Search This Blog

Loading...

Wednesday, July 11, 2012

Aduhai anakku...


Adik (Izzat / Najmi), Abang (Izzat / Hakimi) dan Kak Ya (Izzati / Amalia) 
Di tadika, anak anak aku dipanggil dengan nama Izzat bagi lelaki dan Izzati bagi si Amalia tu.  Tak kesah la.  Aku nak citer hal Amalia tu.... penat betul la.  Lately ni dia sangat suka menangis kalau pegi tadika.  Aku tak tau nak buat camna lagi.  Dia sanggup kena tinggal kat Kedai Rajen dari pegi tadika.  Meraung meraung jugak, tapi dia keras hati betul... Adoiiii....

Sampai satu masa, aku geram sangat... aku cubit cubit peha dia.... Sampai luka luka bibir aku yang geram nih....

Hmmm....

Agaknya dia ikut sebijik perangai aku....

Dia ok... tapi susah menyesuaikan diri.  Kalau dia tak leh menyesuaikan diri, dia akan tarik diri... 

Dia akan jadi seperti aku suatu masa nanti.... LONE RANGER selalu... 

Sebenarnya aku tiada masalah dengan lone ranger aku tu.... tapi orang lain jer yang bermasalah... kekadang kata aku ni yang sombong ker itu ker ini ker.... Entah la...

Aku hanya bimbang jika dia begitu juga bila sekolah nanti... Adoiii... camna nak buat ? Nak berentikan dia tadika, bulan depan si Ika dah abis kontrak, nak balik Indonesia dah...  Tak leh jugak.

Antar balik kampung kang, padan muka aku !!!  Isk !!!
Posted by Picasa

2 comments:

  1. dah tanya cikgu tadika ker?mgkin ada mslh dgn kawan2@ cikgu kot..saya penah kena masa si abam tadika 5 tahun tu..sampai dah tukar tadika baru okey..saya penah tulis dulu kalau akak baca la ;)

    ReplyDelete
  2. Dah tanya, tak ada masalah dari mereka. Amalia tu memang meraung raung nangis... dia cakap si FATONAH cubit dia... tapi... dah inform cikgu dia, tetap la dia nangis... hmmm... nak tukar tadika pun tak berbaloi... sebab dia dah pandai baca, cuma tak ada orang nak jaga dia kat umah lepas Ika balik indo bulan depan.

    ReplyDelete