Search This Blog

Loading...

Thursday, May 2, 2013

Anak anak kucing kami...



Rana adalah kucing Parsi kami. 

Ini anak Rana.  Dari 4 ekor dia beranak, tinggal 2 ekor ni saja.  Sebelum ni dia pernah beranak, rasanya 5 atau 6 ekor... tetapi semuanya mati kerana dia tak pandai jaga.  Ini pun nyaris nyaris mati... sebab dia langsung tak peduli anak dia lepas beranak.

Kesian betul anak anak dia, melekat antara satu sama lain masa dilahirkan sebab tak dibersihkan.  Aku yang geli try juga nak asingkan anak anak dia, tapi tak berjaya.  Hubby aku cuba tarik untuk asingkan sebab ada yang telah mati.   Dia gunting tali pusat...

Lepas seketika, dah tentu tentu mati 2 ekor.  Yang sekor nampak cergas.  Yang sekor asik mengiau jer.  Aku kurung juga si Rana dengan anak anak dia, biarkan dia jaga anak dia.  Ada la awal awal tu aku kurung dengan si Ibu...  macam si Ibu tu bidan la... Aku tak tau la apa yang si Ibu cakap pada Rana, sebab lepas tu aku tengok Rana dah nyusu anak dia.

Salah sekor anak dia (yang ngiau jer masa baru lahir tu) bila aku belek belek, rupanya kaki belakang dia tak ada satu.  Berdarah... patut pun dia mengiau... sakit agaknya.

Aku letak ubat gamat.  Kesian betul...

Aku cakap kat hubby... dia pun rasa bersalah.  Dia tak pasti apa yang dia potong... tali pusat ker atau kaki anak kucing tu... Aduss !!!

Perasaan bersalah hubby buatkan hubby menguruskan anak kucing tu dengan kasih sayang... Tiap hari dia cuci sangkar dan bagi susu kat si Rana agar anak anak dia sihat.

Now, anak dia yang kaler macam dia tu dah montel sangat.  Yang kudung kaki tu kurus skit.   Kesian bila dia asik tergolek bila dia nak bergerak...

Sedih jer tengok... dan ingatkan betapa sakitnya dia...

Semoga anak anak Rana dapat membesar.  Anak dia aku rasa tak muka macam dia... sebab aku tak pasti sapa bapa anak dia... mungkin Boboy... si mata cemey yang sesekali balik melawat mak dia dan menjengok Rana.  Atau si Jinggo kucing Parsi yang mati berlawan dengan anjing.

Hmmm....

Rana

Jinggo (Mati)

Sarah (dah lari)... si Ibu macam ni juga, tetapi kaler mata dia sebelah hijau dan sebelah biru...  Tak ada plak gambar ibu... dia baru jer lepas beranak tetapi agaknya semua anak Ibu dah mati...

Posted by Picasa

2 comments:

  1. siannya pada yg x de kaki tu tapi napelah siRana tu kejam sangat?agaknya nak balas dendam pd jantan yg buntingkan dia.hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah bohsia... mude rumaje... tak reti jaga anak... hehehe.....

      Delete