Search This Blog

Loading...

Wednesday, December 5, 2012

Klinik lagi...

Pegi klinik tadi... tapi bukan check ngandung ker tidak.  Pegi amik ubat antibiotik aku nih.  Marin pegi klinik gak... pun bukan buat urine test... just meeting... hahahaha...

Masa jumpa doktor ari tu, dia cakap untuk ubat jerawat yang dia yakin tak akan berulang, kena amik selama 6 bulan harga lebih kurang RM200 sebulan.  Dia siap tanya umur aku dan bilangan anak.  Aku ingatkan dia nak buat apa, rupanya dia cakap...

"Cukup kot 4 orang ?"
"Umur dah 40an... tak bagus untuk peknen lagi..."

Aku cakap aku tak merancang.  Dia kata, ubat yang dia nak beri tu tak boleh dimakan kalau nak peknen.

Aiceh... macam la aku ni subur bebenar.  Tapi aku tetap tak mau amik risiko, so, aku tak amik la ubat mahal tu.  Makan jer ubat murah murah nih...

Apa apa hal pun, aku masih suka dengan baby.  Tengok baby orang kat klinik tadi, aku rasa macam best jer.  Padahal bila balik rumah, sesak nafas aku dengan anak anak aku yang bising.  Kontra kan ?

10 hingga 13hb adalah jangkaan AF.  Makcik tu datang tetap jer lepas aku peknen first time tu.  Kalau sebelum sebelum tu, jangan harap dia nak datang tetap.  Kekadang datang lewat sampai 2 minggu.  Now, kekadang B aku tu sakit bila nak makcik tu nak mai... kekadang tak rasa apa apa... tetiba jer aku terpaksa balik menyalin baju... cis !!!

Hmmm...

Aku ada buat janji pada diri aku... bukan azam tahun baru... just janji...

Azam tahun baru dah tak ada dah... proceed jer azam tahun lepas... Apa azam tahun lepas ? Azam tahun lepas pun proceed azam tahun sebelum tu ? Apa azam tahun sebelum tu ? Tah... aku pun tak ingat.... hahahaha...





2 comments: