Search This Blog

Friday, September 13, 2013

Good luck kakak....

Hari ini hari akhir kakak periksa UPSR.

Dua tiga hari sebelum exam, kakak merungut nak buku soalan tahun lepas.  Aku dah usaha cari, tapi tak jumpa kat area rumah kami.  Dua kali kami pegi kedai buku, tapi tutup pula.  Nak lajak sampai ke Jitra atau Alor Star, aku tak biasa malam-malam.  Nak pegi siang, aku kerja.  Nak pegi petang, sibuk nak hantar kakak tuisen malam pula. Hmmm....

Hari pertama kakak periksa, aku hantar.  Dalam kereta, kakak diam.

"Kakak... mama minta maaf.  Mama tak pernah ada anak nak ambil periksa.  Mama dah usaha hantar kakak pegi tuisen.  Mama dah beli buku rujukan... tapi mama lupa beli buku soalan tahun lepas "

Kakak senyap saja.

Sampai sekolah, seperti biasa, aku hulur salam... sambil mencium tangan aku, kakak ucapkan kata kata yang buat aku rasa nak nangis.

"Mama... kakak minta maaf... apa apa salah kakak... yang kakak lawan cakap mama selama ni... "

Giliran aku pula terdiam... aku gosok kepala kakak... dan tepuk bahu kakak.

Kakak keluar dari kereta, aku ucapkan "Good luck".

Dua tiga hari kakak tensen sebelum UPSR.  Aku beri semangat.  Aku katakan, kita kena usaha, doa dan tawakal.

"Apa tawakal tu ?", kakak bertanya.

"Tawakal tu... kita terima apa sahaja yang Allah tetapkan untuk kita"
"Setiap apa yang kita usahakan ada balasan dari Allah.  Kalaulah kita tak berjaya dapat apa yang kita nak, tentu ada sebabnya.  Mungkin dengan itu kita belajar bagaimana nak berusaha pada masa akan datang !"

Entah betul entah tidak, aku pun tak berapa nak pasti.  Tetapi itu adalah ayat motivasi dalam diri aku setiap kali aku gagal dapatkan sesuatu dalam hidup.  Allah tidak kejam dengan kita.

"Jangan berhenti berusaha... sebab kita dah gagal bila kita berhenti berusaha"

Memetik kata kata yang aku biasa dengar dan baca dalam internet.







1 comment:

  1. ada gak salam sblum masuk exam
    anak dara saya cuma dgr pesanan umie dlm phone je
    dia dah usaha..semoga Allah bagi apa yang dia nak
    kami cuma doa dr jauh

    ReplyDelete