Search This Blog

Loading...

Wednesday, July 4, 2012

Fitnah 3

 
Satu sikap aku yang aku sedang cuba ubah adalah untuk bercerita pada orang apa yang patut sahaja.  Hehehe... aku cerita kat blog ok la kot....

Dulu... aku jenis berterus terang... dan jenis jujur (aiceh... rasa geli pulak !).  Kalau orang tanya pendapat aku, aku cakap apa yang aku rasa terlintas dalam paler aku.  Kalau orang nak tahu pasal aku, aku cerita dengan jujur tak selindung selindung.

Dan, waktu mula masuk kerja kerajaan, kengkawang opis tanya gaji aku berapa.  Berapa tangga gaji aku.  Aku ni lurus, betul bendul, cakap kat mereka P berapa dan T berapa.

Hmmm... ini kesilapan sangat besar !!!!

Kepada sesiapa kat luar sana, jangan cerita pada orang ramai berapa P and T anda.  Atau berapa gaji anda. 
Aku fikir, benda tu biasa saja.  Bagi aku, gaji tu small matter jer.  Rupanya bagi orang lain, benda tu sangat sangat sangat besar !

Aku tak tahu gaji mereka.... sungguh !!!  Bila mereka tanya hal gaji aku, aku cakap gaji aku sahaja.  Kalau gaji mereka rendah dari aku... mana la aku tahu... kan ?

Ada lagi beberapa sikap teman seopis perempuan yang aku tak dapat sertai... iaitu acara mengumpat dan berkumpul beramai ramai sambil bersembang apa tah aku tak faham.... dan perbuatan tu selalu plak tu.  Ada beberapa sebab membuatkan aku memencilkan diri aku dari mereka.  Salah satu sebabnya adalah kerana aku ada masalah dengan suami.  Sebab kedua aku tak ada anak lagi.  Dan sebab ke tiga kerana aku suka buat kerja.... kalau tak ada kerja, aku akan cari kerja untuk memenuhi masa lapang aku selain dari bersembang mengata hal orang atau menyelidik hal orang.

Hmmm... fitnah berleluasa mengatakan yang aku ni berlagak dan sombong dan tah hapa hapa lagi la sampai kebanyakkan orang benci pada aku dan mencari silap aku.  Dari awal lagi mereka benci tanpa aku tahu sebabnya.

Kemudian mereka cerita yang aku ni suka chatting.  Aku masuk forum kampung, aku masuk forum IT... aku masuk website orang... ICQ... IRC.... dan macam macam la chatting room... termasuk Kedai Kopi.... ini kerana aku sangat sangat berminat nak buat website sendiri.  Aku nak belajar.

Bos mula marah marah pada aku.  Hmmmm.... siap aku tanya dia, adakah bila aku chatting bil internet akan bertambah ?  Hahahaha... berani kan ???  Dia sangat marah bila aku bertanya begitu.  Tah hapa hapa aku... aku tanya dengan jujur sebenarnya, manalah tau mereka sangat bengang sebab bil internet melambung bila aku chatting.

Benda ni berlanjutan sampai bila tah... fitnah ni buat aku ni macam hampeh jer... Yer la... jangan chatting kalau tak ada kerja !!!! Sembang ramai ramai berlonggok sambil picit paler ker apa ker ok... sambil mengata orang... sambil selidik hal peribadi orang... ok !!!

Hmmmm....

Sampaikan, kawan pejabat aku lelaki, si Y... yang baik dengan aku sekarang ni pun cakap, duluuuuuu sebelum kenal aku, dia dengar citer aku macam macam... dan dia pun benci/tak suka aku.   Hehehehe....

Patut pun, masa kami bukak kedai jualan masa konvo dan aku nak bermesra dengan member pejabat, bila tangan aku kena air panas, aku ngadu kat si Y tu, dia buat bo layan jer... punya la benci dia kat aku.

Lepas tu, ada sorang budak tu, nama dia Art Lala (ada la sebab orang panggil gelaran tu !), dia cakap kat aku yang budak tu tak suka aku.... huhuhu... sedih aku....

Tapi tak apa... aku teruskan hidup aku... cam biasa dan cuba cari penyelesaian pada semua masalah kat atas... sehinggalah aku difitnah lagi kali yang seterusnya....

Next entry...
Posted by Picasa

2 comments:

  1. chatting x boleh tapi duk ngumpat takpe pulak ye..
    saya pun ada org yg komplen sbb asik bukak internet.tapi nak tanya 'aku berinternet keje aku ada yg tak siap ke?takde kan?'so what

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tingin nak tanya gitu, tapi tak terkeluar dari mulut... hehehe....

      Delete