Search This Blog

Loading...

Thursday, December 13, 2012

Hal suami isteri...

Balik kampung, biasala kami anak beranak akan tidor tergolek semua 6 beranak.  Kalau ada yang sangkut, mungkin sorang dua akan tidor dengan sepupu hubby dalam bilik.  Jadi, bila dah tidor bergolek kat ruang tamu gitu, tentu la nyempit nyempit... dan hubby tetap la nak suruh rutin setiap malam dia dibuat sebelum dia tidor.  Yang jadi mangsa adalah anak yang tidor terdekat.

Malam marin, si Amalia tidor dengan aku dan si Najmi tidor dengan Mira.  Aku dan hubby tidor sebelah... bila hubby asik panggil anak anak suruh picit picit dia, aku buat tak tau saja.  Anak anak pun dah naik cemoih dah buat benda sama tiap malam... dah maleh mereka nak layan dah.  Baik layan g.note lagi baik.

"Kak Ya... picit la kaki abah..."
"Tunggu sat la...", Amalia yang sedang tekun bermain games apatah, jawab endah tak endah.

Aku mendekat pada hubby, dan meminta dia agar dia 'hargai' aku....

"Abang ni, buat tak tau jer kat bini abang nih..."

"Hah... abah nih... suruh la bini tu..."

Ewah ewah... suka suka jer Amalia cakap kat abah dia gitu.

Si abang pulak, tetiba jer datang dekat aku tanya,
"Mama... cerita la macam mana mama boleh jadi isteri abah !"

"Sebab mama kawin dengan abah"

"Ceritalah macam mana korang berjumpa !"

Amboiii... sedap jer sebut 'korang' kat mama dengan abah yer ?  So, aku citer la skit sebanyak kat dia camna kami leh jumpa dan kawin... Hmmm...

Rasa janggal plak bila anak anak macam nih... Rasa macam mereka kecik lagi...  Najmi pun masih marah sangat sangat bila saja nampak aku dan hubby dok dekat dekat... adoiiii....



2 comments:

  1. hahahah.gelak saya baca
    mcm2 karenah anak2 ni kan
    si kenit saya pun dah pandai.nampak gambar org kahwin pakai baju pengantin boleh dia cakap
    'itu cinta'.alahai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... rokmeng tu satu hal lagi... adoiii...

      Delete