Search This Blog

Loading...

Sunday, July 1, 2012

X - Bila tidak pandai bela diri...

X tu macam X-Karoot Komedia tu la... X can be extra... ekekeke...

Ok... Malam tadi sepatutnya budak Mia dan Anuar tu keluar rumah.  Hubby aku ada di KL.  Berkali kali hubby suruh aku/Ika tengok samada mereka keluar rumah atau tidak, kami lihat tiada pula lori atau barang barang mereka angkat.  Nampak senyap seperti tiada apa-apa.

Hubby ada call mereka suami isteri berkali kali.  Tidak diangkat... giler !

Lepas dah dekat malam tu, baru mereka msg nak keluar esok (mean hari ini la, 1hb).  Giler !

Aku pun cakap dengan hubby, mana boleh, kita dah janji dengan orang, dia nak datang 1hb nak sewa.  Kita tak boleh postpone sebab dia nak start keje 2hb.  Budak baru tu nama Muna.  Itu memang janji aku pada dia...  Sebab tu masa aku nak buat janji dengan orang tu, aku call si Mia berkali kali nak pastikan samada dia nak postpone pindah atau tidak, tapi si Mia marah aku sebab aku call dia banyak kali bla bla bla...  siap la cakap dengan marah, dia akan keluar hujung bulan dan jangan call dia lagi !!!

Now, padan muka dia.

Bila hubby sampai, dia singgah dulu kat umah sewa dan pesan dengan tegas (aku agak la sebab aku tak ada kat situ !), suruh mereka keluar jugak malam tu atau paling lewat esok.  Boleh pulak mereka minta nak keluar 15hb ... Giler !!!!

Lepas tu... banyak la lepas tu... aku kena setle dulu kes ni hari nih... nanti aku sambung lagi... hehehe...

Kelakar ada... sakit hati pun ada... tapi... kalau fikirkan, itu memang sikap manusia.  Bagaimana kita nak hadapi dari segi emosi kita, dari segi perundangan (law) dan tolak ansur...




2 comments:

  1. mmg byk mslh diorang ni
    cakap belit2..takutlah tu sbb dah kena pindah
    lain kali jgn cari pasal dgn orang ;)

    ReplyDelete
  2. Yer... banyak masalah.... tapi akak tak mau terlibat dengan masalah mereka...

    ReplyDelete