel.  First day puasa tahun lepas kat tempat orang...  Tahun ini, hubby siap marah marah kalau tak sambut puasa dengan dia... dan anak anak kami.  Hmmmm... aku dah lupa, tapi dia tetap ingat hari dia bersahur tanpa aku... huhuhu...

p/s : Itu tanda dia sayang ker ?
Posted by Picasa

4 comments:

  1. Oh...jauhnya dari Kedah ke JB. Mai lah Pasir Gudang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegi 19, balik 20... so, tak sempat ke mana mana... dok kat hotel GrandBlueWave. Lepas tu pegi Bandar Dato' On...

      Delete