Search This Blog

Loading...

Wednesday, July 4, 2012

Fitnah 2


Gambar hiasan... 

Semasa aku praktikum di Penang, kilang HP, aku praktikum bersama cosmet aku.  Bila jauh sangat, aku cadang nak dok dekat skit dengan kilang.  Jadi, aku sorang cari rumah area situ, sewa katil jer... hahaha... tau dak jenis sewa dalam bilik yang ada 4 5 orang tu, kita dok dalam bilik tu atas katil... macam budak sekolah pun yer... kenangan betul...

Masa aku masuk rumah tu, kebanyakkan budak budak lain adalah pekerja kilang.  Kebanyakkan mereka adalah bahagian production kalau tak silap aku.  Mungkin ada sorang atau dua orang yang jadi kerani ker apa tah bahagian admin.

Jadi, salah seorang roommate aku ni kerani.  Dia ada cakap something mengenai budak kilang... aka Minah Kilang nih... ala ala macam dia tu lebih hebat dari budak budak kilang bahagian production tu ler...  Aku senyap jer la... malas nak cakap yer atau tidak, sebab adik aku si Achik tu kerja kilang masa tu... tapi kat Shah Alam.

Semasa awal tu aku happy jer dengan mereka.  Memang ada la situ sini hal biasa perempuan buruk kan orang itu ini, tapi aku tak ambil pot pun.  Suka hati la mereka.

Tetiba one day, aku lihat sikap mereka berubah 360 darjah pada aku.  Semuanya kelihatan benci sangat pada aku.  Aku tak faham satu apa pun.  Aku tetap tegur tegur mereka.  Aku tetap posa dan makan dengan mereka sedangkan muka mereka sangattttttt benci pada aku.  Malahan buat tak tahu jer pada aku dan tak tegur pun aku.  Aku tegur pun mereka buat tak dengar... kesian kat diri aku sendiri... huhuhu...

Ada aku dengar rumors kata aku ngorat pakwe mereka.... hahahaha... tah hapa hapa tah.  Ada juga rumors kata aku ni berlagak itu ini la.

Last last ada la sorang budak tu agaknya kesian kat aku yang terpinga pinga tak faham dan buat tak tahu jer biarpun orang benci kat aku, dia pun ceritakan la apa sebenarnya terjadi.  Dia kata, budak roommate aku yang kerani tu kata yang aku ni pandang rendah ker apa tah (tak pasti dah tak ingat !) pada budak budak kilang.

Hmmmm... balik atas paler aku pulak ? Adik aku pun budak kilang, aku cakap pada budak tu.  So, aku jelaskan la pada budak tu sorang apa yang terjadi sebenarnya.  Lepas lepas aku baik dengan dia jer.  Dengan yang lain, mereka masih tidak terima aku.

Pada hari terakhir aku praktikum, aku karang surat yang panjang, aku tujukan pada mereka sorang demi seorang.  Dalam surat panjang yang mereka kongsi bersama tu aku ucapkan terima kasih pada orang yang aku suka dan sayang... bla bla bla.  Sampai part yang kerani tu, aku jelaskan pada dia tentang fitnah yang dia buat pada aku... aku tanya kenapa dia buat gitu sedangkan pada masa nak masuk tu dia yang cakap begitu, lepas tu tetiba dia kata aku yang pandang rendah pada budak kilang.  Aku cakap juga yang adik aku bekerja kilang di Shah Alam... bla bla bla... panjang lebar la...

Update... 


Aku baru teringat, dalam surat tu aku buat gaya bercakap dengan dia dan buat gaya aku tak tahu dia fitnah aku.  Aku hanya cakap apa yang dia cakap pada aku dan aku cakap kat dia  aku tak setuju kenyataan dia sebab adik aku juga kerja kilang.  Tujuan aku buat begitu supaya dia tidak cari/serang siapa yang pepandai cerita pada aku.  Yer la... aku nak keluar rumah.... selamat la... yang tinggal tu camna ? Tentu dia akan cari siapa yang cerita pada aku kalau aku beritahu dia aku tahu pasal fitnah yang dia buat pada aku... kan ????  Yang budak budak lain pulak, sebelum sebelum tu asik dok cakap kat aku dia perasan bagus, tetapi yang mereka pegi percaya kata kata dia, satu hal la pulak.  Siap la boikot aku.... adoiii.... 

Selepas itu aku dah tak pegi jengok mereka dah.  Bila aku kerja di Penang kalau tak silap aku, dengan siapa tah aku makan kat kedai... mungkin dengan adik aku agaknya, ada sorang x-housemate aku ni tegur aku.  Cakap dengan baik sekali biarpun pada saat akhir tu dia sangat benci aku. 

Dia cerita pada aku apa yang terjadi selepas mereka baca surat aku beramai ramai....

Hehehehe...

Dia cerita, pada hari tu, si kerani tu sangat bengang giler.  Dan dia berjanji untuk cari aku dan bunuh aku.

Wah... dasyat betul.  Masa aku dengar tu aku takut jugak... kan aku ni penakut.

Lepas tu, aku rasa sangat lega.... hahahaha....

Tah hapa hapa aku ni masa muda.... kenangan betul...

Posted by Picasa

4 comments:

  1. *tepuk.tepuk.tepuk*
    akak sgt berani buat mcm tu
    sekurang2nya akak perjelas pd diorang kisah sebenarnya.soal dia bengang smpi nak bunuh akak tu..salah dia sendiri.kena balik kat batang hidung dia..malu le tew

    sy pun byk kisah zaman bujang dan menyewa tp malas nak tulis balik.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... rasanya itu saja kisah akak kena fitnah dan akak berani fight my right. Yang lelain, akak diamkan ajer... huhuhu... penakut jer akak nih...

      Pernah sekali akak sound kat sorang budak opis... "Kalau nak cakap tu, biar berdepan..." gitu ler lebih kurang... satu ayat jer... siap dia pi jaja kat orang kata akak ni serang dia... Adoiii la...

      Itu yang maleh nak lawan tu... lawan fitnah... penat jer nak layan...

      Delete
  2. Hehehe.. Fitnah ni sikit sebanyak memang makan dalam kan.. Zar pun banyak kali difitnah tapi malas nak fikir.. Asalkan kita di pihak yg benar.. Kita sabar je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang la makan dalam.... sampai ke tulang.... Tapi macam mana kita nak menanganinya, samada nangis, maki balik atau diamkan diri buat tak tau...

      Saya ni lebih banyak nangis dan diam diri... huhuhu....

      Delete